Utama Blog Laman 33

4 Cara Bagaimana realme C51 Menceriakan ‘Pengembaraan’ Anak Muda

0

Dinobatkan sebagai ‘Entry-level Groundbreaker’, realme C51 yang baru dilancarkan adalah salah satu telefon pintar yang kelihatan bergaya di kalangan anak muda sejak dilancarkan, meneruskan kejayaan keluarga realme C-series.

Terima kasih kepada siri C yang digemari ramai, realme kembali menjadi tumpuan pada separuh pertama 2023 dengan pertumbuhan tahunan dua angka yang cemerlang pada Q1 (+22%) dan Q2 (+18%), masing-masing, memperoleh tempat duduk dalam lima teratas kelab telefon pintar terlaris. Terutamanya, realme adalah satu-satunya jenama dalam 5 tempat teratas yang mencatatkan pertumbuhan dua angka pada Q2.

Tidak sukar untuk melihat mengapa ia memenangi hati pengguna muda. Daripada mengembara dan menerokai kafe atau restoran baharu hinggalah kepada menghancurkan musuh anda dalam permainan mudah alih, realme C51 ialah keperluan harian yang anda perlukan. Berikut ialah beberapa cara anda boleh memaksimumkan kuasa realme C51 dalam kehidupan harian anda yang indah.

#1 – Tangkap hidangan menggiurkan yang kelihatan terbaik semasa melawat ke kafe

Melawat kafe dan restoran memang menyeronokkan. Dan ia lebih baik apabila gambar foodgram anda tepat. Berikut ialah petua: Pencahayaan yang baik adalah kunci untuk fotografi makanan. Tetapi dengan atau tanpa pencahayaan semula jadi yang baik dan lembut, algoritma AI terbina dalam dalam realme C51 boleh mengimbangi nada dan memberikan foto sentuhan ajaib. Kamera AI 50MP juga membantu mengekalkan butiran yang rumit dan meningkatkan kejelasan hidangan lazat anda yang terbaik untuk dikongsi pada suapan media sosial anda.

Walaupun ia membawa kapasiti bateri 5,000mAh yang biasa dilihat, realme C51 menampilkan pelbagai mod pengoptimuman kuasa seperti Mod Penjimatan Ultra dan Pengoptimuman Bateri Skrin untuk hayat bateri yang tahan lebih lama – sesuai untuk sesi lawatan kafe yang banyak dengan rakan-rakan. Ia juga menyokong Caj SUPERVOOC 33W jika anda mahukan cas semula yang cepat.

#2 – Terokai acara baharu di sekitar bandar

Memandangkan penghujung tahun semakin hampir, mungkin terdapat barisan acara, perhimpunan dan percutian yang menarik menanti anda. Bawa realme C51 bersama anda dan abadikan semua kenangan teras itu dengan gaya. Apabila melakukan perjalanan ke luar, C51, sebagai tambahan kepada penembak utama 50MP, menawarkan pelbagai penapis pra-tetap yang unik – seperti City Street, Sunny Holiday dan Secret Garden – yang meningkatkan pengalaman fotografi anda. Tidak pernah membosankan.

Dirakam pada realme C51 dengan penapis City Street.
Dirakam pada realme C51 dengan penapis Sunny Holiday

Telefon pintar terkini menyokong storan sehingga 128GB, menyimpan kira-kira 28,000 foto. Jika anda mendokumentasikan kehidupan anda dengan lima imej setiap hari, anda boleh menyimpan detik berharga anda sehingga 15 tahun. Anda tidak perlu risau lagi tentang kekurangan ruang untuk foto dan video anda.

#3 – Terlalu asyik menonton K-drama di Netflix

realme C51 mempunyai skrin besar 6.74 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan nisbah skrin ke badan 90.3%, sesuai untuk menonton filem, rancangan dan drama kegemaran anda. Dengan bateri 5,000mAh, anda boleh menstrim video dengan mudah selama lebih daripada 8 jam.

Selain itu, realme C51 menampilkan mod Pembesar Suara UltraBoom yang mendapat volum 150%, menawarkan detik hiburan yang mengasyikkan untuk penggemar filem dan filem.

#4 – Kira langkah anda seperti peminat kecergasan

Sejak wabak Covid-19, lebih ramai anak muda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Kapsul Mini pada realme C51 melengkapkan gaya hidup sihat, kerana pengguna kini boleh melihat berapa banyak langkah yang telah mereka lalui sepanjang hari. Selain kiraan langkah, Kapsul Mini juga mempamerkan status bateri dan penggunaan data.

Kualiti Peringkat Juara 

Seperti barisan siri C yang lain, realme C51 dibuat dengan kualiti peringkat juara. Ia menjanjikan enam piawaian jaminan kualiti, termasuk bateri, kualiti jatuh, persekitaran melampau, keselamatan, senario dan ujian hayat struktur, untuk memastikan peranti boleh bertahan selama bertahun-tahun. C51 telah melepasi 320 ujian ketat, bukti kebolehpercayaan dan ketahanannya.

Berharga RM549, realme C51 didatangkan dengan varian Mint Green dan Carbon Black dan boleh didapati di semua Kedai Jenama realme, pengedar sah dan platform E-Dagang rasmi ( Lazada , Shopee dan kedai TikTok ) .

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

realme 10 Series Telefon Pintar Mendapat Pelarasan Harga Kekal

0

realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, telah melaraskan harga telefon pintar siri realme 10 terpilih di Malaysia.

Pelanggan kini boleh membawa pulang realme 10 Pro 5G (varian 8GB+256GB) pada harga RM1,099 dan bukannya RM1,299, manakala realme 10 (varian 8GB+256GB) mendapat potongan RM100 daripada RM999. Pelarasan ini terpakai kepada kedua-dua platform dalam talian dan luar talian.

Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 695, realme 10 Pro 5G menampilkan paparan FHD+ 6.72 inci yang menolak kadar penyegaran 120Hz bersama penembak utama 108MP. Realme 10 mempunyai paparan Super AMOLED 90Hz dengan kamera AI 50MP.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

SonicGear iOX K200: Set Karaoke Mini Yang Comel Untuk Anda Yang Comel

0

SonicGear Malaysia datang lagi dengan produk baru! Kali ini dengan iOX K200, set speaker dan mikrofon yang comel untuk anda yang comel. Pastinya, dengan RGB.

Kebetulan, saya sangat sibuk beberapa bulan kebelakangan ini dengan ceramah kumpulan sokongan ibu bapa, aktiviti luar dan aktiviti berkumpulan. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan saya banyak bercakap dan tidak disangka-sangka, SonicGear menghantar produk yang kena dengan aktiviti saya. Baru-baru ini, saya bawa naik set ini ke atas Bukit Keluang untuk aktiviti jabatan.

iOX K200 ini ringan, kecil, mudah dibawa dan bateri tahan lama. Kalau bateri habis pun, jangan risau kerana ia boleh dicas dan dihidupkan dengan power bank sahaja. Kedua-dua speaker dan mikrofonnya menggunakan port USB-C untuk pengecasan.

Kelantangannya mencukupi untuk kegunaan kumpulan kecil dalam lingkungan 10-20 orang. Sesuai untuk aktiviti berskala kecil. Ada butang pada mikrofon untuk kuasa daj kawalan kelantangan. Di speaker, butang tambahan ada untuk menukar mod, lampu dan kuasa.

Speaker ini boleh berfungsi sebagai set karaoke atau set speaker biasa tanpa mikrofon. Boleh dipilih pada butang dengan logo mikrofon di speaker. Jika anda memilih mod speaker, mikrofon akan dipadankan dengan speaker secara automatik apabila dihidupkan.

Ada tali kulit pada speaker sekiranya anda ingin menggantungnya. Ada juga pad getah di bahagian bawah untuk cengkaman. Ia juga menyokong muzik dari pemacu USB dan kad memori mikro SD.

Saya sangat suka speaker ini dan sangat berguna untuk mereka yang banyak berkerja dalam perucapan awam. Sesuai juga untuk penjual di gerai-gerai.

Kalau ada benda yang saya tak suka pun, adalah tetapan echo pada mikrofon secara default apabila anda menghidupkan mikrofon. Anda boleh menurunkan echo sehingga 0, tapi ia perlu dilakukan setiap kali anda menghidupkan mikrofon. Selain itu, semuanya sangat bagus.

iOX K200, saya rekemen. Boleh dapatkan di gedung rasmi SonicGear Malaysia:

Shopee

Lazada

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

SonicGear Morro X5 Pro: Speaker 2.1 Berkuasa Untuk Sistem Home Theater Anda

0

SonicGear Morro X5 Pro agak istimewa sedikit berbanding dengan produk SonicGear sebelum ini. Mengapa? Ini kerana speaker ini datang dengan talaan khas dari Makmal SonicGear Singapura. Jadi, adakah ia lebih baik? Ini review ringkas saya.

Dari segi rekaan, ia tampak moden dan minimal. Tiada RGB, tiada LED. Hanya satu unit utama speaker dengan dua speaker satelit kecil kira dan kanan. Speaker utama agak berat, saya timbang-timbang mungkin dalam 1.8-2.0 Kg juga. Menariknya, input pada speaker ini menggunakan input RCA, wayar merah putih yang biasa terdapat pada speaker radio. Untuk disambungkan ke PC, jangan risau kerana adapter RCA ke 3.5mm sudah diberi bersama.

Anda boleh menala kelantangan dan jumlah bass pada speaker dengan tombol di belakang speaker utama. Untuk ujian, sudah tentulah saya tolak semua tombol ke tahap maksimum. Ini bagi mendapatkan bacaan dan bunyi garis dasar speaker ini.

Secara ringkasnya, berdasarkan telinga dan selera bunyi saya, bagi saya speaker ini ada bass yang agak berat berbanding treble. Lower mid juga agak dominan berbanding upper high. Untuk bass, ia agak dark dengan bass punch yang baik. Bass thump agak kurang menyengat dan kadangkala ada sedikit bleeding ke mid. Subwoofer utama bersaiz 4 inci, agak besar. Jadi bass agak kuat.

Mid agak detail untuk lower mid. Jadi, untuk upper mid seperti vokal wanita dan jeritan gitar, kadangkala ada terasa seolah-olah lari sikit timbre. Mungkin kerana bass lebih menjadi fokus untuk speaker ini.

Untuk high atau treble, ia agak relaxed. Tidak terlalu harsh. Mungkin kerana treble tidak dominan, jadi saya tidak perasan sekiranya ada sibilince. Macam treble rolled-off pun ada juga. Saya tak banyak dengar instrumental, jadi bila treble tak ada harshness dan sibilince, itu sudah cukup baik. Namun begitu, ini juga bermakna anda akan kehilangan beberapa detail dalam lagu dan sesetengah orang tak berapa suka.

Ujian dibuat pada setting equalizer flat untuk melihat bunyi semulajadi speaker ini. Menggunakan aplikasi Wavelet pada telefon, saya talakan speaker ini untuk lebih M-shaped dan semuanya kena dengan selera saya. Saya baru cuba speaker ini dalam seminggu lebih. Anda boleh mengubah preset menggunakan remote kawalan yang datang sekali sebanyak 6 pilihan bunyi.

Fungsi lain seperti sambungan Bluetooth 5.0, sokongan USB, radio FM dan SD card.

Dapatkan set speaker ini di gedung rasmi SonicGear Malaysia:

Shopee

Lazada

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

MF Ghost: Sambungan Siri Initial-D Kini Mula Bersiaran

0

Budak-budak 90an pastinya kenal dengan siri anime lagenda, Initial-D. Watak Takumi Fujiwara dan kereta lagendanya, Panda Trueno AE86 menjadi idaman dan buruan setiap peminat kereta. Sehingga kini, AE86 masih menjadi pilihan bagi penggiat sukan drift, satu sukan lumba kereta unik yang dipopularkan menerusi siri anime Initial-D ke seluruh dunia.

Kini, siri dan ceria lagenda Initial-D diteruskan lagi dengan watak dan kereta baru tapi masih lagi dalam dunia asal Initial-D. Watak utama bagi siri anime MF Ghost adalah Kanata, seorang remaja kacukan Inggeris-Jepun.

Kanata adalah anak didik Takumi dengan gaya pemanduan yang sama. Bezanya, kini dia memandu Toyota 86GT ZN6. Sedikit trivia, model kereta Toyota 86GT ZN6 ini juga merupakan model ‘tribute’ Toyota kepada kereta asal Toyota AE86 Trueno. Jadi, tidak salah lagi MF Ghost sebagai siri ‘kemaskini’ kepada siri lagenda Initial-D sebagaimana 86GT adalah ‘kemaskini’ kepada model lagenda AE86.

Siri anime MF Ghost mengambil latar masa ketika kereta pembakaran dalaman (ICE) sudah diharamkan di dunia. Ryosuke dalam siri Initial-D kini menjadi pengasas kepada sukan lumba kereta baru, MFG. MFG adalah satu-satunya tempat dalam dunia di mana para peminat kereta petrol boleh memandu kereta petrol dalam dunia di mana kereta petrol kini sudah dikira luput.

MF Ghost boleh ditonton sebagai Amazon Prime Originals. Gaya anime juga hampir sama dengan anime asal Initial-D dengan penglibatan daripada pencipta asal Initial-D dalam pembikinannya. MF Ghost baru sahaja bersiar sehingga episod 2 setakat ini. Apa yang paling best? Mestilah kemunculan semula eurobeats!

Views: 15

Iklan Newspaper Inline

Review Buku: How to Win Friends & Influence People

0

Saya bukanlah seorang yang pandai bercakap. Saya juga seorang yang dilahirkan dengan kemahiran komunikasi dan sosial yang teruk. Masalah perhatian menjadikan saya seorang yang cemerkap dan banyak selekeh dalam perbuatan dan perbualan. Saya juga sangat sedar dengan kekurangan saya ini dan kekurangan saya ini juga menghantui saya sepanjang zaman persekolahan saya.

Saya terjumpa buku ini ketika mengemas perpustakaan sekolah lama saya di MRSM Taiping dulu. Buku ini dah nak dibuang kerana sudah rosak kulitnya (gambar dalam post bukan gambar sebenar). Buku yang saya jumpa itu bersaiz kecil, lebih kurang saiz A6. Tapi hati saya tergerak untuk simpan daripada buang. Dan bermulalah detik perubahan yang saya kira paling besar dalam hidup saya.

Sebagai ‘budak asrama’, dah banyak kem motivasi dan ceramah motivasi yang saya hadiri (dan dipaksa hadir, ahah). Tapi, tak ada satu pun saya rasa ada impak. Semangat dua tiga hari, dan tiada kesan. Sampailah saya baca buku ini. Bukunya ringkas saja, tapi berikan anda beberapa tips ringkas dan mudah diamalkan untuk menjadi seorang individu yang lebih berkeyakinan dan berketrampilan.

Ia tidak memaksa anda menjadi orang lain atau menukar watak anda. Sebaliknya, ia cuma mengajar anda untuk lebih nampak yakin dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Anda akan lebih dihormati ketika berkomunikasi dan anda akan lebih belajar menghormati orang lain ketika berkomunikasi.

Antara tips yang saya ingat dan amalkan sampai hari ini adalah jangan lokek dengan pujian dan sentiasa senyum ketika bercakap. Sekiranya anda memberi pujian kepada orang lain, anda akan lebih diingati dan urusan anda akan dipermudahkan. Begitu juga dengan senyuman. Apabila anda bercakap dengan senyuman, anda akan nampak dan kedengaran lebih yakin dan lebih dipercayai.

Buat anda yang ada masalah sama seperti saya, cubalah buku ini. Murah sahaja, tak sampai RM20 pun sekarang. Mana tahu, ia juga akan jadi titik perubahan hidup anda juga?

Beli di sini: Shopee

Views: 20

Iklan Newspaper Inline

Macam Manalah Kualiti Hidup Penghuni Zoo Manusia Ini?

0

Topik viral hari ini adalah M Vertica di Cheras. Sebuah perumahan taraf kondominium. Dibina sebanyak 5 blok dengan 50 tingkat setiap blok. Jumlah keseluruhan unit adalah sebanyak 3,684 unit! Meriah! Dah macam sebuah bandar!

Di sini, kita bercakap tentang teknologi dan gaya hidup. Jadi saya cuba selidik tentang M Vertica, bandar mini persis bandar bangunan dalam filem Judge Dredd dan The Raid ini. Yang paling penting sekali yang saya fikir sudah tentulah akses internet di sini. Dengan rekabentuk sebegini, saya tak fikir kualiti indoor coveragenya kuat. Dalam pasaraya dan pejabat pun lemah, apatah lagi dalam kawasan padat begini. Ping pastinya ‘neraka’ dan talian pastinya akan congested sentiasa. Mungkin tuan Pendakwah Teknologi boleh pergi test, mana tau nak beli 1 unit di sini ke?

Fiber? 3,684 unit semuanya. Berebutlah anda semua nak dapatkan port. Di perumahan landed pun bercakaran tau nak dapatkan port? Jika nak pasang TV satelit, saya tak boleh fikir macam mana nak pasang. Ataupun macam mana keadaannya jika semua orang DAH pasang. Mesti berserayut piring Astro. 50 tingkat semuanya bang! Kalau ada centralized satellite dish, tak apalah. Tapi gas memasak dan pendingin hawa? Kalau tak berpusat, haru juga tu!

Bagaimana pula dengan khidmat penghantaran seperti kurier, e-hailing, penghantaran makanan? Flat 4 tingkat pun puas bergaduh dulu, apatah lagi 50 tingkat x 5 blok. Fuh!

“Saya dah sampai ni, awak kat mana?”

“Kejap bang, dah turun ni. Lif lambat”

“Saya dah sampai, makanan saya tinggal kat bawah”

“Saya nak awak hantar depan pintu saya!”

Bila dengar ejen sembang semuanya indah. “Lif laju! Parking banyak! Infrastruktur lengkap! Kawasan high demand!”. Tapi hakikatnya? Boleh lah baca review-review di internet dan media sosial. Walaupun ini kondo dan kononnya PATI tak kan mampu sewa, tapi realitinya kita semua tahu.

Kes PATI tinggal beramai-ramai di kondo bukan benda baru:

Dah ada unit M Vertica yang dilelong:

Lif tingkat 1-40 rosak: 

https://www.facebook.com/reel/3535625570038760

https://www.facebook.com/reel/1022100322155018

Parking tak cukup, review penghuni di Google Map. Lihat review 1 bintang:

Kita semua sibuk dengan digital. Kelestarian digital. Kemajuan digital. Perkhidmatan digital. Tapi, kelestarian fizikal kita semakin terabai.

Views: 10

Iklan Newspaper Inline

Berserk of Gluttony Kini Diadaptasi Ke Anime!

0

Berserk of Gluttony. Anime isekai/shonen baru yang saya baru tengok. Baru masuk episod 2. Best juga. Hero tak boleh level up kerana skillnya. Skill hero (Gluttony) ini dikategorikan “useless” kerana hanya menyebabkan hero ini sentiasa lapar. Sehinggalah pada suatu hari apabila dia tidak sengaja membunuh seorang perompak, barulah skillnya diaktifkan.

Mula-mula macam hambarlah juga. Hero lembik dan jadi mangsa buli golongan atasan. Klise sungguh untuk genre shonen ni. Tiba-tiba, hero baru tahu rahsia sebenar kuasanya dan menjadi sangat overpowered (OP). Dan bermulalah usaha hero untuk menyembunyikan identiti sebenarnya daripada diketahui watak heroin. Oh hoh, sangat klise! Tapi setakat ini, masih okey lagi. Boleh layan!

Amacam? Korang semua layan anime apa sekarang? Goblin Slayer pun baru mula musim baru tu.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

realme Raikan Festival 10.10 dengan Diskaun Menarik di Shopee dan Lazada

0

Dari 10 Oktober 2023 hingga 13 Oktober 2023, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM1,000 pada kempen Festival Langsung Shopee 10.10 selain hadiah dengan pembelian dan juga berpeluang memenangi hadiah apabila mereka meninggalkan ulasan.

Pelanggan boleh mendapatkan peranti berikut dengan harga istimewa di Shopee:

produk Harga Promo Harga asal
realme 10 Pro 5G (8GB+256GB) RM1,099 RM1,299
realme 10 4G (8GB+256GB) RM749 RM999
realme C53 (6GB+128GB) RM569 RM599
Realme Pad Mini Wifi (3GB+32GB) RM499 RM599
realme Watch 2 Pro RM149 RM299
realme Techlife Buds T100 RM79 RM129

 

Sementara itu, pelanggan boleh merebut baucar dengan diskaun sehingga 12% dan hadiah dengan pembelian apabila mereka membeli telefon pintar dan peranti AIoT terpilih melalui 10.10 #LazadaAda Sales .

Berikut adalah beberapa barangan yang layak mendapat diskaun istimewa di Lazada:

produk Harga Promo Harga asal
realme 11 Pro+ 5G (12GB+512GB) RM1,899 RM1,999
realme 10 Pro+ (12GB+256GB) RM1,299 RM1,799
realme 10 Pro+ (8GB+128GB) RM1,199 RM1,599
realme Smart TV 4K (43-inci) RM799 RM1,299

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Album Daft Punk – Random Access Memory dalam FLAC

0

Banyak yang anda boleh dapat sekiranya mahir dalam teknik enjin carian. Contohnya, jika anda mencari kata kunci “Index of Daft Punk FLAC” di Google, anda akan terjumpa direktori simpanan atas talian file FLAC Daft Punk.

Adakah ia halal? Untuk pemiliknya, mungkin halal kerana mereka membeli album berkenaan dan cuma membuat salinan simpanan. Untuk orang lain yang mengakses alamat tersebut, sudah tentu tidak. Namun begitu, sesiapa saja boleh memuat turun fail tersebut sekiranya tahu alamat URL simpanan fail.

Contoh alamat URL:

http://192.227.134.252/Daft%20Punk%20-%20Random%20Access%20Memories%20(2013)%20%5BLimited%20Box%20Set%20Edition%202014%5D%20(FLAC%2024-88,2)/

Anda boleh lihat, dalam direktori ini, album penuh Daft Punk – Random Access Memory dalam format FLAC boleh dimuat turun secara terus. Jika anda tidak membeli salinan album ini secara sah, anda telah melakukan cetak rompak jika memuat turun fail ini. Jika anda sudah membeli, maka index ini sangat berguna untuk anda jika ingin mendapatkan semula album anda sekiranya hilang.

Sekian perkongsian saya hari ini. Ini adalah hantaran untuk tujuan pendidikan, bukan menggalakkan cetak rompak. Cetak rompak boleh dihukum dan menyalahi undang-undang. Saya tidak bertanggungjawab terhadap tindakan anda. Segala alamat dan info diperolehi dari public domain dan boleh diakses secara public.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline