Utama Blog Laman 45

Telefon Pintar Lingkungan Harga Bawah RM1500 Pilihan OMGH

0

Kalau sebelum ini, abam kongsikan senarai telefon pintar yang boleh didapati dengan harga dalam lingkungan RM1500 hingga RM1999, kini abam kongsikan pula telefon pintar dalam bajet bawah RM1500.

Kita cuba untuk langkau bawah 1000 dulu buat masa ini kerana kebiasaannya peranti harga ini adalah dalam niche ‘entry level.’

Oleh itu tanpa melengahkan masa, kita terus ke senarai yang telah disusun dengan teliti:

1. Realme 9 Pro+

Realme 9 Pro+ menjadi pilihan kerana ia boleh dikategorikan sebagai antara peranti pertengahan yang mempunyai spesifikasi ‘killer.’

Selain Poco F4, Realme 9 Pro+ juga mempunyai OIS pada kamera utamanya. Sesuai digunakan oleh anda yang berminat dengan dunia videografi dalam bajet marhaen.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/20MGjmkipI

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.coDU5c

2. OPPO Reno7 5G

Buat peminat OPPO, ini peranti yang sesuai untuk anda. Dikuasakan oleh Dimensity 900, kamera 64MP, dan pengecasan pantas 65W yang mampu memenuhkan bateri berkapasiti 4500mAh dalam masa 31 minit.

Berita baiknya, ia mempunyai headphone jack dan sokongan storan SD mikro.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/2Kz797Vwxv

Lazada: https://invol.co/clfgrbs

3. Vivo T1 5G

Ini pula untuk peminat vivo, vivo T1 5G dikuasakan oleh Snapdragon 778G. Mempunyai bateri berkapasiti 4700mAh, ia dapat dipenuhkan dengan cepat melalui teknologi Flash Charge 66W (50% dalam masa 18.2 minit).

Dengan 8GB RAM dan 4GB RAM tambahan (Extended RAM), anda dapat memainkan permainan terbaru tanpa bimbangkan tentang prestasi lagi.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/6Uog72vGW8

Lazada: https://invol.co/clfgred

4. Samsung Galaxy A33 5G

Kita pastinya tidak akan lengkap tanpa model dari Samsung. Model ‘entry level’ dari Samsung ini sememangnya tidak menghampakan. Serius, ini antara model yang boleh diketengahkan apabila ia ada pelbagai ciri menarik.

Kameranya disertai OIS, skrin Super AMOLED 90Hz, mempunyai sokongan storan kad SD mikro, pembesar suara stereo, dan bateri berkapasiti 5000mAh, penggemar multimedia pasti tidak akan lepaskan peluang ini.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/10TjZuW78K

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.coD5wt

5. Redmi Note 11 Pro+

Ini antara peranti pertengahan dari Redmi yang memiliki teknologi pengecasan pantas 120W, tanpa perlu mengorbankan bajet bulanan anda. Ia dapat memenuhi kapasiti bateri 4500mAh dalam masa 15 minit, menjadikan Redmi Note 11 Pro+ sebuah peranti yang menyelesaikan masalah ‘battery anxiety.’

Tidak lupa juga ia mempunyai 5G, skrin AMOLED 120Hz, kamera 108MP, pembesar suara stereo dengan talaan JBL – nikmat sungguh buat mereka yang sedang menjadi pengganti telefon pintar yang sudah usang.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/6zkm4AAvHk

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cofFts

Sebutan Terhormat (Honorable Mention):

1. Infinix Zero X Pro

Peranti ini satu-satunya peranti 4G berbanding senarai di atas. Tetapi ia ada keistimewaan tersendiri yang tidak patut kita terlepas pandang.

Berbanding Infinix Zero 5G yang mempunyai 5G (duh!), skrinnya adalah AMOLED, 120Hz, dan turut mempunyai kamera beresolusi 108MP, kamera kedua 8MP (telefoto periskop) dengan 5 kali zoom serta kedua-dua kamera ada OIS. Kamera ketiga pula ialah kamera 8MP sudut ultra-lebar.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/30Eo0TiWEj

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.coDSzX

2. Infinix Zero 5G

Sebut mengenai peranti Infinix, ini satu lagi peranti yang agak istimewa. Harganya murah, bawah RM1000, tetapi punyai 5G. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kamera 48MP dan 13MP telefoto 50mm (30 kali zoom), manakala kamera ketiga pula 2MP (bokeh).

Baterinya berkapasiti 5000mAh beserta pengecasan pantas 33W, sehari suntuk anda dapat menggunakannya sebelum perli dicas semula.\

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/9K8rZBXU05

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.coD5DJ

Selamat memilih kalian semua.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Telefon Pintar Lingkungan RM1500-1999: Masa Untuk Berbelanja Dengan Berhemah

0

Membuat pilihan telefon pintar bagi kalangan marhaen yang perlu menyimpan terlebih dahulu (atau membuat bayaran ansuran bulanan) adalah tidak mudah.

‘Tersilap’ memilih, hati merana. Wang bukan segalanya tetapi boleh kata segalanya memerlukan wang. Oleh itu, pemilihan ‘tepat’ untuk keinginan dan keperluan sendiri mengikut peribadi serta rasa hati adalah amat-amat kritikal lagi signifikan.

Pasti akan ada ‘kawan’ yang sibuk berkata,

“Alah, tambah sikit boleh dapat itu..”

Ya, abam memahami anda kerana kita ni lebih kurang saja. Setiap sen dibelanjakan itu sangat berharga buat kita.

Jadi, tanpa meleleh.. Ehh. Tanpa melengahkan masa, ayuh kita lihat senarai beberapa telefon pintar marhaen yang menarik untuk dinilaikan (dan dibeli):

1. Poco F4

Poco F4 merupakan naik taraf kecil atau ‘minor’ daripada model terdahulu iaitu Poco F3. Pun begitu, ia kini dikemaskini bersama ciri OIS pada kamera utama dan pengecasan pantas 67W.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/4AQaX6qw1w

Lazada: https://invol.co/clfdo3u

2. Vivo X70

Ini merupakan model vivo yang amat menarik untuk dimiliki, walaupun kebanyakan ‘tech vlogger’ hanya mempedulikan model Pro dan Pro Plus sahaja. Meski jua sudah keluar model penggantinya iaitu X80/X80 Pro, tetapi model ini masih relevan untuk digunakan.

Kameranya yang dikombinasi bersama optik dari Zeiss menjadikan ia antara peranti lingkungan bajet yang berbaloi berada dalam poket masing-masing.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/9US6upxUiA

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cofHne

 

3. Honor 70

Menggunakan Snapdragon 778G+ 5G, ia tidak kalah dari segi prestasi. Ada sahabat yang telah menguji cuba Night Mode telefon ini dan amat berpuas hati dengan hasilnya. Sesiapa yang menggunakan Honor pasti akan menyetujui perkara ini.

Bateri berkapasiti 4800mAh dan dengan pengecasan pantas 66W, anda tidak akan mengalami ‘battery anxiety.’

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/99pGbDRnQQ

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cofHIB

4. Samsung Galaxy A53

Ini adalah salah satu siri A dari Samsung yang amat baik dari aspek nisbah prestasi kepada nilai wang. Berbanding ‘adik-beradiknya’ iaitu A33 yang diturun taraf sedikit dari segi kamera, atau A73 yang menggunakan Snapdragon 778G 5G, ia tidak terkalah apa pun terutamanya di sudut kamera.

Kamera disertai OIS, dan dengan pembesar suara stereo, menjadikan peranti ini amat sesuai buat peminat dunia multimedia.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/7Uh2cGR3Eg

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cofppt

5. Xiaomi 12T

Ini merupakan peranti pilihan abam sendiri. Harga sedikit ‘keras’ berbanding peranti di atas, tetapi amatlah berbaloi.

Dikuasakan oleh Dimensity 8100-Ultra, kamera 108MP beserta OIS, pembesar suara stereo, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 120W (bateri boleh penuh dari 0% dalam masa 19 minit!), ciri-ciri ini menjadikan Xiaomi 12T bukan sahaja boleh dilabel sebagai ‘entry-level flagship’, malah mungkin sekali ‘flagship killer’ untuk tahun ini.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/4fMrFXty1R

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cofqEE

Sebutan Terhormat (Honorable Mention):

1. Google Pixel 5A 5G

Telefon ini tidak terdapat dalam senarai kerana ia tidak memiliki sokongan rasmi dalam Malaysia, namun masih bagus untuk dinilaikan.

Kebanyakan yang dijual sememangnya pre-loved/used condition tetapi buat yang nak merasa sangat, bolehlah cuba.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/10TYrvywOx

Lazada: https://invol.co/clfdp8w

2. Google Pixel 6A

Ramai penjual yang menjual Japan Set – dikatakan ia tidak mempunyai beberapa ciri. Contohnya tidak dapat ‘mute’ kamera, melainkan anda pasang Gcam (huh! Ironi di situ).

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/8eszzbcL3o

Lazada: https://invol.co/clfdp90

3. Black Shark 4

Model ini agak lama sedikit, tetapi juga masih relevan digunakan. Skrin segar semula 144Hz, ditala untuk permainan (gaming) beserta ‘physical pop-up gaming triggers’ – para gamers pasti berpuas hati.

Ia turut mempunyai pengecasan pantas 120W, oleh itu anda boleh bermain tanpa bimbangkan nilai semasa bateri.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/2VIMh2mqQae

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cofw1G

4. Redmi Note 11 Pro Plus 5G

Model ini terjual laku keras. Kebanyakan penjual habis stok storan 256GB. Barangkali kerana harganya yang mampu milik, diiringi oleh spesifikasi yang bagus, tidak hairan jika sukar untuk mencarinya. Kebanyakan stok yang ada adalah untuk storan 128GB.

Pun begitu, masih berbaloi jika ingin dijadikan sebagai sandaran. Pengecasan pantas 120W dan dapat memenuhkan bateri berkapasiti 4500mAh dalam masa 15 minit, ini sesuatu yang sukar diperoleh meskipun pada peranti mercu/perdana.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/6zkm4AAvHk

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cofFts

5. Xiaomi 12 Lite:

Model ini sering menjadi pilihan kaum hawa. Mungkin kerana pilihan warna yang lembut, saiz sedikit kecil, dan reka bentuk yang cantik menyebabkan ia jadi tarikan.

Tetapi jangan silap. Ia masih hadir dengan spesifikasi menawan. Dikuasakan oleh Snapdragon 778G 5G, skrin AMOLED beserta sokongan ciri Dolby Vision dan DR10+, penggemar multimedia tidak mudah bosan dengannya.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/20M6KwZthp

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.co5juq

6. OnePlus Nord 2T

Jangan terlepas pandang. Walaupun bukan model mercu, OnePlus Nord 2T boleh dikatakan hampir ada semuanya, tanpa memasukkan apa yang anda tidak perlu.

Kameranya beresolusi 50MP dan turut hadir bersama OIS, pembesar suara stereo, dan dikuasakan oleh Dimensity 1300, OnePlus Nord 2T mungkin antara peranti pertengahan yang berbaloi dimiliki.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/3KrTwQImqO

Lazada: https://invol.co/clfdssz

************************************

Tips: Add to cart saja dulu, dan check out pada 12hb nanti kerana harganya akan semakin berkurangan dengan diskaun.

************************************

Berminat nak tahu antara Android TV Box yang masih relevan digunakan untuk kempen kami, ‘Cut the Cord 2022’?

Boleh ke artikel ini:

Peranti Penstriman Untuk Kempen ‘Cut The Cord 2022’

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Desquire Velocia Limited Edition: Reka Bentuk ‘T-Rex’ Dengan Harga Bajet

3

Saya sememangnya seorang peminat jam pintar. Sekian lama ‘mengidam’ Amazfit T-Rex, namun apakan daya, ada saja modal untuk tujuan itu keluar ke arah lain. Bagaimanapun, rezeki pada kali ini menemukan saya dengan sebuah jam pintar bajet yang mana reka bentuk luarannya saling tak tumpah kelihatan seperti Amazfit T-Rex, tetapi harganya pula berada dalam lingkungan bajet.

Jam pintar itu ialah Desquire Velocia Limited Edition.

Pakej jam pintar ini didatangkan dengan sebuah kotak kecil comel. Mari kita lihat apa yang berada di dalamnya.

Dalam kotak terisi dengan jam pintar Desquire Velocia Limited Edition, manual panduan pengguna, 2 pelindung skrin, 2 kit pencuci, bekas (casing) jam, dan satu kertas ‘pesanan’ oleh pekedai desquire.official.store.

Berikut saya setakan beberapa gambar jarak dekat (close up) aksesori yang disediakan di dalam kotak untuk tatapan anda.

Spesifikasi Desquire Velocia Limited Edition:

. Bluetooth 5.0
. Ciri kalis air – IP67
. Pengingat getaran
. Skrin IPS 1.3 inci 240*240
. Waktu bersedia 20 hari
. Waktu bekerja 5-7 hari
. Masa pengecasan 2.5 jam
. Pengecasan secara magnetik

Kepenggunaan:

Setelah beberapa minggu menggunakan Desquire Velocia ini, saya mendapati terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang nyata padanya. Ingin saya kongsikan kelebihan terlebih dahulu, yang mana antaranya ialah jangka hayat bateri yang amat baik. Selepas seminggu dicas penuh, bateri masih tinggal sebanyak 93%. Antara ciri yang saya aktifkan ialah pengesanan degupan jantung, penggunaan pengesanan oksigen dalam darah, kualiti tidur, dan semestinya penggunaan penuh pedometer.

Mungkin saya tidak menggunakan jam ini secara sepenuhnya untuk mode bersukan, tetapi pengoptimuman penggunaan kuasa bateri sememangnya agak bagus, dan saya andaikan jika anda gunakan ia secara optimum/maksimum sekalipun, bateri boleh bertahan lebih daripada seminggu.

Selain itu, ia juga dapat dicas dengan pantas. Jika mengikut ‘atas kertas’ ia boleh dicas penuh dalam masa 2.5 jam, saya pula sering mengecas bateri sebelum ia kehabisan kuasa, maka kuasa bateri dapat ditambah tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Saya juga turut ingin berkongsi tentang kabel pengecasnya. Saya ada membeli satu kabel pengecas ‘after market’ dari Shopee untuk jam pintar Lokmat C16, tetapi malangnya jam itu telah pun rosak dan tidak dapat digunakan.

Namun, berita baik pula, walaupun kedudukan magnet kabel pengecas untuk jam pintar Lokmat itu agak sedikit jauh antara satu sama lain (lihat gambar di bawah untuk perbezaan), tetapi ia masih dapat digunakan untuk mengecas Desquire Velocia ini.

Gambar di bawah di sebelah kiri ialah kabel pengecas ‘after market’, manakala di sebelah kanan pula ialah kabel asal untuk Desquire Velocia.

Aplikasi:

Desquire Velocia menggunakan aplikasi Coolwear sebagai perantara dengan pengguna.

Pertama sekali, aplikasi ini akan memaparkan ciri-ciri yang sudah tersedia pada jam pintar yang terhubung dengannya. Seperti yang anda dapat lihat melalui tangkap layar, terdapat ciri pedometer, sensor pergerakan untuk aktiviti sukan, kadar degupan jantung, kualiti tidur, oksigen dalam darah, kawalan muzik, pengingat sedentari (badan tidak bergerak), notifikasi telefon pintar, dan sebagainya lagi.

Pendek kata, jam ini tampak ringkas dari segi ciri, tetapi apabila diteliti agak padat juga dengan pelbagai kefungsian yang nyata untuk pengguna termaju. Cuba anda lihat pada tampilan tangkap layar yang dikongsikan, dan nyatakan sendiri pendapat anda. Apa yang saya gemari, jarak masa sewaktu aplikasi cuba berhubung dengan jam adalah amat-amat pantas sekali, tidak seperti Amazfit Bip yang memerlukan beberapa minit sebelum terhubung ke aplikasi Zepp.

Jika di atas saya sudah menceritakan serba sedikit antara kelebihan jam yang saya suka, maka kali ini saya kongsikan pula antara kekurangannya, dan ‘kekurangan’ bagi jam ini ialah aplikasi lalai (default) iaitu Coolwear.

Mengapa saya katakan begitu? Salah satu ‘kelemahan’ yang saya agak kurang gemar ialah jumlah watch faces yang begitu sedikit sekali, manakala jumlah yang saya suka untuk gunakan pula adalah lebih sedikit lagi. Ini menyebabkan pilihan watch faces yang ada agak terhad, dan saya masih kurang pasti sekiranya ada aplikasi lain yang dapat digunakan bersama jam ini (jika ada, mohon kongsikan di ruang komen ya).

Tidak lupa juga, sensor bagi pedometer kadangkala pada saya agak sensitif lalu menjadikan kiraan langkah kaki berlebihan daripada yang sepatutnya. Bagi sensor kualiti tidur pula, kebiasaannya saya perhatikan yang saya perlu berjalan beberapa tapak terlebih dahulu sebelum ia dapat ‘mengesan’ saya sudah pun bangun dari tidur. Sama ada tepat atau tidak waktu yang ditunjukkan untuk aktiviti tidur saya, itu perlu pemerhatian dari seorang pakar.

Konklusi:

Jika anda inginkan sebuah jam pintar yang tampak mewah tetapi dijual pada harga marhaen, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Desquire Velocia ialah jam yang berada dalam kategori ini. Benar, dengan harga marhaen, kita tidak dapat memiliki ekspektasi tinggi untuknya, namun dalam masa yang sama ciri diberi sudah lebih mencukupi dan bukan sekadar tangkap muat.

Untuk tujuan pembelian, anda boleh dapatkan dari penjual tunggal yang sah di Shopee: Desquire Velocia Limited Edition Gps Watch

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Jangan Terkejut Jika Barang Belian Online Lambat Sampai

0

Lebih 500 warga asing diberkas di sebuah pusat pengasingan barang di Shah Alam. Intipan yang telah dibuat selama sebulan oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah membuahkan hasil dengan penangkapan warga asing daripada Indonesia, Nepal dan Bangladesh.

Turut disoal siasat adalah 5 orang warga Malaysia yang bertugas sebagai penyelia pusat. Antara alasan warga asing yang diberkas adalah permit dan passport dipegang oleh majikan apabila diminta menunjukkan permit pekerjaan.

Menurut seorang pekerja, gaji yang diterima adalah RM80 sehari. Warga asing yang diberkas terdiri daripada wanita dan lelaki.

Sumber: Buletin TV9

 

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Katakan “tidak” kepada pancing data (phishing) dan penipu dalam talian sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber ini

0

Pancing data (phishing) dan penipuan dalam talian semakin meningkat, dan ia tidak terhad kepada satu-satu platform, lokasi atau taktik. Penipu semakin licik dan usaha dalam menangani masalah ini adalah cabaran berterusan yang hanya akan berjaya apabila semua pihak bekerjasama. Ini adalah usaha berterusan Twitter dalam mendidik orang ramai tentang keselamatan dalam talian dan keselamatan akaun. Twitter kerap mengeluarkan panduan untuk mengelakkan penipuan dalam talian melalui Tweet Threads daripada akaun rasmi Twitter, dalam artikel-artikel Help Center, dan juga di blog.

Satu lagi bahagian yang kritikal ialah Peraturan Twitter. Kelakuan seperti menyamar sebagai individu, kumpulan atau organisasi untuk tujuan mengelirukan, memperdaya orang lain, atau menggunakan identiti palsu untuk mengganggu pengalaman orang lain di Twitter adalah bertentangan dengan peraturan yang ada. Twitter juga secara aktif menyingkirkan akaun spam dan mengunci akaun spam yang disyaki tidak dapat melepasi pengesahan manusia seperti captcha atau mengesahkan nombor telefon atau alamat emel.

Demi terus berkhidmat kepada perbualan umum, Twitter percaya betapa pentingnya untuk orang ramai dapat melihat perspektif yang berbeza. Atas tujuan ini, Twitter berusaha untuk mencipta tempat di mana orang ramai boleh mencari maklumat yang tulen dan mempercayai akaun yang mereka pilih untuk berinteraksi atau mengikuti. Sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber, Twitter kongsikan enam petua tentang bagaimana anda juga boleh membantu dalam memerangi penipuan dalam talian agar anda mempunyai pengalaman yang selamat (dan menyeronokkan) di Twitter.

1. Cipta kata laluan akaun yang kukuh

Melindungi akses kepada akaun Twitter adalah penting. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun Twitter anda (sekurang-kurangnya 10 aksara, sebaiknya dijana secara rawak dan disimpan dalam pengurus kata laluan).

2. Simpan dan jaga butiran akses peribadi sebaik mungkin

Jangan sesekali berkongsi nombor telefon, emel, @namapengguna, kata laluan atau kod laluan-sekali (OTP) anda dengan sesiapa sahaja. Tetapi, jika ada sebab untuk mempercayai akaun mungkin telah terjejas, tukar kata laluan anda dengan segera.

3. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)

Pengesahan dua faktor merupakan lapisan keselamatan tambahan. Proses ini memerlukan orang ramai menggunakan kod atau kunci keselamatan dengan kata laluan untuk log masuk dan membantu memastikan hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengakses akaun tersebut. Menggunakan kunci keselamatan ialah cara paling teguh untuk melindungi akaun daripada penipu dan serangan pancingan data.

4. Kawal selia DM anda dengan teliti

Jika anda menerima DM yang mencurigakan, jangan muat turun sebarang lampiran atau klik pada mana-mana pautan dan jangan kongsi sebarang maklumat log masuk – buang DM tersebut dengan segera. Kemudian, semak tetapan DM akaun anda; kemas kini butiran untuk menentukan siapa yang boleh DM anda. Ingat, anda boleh mengawal dan memilih untuk tidak menerima DM daripada mereka yang anda tidak ikuti.

5. Laporkan ke Twitter

Sama ada anda fikir akaun anda telah terjejas, atau anda telah menerima DM spam, laporkannya segera! Tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan Peraturan Twitter. Ambil perhatian bahawa Twitter hanya akan menghubungi anda dalam aplikasi atau melalui emel yang dihantar daripada alamat emel @twitter.com atau @e.twitter.com. Twitter tidak akan pernah meminta anda memberikan kata laluan anda melalui emel, Mesej Langsung (DM) atau balasan.

6. Ikuti perkembangan terkini

Pastikan aplikasi Twitter, perisian komputer dan penyemak imbas anda dikemas kini dengan versi terkini – kemaskini dibuat atas sebab tertentu, iaitu melindungi keselamatan anda dalam talian.

Untuk pengalaman Twitter yang selamat dan menyeronokkan, baca amalan terbaik Twitter untuk memastikan akaun anda sentiasa selamat. Baca juga Peraturan Twitter, dan untuk maklumat terkini #WhatsHappening, ikuti @Twitter.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Nokia Tawarkan Teknologi 5G Mereka Untuk Malaysia

0
Exterior view of the head office of communication and information technology company Nokia on April 14, 2015, in Espoo, Finland. Finland's Nokia announced on April 14, 2015 that it was in advanced talks to purchase all of its Franco-American rival Alcatel-Lucent. AFP PHOTO / LEHTIKUVA / MARKKU ULANDER +++ FINLAND OUT

Nokia juga tidak ketinggalan dalam membina teknologi 5G mereka sendiri. Selain daripada gergasi teknologi tanpa wayar Huawei, Nokia nampaknya cuba menyaingi gergasi Asia itu. Tidak mahu ketinggalan dalam dunia telefon semata-mata, syarikat gergasi Finland itu cuba menjenamakan semula syarikat mereka sebagai pelopor 5G dengan kejayaan terbaru teknologi 5G mereka.

Terdahulu, Nokia sudahpun membuat perjanjian tiga (3) tahun dengan U Mobile untuk memperkasakan jaringan 4G mereka. Pengarah urusan Nokia bagi wilayah Malaysia juga baru-baru ini berkata, Nokia kini melihat peluang untuk membantu kerajaan Malaysia mengembangkan lagi teknologi 5G terutama sekali 5G tanpa wayar.

Pembinaan infrastruktur 5G negara ketika ini dipelopori oleh DNB dengan khidmat daripada Ericsson. Dengan pelbagai konflik kepentingan dan risiko keselamatan, Malaysia juga nampaknya tidak terkecuali untuk tidak berurusan dengan Huawei. Banyak negara sudah melaporkan Huawei mencuri data dan harta intelek menggunakan kerjasama rasmi pembangunan telekomunikasi.

Amerika Syarikat juga seringkali mengugut negara-negara yang menjalinkan hubungan pembangunan dengan Huawei. Kehadiran Nokia dalam lapangan pembangunan 5G mungkin boleh jadi satu lagi alternatif untuk pembangunan 5G yang lebih ‘mesra Amerika’.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

RASMI: Parlimen Bubar Hari Ini, 10 Oktober 2022

0

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengesahkan pembubaran parlimen. Perdana Menteri telah menghadap YDPA Malaysia dan telah diperkenankan untuk membubar parlimen. Sehari selepas pembentangan Bajet 2023.

Pembubaran Parlimen pada hari ini mengesahkan desas-desus PRU-15 tahun ini. Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen iaitu pada hari Jumaat, 9 Disember 2022.

Apa lagi kawan-kawan? Boleh mula merias kuku masing-masing. Nanti hari mengundi nak muat naik ke Instagram gambar kuku hitam masing-masing. Kepada penjawat awam, selamat dibeku cuti hingga ke hari PRU. 🤭

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Dapatkan Roborock Vakum Kegemaran Anda dari serendah RM1,499!

0

Roborock, pembuat robot rumah pintar, menawarkan jualan sehari dengan potongan sehingga 50% produknya dengan penghantaran percuma pada 10 Oktober untuk Hari Jualan Shopee 10.10 , termasuk Roborock G10 kegemaran peminat. , S7 MaxV Ultra dan S7.

Dengan diskaun sehingga 50%, di mana Roborock G10 akan dijual pada harga serendah hanya RM 3,699, S7 MaxV Ultra serendah RM5,099 dan S7 pada harga hanya RM2,099, ini adalah salah satu jualan yang pelanggan tidak mahu ketinggalan pada! Tawaran itu tersedia secara eksklusif melalui kedai rasmi jenama di .

Model RRP 10.10 Jualan
Roborock G10 RM12,000 RM3,699
Roborock Q7 Max+ RM5,600 RM2,699
Roborock Q7 Maks RM4,399 RM1,899
Roborock S7 MaxV Ultra RM11,399 RM5,099
Roborock S7 MaxV RM6,799 RM3,099
Roborock S7 RM4,999 RM2,099
Roborock S7+ RM9,599 RM3,899
Roborock Dyad RM5,999 RM1,899
Dok Ultra Roborock RM4,999 RM2,099
Dok Onyx Roborock RM4,999 RM2,099
Roborock S6 MaxV RM3,999 RM1,999
Roborock S6 Tulen RM3,399 RM1,599
Roborock H7 RM3,399 RM1,499

 

Dilancarkan hanya tahun ini, Roborock G10 ialah vakum robot dwi-fungsi, mampu menyapu dan mengemop, selain daripada menyedut. Dengan Intense Sonic Mopping, Roborock G10 menggunakan reka bentuk getaran frekuensi tinggi sehingga 3,000 rpm motor yang boleh menanggalkan kotoran di tanah dengan berkesan. Dengan gabungan modul mop terapung dan getaran frekuensi tinggi, walaupun permukaannya kasar dan tidak rata, bintik-bintik kotoran dapat ditanggalkan dengan berkesan.

Sementara itu, Roborock S7 MaxV Ultra ialah barisan S-Series premium syarikat. Keserasian dengan Empty Wash Fill Dock, dok mengurangkan penyelenggaraan manual untuk pelanggan. Roborock S7 MaxV Ultra dikuasakan oleh Sistem Mengelak Halangan ReactiveAI 2.0, gabungan kamera RGB, cahaya berstruktur 3D dan unit pemprosesan saraf serba baharu, S7 MaxV Ultra mengecam objek dalam laluannya dengan lebih tepat dan menyesuaikan dengan cepat untuk membersihkan sekelilingnya, tanpa mengira keadaan pencahayaan. Selain itu, S7 MaxV Ultra menampilkan teknologi VibraRise® Roborock yang terkenal, gabungan pengemopan sonik dengan angkat mop automatik yang direka bentuk untuk beralih dengan lancar pada permukaan yang berbeza, sambil memberikan scrub intensiti tinggi yang berkesan untuk mengatasi kotoran permukaan.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Roborock Melancarkan Modul Pengering untuk Pembersihan Mudah

0

Roborock , pencipta robotik rumah ultra-pintar yang direka bentuk untuk memudahkan kehidupan, memperkenalkan Modul Pengering untuk merevolusikan pembersihan dan mengurangkan penyelenggaraan manual untuk pengguna.

Perlindungan Pelbagai Penderia

Melengkapkan S7 MaxV Ultra, Modul Pengering ialah lampiran tambahan yang mengeringkan kain mop vakum untuk meminimumkan pembersihan manual. Modul ini dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk memastikan keselamatan pengguna. Pelbagai penderia termasuk penderia dalam kedudukan, penderia komunikasi inframerah, pengawal suhu, pelindung fius dan penderia suhu. Penderia berfungsi bersama untuk memastikan suhu maksimum saluran keluar udara kekal pada 45 ℃ (suhu bilik ialah 25 ℃ ). Sementara itu, sistem udara panas, bersama-sama dengan perlindungan haba menghalang pemanasan berlebihan, dan mengelakkan proses pengeringan daripada menjejaskan lantai pengguna.

Butang Kuasa & Kawalan Aplikasi

Butang kuasa pada Modul Pengering membolehkan pengguna memulakan atau menghentikan proses pengeringan dengan mudah dengan hanya menekan satu butang. Jika pengguna tiada, mereka boleh melaraskan dan mengawal proses pengeringan melalui aplikasi Roborock pada bila-bila masa yang mereka suka.

Ketersediaan dan Harga

Modul Pengering Roborock kini boleh didapati pada harga promosi RM399 (Harga Biasa pada RM799) melalui kedai rasmi Roborock di . Untuk lebih penjimatan, pengguna boleh memilih untuk membelinya bersama-sama S7 MaxV Ultra dan membayar hanya RM299 untuk Modul Pengering.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Maxis dan U Mobile Akhirnya Setuju Sertai DNB Melalui Sewaan 5G

0

4 telco telahpun menyertai pegangan saham dalam model Shared Subscription Agreement (SSA) DNB. 4 telco tersebut adalah Celcom Axiata (12.5%), Digi Telecommunications (12.5%), YTL Communications (20%), dan TM (20%) dengan jumlah pegangan terkumpul sebanyak 65% dalam DNB.

Menurut laporan The Edge Market pada 7 Oktober 2022 yang lalu, Maxis dan U Mobile tidak berminat dengan pemilikan saham dalam DNB kerana berpendapat mereka tidak akan mendapat sebarang keuntungan sebagai pemegang saham minoriti. Kerajaan telah memegang baki 35% pegangan dalam DNB dengan mengekalkan hak istimewa seperti pemilikan kawasan dan pengurusan servis.

Terbaru, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengesahkan dalam hantaran Facebook beliau bahawa Maxis dan U Mobile telah menandatangani perjanjian 5G DNB untuk Access Agreement (AA) iaitu perjanjian menggunakan jalur 5G. Walaupun tidak mahu memiliki saham dalam DNB, Maxis dan U Mobile telah bersetuju untuk menggunakan 5G daripada DNB melalui sewaan perkhidmatan.

Diharapkan agar perkhidmatan 5G dapat dilaksanakan dengan berjaya.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline