*Penafian: Kami tidak menggalakkan kegiatan lanun cetak rompak. Segala maklumat yang disampaikan adalah bentuk informasi dan berita semata-mata.
Sebelum ini pun, aplikasi Loklok pernah memasuki Google Play Store, tetapi kewujudannya itu ditarik balik dan digugurkan.
Entah bagaimana, baru-baru ini ia kembali, menduduki senarai aplikasi yang boleh dimuat turun secara bebas lagi percuma di gedung aplikasi tunggal Google itu.
Apa yang lucu, meskipun ia adalah sebuah aplikasi lanun, ia masih menjadikan ‘subscription base’ sebagai nadi untuk meneruskan operasi, manakala iklan pula dijadikan sebagai sandaran.
Langganan bermula semurah RM4.90 untuk bulan pertama, manakala terdapat diskaun di bulan hadapan dan pengguna akan dicaj sebanyak RM9.90.
Kalau ikut logikal minda, memang jauh lebih murah berbanding aplikasi penstriman lain. Namun, cetak rompak adalah pembunuh industri dan diingatkan bahawa ianya menyalahi undang-undang.
Ada kemungkinan sekali lagi Loklok akan dicantas oleh Google, sama ada lambat atau cepat sahaja.
Jika anda pernah perasan bateri peranti cepat habis semasa menggunakan aplikasi Facebook atau Messenger pada telefon anda, ini mungkin bukanlah satu kebetulan.
Menurut bekas saintis data Meta, syarikat itu mempunyai keupayaan untuk mengurangi bateri Android dan iPhone pengguna secara rahsia sebagai sebahagian daripada ujian aplikasi dalamannya.
Dalam temu bual dengan The New York Post, George Hayward mendakwa dia dipecat November lalu kerana enggan mengambil bahagian dalam ‘ujian negatif’ semasa sedang menguji aplikasi Messenger.
Menurut QASource, ujian negatif membolehkan pembangun membandingkan output yang dijangkakan dengan output yang salah, dengan mendedahkan cara aplikasi bertindak balas kepada data yang tidak sah.
Dalam kes Facebook, ujian negatif boleh digunakan untuk melihat cara ciri tertentu berfungsi atau seberapa cepat mesej dapat dimuatkan apabila bateri habis lebih cepat daripada yang dijangka.
Hayward yang memfailkan saman – tetapi kemudian menarik balik kerana keperluan timbang tara, berkata amalan itu boleh membahayakan seseorang dengan menghabiskan bateri mereka tanpa amaran. Hayward tidak menyatakan berapa ramai pengguna yang mungkin telah terjejas oleh ujian negatif tersebut.
Dia mendakwa dipecat selepas tiga tahun dengan syarikat itu kerana enggan mengambil bahagian dalam ujian yang dijalankan. Aplikasi Facebook dan Messenger telah lama dikatakan sebagai penyebab kehabisan bateri peranti. Adakalanya ia menghabiskan bateri lebih cepat daripada permainan seperti PUBG Mobile.
ViMusic ialah sebuah aplikasi klien untuk YouTube Music. Bezanya, anda tidak perlu langganan. Hanya pasang dan mainkan lagu.
Saya tidak pasti bagaimana tanggapan anda, cuma memandangkan ada ‘tech YouTuber’ membuat video mengenainya, maka saya anggap ia sebagai ‘ok.’
ViMusic ada background dan offline playback, paparan lirik, dan pelbagai tetapan untuk dipilih-ubah.
Tetapi disebabkan ia tidak memberi sebarang ruang untuk log masuk ke akaun Google, maka anda tidak akan dapat memainkan lagu yang pernah anda muat naik sendiri ke YouTube Music.
Selain daripada kekurangan itu, ViMusic tiada cacat celanya. Bahkan jika anda sudah muak gunakan Spotify apatah lagi yang kerjanya hanya tahu mencari modded apk, ViMusic boleh dijadikan sebagai aplikasi ganti.
Dengan paparan antara muka yang ringkas tetapi bersih dan lancar, tidak dilupakan juga saiz apk yang kecil sekali iaitu sekitar 2MB, aplikasi ini boleh didapatkan di GitHub.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) @kementeriandalamnegeri telah meminda klasifikasi filem dengan piawaian baru untuk tahun 2023. Bagi saya, ini adalah langkah baik dalam usaha KDN memperbaharui piawaian lama kawalan filem. Kawalan filem terdahulu kali terakhir dipinda pada tahun 2002 dengan hanya 3 klasifikasi iaitu U, P13 dan 18.
Klasifikasi filem 2023 menyaksikan penambahan 3 kategori baru iaitu P12, 13, dan 16. Klasifikasi filem bimbingan ibubapa kini diturunkan kepada umur 12 tahun. Penonton juga diberi lebih kuasa memilih dengan filem kategori 13. Ini bermakna, penonton bukan dewasa yang berumur 13 tahun dan 16 tahun tidak lagi memerlukan bimbingan ibubapa atau orang dewasa untuk menonton. Klasifikasi 13 dan 16 juga saya lihat lebih fleksibel dan mampu merancakkan lagi tontonan filem di negara ini dengan memberi kuasa memilih filem walaupun mereka belum lagi dewasa secara perundangan.
Tidak banyak yang boleh saya ulas dengan klasifikasi filem 2023 ini kerana tiada perincian apakah maksud dan garis panduan penerapan klasifikasi filem ini. Diharapkan agar klasifikasi filem baru ini dibuat dengan garis panduan yang lebih menyeluruh, terperinci dan mudah dirujuk. Kita mahukan klasifikasi yang lebih tepat, bukannya lebih banyak logo.
Sampai tersalah makan babi kawan tu. Ini yang dikatakan saja buat cerita? Saja dia yang cerewet? Adakah kerana hanya dia seorang yang perlukan makanan halal maka dia perlu ‘beralah’ dengan babi yang dihidangkan?
Saya fikir isu menu ini dah jadi isu kuno zaman jahiliyyah dulu saja. Tapi nampaknya macam tiap-tiap tahun ada isu. Kalau syarikat nak makan besar, nak buat makan sambutan perayaan keagamaan, buatlah majlis sendiri. Janganlah benak ubi sangat jemput orang Islam kalau nak makan babi. Nanti bila kita mengadu, kata kita perkauman pula.
Kenapa kami bising? Sebab komuniti teknologi di Malaysia ini kecil saja. Kita semua pasti akan berurusan dengan syarikat yang sama, vendor yang sama, malahan mungkin pegawai pemasaran yang sama. Mengucap panjang sajalah dengan majlis yang lepas-lepas. Entah halal ke tidak makanan yang masuk ke perut kami. Melihatkan isu kali ini, sampai termakan sup lemak babi, kami dah fobia dan trauma dengan majlis makan besar.
Lain kali, kalau tak reti buat majlis makan, hidang saja SSD atas meja. Makanan order saja KFC, McD, Texas Chicken dan lain-lain francais. Dah tentu halal. Hidangkan saja dalam kotak take-away tu. Ini nak buat majlis berlagak mewah, tapi menambah susah.
Ada lagi ke yang nak ‘backup’ HP? Bolehlah pergi hirup sup seafood lemak babi.
Hantaran asal saudara Cerah tentang pengalamannya dihidangkan menu babi di majlis makan malam HP. Ini bukan syarikat kecil. HP sudah bertapak di Malaysia sekian lamanya. Majlisnya juga bukan majlis kecil. Pasti sudah tahu siapa senarai tetamu dan sudah banyak perbincangan dalaman dibuat. Majlis berskala besar begini sudah tentu banyak melalui perancangan dan kelulusan ramai penyelia.
Tak kan lah semua PIC HP ini buta perut, buta budaya, tak reti menghormati dan tak tahu norma hidup masyarakat majmuk Malaysia kan? Babi dalam nasi dan dihidangkan atas meja. Kalaupun dihidangkan dalam mangkuk asing pun saya tak kan sanggup makan. Kalau saya, memang say terus angkat kaki dari majlis. Baik saya pergi makan di kedai tomyam mek siam. Orang datang dari Kota Bharu terus lajak ke Sabak Bernam untuk menghadiri majlis makan malam. Sudah lapar, dihidangkan babi pula. Cerita dongeng Lebai Malang pun tak se-tragis ini.
Sudahlah buat masalah dengan Cerah. Dia pergi ganggu pula ayah saudara Cerah di telefon. Buat masalah dengan orang lain, tapi pergi kacau orang lain. Betul-betul kartun dan tindakan tak sekolah. Kalah kerja budak intern.
Kerajaan Kemboja Melaporkan Ada Mangsa Sindiket Pekerjaan Sebenarnya Berhutang Ahlong dan Kalah Dalam Perjudian
Terkejut juga saya semasa menonton liputan khas sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dan Kemboja di slot rancangan 999, TV3 tadi. Sindiket penipuan ini didakwa aktif dan giat menipu rakyat negara kita Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan di sana. Namun begitu, setelah mangsa ke sana untuk bekerja, mangsa kemudiannya dipaksa menjadi buruh paksa dan juga buruh seks.
Sejak tahun lalu, banyak juga berita dan rayuan daripada ibu bapa yang meminta anak dan ahli keluarga mereka diselamatkan oleh kerajaan Malaysia. Dakwa mereka, anak mereka telah merayu supaya diselamatkan kerana telah ditipu ejen pekerjaan dan kini sedang ditahan secara haram. Kerajaan Malaysia juga dilihat telah banyak mengambil langkah pantas dan diplomatik dengan membawa pulang rakyat Malaysia yang sedang ditahan di sana.
Dalam perkembangan yang sama, lain pula nada PDRM di 999 TV3 tadi. Menurut jurucakap PDRM, ada di kalangan individu yang mendakwa mereka ‘ditipu’ ini sebenarnya tidak ditipu pun. Sebaliknya, ramai dari kalangan mereka sebenarnya terlibat dalam jenayah penipuan dan sedang diburu di sana. Tak kurang juga ada individu yang sedang ditahan di sana dan dipaksa bekerja sebenarnya terdiri daripada mereka yang kalah judi dan juga mereka yang tidak melangsaikan hutang.
Apabila siasatan dan serbuan dilakukan bersama pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan, barulah terbongkar rahsia sebenar penahanan mereka. Walaupun sedemikian, individu-individu ini tetap dibawa pulang atas faktor diplomatik dan undang-undang buruh yang menetapkan menjadi kesalahan sekiranya pekerja ditahan secara paksa.
Tambah PDRM lagi, ada juga individu-individu yang dibawa pulang ini pergi semula ke Myanmar untuk meneruskan aktiviti lama mereka kerana telah biasa dengan keadaan di sana. Pergerakan mereka telah dikesan melalui kerjasama dan risikan bersama PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia. Mereka yang dibawa pulang juga akan diperhatikan dengan ketat oleh pihak PDRM sepanjang tempoh mereka berada semula di Malaysia. Faktor desakan dan emosi ahli keluarga dijadikan alat untuk mengugut keluarga dan rakyat di Malaysia untuk menyalurkan bantuan sekaligus mendapatkan wang mudah.
Pihak PDRM menasihati pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam menerima dan membaca maklumat di internet. Kebanyakan dakwaan dipaksa menjadi buruh paksa ini tersebar di media sosial tanpa sumber dan maklumat yang sah. Kerajaan Malaysia menerusi PDRM dan pihak berkuasa Myanmar dan Kemboja sentiasa berkongsi maklumat dan siasatan pemerdagangan orang dari semasa ke semasa untuk membanteras sebarang jenayah rentas sempadan.
Vakum robot telah membersihkan lantai rumah Mamu selama sekurang-kurangnya dua tahun dan selepas menguji beberapa jenama, Roborock telah terbukti boleh dipercayai, berkuasa, berfungsi dan mudah dikawal. Selama beberapa minggu yang lalu, Roborock S7 MaxV Ultra telah memastikan rumah Mamu teratur dan mendapat keyakinan isteri saya untuk mengemop lantai rumah. Itu sahaja mengatakan banyak tentang vakum robot baharu ini.
Roborock S7 MaxV Ultra, yang cukup menarik untuk nama, jelas merupakan vakum robot paling berkuasa yang pernah Mamu uji dengan sistem lengkap pertama yang Mamu gunakan di mana Mamu perlu mempunyai sedikit interaksi dengan sistem untuk menyelesaikan kerja. Beri masa beberapa tahun lagi Mamu tidak perlu melakukan apa-apa untuk mengekalkan lantai yang bersih. Bercakap tentang lantai bersih, lantai Mamu lebih bersih selepas menggunakan S7 MaxV Ultra. Jadi untuk peranti ini, hangpa pasti mendapat apa yang hangpa bayar.
Beberapa ciri utama sistem S7 MaxV Ultra ini memberikan pengalaman yang begitu lengkap ialah Dok Isi Basuh, sistem mengelakkan halangan ReactiveAI 2.0 dan teknologi mengemop VibraRise. Ia adalah vakum yang mahal, berharga sekitar RM 5600 tetapi jika hangpa mahukan vakum yang hangpa perlu tetapkan dan lupakan selama beberapa minggu pada satu masa sambil mempercayai ia akan mengosongkan dan mengemop dengan teliti, maka hangpa mungkin ingin mempertimbangkan model yang baharu ini.
Perkakasan Dan Kandungan Kotak
Sistem Roborock S7 MaxV Ultra tiba dalam dua kotak besar dengan vakum dan dok pengecasan ringkas dalam satu kotak dan Dok Isi Basuh di satu lagi. Kotak itu mengandungi vakum robot dengan tangki air dan kain mop, pengecas dok, kabel kuasa, dua beg pengumpulan habuk dan panduan terperinci. Mamu mengesyorkan hangpa membaca panduan persediaan dan penggunaan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu hangpa lakukan untuk menyediakan Dok Isi Basuh agar berfungsi dengan betul dengan S7 MaxV Ultra. Ini termasuk mengeluarkan pintu di dalam vakum supaya tong habuk boleh disedut bersih dan disimpan ke dalam beg habuk besar yang dipasang di dalam tong pengumpulan dok.
Melihat dengan lebih dekat vakum itu sendiri, ia adalah vakum yang agak besar dengan bar vakum berputar jingga terang yang besar dan roda bersalut silikon yang besar untuk menggerakkannya ke seluruh lantai hangpa. Ia berwarna hitam dengan serlahan merah dan Mamu secara peribadi berpendapat ia kelihatan hebat.
Bahagian atas vakum berwarna hitam matte dengan beberapa kawasan gentian karbon, butang direka dengan baik dan penutupnya terangkat untuk mendedahkan tong habuk moden. Melihat sekeliling tepi vakum, Mamu dapat melihat kamera RGB, cahaya berstruktur 3D dan penderia untuk menggerakkan sistem pengelakan halangan ReactiveAI 2.0
Melihat ke Dok Isi Basuh, Mamu mendapati tangki air kotor, tangki air bersih dan tong habuk. Tong habuk bukan sekadar petak besar kosong yang mengumpul habuk seperti dua tangki air yang menyimpan dan menyebarkan atau mengumpul air. Tong habuk menempatkan beg vakum, seperti yang hangpa boleh temui dalam vakum tradisional. Ia dapat digunakan untuk mengumpulkan kira-kira tujuh minggu habuk sebelum hangpa perlu menggantikan beg itu. Ini adalah peningkatan besar berbanding vakum robot lepas yang telah Mamu uji sebelum ini.
S7 MaxV mempunyai 5100pa kuasa sedutan, hampir dua kali ganda berbanding S7. Ia mempunyai tong habuk 400 ml dan tangki air 200 ml (lebih kecil daripada S7), tetapi jika hangpa beli sekali dengan dok Isi Basuh, saiz tersebut tidak begitu penting. Bateri 5,200mAh dapat memberi kira-kira tiga jam masa penggunaan, bergantung pada tetapan yang hangpa gunakan dan ia akan mengambil masa kira-kira enam jam untuk mengecas sepenuhnya kembali.
Aplikasi Pada Telefon
Roborock bukan sahaja menambah baik perkakasan vakum tetapi juga telah menambah baik aplikasi telefon pintar Roborock yang tersedia untuk peranti iOS dan Android.
Tetapan dilakukan pada aplikasi Roborock untuk menyambungkan telefon atau tablet hangpa ke Roborock S7 MaxV Ultra. Kali pertama hangpa menggunakan vakum robot, hangpa kena pastikan vakum robot telah memeta rumah atau pejabat hangpa supaya hangpa boleh mengenal pasti secara khusus kawasan untuk dibersihkan. Hangpa boleh melihat peta dalam 2D, 3D atau matriks. Mod matriks memerlukan hangpa bergerak di sekitar rumah anda dengan kamera telefon pintar hangpa untuk menangkap imej untuk paparan matriks.
Nama bilik, jenis lantai, perabot dan halangan dikenal pasti dengan bijak oleh kamera vakum, dan kemudian hangpa boleh mengedit dengan lebih tepat.
Hangpa boleh mencipta dinding halimunan, zon larangan pergi dan zon larangan mop dalam perisian. Mamu menggunakan dinding untuk kawasan yang Mamu tak mahu vakum pergi dan zon larangan di sekitar beberapa kawasan perabot di mana vakum tidak sesuai di antara kaki kerusi.
Tetapan mop yang boleh hangpa pilih termasuk normal, sederhana kuat dan tinggi. Mamu biasanya memilih tetapan yang tinggi untuk pembersihan yang efektif dan hasilnya amat memuaskan isteri Mamu. Hangpa boleh membuat tetapan untuk mengadakan sesi vakum sahaja, mengemop sahaja atau kedua-duanya.
Jumlah tetapan yang tersedia untuk hangpa menyesuaikan keseluruhan pengalaman vakum hangpa. Tetapan termasuk pilihan mengelakkan halangan, tontonan jauh (ya, hangpa boleh melihat rumah hangpa dari jauh melalui kamera pada vakum), pengurusan peta, tempoh masa jangan ganggu, tetapan auto kosong, tetapan basuh, tetapan permaidani dan banyak lagi. Mamu sarankan hangpa untuk mencuba semua tetapan yang ditawarkan oleh vakum ini.
Kesimpulan
Roborock S7 MaxV Ultra melakukan banyak perkara. Ia mengosongkan, mengemop, mengesan permaidani, membersihkan dirinya sendiri, malah membolehkan hangpa menyemak haiwan peliharaan hangpa bila hangpa tiada di rumah tetapi semua teknologi itu datang dengan tanda harga yang sangat tinggi. Ia adalah pakej vakum robot paling mahal yang pernah Mamu jumpa. Padan dengan teknologi yang dimuatkan dalam vakum ini.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang disukai tentang S7 MaxV Ultra, daripada prestasi penyedutan yang kuat kepada mop asas yang membersihkan dirinya sendiri dan tidak memerlukan meletakkan pad mop dan tangki air untuk kering selepas digunakan. Ia mudah digunakan dan bagus untuk memastikan lantai dihormati antara sesi mengemop dalam. Jika hangpa sedang mencari prestasi yang serupa dan mahukan vakum dan mop robot 2-dalam-1 yang muktamad, Roborock S7 MaxV Ultra ialah pilihan yang sangat baik, walaupun sangat mahal.
Sukar untuk saya faham dan mengerti apa logik dan piawai wartawan masa kini. Jika dahulunya surat khabar dijadikan bahan rujukan penulisan di sekolah, saya rasa mungkin sekarang tidak lagi. Dulunya penulisan di surat khabar mematuhi piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah, penulisan di akhbar juga ada diserap ke dalam Kamus Dewan terutama sekali dalam terma-terma dan istilah baru.
Kini, wartawan baru lebih gemar jadi pengemis bahasa, miskin kosa kata. Perkataan inggeris ditulis semula dalam ejaan Bahasa Melayu. Lihatlah contoh di bawah. “Momen”? Apa itu “momen”? Kita sudah ada istilah Bahasa Melayu untuk menggambarkan perkara yang sama. Mengapa tidak gunakan perkataan “detik”? Dewan Bahasa dan Pustaka pula, tampak lebih selesa sekadar menyerap perkataan-perkataan inggeris yang diMelayukan ini. Tiada lagi taring dan kebisaan pada DBP yang dahulunya sangat berbudaya.
Ya, kita juga banyak meminjam kata daripada bahasa lain namun tidaklah sampai meminggirkan istilah dan perkataan sedia ada dalam Bahasa Melayu. Kita meminjam kerana istilah asing itu biasanya benda yang baru. Contohnya kata “garpu”, “almari”, “sekolah” yang mana objek ini dibawa oleh Portugis. Zaman dahulu kita tidak ada garpu dan almari dan nama objek ini dipanggil terus dengan nama asal yang dibawa oleh Portugis.
Begitu juga istilah Arab sepeti “takwa”, “tawakkal”, “iman” yang mana diajar melalui pengislaman. Itu tidak pelik. Adapun begitu, tidak semua istilah dan perkataan bahasa Arab itu diserap sepenuhnya walaupun dalam ibadah. Contohnya, perkataan “puasa” yang tidak diserap dari bahasa Arab. Dalam bahasa Arab, “puasa” disebut sebagai “souma”. Mungkin atas faktor sebelum kedatangan Islam lagi masyarakat Melayu sudahpun mengamalkan berpuasa.
Oleh kerana itu, menamakan semula perkataan yang dah sedia ada dalam Bahasa Melayu kepada perkataan inggeris seperti detik=momen ini memang saya tak betul-betul tidak faham dan tidak boleh terima. Mana dia pejuang DBP yang aktif menegur kesalahan penulisan di akhbar tempatan? Mana dia bijak pandai di DBP yang selalu hadir memperkenalkan istilah-istilah baru dalam Bahasa Melayu.
Akan tetapi, bagi saya ini bukanlah salah DBP semata-mata. Pihak kerajaan juga dilihat langsung tiada inisiatif untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Nama jalan dan nama bangunan diletakkan nama inggeris kononnya lebih global. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan juga hampir tiada dan tidak disedari. Papan tanda rasmi juga tidak dikawal selia untuk menggunakan bahasa dan tulisan bahasa kebangsaan. Mana tidaknya, dalam sidang parlimen sendiri pun para politikus sibuk bertelagah dalam bahasa asing dan kesat! Malah ada ahli politik Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu pun!
Di saat kami yang berada dalam bidang penulisan teknologi berusaha untuk me-Melayukan istilah sukar bahasa inggeris dalam bidang teknologi, wartawan arus perdana senang-senang pula melacurkan bahasa ibunda. Ia malahan dipandang sepi pihak kerajaan. Ironi dan memalukan!
Sejak beberapa tahun lalu, fon telinga wayarles/tanpa wayar stereo (TWS) sudah berkembang dan membangun teknologinya. ‘Tekanan’ yang diwujudkan oleh Apple menyebabkan TWS mendapat tempat di dalam bag pengguna.
Ini kerana selepas satu demi satu produk dikeluarkan, kualiti audionya semakin bertambah bagus sehingga adanya produk dalam kategori premium. Namun begitu, tidak dapat dinafikan TWS bajet menjadi carian kebanyakan pengguna yang ingin gajet bebas daripada wayar.
Kualiti bunyi mungkin masih ketinggalan berbanding pilihan premium, manakala ciri lanjutan seperti pembatalan hingar aktif dan pengesanan dalam telinga (in-ear detection) sering digugurkan dari spesifikasi, tetapi itu adalah pengorbanan yang harus diterima jika ingin menjimatkan belanja.
Dalam julat sekitar bawah RM100 hingga RM200, terdapat ratusan pilihan TWS beserta ciri terbaik untuk dimiliki. Anda tidak perlu membuat kajian atau tinjauan sendiri, kerana kami telah pun melakukannya untuk pihak anda.
Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat satu persatu TWS bajet paling berbaloi disambar untuk tahun 2023 ini.
1. Tribit FlyBuds 3
Tribit FlyBuds 3 ialah sebuah TWS yang tahan lasak. Ia mempunyai ketahanan terhadap air (IPX7) yang bererti anda boleh melayan lagu dalam hujan bersama dengannya (errr, Hindustan much?). Selain itu, kualiti audio juga turut diberi perhatian sama, dan ia mampu mengeluarkan bunyi merdu mengiringi muzik yang anda sedang mainkan.
Apa yang saya suka mengenai Skullcandy Dime ini ialah saiznya yang amat kecil. Sangat sesuai dibeli jika anda sememangnya mencari TWS dengan saiz sekecil ini. Ia hadir bersama ketahanan air IPX4, yang bermaksud ketahanannya adalah sama dengan AirPods Pro. Selain itu, reka bentuknya juga agak ‘trendy’, cantik, dan bekas pengecas pula nipis – mudah dimasukkan ke dalam poket anda.
Agak jarang menjumpai TWS murah yang menawarkan ciri EQ. Jlab Go Air POP ialah TWS yang menawarkan ciri tersebut, dengan mod Signature, Balanced dan Bass Boost yang anda boleh tukarkan melalui mana-mana earbuds, kiri atau kanan.
TWS ini menawarkan reka letak di telinga yang selesa dan stabil, dan setiap satu boleh dipakai secara bebas. Go Air POP diberi penarafan IPX4 untuk kalis air, jadi ia akan tahan terhadap hujan dan peluh, serta hayat baterinya adalah selama 32 jam (termasuk bekas pengecas).
Ya, jika anda peminat permainan mobil, maka TWS ini adalah yang paling sesuai untuk anda. Ia mempunyai dua mod iaitu ‘Game Mode’ dan ‘Music Mode’, manakala disebabkan ia dicipta untuk para pemain (gamers), TWS ini turut dilengkapi dengan lampu LED RGB. Paling penting, ia diedarkan oleh distro rasmi iaitu PHL Malaysia. Tak perlu risau tentang tuntutan waranti di kemudian hari.
SoundPEATS Free2 Classic selesa dipakai berjam-jam, dan disebabkan reka bentuknya yang bulat, ia dapat dimasukkan dengan kemas ke dalam telinga tanpa terjatuh.
Penarafan kalis air IPX5 menjadikannya tahan hujan dan peluh, manakala hayat baterinya pula adalah selama 7.5 jam dengan sekali cas.
Ini boleh dikatakan model tahun 2020, kerana model baharu sudah pun dilepaskan versi ‘Pro.’ Pun begitu, model ini masih berbaloi dijadikan sebagai teman harian kerana harganya pun sudah semakin murah, manakala cirinya relevan, sesuai dengan apa yang diperlukan oleh pengguna ketika ini.
Ia mempunyai empat mikrofon ENC, disertai dengan algoritma AI DNN yang dapat menguatkan laras suara anda ketika sedang menjawab panggilan telefon. Ia dikuasakan oleh codec AAC, dan pemacunya pula bersaiz 7mm. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tentang hasil pengeluaran audionya lagi.