Ok. Enough talking. Anda berminat untuk menukarkan komputer anda di rumah kepada sebuah web server bagi memudahkan anda melakukan pelbagai perkara seperti menggunakan Damn Vulnerable Web App (contoh)? Anda boleh melakukannya dengan memasang sebuah perisian yang digelar sebagai XAMPP.
Pada pengguna Windows, anda boleh memuat turun fail pemasangnya dan mengikuti langkah-langkah pemasangan di sini -> XAMPP For Windows
Sangat mudah! Tetapi untuk Linux, pemasangannya agak sedikit rumit bagi pemula.
Jadi ikuti langkah-langkah pemasangannya di bawah.
1. Muat turun fail XAMPP di sini -> XAMPP For Linux
2. Tempatkan fail yang telah anda muat turun pada Home Folder. Buka Terminal dan jalankan perintah berikut untuk mengekstrak fail arkib dan mengalihkan ia kepada folder /opt:
sudo tar xvfz xampp-linux-1.7.7.tar.gz -C /opt
3. Sekarang kita perlu tukar ownership XAMPP kepada akaun pengguna kita. Sila masukkan perintah berikut ke dalam Terminal:
sudo -s -H
4. Beralih ke folder lampp:
cd /opt/lampp/
5.
chown -R arya:arya htdocs
(Sila gantikan arya dengan nama pengguna Linux anda)
6. Anda juga perlu menyatukan ownership nama pengguna Linux anda dengan konfigurasi Apache.
cd /opt/lampp/etc/
gedit httpd.conf
7. Tekan kekunci Ctrl+F dan cari perkataan ‘nobody’. Tukar ia kepada nama pengguna Linux anda seperti gambar di bawah.
8. Simpankan fail tersebut (Save).
9. Siap! Sekarang anda boleh reboot PC anda. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah untuk memulakan XAMPP:
sudo /opt/lampp/lampp start
10. Buka pelayar anda. Taipkan http://localhost/ pada bar URL dan tekan Enter. Anda akan ‘dibawa’ kepada halaman alu-aluan XAMPP. Pilih bahasa yang anda mahu.