Entri itu lama punya ( tak lama sangat la, hanya beberapa jam yang lalu )
Pukul 1.00 a.m tadi sudah release evasi0n. Khas untuk anda, saya buat tutorial. ( rehat sebentar dari buat amali >.< )
Sudah bersedia?
Terlebih dahulu maaf entri kali ni agak rushing sedikit 🙁
Pertama sekali charge iDevices anda sekurang2nya 40% ke atas. Kerana tools kali ini akan buat iDevices anda reboot berkali2 ( jangan takut, relax sudah 😀 )
Mula2 anda download dulu program evasi0n ini mengikut OS anda Windows , Mac OS X , dan Linux
Kemudian, sila pindahkan dari folder Download ke Desktop anda 🙂
ini contoh gambarnya
klik untuk lebih detail 🙂
alamak, kantoi ada file tugasan 😛
Kemudian sila extract, dan buka folder tersebut. ini contoh gambar 🙂
klik untuk lebih detail 🙂
Klik terus file tu, klik kanan dan pilih ” Run As Administrator ” 😀
dan ini gambar program evasi0n tersebut
klik untuk lebih detail 🙂
Sudah sedia? Mari kita JailBreak 😀
klik untuk lebih detail 🙂
Klik Jailbreak dan anda jangan usik iDevices anda 😛
Ini sedikit gambar perjalanan jailbreakiPhone 4S saya 🙂
klik untuk lebih detail 🙂
Saya ambik gambar guna camera digital, takut nak usik laptop ( walhal boleh ja usik, cuma jangan tekan pangkah tu sudah 😛 )
klik untuk lebih detail 🙂
Yang ni 1st reboot. Letak atas meja takut cable kacau >.<
klik untuk lebih detail 🙂
Tudia, jalan dah.
klik untuk lebih detail 🙂
Kalau naik macam ni, anda kena unlock untuk tap tools yang dah install dalam iDevices anda. Maaf terlepas satu gambar yang mana dia suruh kita unlock screen then tekan tools tu. Saya ada gambar dalam phone ja. 🙁
klik untuk lebih detail 🙂
Tap tools nama Jailbreak tu, dan anda duduk diam2. 😛
Kemudian dia akan keluar yang ini
klik untuk lebih detail 🙂
Anda tunggu sehingga iDevices anda keluar ini
klik untuk lebih detail 🙂
Anda perlu tunggu sahaja. Maaf gambar itu tidak rotate, saya sudah rotate ==”
Anda tunggu sehingga keluar ini dekat komputer anda
klik untuk lebih detail 🙂
iDevices anda akan restart lagi, sehingga keluar gambar bateri. Alhamdulillah iDevices anda selamat Jailbreak. Lihat ada icon Cydia di Home Screen anda.
klik untuk lebih detail 🙂
Ini dia Cydia on iPhone 4S, iOS 6.1 😀
Jangan risau kerana tools ini sangat mudah untuk guna. Hanya perlu ikut arahan tools tersebut. Saya sudah jailbreak, anda bila lagi? 😛
Selamat jailbreak yer?
Jika ada sebarang pertanyaan, feedback di bawah 😀
InsyaAllah akan ada entri tentang tweak, source Cydia dan free apps :3
P/s : sambung buat amali :3
Kredit untuk tools evasi0n 😀
Ini video jika anda kurang paham entri agak rushing ini. Tetapi video ini OSMac OS X, tapi step dia sama sahaja 😀
Anda semua apa khabar? Harap sihat2 selalu yer. Lama tak post entri baru, al maklum la, Final Exam nak dekat >.<
Kalau ikutkan nak post selalu, tetapi masa cemburu dengan kita 🙁
Berbalik pada topik asal, iaitu evasi0n.
Apa itu evasi0n?
evasi0n ialah JailBreak generasi baru pada tahun 2013 ini.
Sejak Apple keluarkan iOS ( Operating System ) yang baru. Maka ramai orang beralih kepada Android, atas sebab iOS 6 dan model baru Apple tidak boleh JailBreak.
Jika anda semua bersabar, berbaloi kerana evasi0n sedia berkhidmat untuk anda 🙂 evasi0n juga serasi dengan semua jenis iPhone, iPod Touch, iPad, dan iPad Mini yang sedang guna iOS 6.0 dan 6.1
Ada khabar angin mengatakan ini hanya rekaan semata2, ada kata ini hanya gimik untuk menipu orang ramai. Bagi saya, apa salahnya jika kita follow up tools ini. Mana nak tau kot2 lah betul, tak rugi 🙂
Ada yang sanggup refresh website tu beribu2 kali ( ini saya baca komen mereka, betul or tipu wallahualam >.< ) kerana, mereka janji nak release Ahad, 03/02/13 sempena hari Super Bowl. Tetapi ada mengatakan Screenshot yang terdapat diwebsite mereka itu menunjukkan 04 ( kalender iDevices ikut tarikh phone ).
Ramai tidak putus ada menanti, terus menanti, ada yang batalkan aktiviti2 pada hari tersebut semata2 nak JailBreak dan jadi orang pertama upload di Youtube untuk JailBreakiOS 6.1 😀
Nak jadikan cerita, mereka sebenarnya sudah ada Jailbreak untuk iOS 6 ini,
tetapi mereka tunggu Apple release final iOS, iaitu 6.1 ( maybe 6.1 ni clean upgrade kot tu yang mereka tunggu >.< ). Tapi Apple sudah baca taktik mereka, jadi Apple nak keluarkan iOS baru untuk tutup exploit2 untuk Dev-Team korek2 🙁
Eh, jauh dah keluar ni, hehehe. Back to topic, Jailbreak ni hasil kerjasama kumpulan evad3rs yang mana dianggotai oleh musclenerd, pod2g, pimskeks, dan planetbeing.
Mereka turut melancarkan website rasmi mereka, untuk maklumkan perkembangan projek mereka. Website tersebut akan saya lampirkan di penghujung entri ini 🙂
Mereka turut menyediakan apa yang anda perlu buat semasa nak guna tools ini
Masa yang anda perlukan hanya 5 minit sahaja!
Komputer anda haruslah OSWindows ( XP minimum ), Mac OS X ( 10.5 minimum ) atau Linux ( x86 / x86_64 ).
iDevices anda haruslah running iOS 6.0 atau 6.1 ( anda boleh check di Settings > General > About > Version )
Semestinya anda perlukan USB ( cable iDevices ) untuk Jailbreak 😛
Pekara yang anda wajib buat sebelum menggunakan tools ini ialah :
Sila backup dahulu iDevices anda melalui iTunes atau iCloud. Saya cadangkan backup melalui iTunes sekiranya anda mempunya internet yang perlahan. Jika laju gunalah iCloud. Tetapi iCloud ada limit storage dia :P. Tujuan suruh anda semua backup itu untuk anda boleh restore maklumat anda sekiranya anda silap langkah semasa menggunakan evasi0n 🙁
Jika anda menggunakan lock passcode, sila disable kerana jika anda tidak disable lock passcode sebelum guna evasi0n ini akan menyebabkan ada isu berbangkit ( error sana sini 😛 )
Anda haruslah bersabar semasa proses Jailbreak ini berjalan. Jangan bukak iTunes atau Xcode ( ini untuk Mac ). Yang terbaik ialah jangan usik komputer anda semasa JailBreak beroperasi 😛
Sekiranya terdapat error atau stuck di mana2 bahagian, jangan cuak dan jerit. Bertenang, istighfar banyak. Anda hanya perlu restart balik program itu, ” reboot ” iDevices anda ( jika perlu sila tekan button Sleep dan Home serentak sehingga keluar logo Apple, kemudian lepaskan kedua2 button tu, jangan lepas iDevices anda pulak, tak pasal2 jatuh. Dah la iDevices ni sensetif sikit 😛
Itu sahaja yang perlu anda buat.
Tetapi jika anda sudah upgrade iOS, jangan lupa simpan SHSH Blobs, kerana bila iOS baru akan keluar, Apple akan stop SHSH Blobs iOS yang lama. Jangan harapkan Cydia kerana Cydia tak simpan pun SHSH Blobs anda :P.
Saya kena dah. Lupa nak backup SHSH Blobs iOS 5.1.1, padan muka kena pakai iOS 6.1 T.T
Tapi berbaloi upgrade kerana evasi0n nak keluar dah 😛
Untuk upgrade ke iOS 6.1, sila upgrade menggunakan iTunes, jangan update guna OTA a.k.a update kat iDevices anda, berkemungkinan ada masalah semasa nak JailBreak kelak. 🙁
Saya akan buat entri tentang cara nak simpan SHSH Blobs untuk iDevices anda.
Ini ada sedikit gambaran tentang entri ini. 🙂
klik untuk melihat lebih jelas :3
Ini ScreenShot untuk check Version iOS anda. Saya pakai iOS 6.1. 🙂
klik untuk melihat lebih jelas :3
Lihatlah, 99% lagi. Terasa tidak sabar untuk JailBreak >.<
klik untuk melihat lebih jelas :3
Semua ada, iPhone 5, iPhone 4S, iPod Touch 5th Generation, iPad Mini, dan iPad 4th Generation ( yang ada dalam gambar tu la 😛 )
Untuk wallpaper pulak, sila klik bawah ini dan save 🙂
iPhone 5 / iPod Touch 5th Generation
iPhone 4 / iPhone 4S
iPad Mini / iPad 2
iPad 3 / iPad 4
Tak banyak gambar nak sumbat dalam ini kerana kesuntukkan masa. Al maklum la, minggu akhir sebelum Final Exam ni kena siapkan kerja2 yang tertunggak >.<
Lab Report, Kuiz, Tugasan dan lain2. :3
Sampai di sini sahaja entri saya kali ni,
InsyaAllah ada kelapangan saya buat entri untuk simpan SHSH Blobs sebelum Apple hentikan pengeluarkan SHSH Blobs tu 🙁
Umum sedia mengetahui bahawa tahun demi tahun, virus komputer merebak bagaikan tiada kesudahan. Begitu banyak sekali sehinggakan pengkalan data untuk antivirus perlu dikemaskini tiap hari agar tidak ada satu pun yang ketinggalan atau terlepas dari ‘pandangan’.
Disebabkan itu, bolehlah kita anggap perisian antivirus semakin PERKASA bagus dari tahun ke tahun. Oleh itu, corak serangan baru harus diorak oleh para penggodam dari kalangan topi hitam agar mangsa tidak menyedari yang mereka sedang diawasi, gerak-geri diperhati, dan setiap langkah dicicipi.. (eh..macam tak kena je..)
Man-in-the-Browser (MitB)
Man-in-the-Browser (MitB) ialah satu corak serangan yang mengadaptasikan kaedah Man-in-the-Middle namun dalam implementasi yang berbeza, iaitu dengan melakukan serangan, injeksi atau jangkitan ke atas pelayar web mangsa.
Medium yang digunakan adalah pelbagai, boleh jadi terdiri dari Trojan Horse, yang ‘merupa’ dalam pelbagai bentuk seperti addon, ekstensi, toolbar dan sebagainya.
Kenapa tidak? Seperti yang saya katakan tadi, perisian antivirus semakin kukuh, dan mendapat kepercayaan dari ramai pengguna untuk dipasang pada peranti masing-masing. Ini menjadikan ia agak sukar untuk diserang walaupun kemungkinannya masih ada.
Jadi alternatif yang terbaik ialah melalui pelayar web. Dengan kadar penggunaan aplikasi-aplikasi berasaskan awan, atau pendek kata penggunaan aplikasi yang memerlukan kepada sambungan internet, pelayar web dilihat sebagai satu sasaran paling baik.
Kebiasaannya digabungkan bersama teknik kejuruteraan sosial yang ampuh, tidak mustahil maklumat sulit mangsa dapat diperoleh dengan mudah. Apa yang membimbangkan, ia agak sukar dikesan kerana implementasi kaedah ini yang dilihat sebagai terbaik, apabila ia mengekalkan ciri keselamatan pada sesebuah laman web seperti pautan asal dan SSL.
Perkara ini bukan baru, tetapi tahun 2013 diramalkan sebagai tahun yang kita akan dapat melihat lebih banyak corak serangan seperti ini dilakukan. Bukan baru atau lama yang patut dibincangkan, tetapi yang pasti adakah kita sebagai pengguna bersedia menghadapi segala kemungkinan?
Sangat memudahkan pengurusan badan! Errr.. saya maksudkan, fail! Itulah yang mampu saya perkatakan mengenai AirDroid V2 Beta yang sedang dibangunkan. Kalau anda masih belum menggunakannya, saya sarankan anda cuba V2 ini, kerana kali ini AirDroid telah memperbaharui beberapa ciri yang terdapat pada versi sebelumnya.
Antaramuka
Apa yang boleh saya katakan, antaramukanya lebih tersusun, cantik serta pantas berbanding dahulu.
Daftar Dahulu
Jika sebelum ini, anda perlu log masuk menggunakan kod pengesahan yang diperolehi dari aplikasi AirDroid itu sendiri, tapi dalam V2 anda boleh log masuk menggunakan akaun Facebook, Twitter, mahupun Google, yang mana setiap sesi boleh disimpan sehingga tempoh 2 minggu.
Jadi anda tidak lagi perlu log masuk menggunakan kod berulang-ulang kali. Cukup hanya sekali, dan untuk tempoh 2 minggu lagi barulah perlu ulang log masuk semula.
Sambungan Pintar
Dalam V2, AirDroid akan memilih secara pintar sambungan internet mana yang boleh menghubungkan anda dengan paparan antaramuka laman webnya. Ini telah diuji sendiri oleh saya, yang mana AirDroid tidak lagi memerlukan sambungan WiFi yang sama untuk berhubung dengan peranti. Jika peranti anda menggunakan WiFi, dan PC anda menggunakan LAN, kini ia bukan lagi satu masalah apabila AirDroid akan terus disambungkan kepada LAN, sama seperti laman web yang lain, dan ia akan terus cuba untuk bersambung kepada peranti.
Muat Turun
Pautan baru untuk mendapatkan fail pemasang serta antaramuka baru AirDroid boleh dicapai pada pautan berikut : AirDroid V2
Apapun anda perlu ingat bahawa ia masih dalam versi beta, oleh itu sila jangkakan bugs yang mungkin akan muncul pada bila-bila masa sahaja.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan artikel mengenai bagaimana untuk kita padatkan/muatkan/mampatkan (compress) sesuatu fail atau folder pada sistem operasi Ubuntu dan seumpanya.
Terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan untuk membuat fail berformat .rar,.zip,.7z dan sebagainya pada sistem operasi Ubuntu. Tapi,hari ini penulis akan kongsikan cara yang paling mudah untuk dilakukan. Jika,pada sistem pengoperasian Windows,akan terdapat perisian yang memudahkan kerja ‘compress’ seperti Winrar dan 7zip. Tapi,pada sistem pengoperasian Linux khususnya Ubuntu tidak kalah hebatnya,mudahnya dan gempaknya. Memiliki antaramuka yang ringkas dan memudahkan pengguna kerana bersifat GUI.
Kaedah pemasasangan.
1. Buka aplikasi/program Terminal.
2. Taipkan “sudo apt-get install rar“.
3. Tekan butang ‘Enter’ dan tunggu sehingga selesai.
Kaedah penggunaan.
1. Klik kanan mana-mana fail atau folder yang anda ingin compress.
Image has been scaled down 19% (800×313). Click this bar to view original image (976×381). Click image to open in new window.
Hadirnya saya kali ini ingin berkongsi juga dengan anda semua satu Hosting yang telah diberikan percuma dari pihak hostmyne KHAS untuk warga Rileks Community (RC) sahaja. Memandangkan OMG! Hackers? juga ada kerjasama bersama-sama dengan RC maka saya membuka juga tawaran ini kepada anda semua.
Baru-baru
ini pihak Rileks Community (RC) telah membuat perbincangan dengan pembangun Hostmyne Network
Solution untuk mendapatkan kerjasama Hosting percuma untuk warga RC.my
yang berhajat untuk menggunakan hosting sendiri.
Mungkin ramai yang tidak tahu ini ada salah satu syarikat hosting yang dibangunkan oleh anak tempatan iaitu saudara Fariz Luqman yang bertapak di alamathttp://www.hostmyne.com/
Apa yang menarik tetang pakej percuma ini adalah
500 MB disk space
5,000 MB 6500 MB monthly transfer (quota) *khas untuk warga rc.my
Pure cPanel (WHM) 11, and Webmail
Fantastico DeLuxe Auto Installer
PHP, CGI, Frontpage script
File manager, SEO tools, Cloudflare
Complete Function Lists
Pada
pendapat saya, amat jarang dan hampir tiada penyedia hosting percuma
yang menawarkan spefikasi yang hampir serupa dengan perkhimatan hosting
yang berbayar. Untuk maklumat lanjut anda boleh melawati url ini http://www.hostmyne.com/freehosting.html banyak lagi yang saya tidak nyatakan disini.
Disamping Hosting percuma, pihak Hostmyne Network Solution juga bersetuju untuk memberikan diskaun sebanyak 20% untuk semua jenis pakej hosting mereka dengan menggunakan :
PROMO CODE : ********** (Sila Dapatkan di dalam RC)
Bagi mendapatkan keistimewaan ini juga pihak mereka meminta warga RC.MY untuk menggunakan EMEL dan USERNAME yang digunakan di RC.MY
Untuk register sebagai warga Rileks Community, sila register >> Promo Code <<
Peringatan jika anda menggunakan web browser Google Chrome sila >>> Allow PopUp <<< Anda terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah. Terima kasih atas kerjasama anda.
Kalau tak silap saya, mouse scrolling sememangnya sudah diaktifkan sebaik sahaja anda siapkan pemasangan persekitaran desktop pada Arch Linux. Tetapi buat mereka yang menghadapi masalah dengan mouse scrolling yang masih belum diaktifkan, anda boleh cuba cara ini:
1. Pasang ABS terlebih dahulu:
sudo pacman -S abs
2. Pasangkan Wget (kalau masih belum pasang):
sudo pacman -S wget
3. Ikuti sahaja langkah di bawah ini satu persatu. Ia adalah untuk anda memuat turun tampalan bagi bugs dalam xorg-server:
3. Setelah siap muat turun fail tampalan, tibalah masa untuk kita bina pakej tersebut dan pasangkan ia:
makepkg -s PKGBUILD
Kalau ada masalah, cukup sekadar:
makepkg -s
NOTA: Perintah ‘-s’ adalah untuk menyelesaikan masalah dependency. Adakah anda tahu jika tidak menggunakan perintah tersebut, anda perlu menjalankan pemasangan dependency secara manual:
AUR ialah singkatan dari Arch User Repository. Ia merupakan repositori dari komuniti untuk para pengguna Arch Linux. Diterjemahkan dari laman ArchWiki, AUR mengandungi deskripsi-deskripsi pakej (PKGBUILDs) yang membolehkan anda untuk menyusun (compile) pakej dari sumber dengan makepkgdan kemudian memasangnya menggunakan pacman.
AUR telah dicipta untuk mengatur dan berkongsi pakej baru dari komuniti dan untuk membantu mempercepatkan kemasukan pakej popular ke dalam repository [community].
AUR Helpers
Anda boleh pasang mana-mana pakej yang anda mahu atau sukai dengan mengikuti kaedah pemasangannya dari ArchWiki di sini : Installing packages
Runsing? Tak faham? Begini ringkasnya. Kalau anda hendak mudah, pasang dan gunakan Wget:
Kemudian, pasangkan pakej yang telah dibina dengan baris perintah:
sudo pacman -U -nama pakej-
Contoh:
sudo pacman -U yaourt-1.2.2-1-any.pkg.tar.xz
Selepas itu bolehlah anda padam kesemua fail yang telah dimuat turun dan fail yang telah dibina itu tadi.
Bagaimana? Sukar? Kalau anda rasakan sukar, di sinilah dia AUR Helpers membantu anda untuk mudahkan kerja!
Seperti yang tertulis pada ArchWiki, AUR Helpers dicipta untuk memudahkan para pengguna Arch Linux memanfaatkan sepenuhnya AUR. Jika anda tidak mahu berurusan dengan baris perintah yang panjang seperti di atas, AUR Helpers adalah jawapannya apabila ia melakukan kesemua tugasan di atas secara automatik.
Contohnya, jika anda mahu pasangkan Firefox Nightly, tidak perlu lagi anda menggunakan kaedah pemasangan seperti di atas, anda cuma perlu (sebagai contoh) gunakan:
yaourt -S firefox-nightly
Apabila anda diminta sama ada mahu untuk menyunting (edit) pakej, anda cuma perlu jawab ‘N’ untuk ‘No’, dan apabila diminta sama ada anda mahu untuk meneruskan membina dan memasangnya, anda jawab ‘Y’ untuk ‘Yes’. Mudah bukan?
Anda boleh lihat semua senarai AUR Helpers pada pautan ini : AUR Helpers
Anda juga boleh baca dan nilai AUR Helpers yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna Arch Linux di sini : AUR Helper recommendation
AUR Helpers yang biasa saya gunakan ialah Yaourt dan Packer. Mudah untuk dipasang dan tidak menyakitkan kepala. Saya berharap anda beroleh manfaat dari entri kali ini. Jangan lupa untuk mencuba dan berikan maklum balas anda.
Arch Linux sememangnya banyak ‘bermain’ dengan baris perintah. Melihat baris perintah adakalanya ‘mengasyikkan’ (untuk geeks), dan adakalanya boleh menyebabkan kita tertidur dengan PC kerana masa yang diambil agak lama untuk menyiapkan kemaskini atau pemasangan.
Jadi bagaimana kita hendak ‘mengabaikan’ baris perintah yang sedang berjalan lalu konsisten dan fokus kepada perkara lain, namun dalam masa yang sama tetap kekal mengawasi tugasan yang sedang berjalan dalam Terminal?
Jawapannya adalah pada Undistract-me. Bagaimana cara kerjanya? Undistract-me berfungsi sebagai ‘pengawas’ kepada baris perintah yang sedang berjalan. Jika ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan, sedang anda perlu membuat perkara lain seperti memeriksa e-mel, menaip surat dan sebagainya, maka Undistract-me akan mengambil alih tugas anda. Apabila baris perintah tersebut selesai, ia akan memaklumkan kepada anda bahawa tugasan ketika itu telah pun siap.
Untuk Ubuntu, anda cuma perlu gunakan PPA yang telah disediakan pada laman web Undistract-me. Untuk Arch Linux, anda perlukan AUR Helper seperti Packer atau Yaourt sebelum dapat memasangnya. Ia telah tersedia dalam AUR pada pautan ini : undistract-me-bzr 15-1
Seperti yang saya katakan tadi, untuk mudah, gunakan packer atau yaourt untuk pemasangan:
yaourt -S undistract-me-bzr
atau
sudo packer -S undistract-me-bzr
Setelah itu, sila sunting fail /etc/bash.bashrc atau .bashrc dan masukkan baris kod berikut pada akhir fail:
if ! [ -z “$BASH_VERSION” -o -z “$PS1” -o -n “$last_command_started_cache” ]; then
. /usr/share/undistract-me/long-running.bash
notify_when_long_running_commands_finish_install
fi
Siap sudah pemasangan Undistract-me. Anda boleh uji ia dengan perintah ‘sleep 11’, kemudian minimize Terminal anda. Ia akan maklumkan kepada anda apabila baris perintah tersebut telah pun selesai seperti gambar di bawah: