SonicGear Morro X5 Pro: Speaker 2.1 Berkuasa Untuk Sistem Home Theater Anda

SonicGear Morro X5 Pro agak istimewa sedikit berbanding dengan produk SonicGear sebelum ini. Mengapa? Ini kerana speaker ini datang dengan talaan khas dari Makmal SonicGear Singapura. Jadi, adakah ia lebih baik? Ini review ringkas saya.

Dari segi rekaan, ia tampak moden dan minimal. Tiada RGB, tiada LED. Hanya satu unit utama speaker dengan dua speaker satelit kecil kira dan kanan. Speaker utama agak berat, saya timbang-timbang mungkin dalam 1.8-2.0 Kg juga. Menariknya, input pada speaker ini menggunakan input RCA, wayar merah putih yang biasa terdapat pada speaker radio. Untuk disambungkan ke PC, jangan risau kerana adapter RCA ke 3.5mm sudah diberi bersama.

Anda boleh menala kelantangan dan jumlah bass pada speaker dengan tombol di belakang speaker utama. Untuk ujian, sudah tentulah saya tolak semua tombol ke tahap maksimum. Ini bagi mendapatkan bacaan dan bunyi garis dasar speaker ini.

Secara ringkasnya, berdasarkan telinga dan selera bunyi saya, bagi saya speaker ini ada bass yang agak berat berbanding treble. Lower mid juga agak dominan berbanding upper high. Untuk bass, ia agak dark dengan bass punch yang baik. Bass thump agak kurang menyengat dan kadangkala ada sedikit bleeding ke mid. Subwoofer utama bersaiz 4 inci, agak besar. Jadi bass agak kuat.

Mid agak detail untuk lower mid. Jadi, untuk upper mid seperti vokal wanita dan jeritan gitar, kadangkala ada terasa seolah-olah lari sikit timbre. Mungkin kerana bass lebih menjadi fokus untuk speaker ini.

Untuk high atau treble, ia agak relaxed. Tidak terlalu harsh. Mungkin kerana treble tidak dominan, jadi saya tidak perasan sekiranya ada sibilince. Macam treble rolled-off pun ada juga. Saya tak banyak dengar instrumental, jadi bila treble tak ada harshness dan sibilince, itu sudah cukup baik. Namun begitu, ini juga bermakna anda akan kehilangan beberapa detail dalam lagu dan sesetengah orang tak berapa suka.

Ujian dibuat pada setting equalizer flat untuk melihat bunyi semulajadi speaker ini. Menggunakan aplikasi Wavelet pada telefon, saya talakan speaker ini untuk lebih M-shaped dan semuanya kena dengan selera saya. Saya baru cuba speaker ini dalam seminggu lebih. Anda boleh mengubah preset menggunakan remote kawalan yang datang sekali sebanyak 6 pilihan bunyi.

Fungsi lain seperti sambungan Bluetooth 5.0, sokongan USB, radio FM dan SD card.

Dapatkan set speaker ini di gedung rasmi SonicGear Malaysia:

Shopee

Lazada

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x