SonicGear iOX K200: Set Karaoke Mini Yang Comel Untuk Anda Yang Comel

SonicGear Malaysia datang lagi dengan produk baru! Kali ini dengan iOX K200, set speaker dan mikrofon yang comel untuk anda yang comel. Pastinya, dengan RGB.

Kebetulan, saya sangat sibuk beberapa bulan kebelakangan ini dengan ceramah kumpulan sokongan ibu bapa, aktiviti luar dan aktiviti berkumpulan. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan saya banyak bercakap dan tidak disangka-sangka, SonicGear menghantar produk yang kena dengan aktiviti saya. Baru-baru ini, saya bawa naik set ini ke atas Bukit Keluang untuk aktiviti jabatan.

iOX K200 ini ringan, kecil, mudah dibawa dan bateri tahan lama. Kalau bateri habis pun, jangan risau kerana ia boleh dicas dan dihidupkan dengan power bank sahaja. Kedua-dua speaker dan mikrofonnya menggunakan port USB-C untuk pengecasan.

Kelantangannya mencukupi untuk kegunaan kumpulan kecil dalam lingkungan 10-20 orang. Sesuai untuk aktiviti berskala kecil. Ada butang pada mikrofon untuk kuasa daj kawalan kelantangan. Di speaker, butang tambahan ada untuk menukar mod, lampu dan kuasa.

Speaker ini boleh berfungsi sebagai set karaoke atau set speaker biasa tanpa mikrofon. Boleh dipilih pada butang dengan logo mikrofon di speaker. Jika anda memilih mod speaker, mikrofon akan dipadankan dengan speaker secara automatik apabila dihidupkan.

Ada tali kulit pada speaker sekiranya anda ingin menggantungnya. Ada juga pad getah di bahagian bawah untuk cengkaman. Ia juga menyokong muzik dari pemacu USB dan kad memori mikro SD.

Saya sangat suka speaker ini dan sangat berguna untuk mereka yang banyak berkerja dalam perucapan awam. Sesuai juga untuk penjual di gerai-gerai.

Kalau ada benda yang saya tak suka pun, adalah tetapan echo pada mikrofon secara default apabila anda menghidupkan mikrofon. Anda boleh menurunkan echo sehingga 0, tapi ia perlu dilakukan setiap kali anda menghidupkan mikrofon. Selain itu, semuanya sangat bagus.

iOX K200, saya rekemen. Boleh dapatkan di gedung rasmi SonicGear Malaysia:

Shopee

Lazada

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x