Cyberpunk Edgerunners: Ganas, Seksi dan Cyberpunk!

Amaran: Siri anime Netflix ini tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Cyberpunk Edgerunners adalah siri anime Netflix di bawah studio Studio Trigger dengan pengawasan oleh CD Projekt Red. Ia adalah siri anime berdasarkan permainan video dari CD Projekt Red sendiri, Cyberpunk 2077.

Dari segi latar dan watak, anime ini mengikut jalan dan latar permainan video Cyberpunk 2077. Dalam erti kata lain, Cyberpunk Edgerunners adalah ‘canon’ kepada permainan video Cyberpunk 2077.

Anime ini mengikuti kehidupan watak utama, David yang hidup bersama ibunya ni Night City. David dan ibunya bukanlah keluarga Corpo yang merupakan keluarga bangsawan di Night City. Namun begitu, David tetap bersekolah di akademi ternama di Night City hasil usaha keras ibunya yang bekerja sebagai paramedik di Night City.

David juga masih lagi berbadan organik kerana tidak mampu mengubahsuai badannya dengan perkakasan tambahan yang mahal. Ini menjadikan David dipulaukan dan diejek di akademi oleh pelajar dari keluarga Corpo yang lain. Berbadan organik juga menjadikan David lemah dan tidak setanding dengan pelajar lain di akademi.

Hidup David berubah apabila ibunya terkorban dalam kemalangan di jalanraya selepas mereka terperangkap di antara dua geng yang sedang berbalas tembakan. Kematian ibunya juga menyingkap rahsia kegiatan gelap ibunya selama ini bagi menampung kos David di akademi. Insiden demi insiden buruk berlaku kepada David hingga seterusnya membawa David kepada naiktaraf pertamanya daripada organik kepada mesin menggunakan perkakasan ketenteraan haram.

David akhirnya keluar daripada akademi dan memilih untuk hidup bebas sebagai penjenayah yang dipanggil “Edgerunners”. Pilihan baru ini telah menemukan David dengan Lucy dan pengembaraan David sebagai Edgerunners pun bermula.
Anda boleh menonton musim pertama Cyberpunk Edgerunners di Netflix.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x