FixWin : Aplikasi Mesti Sedia

Salam sekalian jelata jauh dan dekat…

Nawaitu kita pertama kali menjadi kerabat My Hackers Are Here adalah berkongsikan pengalaman sejengkal ini dengan pembaca sekalian. Atas dasar itulah setiap entri yang lahir sebenarnya di zahirkan dari percubaan, penggunaan dan keputusan. Pengujicuba jantan semestinya akan pastikan suatu perkara itu diuji dan diguna bukan sekali tetapi berkali dan bukannya untuk sehari tapi berbalam barulah sampai kepada keputusan. Bukan hendak menjaguh betul salah tetapi… Anda ada – sampaikan! Anda tahu – kongsikan! Jadikan gelanggang ini tebaran ilmu pada yang tiada dan tambahan ilmu kepada yang ada.

Entri masih lagi berkait dengan perisian. FixWin perisian yang lahir dari tangan lelaki India pada 2009 boleh dikira sudah lama mengisi alam maya. Versi terakhir diluncurkankan pada 19 Mac 2010 dan belum lagi mengalami pembaharuan sampai sekarang. Tetapi secara logik dari pandangan kita ia masih lagi relevan untuk digunapakai.

FixWin sebuah perisian bersaiz 529KB didatangkan secara mudahalih (portable) dan percuma. Amboi… 529KB kecil tu… berbanding dengan tugasannnya yang mampu mengesan dan menyelesaikan 50 masalah ringan Vista dan Windows 7. Sekali lagi diulangi masalah ringan melibatkan Windows Explorer, Internet, Media dan System Tools. Contohnya masalah ikon, bar tugas, thumbnail, pemacu cd/dvd serta beberapa lagi. Anda seorang kaki ‘ubahsuai’? Tetapi selalunya anda bukan seorang kaki ‘ubah ke asal’? FixWin lah jawapannnya… ia akan mengembalikan sistem lalai (default) yang telah hilang dari Windows anda.

Fungsi FixWin 1.2 :
1.System Utility File Checker mengesan kerosakkan atau kehilangan fail sistem sekiranya terdapat dalam Windows anda.
2.Create System Restore Point ini adalah fungsi paling penting dalam mana-mana hayat Windows. Apabila berlaku tersalah laku anda boleh berpatah balik ke sistem awal.
3.Pilihlah diantara 50 masalah Windows anda sekiranya tersenarai lalu klik Fix kemudian mulai semula (restart) komputer untuk mendapatkan hasilnya… Mudahkan! Segalanya terawat hanya di hujung klik anda!

Dari ujicuba yang kita lakukan ke atas beberapa perkara, FixWin dianggap cemerlang dalam misinya. Tetapi ini bukan jaminan mutlak untuk anda mendapat hasil keputusan yang sama. Walaupun perisian mega seperti TuneUp dan AdvancedSystemCare terdapat fungsi hampir sama namun anggap ini sebagai PELENGKAP (plagiat dari Tuan Arya Putra) kepada yang tiada dan yang terkurang. Di dalam zaman buang air berbayar 20 sen ini anda sepatutnya berterimakasih dengan kewujudan FixWin. Dengan saiznya yang kecil anda boleh simpan di dalam USB sebagai panadol untuk merawat pening pusing anda tanpa duga hari esok. Esok raya yea…!

Pada kesempatan ini saya tujukan lagu kepada sekalian kerabat budiman yang sudi bertandang ke sini. Minta maaf atas kesalahan bahasa dan cacat cela komputer sekiranya ada berlaku dek entri pr67am™. Selamat Hari Raya AidilAdha 2011…

Sekian. Terimakasih.

Muat turun: FixWin ©pr67am™ 201111
Kata laluan zip: pr67am

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img