AUR Helpers – Mudahkan Pemasangan Pakej Dari AUR

Apa Itu AUR?

AUR ialah singkatan dari Arch User Repository. Ia merupakan repositori dari komuniti untuk para pengguna Arch Linux. Diterjemahkan dari laman ArchWiki, AUR mengandungi deskripsi-deskripsi pakej (PKGBUILDs) yang membolehkan anda untuk menyusun (compile) pakej dari sumber dengan makepkg dan kemudian memasangnya menggunakan pacman.
AUR telah dicipta untuk mengatur dan berkongsi pakej baru dari komuniti dan untuk membantu mempercepatkan kemasukan pakej popular ke dalam repository [community].

AUR Helpers

Anda boleh pasang mana-mana pakej yang anda mahu atau sukai dengan mengikuti kaedah pemasangannya dari ArchWiki di sini : Installing packages

Runsing? Tak faham? Begini ringkasnya. Kalau anda hendak mudah, pasang dan gunakan Wget:

sudo pacman -S wget

Muat turun PKGBUILD dan tarball:

wget -pautan PKGBUILD- 

wget -pautan tarball-

Contoh:

wget https://aur.archlinux.org/packages/ya/yaourt/PKGBUILD 

wget https://aur.archlinux.org/packages/ya/yaourt/yaourt.tar.gz

Teruskan dengan:

makepkg -s PKGBUILD

Kemudian, pasangkan pakej yang telah dibina dengan baris perintah:

sudo pacman -U -nama pakej-

Contoh:

sudo pacman -U yaourt-1.2.2-1-any.pkg.tar.xz

Selepas itu bolehlah anda padam kesemua fail yang telah dimuat turun dan fail yang telah dibina itu tadi.

Bagaimana? Sukar? Kalau anda rasakan sukar, di sinilah dia AUR Helpers membantu anda untuk mudahkan kerja!

Seperti yang tertulis pada ArchWiki, AUR Helpers dicipta untuk memudahkan para pengguna Arch Linux memanfaatkan sepenuhnya AUR. Jika anda tidak mahu berurusan dengan baris perintah yang panjang seperti di atas, AUR Helpers adalah jawapannya apabila ia melakukan kesemua tugasan di atas secara automatik.

Contohnya, jika anda mahu pasangkan Firefox Nightly, tidak perlu lagi anda menggunakan kaedah pemasangan seperti di atas, anda cuma perlu (sebagai contoh) gunakan:

yaourt -S firefox-nightly

Apabila anda diminta sama ada mahu untuk menyunting (edit) pakej, anda cuma perlu jawab ‘N’ untuk ‘No’, dan apabila diminta sama ada anda mahu untuk meneruskan membina dan memasangnya, anda jawab ‘Y’ untuk ‘Yes’. Mudah bukan?

Anda boleh lihat semua senarai AUR Helpers pada pautan ini : AUR Helpers

Anda juga boleh baca dan nilai AUR Helpers yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna Arch Linux di sini : AUR Helper recommendation

AUR Helpers yang biasa saya gunakan ialah Yaourt dan Packer. Mudah untuk dipasang dan tidak menyakitkan kepala. Saya berharap anda beroleh manfaat dari entri kali ini. Jangan lupa untuk mencuba dan berikan maklum balas anda.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img