Bagaimana Untuk ‘Compress’ Fail Pada Sistem Operasi Ubuntu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan artikel mengenai bagaimana untuk kita  padatkan/muatkan/mampatkan (compress) sesuatu fail atau folder pada sistem operasi Ubuntu dan seumpanya.
Terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan untuk membuat fail berformat .rar,.zip,.7z dan sebagainya pada sistem operasi Ubuntu. Tapi,hari ini penulis akan kongsikan cara yang paling mudah untuk dilakukan. Jika,pada sistem pengoperasian Windows,akan terdapat perisian yang memudahkan kerja ‘compress’ seperti Winrar dan 7zip. Tapi,pada sistem pengoperasian Linux khususnya Ubuntu tidak kalah hebatnya,mudahnya dan gempaknya. Memiliki antaramuka yang ringkas dan memudahkan pengguna kerana bersifat GUI.
Kaedah pemasasangan.
1. Buka aplikasi/program Terminal.
2. Taipkan “sudo apt-get install rar“.
3. Tekan butang ‘Enter’ dan tunggu sehingga selesai.
Kaedah penggunaan.
1. Klik kanan mana-mana fail atau folder yang anda ingin compress.
2. Pilih “Compress“.
3. Rujuk gambar dibawah untuk lebih penerangan.
Sekian. Assalamualaikum.
Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img