Kelengkapan Anonymity

Baiklah. Kita kembali kepada mata pelajaran CEH yang paling digemari oleh Mr.Hac iaitu Anonymity. Mereka yang melayari internet dengan kelengkapan Anonymity dipanggil sebagai Anonymous yang bererti ‘tanpa nama’ atau Mr.Hac lebih suka menggelarnya ‘without a trace’ (tanpa jejak).

Terdapat beberapa jenis kelengkapan yang biasa digunakan untuk menjadikan pelayaran internet anda kepada persekitaran Anonymity iaitu:

1. Proksi (Proxy)

2. Secure Shell (SSH)

3. Virtual Private Network (VPN)

Contoh yang paling mudah akan proksi ialah Ultrasurf dan Cocoon. Apa itu proksi? Merujuk kepada Wikipedia, proksi ialah komputer yang bertindak sebagai pengantara antara satu rangkaian komputer dengan satu rangkaian yang lain.

Apa itu SSH? SSH atau Secure Shell ialah sebuah protokol rangkaian untuk komunikasi data yang selamat (secure and encrypted). Komputer yang hendak berhubung menggunakan komunikasi SSH perlu menggunakan SSH Client. Sila rujuk entri-entri lama mengenai tutorial untuk membuat SSH Tunneling.

Apa itu VPN? VPN ialah sebuah protokol sambungan yang menggunakan rangkaian seperti internet untuk mewujudkan sambungan komunikasi yang selamat dan terenkripsi. Ianya lebih kurang sama dengan SSH mahupun proxy, namun VPN lebih menyeluruh di mana ia tidak hanya menyokong port-port tertentu, sebaliknya ia merangkumi kesemua port dan kesemua sambungan komputer.

Mengapa Anonymity penting? Ini adalah kerana, setiap kali anda menjejakkan ‘kaki’ ke internet, anda akan meninggalkan JEJAK yang mana setiap laman web akan menyimpan data anda seperti Cookies dan alamat IP komputer anda. MEMANG JEJAK yang anda tinggalkan pada laman tersebut tidak dapat DIPADAM, namun anda boleh melakukan langkah awal sebelum memasuki internet. Dari situlah Anonymity ini penting, yang mana dengan menggunakan salah satu kelengkapan di atas, anda sudah siap untuk menjadi ‘Anonymous’ di internet.

Dalam entri-entri sebelum ini, penulis jemputan blog ini ada memberikan tutorial untuk menggunakan ciri Private Browsing atau Incogito Mode pada pelayar web anda, supaya tiada sebarang Cookies tersimpan pada komputer. Apabila ciri ini digabungkan dengan VPN (contohnya), maka Anonymity anda menjadi lengkap apabila tiada Cookies ditinggalkan, dan alamat IP anda juga ditukarkan kepada alamat IP penyedia servis VPN tersebut.

Meskipun begitu, adalah ditegah kepada anda untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, kerana biarpun penyedia servis VPN itu mempunyai terma untuk tidak MENDEDAHKAN identiti anda kepada sesiapa, namun jika yang bertanya itu adalah penguatkuasa undang-undang seperti polis dan sebagainya, mereka berhak untuk mendapatkan maklumat mengenai anda, dan selepas itu anda perlu bersiap sedia ke mahkamah apabila undang-undang mula mengetuk pintu rumah anda!

Untuk entri seterusnya, Mr.Hac akan menceritakan akan faedah-faedah Anonymity. Kita jumpa lagi.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img