Arch Linux sememangnya banyak ‘bermain’ dengan baris perintah. Melihat baris perintah adakalanya ‘mengasyikkan’ (untuk geeks), dan adakalanya boleh menyebabkan kita tertidur dengan PC kerana masa yang diambil agak lama untuk menyiapkan kemaskini atau pemasangan.
Jadi bagaimana kita hendak ‘mengabaikan’ baris perintah yang sedang berjalan lalu konsisten dan fokus kepada perkara lain, namun dalam masa yang sama tetap kekal mengawasi tugasan yang sedang berjalan dalam Terminal?
Jawapannya adalah pada Undistract-me. Bagaimana cara kerjanya? Undistract-me berfungsi sebagai ‘pengawas’ kepada baris perintah yang sedang berjalan. Jika ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan, sedang anda perlu membuat perkara lain seperti memeriksa e-mel, menaip surat dan sebagainya, maka Undistract-me akan mengambil alih tugas anda. Apabila baris perintah tersebut selesai, ia akan memaklumkan kepada anda bahawa tugasan ketika itu telah pun siap.
Untuk Ubuntu, anda cuma perlu gunakan PPA yang telah disediakan pada laman web Undistract-me. Untuk Arch Linux, anda perlukan AUR Helper seperti Packer atau Yaourt sebelum dapat memasangnya. Ia telah tersedia dalam AUR pada pautan ini : undistract-me-bzr 15-1
Seperti yang saya katakan tadi, untuk mudah, gunakan packer atau yaourt untuk pemasangan:
yaourt -S undistract-me-bzr
atau
sudo packer -S undistract-me-bzr
Setelah itu, sila sunting fail /etc/bash.bashrc atau .bashrc dan masukkan baris kod berikut pada akhir fail:
if ! [ -z “$BASH_VERSION” -o -z “$PS1” -o -n “$last_command_started_cache” ]; then
. /usr/share/undistract-me/long-running.bash
notify_when_long_running_commands_finish_install
fi
Sumber asal kod : Pastebin
Siap sudah pemasangan Undistract-me. Anda boleh uji ia dengan perintah ‘sleep 11’, kemudian minimize Terminal anda. Ia akan maklumkan kepada anda apabila baris perintah tersebut telah pun selesai seperti gambar di bawah:
Macam mana nak install conky dlm arch linix
Macam mana nak install conky dlm arch linix