Utama Blog Laman 223

[ Review ] Instagram Boleh Upload Video

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Maaf info ini 2 – 3 hari lepas, masa tidak sempat untuk buat entri 🙁
Selalunya anda gunakan aplikasi Instagram untuk kongsi gambar bersama rakan2, dan mengikuti perkembangan artis2 yang anda follow.

Tetapi kini anda boleh upload video di Instagram!
Agak menarik dan malang sekali hanya 15 saat sahaja duration video tersebut 🙁
Caranya seperti anda upload gambar, tiada beza, cuma ada tambahan anda boleh pilih cover gambar untuk video tersebut menggunakan video tersebut!

Ini contoh screenshot yang saya buat khas untuk anda ( termasuk video >.< )
*gambar screenshot tu lain, video lain 😛

klik untuk lebih jelas

Anda boleh lihat icon video tersebut. Ia sama sahaja seperti anda nak ambil gambar untuk upload 😀

klik untuk lebih jelas

Apabila anda tekan icon video tersebut, ia akan jadi seperti ni.
Untuk ambil video, anda perlu tekan icon video itu dengan lama. Sampai video anda sudah dirakam. 15 saat sahaja tau 🙁

klik untuk lebih jelas

Anda boleh pilih filter yang mana anda suka. Sama seperti upload gambar.
Icon camera di tengah itu untuk zoom ( autozoom tau )

klik untuk lebih jelas

Anda boleh pilih cover untuk video anda, hanya tekan dipetak biru tu dan drag perlahan2 untuk dapatkan cover yang anda mahukan 😀

klik untuk lebih jelas

Ia seperti upload gambar kan? Anda klik icon play tersebut, video itu akan main dengan sendirinya. Maaf terlupa letak #hashtag #omghackers :(, tetapi dalam video tersebut saya ada sebut :3

Cuba Tekan < Untuk lihat video tersebut.

Jadi. mudah kan? Boleh update bagi pengguna iOS dan juga Android 😀
Selamat mencuba 🙂

#maaf jika entri ini cepat sangat review 🙁

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Antara Pemain Musik Terbaik Peranti iPhone

0

Mencari-cari
aplikasi pemain musik terbaik bagi peranti Apple bukan mudah. Mana
taknya, setiap aplikasi yang nampak gempak je pasti berbayar. Terus
terpadam nawaitu untuk mencuba kan? Hahahaha!

Namun, jangan begitu mudah berputus asa, pasti yang kuasa ada jalan-nya kerana
artikel kali ni akan saya tunjukkan beberapa aplikasi yang boleh dikira
terbaik juga lah bagi pengguna peranti Apple. Ya, seperti biasa.
Aplikasi-aplikasi ini tentunya ada yang berbayar dan ada juga percuma.
Pilih lah yang anda rasa terbaik daripada segi antaramuka aplikasi
tersebut, beats, bass dan sebagainya.


Spotify

Spotify
mempunyai fungsi serba lengkap bagi mereka yang suka berkongsi musik.
Mempunyai fungsi bina folder dan berkongsi dengan rakan anda melalui
rangkaian sosial yang disediakan. Serta, butang ‘shortcut’ ringkas turut
disediakan untuk memudahkan pencarian lagu kesukaan anda. Harga bagi
aplikasi ini bernilai RM14.99/Bulan. 
Pandora
Aplikasi
Pandora pula mampu memainkan lagu kesukaan anda sambil menunjukkan
lirik lagu tersebut. Apa yang perlu anda buat? Menyanyi sajalah!
Last.FM
Haa Last.FM
ni sememangnya gempak bagi sy. Terdapat pada pelbagai peranti termasuk
Windows Phone. Carian lagu terbaru sememangnya berguna jika digunakan
pada aplikasi ini. Senaraikan lagu kesukaan dan yaa, nyanyi saja. Setiap
kali buka, lagu kesukaan anda akan berada di bahagian atas sekali.
Harga? Ianya percuma!
TuneIn Radio
Bukan
radio biasa seperti mana yang percuma di pasaran. Radiotime juga mampu
memainkan lagu kesukaan anda (walaupun ia dibina khas untuk radio).
Malah, fungsi rakam live streaming juga disediakan. 
Sound Cloud
Sound
Cloud bukan saja terdapat pada peranti Android, malah terdapat juga
pada peranti keluaran Apple. Cari musik kegemaran anda. Remix, Dubstep
dan sebagainya diutamakan.
Spinlet
Pada sy, aplikasi ini tak begitu menarik daripada segi antaramuka-nya. Sangat ringkas. Mungkin sedikit ringan lah kan? Hehehe..
Apa yang bagus pada aplikasi ini ialah ia mempunyai simpanan berbentuk
awan. Jika anda mempunyai simpanan awan juga pada peranti lain, akan
jadi lebih mudah untuk anda memuat turun lagu kegemaran anda. 
LaDiDa
Haa!
LaDiDa bukan saja bagus daripada segi antara muka malah mempunyai
fungsi yang bukan mudah untuk ada dalam aplikasi musik lain. Kelebihan?
Putarkan lagu, dan mampu mengubah suara sedap anda kepada lebih menarik dan sedap untuk di dengar. Anda boleh lihat bagaimana aplikasi ini berfungsi di pautan ini: LaDiDa In Action!
Bayar, bayar, bayar! *ketawa sinis*

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kawal Suhu Laptop/PC Distro Linux Menggunakan TLP

0

Suatu waktu dahulu, Jupiter adalah satu aplikasi wajib pasang pada distro Linux kerana ia adalah satu-satunya aplikasi yang mampu membantu mengawal suhu laptop/PC secara berinteraksi dengan parameter sistem operasi.

Namun selepas rilisnya Ubuntu versi ‘Raring Ringtail’, projek Jupiter tampak tenggelam. Mungkin sudah ‘tiada lagi’ projek ini dijalankan? Tidak pasti ke mana pembangunnya, ke mana hala tuju projek tersebut, apa yang pasti suhu panas seolah ‘bugs’ tetap pada distro Linux, tambahan yang berasaskan Ubuntu mahupun Ubuntu itu sendiri.

Jadi di sini para pengguna Linux perlukan sesuatu yang baru. Maka ketika ini, satu projek baru menampakkan sinarnya iaitu TLP, telah pun muncul sebagai penyelamat.

Apa yang anda perlu lakukan cuma buka Terminal, jangan merungut, dan masukkan baris perintah di bawah untuk memasangnya:

sudo add-apt-repository ppa:linrunner/tlp
sudo apt-get update
sudo apt-get install tlp tlp-rdw

Selesai. Tiada sebarang tetapan yang perlu anda lakukan. Tiada GUI untuk anda godek dan godam. Cukup sekadar mulai semula (restart) mesin anda, anda sedia untuk bekerja. Jika anda ingin memantau suhu laptop/PC anda, sila gunakan xsensors:

sudo apt-get install xsensors

Berikut adalah paparan xsensors pada laptop saya yang telah terpasang lebih dari 10 jam, dengan pelbagai aktiviti dilakukan:

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Linux Deepin 12.12 – Berbaloi Atau Tidak Memasangnya?

0

Ketika terbaca mengenai rilisnya Linux Deepin 12.12 di Distro Watch beberapa hari yang lalu, serius saya katakan yang saya belum pernah tertarik untuk mencuba distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun dari China ini. Namun setelah terbaca artikel mengenainya di Webupd8, akhirnya fail ISO bersaiz 1.1GB selesai dimuat turun dan dirakamkan terus ke USB.

Ulasan Penuh Linux Deepin 12.12:

Apa Yang Baru?

Deepin Desktop Environment

Sekian lama saya cuba mencari satu distro yang ‘unik’. Unik disini bermaksud lain dari yang lain. Perkara ini saya temukan pada elementary OS Luna suatu ketika dulu. Kenapa? Kerana eOS Luna membawakan pelbagai perkara baru kepada pengguna meskipun ia berasal dari Ubuntu. Antara ciri penting kepada sesuatu distro ialah persekitaran desktop (Desktop Environment).

Begitulah halnya dengan eOS Luna. Ia membawakan kepada pengguna Pantheon Shell, suatu persekitaran desktop yang intuitif, pantas, efisien dan ringkas. Tak lupa juga para pembangunnya mencipta beberapa perisian/aplikasi baru yang melengkapkan lagi distro tersebut.

Linux Deepin juga tidak lari dari hal ini. Apa yang buat saya kagum ialah kita kini punyai satu lagi persekitaran desktop yang baru iaitu Deepin Desktop Environment (DDE).

Untuk memberikan anda gambaran sebenar bagaimana ia kelihatan, sila lihat kepada beberapa paparan skrin di bawah:

Deepin Application Launcher

Files (Nautilus?)

Ketika anda mula-mula menjalankan aplikasi lalai (default) Linux Deepin, paparan ‘splash’ ringkas seperti berikut akan keluar terlebih dahulu sebagai pengenalan kepada aplikasi tersebut:

‘Splash’ Software Center

Satu lagi paparan ‘splash’ untuk Software Center

Deepin Software Center

‘Splash’ DPlayer
Pemain Video Linux Deepin, DPlayer

‘Splash’ DMusic

Pemain Muzik Linux Deepin, DMusic

Seperti yang anda lihat, Linux Deepin bukan sahaja membawakan persekitaran desktop yang baru, malah juga memberikan penggunanya beberapa aplikasi yang khusus untuk Linux Deepin itu sendiri iaitu pemain video DPlayer, pemain muzik DMusic, Software Center (versi 3.0), deepin-compiz (heck yeahhh), dan juga System Setting yang baharu, lebih kemas dan interaktif.

Linux Deepin System Settings

Pada pendapat saya, ini adalah apa yang patut ada pada sesebuah sistem operasi/distro, iaitu aplikasi yang dicipta khusus untuk sistem operasi tersebut. Contoh mudah, Microsoft Windows punyai Internet Explorer, Windows Media Player, blah blah blah (you name them).

Perkara ini jugalah yang menyebabkan ‘pertindihan membosankan’ antara satu distro ke distro yang lain kerana tiada apa yang ‘terlalu’ unik melainkan perbezaan package manager dan juga sistem naik taraf distro contohnya rolling release seperti Arch Linux. Kalau dilihat pada aplikasi, apa yang dipasang, yang itu, itu jugalah!

Tak lupa juga bagi pengguna baru, terdapat manual pengguna pada desktopnya:

Suka untuk saya nyatakan yang DPlayer, iaitu pemain video Linux Deepin boleh melakukan kerja-kerja ‘convertion’, dan ini bermakna anda tidak perlu menggunakan sebarang perisian yang lain untuk membuat convertion (penukaran format video).

Selain itu Linux Deepin 12.12 juga mempunyai DSnapshot, iaitu aplikasi untuk mengambil paparan skrin pada komputer dengan menekan kekunci Ctrl + Alt + A atau Ctrl + A + untuk melancarkan DSnapshot dalam tempoh 5 saat.

Errr.. boleh tak saya nak kata, WOW?

Kesimpulan Ringkas:

Pro:

Linux Deepin telah menampilkan satu kelainan dengan membuat persekitaran desktop serba baru yang boleh dikatakan bagus, berada pada tahap memuaskan dengan penampilan aplikasi-aplikasi yang juga baru, dicipta khas untuk rilisan 12.12 ini. Paparan persekitaran desktopnya boleh dikatakan tampilan Windows 7 + Windows 8 + Gnome 3. Apa yang pasti ia pantas!

Seperti yang selalu saya katakan dalam entri-entri yang lepas, ‘Beauty is ini the eyes of the beholder’. Jadi cantik atau tidak distro ini adalah terpulang kepada pandangan mata yang melihat. Bagi saya, saya suka dengan apa yang terpapar depan mata. Ia tidak terlalu kompleks, dan kesemuanya berfungsi diluar kotak.

Kontra:

Terdapat beberapa bugs seperti ‘glitch’ yang berlaku pada paparan skrin ketika sedang menaip sesuatu, juga berlaku kepada DPlayer dan DMusic. Tiada cara mudah untuk menukar tema, font, dan lain-lain ‘hiasan’ pada desktop melainkan anda memasang terlebih dahulu Gnome Tweak Tool. Kalau anda jenis heavy tweaker seperti saya, saya cadangkan buat masa ini tunggu sehingga rilisan seterusnya, atau silakan pasang, tetapi anda perlulah bersabar dengan bugs yang ada.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Neutron Music Player – Pemain Muzik Android Khas Untuk Audiophiles!

0

Eargasm!

Hahaha! Itu adalah perkataan pertama yang keluar dari kepala saya yang sekian lama terbuku hendak menulis kembali di blog setelah sekian lama ‘memeram’ idea akibat kesuntukan masa di pejabat dan di rumah yang tak sempat-sempat berebutkan saya.
Errr.. hehehe..

Ya. Neutron Music Player ialah satu-satunya pemain muzik untuk Android yang berjaya memuaskan hati saya setelah puas saya mencuba kesemuanya. Berikut saya paparkan beberapa paparan skrin Neutron Music Player, eksklusif diambil dari henfon saya. Heheh.. :

Harganya setelah ditukarkan kepada mata wang Ringgit Malaysia boleh dikatakan agak mahal untuk sebuah aplikasi pemain muzik, namun jika anda benar-benar peminat muzik seperti saya, harga bukan soalnya. Soalnya ada atau tidak fail ‘apk latest version’ Neutron Music Player ini di ‘Google’ sana? Tiada? Kalau tiada kenalah beli kan? Ehh.. lain macam je cadangan ni. Hehehe..

Wow. Cukuplah saya trolling. Saya hendak bercerita sedikit mengenai Neutron Music Player ini. Menyentuh mengenai paparan antaramukanya, saya akui ia sedikit ‘intimidating’ walaupun anda adalah ‘advance user’. Berselirat! Di sana sini ada tetapan yang pelbagai.

Tetapi setelah beberapa kali anda godek dan godam di sana dan di sini, ternyata ia boleh dijinakkan. Heh.. kenapa saya katakan ia merupakan pemain muzik Android sebenar untuk para Audiophiles? Apakah ciri yang boleh digodek dan digodam para pencinta muzik?

Ciri yang hebat sudah semestinya bunyi! Neutron Music Player menyokong 32/64-bit audio processing yang membantu kepada pengeluaran bunyi berdefinisi tinggi. Ditambah dengan audio gears terbaik di pasaran, contohnya seperti yang saya gunakan iaitu Noontec Zoro, output-nya adalah punca kepada ultimate eargasm! Hahah!

Berikut adalah sedikit tetapan yang ingin saya kongsikan untuk anda:

In the settings:

  • Enable 64 Bit rendering
  • Audio Hardware – Disable generic Driver

In the Control screen (one with 4 EQ sliders)

  • Tap PREAMP button and slide down to about 1/4 – most important bit!. This lowers the volume output ALOT but lets you add WAAY more bass via EQ. I suggest adjusting this with your hardware volume on max – that way you are tuning your Loudest acceptable level for your headphones/ears.
  • Once thats done (tap PREAMP again to disable) then tap EQ.
  • Adjust the left hand 2 sliders up to get the cleanest bass you can at the PREAMP/Volume combo you have set.
  • Done.

Amacam? Ada rasa terachon tak? Heheh..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

syncNscan – Sekuriti, Selaras, Selamat!

0

Umum sedia maklum bahawa kini peranti yang menggunakan sistem operasi Android telah diancam oleh kehadiran virus-virus tertentu yang menggugat privasi dan keselamatan data penggunanya. Tak lupa juga kehadiran aplikasi berbentuk phishing yang dimuat naik ke dalam Google Play.

Meskipun kehadirannya cuma sementara kerana saya pasti ia akan dipadam oleh pihak Google, namun tempoh waktu yang sementara itu jika digunakan sebaiknya oleh para scammers ini, sudah tentu mereka yang tertipu pasti akan ‘ter’ rugi.

Selain ancaman dari luar, ancaman dari diri sendiri yang mudah lalai dan alpa juga pastinya memberikan impak jika dibiarkan begitu sahaja. Andai lupa, andai leka, ancaman bukan berlalu cuma. Pasti sekali data sulit anda yang tidak terenkripsi mudah diakses oleh golongan-golongan seperti ini.

Kerana itu wujud pelbagai antivirus dan aplikasi-aplikasi yang bertujuan membantu pengguna Android ini berwaspada sentiasa dan tidak alpa dalam urusan seharian. Saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit ulasan mengenai satu aplikasi yang bernama syncNscan – iaitu sebuah aplikasi semua dalam satu untuk Android. Ia berfungsi sebagai antivirus, analisis sekuriti, dan juga penyelaras (synchronizer) data-data pada telefon bimbit pintar anda.

Berikut adalah beberapa paparan skrin aplikasi ini:

Terima kasih kepada saudara Phil M. kerana telah memperkenalkan aplikasi ini kepada saya. Beliau adalah pembangun aplikasi syncNscan dari Singapura dan telah membangunkan aplikasi ini dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Indonesia.
Antara ciri-ciri syncNscan yang boleh dikatakan sebagai pemudah kerja ialah ia bersifat semua dalam satu (AIO) iaitu sebuah sistem sekuriti yang akan mengimbas telefon bimbit anda dari sebarang anasir yang tidak diingini, menganalisis cara anda menggunakan telefon, serta akan menyelaras (synchronize) data-data yang anda pilih supaya tidak lagi kehilangan data yang penting disaat anda benar-benar memerlukannya.
Ia hadir dengan pakej evaluasi (percubaan) percuma selama 15 hari dan jika anda ingin membeli pakej premium, anda boleh terus melakukan pembayaran melalui perantaraan Google Play Store.
Saya berharap agar dapat melihat syncNscan ditambah baik lagi pada masa yang akan datang dan berjaya membantu para penggunanya untuk selamatkan data, privasi serta minda. Anda boleh muat turun fail PDF introduktori kepada syncNscan di sini : syncNscan Mobile Security
Eksklusif hanya di OMG! Hackers?!. Thanks again Phil M.!
Kepada para pembaca OMG! Hackers?, jangan lupa klik like pada page rasmi kami di sini : OMG Hackers Official
Berkenaan dengan baju-t OMG! Hackers?, saya sedang mengusahakan harga yang terbaik. Diharap bersabar. Terima kasih.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apakah Itu Indie Games?

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya kongsikan kepada anda sebuah artikel santai berpengetahuan untuk menjadi bahan bacaan harian anda.

Anda biasa mendengar perkataan indie? Anda letak tepi dahulu tentang ‘Indie Band/Genre’. Kita fokus kepada ‘Indie Games’. Semua orang gemar akan permainan terutama permainan video. Setiap hari kita akan disajikan dengan permainan video baru. Sejak kebelakangan ini permainan video menjadi hiburan kepada kita. Seiring dengan kemajuan teknologi,permainan video menjadi alternatif hiburan kepada semua lapisan umur khusus kepada kanak-kanak. Zaman kanak-kanak sekarang berbeza dengan zaman kita dahulu dimana untuk mendapatkan sesuatu barangan atau permainan wajib menangis. Malah,menangis pun belum tentu dapat. Bila tidak dapat alamatnya teng-teng (tip-top),batu seremban,ceper (tutup botol) dan lain-lain akan menjadi hiburan dan penenang jiwa yang sedang berduka. Ah! Ini semua nostalgia. Usah kita mengimbau kenangan silam,silap hari bulan dengan umur yang tidak mengizinkan,kita main kembali permainan-permainan ini.

Independent video games‘ atau ‘indie games’ merupakan permainan video yang dibina oleh seorang individu atau sebuah komuniti yang kecil tanpa melibatkan sebarang sokongan kewangan daripada penerbit permainan video. Kebiasaannya kita akan dapat lihat aplikasi derma/bantuan/dana diletakkan pada laman web mereka. Ini bertujuan untuk dapatkan sedikit bantuan berbentuk kewangan daripada anda. Mungkin dengan bantuan yang anda sumbangkan maka mereka boleh membina permainan yang lebih bagus dan menyeronokkan. Kebanyakannya kita boleh melihat hasil mereka pada laman Kickstarter,Indiegogo dan lain-lain.

Koleksi laman web permainan video Indie percuma.


1. GAMEJOLT (This Is Indie).

Muat turun dan dapatkan berita terkini tentang sesuatu permainan video indie.







2. the Free Bundle (Handpicked Free Indie Games you may have missed. All awesome, all free.)

Dapatkan permainan video indie yang menarik secara bundle (berkas/kumpulan). 

3. FREE INDIE GAMES.

Dapatkan permainan video indie dengan mudah dan cepat. 

Kesemua laman web di atas diambil daripada Google Malaysia. Terdapat berpuluh,beratus mahupun beribu laman web yang menawarkan permainan video indie untuk anda dapatkan secara mudah. Jadi,usahakan untuk mendapatkannya.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[ Review ] iOS 7, Generasi Baru iOS

0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Maaf kerana lama menghilang, kerana ada kerja2 yang perlu disiapkan 🙁
Tambahan banyak pekara2 yang saya hendak kongsikan pada anda semua.
Meskipun pekara itu lama atau sudah berlalu seminggu dua, harap dapat melepaskan rindu pada OMG! Hackers? ini >.<

Let’s begin with this topic,
Sudahkah anda lihat video WWDC 2013Worldwide Developers Conference ) dari Apple?
Jika tidak sila klik di situ > Apple WWDC 2013

Ia dikenali sebagai iOS 7, generasi baru iOS selepas daripada iOS 6.
Ini gambar baru icon iOS 7

klik untuk lebih jelas

Khabar angin mengatakan bahawa Apple akan tukar UIUser interface ) kepada flat icon adalah benar. Tak semua, tetapi ada sedikit2 nak sama macam JellyBean or Ice Cream Sandwish ( jika pengguna Android lihat features baru ini, akan perasan di bar volume, glow icon dan lain2 )

Terdapat 12 ciri – ciri baru yang dimasukkan dalam iOS 7 ini, antaranya ialah :

  • Control Center
  • Notification Center
  • Multitasking
  • Camera
  • Photo
  • AirDrop
  • Safari
  • iTunes Radio
  • Siri
  • App Store
  • Find My iPhone
  • iOS in the Car

Mari saya mulakan dengan satu persatu.

Apple telah mengasingkan Notification Center dengan Control Center ( tidak perlu pakai NC dah rasanya 😛 ). Tidak seperti Android di mana Notification dan Control Setting berada dalam satu tempat ( Sony bahagian atas, jika custom ROM seperti CyanogenMod 10 lain >.< ). Cara gunanya, hanya perlu swipe dari bawah screen ke atas untuk guna Control Center tersebut.

Bukan itu sahaja, Control Center boleh digunakan dimana2 sahaja, meskipun pada Lock Screen :D. Ia mudah digunakan dan transparent! Anda boleh lihat wallpaper tetapi blur2 sedikitlah. Ini contoh gambar Control Center pada iOS 7

klik untuk lihat lebih jelas

berbeza dengan Android, ini gambarnya 

klik untuk lebih jelas

Kemudian Notification Center. Ia terdapat notification mengenai today, all dan missed. Jika anda pilih today, ia akan beritahu anda apa yang berlaku hari ni. Seperti email anda, birthday rakan facebook anda, cuaca dan lain2 lagi. Jika anda tekan All, ia menyenaraikan notification anda dalam gambaran list dan detail dan jika anda tekan missed, ia akan beritahu anda, apa yang anda terlepas, tidak baca email dan lain2. 

Bukan itu sahaja, malah anda boleh gunakan Notification Center di Lock Screen! Hanya perlu swipe atas screen ke bawah, dan guna. Ini contoh gambar.

klik untuk lebih jelas

Sebelah kiri ialah Lock Screen iOS 7 on iPhone 5 dan disebelah kanan itulah Notification Center. Cantik dan simple kan? 😀

Seterusnya ialah Multitasking. Jika anda guna iOS 6, mesti bosan kan, ( jika anda tidak pakai Auxo 😛 ), perlu tutup satu2 aplikasi dan tiada shortcuts setting untuk tutup/buka wifi/bluetooth kan? Untuk buka wifi mengambil masa 2 saat ==”. Ini contoh multitasking iOS 6.

klik untuk lebih jelas

Jadi selamat tinggal multitasking iOS 6, kerana iOS 7 lebih menarik!, ia hampir serupa dengan Auxo, kerana ada preview aplikasi! dan banyak lagi kelebihannya :P. Ini gambarnya.

klik untuk lebih jelas

Apple telah mengubah suai dan menambahbaikkan aplikasi kamera mereka. Kini terdapat filters untuk anda pilih sebelum anda tangkap gambar! Filtersnya ialah Mono, Tonal, Noir, Fade, None, Chrome, Process, Transfer, Instant. Terdapat Video, Gambar, Panorama, dan Gambar Petak di screen anda. Hanya perlu sentuh sahaja, tidak perlu untuk tekan options :D. Menarik bukan? Ini gambarnya.

klik untuk lebih jelas

Salah satu ciri tambahan yang terdapat dalam iOS 7 yang gempak ialah Photo. iOS 7 secara automatiknya akan simpan lokasi anda ambik gambar ( jika tak usik location servis 😛 ) sekiranya anda terlupa dimana anda ambil gambar tersebut dan groupkan gambar anda mengikut collections, tahun dan juga moments serta lain2. Malah anda boleh zoom out untuk lihat keseluruhan album gambar anda! Serta iCloud Photo Sharing juga boleh share gambar dengan pengguna iDevices yang lain serta support video! Ini contoh gambar

klik untuk lebih jelas

AirDrop ialah salah satu ciri baru yang terdapat dalam iOS 7. Fungsi seperti Bluetooth, nampak sama tapi bukan dia :P. Fungsinya untuk share gambar pada rakan2 anda yang ada berhampiran dengan anda, jadi anda tidak perlu pergi dekat kawan anda, infrared, dan send gambar padanya. Boleh hantar gambar, dokumen dan lain2. Guna Wifi boleh, Bluetooth pun boleh, ikut keselesaan anda.  

klik untuk lebih jelas

Safari juga tidak ketinggalan dalam iOS 7 ini. Terdapat unified smart search, new tab view, dan shared link serta reading list. Unified Smart Search ini jika anda scroll bawah, secara automatik ia akan mengecil dan jika anda search sesuatu, ia akan sendiri cadangkan website mana anda cari serta cadangan dari google ( suggestion kalau dalam english >.< ). New tab view dalam iOS 7 sangat menarik kerana ia seperti kita cari file banyak2 dalam laci ( macam cerita English yang selak file koko dalam laci tu. hehehe ). 

Shared link ialah anda boleh buka link yang rakan2 anda kongsikan dalam Twitter, malah anda boleh retweet semula share mereka. Yang terakhir bagi ciri2 tambahan dalam safari ialah Reading list. Jika anda mahu pergi ke artikel seterusnya, hanya perlu swipe ke bawah, secara tersendirinya ia akan tukarkan artikel untuk anda 😀 

Apple dengan ini kenalkan ciri yang terbaru iaitu iCloud Keychain. Ciri2 ini amat berguna jika anda terlupa kata laluan, ataupun tidak tahu nak letak password apa, serta malas nak isi form2 di internet, ciri ini boleh bantu anda. Segala maklumat yang anda isikan itu, secara automatik akan simpan dalam iCloud anda. Ini contoh gambar

klik untuk lebih jelas

iTunes Radio, pertama kalinya dalam iOS 7, iaitu streaming radio station. Anda boleh pilih station radio yang mana anda suka, ataupun anda boleh create sendiri :D. Terdapat 200 genre-based station untuk anda pilih! tetapi malang sekali hanya untuk U.S :(, kemungkinan Malaysia akan dapat features ini, tetapi lambat rasanya T.T. Ini contoh gambarnya dan klik sana untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya > iTunes Radio

klik untuk lebih jelas

Siri pada iOS 7 telah dikemaskinikan, malah UI beliau agak cantik dan anda boleh tanya banyak soalan dekat Siri ni ( soalan2 yang logik lah. hahaha 😛 ). Kini, dalam iOS 7, Siri boleh dipilih jantinanya. Wow!, anda boleh pilih suara lelaki ataupun perempuan :P. Tiada lagi logo Mic yang bernyala warna purple, kini ia ada garisan2 beralun jika kita bercakap dengan Siri. Menarik bukan? 

Jika dekat iOS 6, anda tanya maklumat, Siri akan buka Safari untuk beritahu maklumat pada anda, kini iOS 7, anda bermula dengan Siri, stay dengan Siri :D, even maklumat dari Bing sekalipun :3. Bukan itu sahaja, Siri juga boleh buat pencarian di Wikipedia untuk menjawab soalan kita serta mencari post di Twitter juga! Ini contoh gambar.

klik untuk lebih jelas

App Store juga menerima sentuhan baru, bukan pada UI dalamannya, tetapi cara update apps tersebut. Jika iOS 6, anda ada nampak badge yang agak menyemak juga naik 1, 2 atau 3 aplikasi yang perlu dikemaskinikan. Kini tidak lagi, App Store akan update secara automatik aplikasi tersebut semasa iDevices anda idle mahupun sedang guna. Malah ia boleh mencari aplikasi mengikut umur. 😀

App Store juga ada ciri baru, iaitu Apps Near Me. Ia akan senaraikan aplikasi yang popular disekitar anda. Contohnya, anda pergi KLCC, dan check. Kebarangkalian aplikasi yang ramai orang guna ialah Facebook, Instragram, dan Foursquare kan? hehehe. Ini contoh gambar.

klik untuk lebih jelas

Seterusnya ialah Find My iPhone. Untuk iOS 7 ini, sistem keselamatan agak terjamin dan ketat. Kenapa saya berkata begitu? Kerana jika kita tertinggal phone di tempat2 tertentu, bila kita masuk iCloud > Find My iPhone, kita tekan lost my phone. Di screen iDevices kita akan paparkan nombor phone kita. Jika orang yang curi itu cuba untuk restore, jual iDevices anda, tidak boleh buat apa2 kerana sistem keselamatan agak ketat. Jika pencuri hendak format atau off iDevices anda, perlukan Apple ID anda. Jadi tiada Apple ID lain dapat ganti :P. Awesome kan? 😀

Tetapi ada kelemahan aplikasi ini, iaitu perlukan tempat yang ada wifi atau data plan. Jika ada tempat ada wifi boleh detect phone anda melalui GPS. Mungkin jika Apple buat detect GPS tanpa gunakan wifi lagi terjamin :D. Pendek cerita, jangan bagi hilang, jaga elok2 dan jangan cuai :). Ini contoh gambar.

klik untuk gambar jelas.

Ciri2 yang terakhir ialah iOS in the Car. Kereta yang dipasang siap2 iOS. Terdapat Siri, Maps, Message, Call dan lain2. Pendek cerita, anda boleh gunakan Siri semasa memandu, melihat GPS ( navigation) dan semasa memandu boleh dengar mesej apa yang masuk tanpa membukanya. Ia boleh juga mainkan video dan lagu. 

Kereta2 yang terlihat ialah Honda, Mazda, Nissan, Jaguar dan lain2. Terdapat 25 buah kereta pelbagai brand yang gah! Tetapi ini akan datang pada tahun 2014 :D. Ini contoh gambar. 

klik untuk lebih jelas.

Jadi? bagaimana dengan pendapat anda? Komen dibawah kita bertukar pendapat 😀
Saya menanti iOS 7 dan Jailbreak iOS 7 😛
Lepas ini agak sibut sikit nak update pasal iOS, tugasan bercambah T.T, mintak maaf sangat2 🙁
Akan susuli entri pasal iOS 7 punya design dan Mac Pro!!!
Bonus, iOS 7 intro ( sama macam WWDC 2013 )

#maaf jika salah, terima kasih kerana sudi baca 🙂

*Psstt.. ada tambahan, tertinggal >.<

Terdapat 24 lagi features yang terbaik dari ladang!!

  • Enterprise single sign-on
  • View PDF annotations
  • Inclinometer
  • Long MMS support
  • Per app VPN
  • Maps bookmark syncing
  • Phone, FaceTime and Message blocking
  • Smart download of TV episodes
  • Notification sync
  • Night mode for Maps
  • WiFi HotSpot 2.0
  • Scan to acquire Passbook passes
  • Turn-by-turn walking directions
  • FaceTime audio
  • New smart Mailboxes
  • Managed app configuration
  • App Store Volume Purchase
  • Tencent Weibo
  • Chinese English bilingual dictionary
  • Handwriting recognition for multiple Chinese characters
  • Improved Mail search
  • Streamline MDM enrollment
  • Do Not Track option in Safari
  • Italian, Korean and Dutch dictionaries

Hehehe, terima kasih 😀

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Linux Mint 15 (Cinnamon)

0

Seperti yang anda semua sedia maklum, ‘daily driver’ saya kini adalah Linux Mint 15 Cinnamon yang dipasang secara dual-boot dengan Windows 8.

Linut Mint 15 adalah satu-satunya distro yang benar-benar serasi dengan laptop yang sedang saya gunakan. Jika tidak kerana kesibukan dan kesuntukan masa, sudah pasti Manjaro atau Arch Linux yang akan saya pasangkan. Namun cubaan saya beralih kepada Linux Mint 15 kali ini dianggap berbaloi. Kerana apa? Lihat saja rekod pemasangan saya di bawah:

Serius, ini adalah rekod pemasangan sistem operasi yang terbaik pernah saya buat! Masak Maggi kari pun belum tentu selesai dalam tempoh 2 minit bila kita perlu masukkan telur, tunggu telur tu masak pula. Masuk sayur lagi, perencah tambahan. Mau lebih dari 5 minit jugak tu. Ehhh.. melalut apa ni..

Baik, selesai saja siap pemasangan, reboot, dan boot ke desktop, anda akan disambut dengan Welcome Screen seperti ini:

Jadi bila ditenung lama-lama, kerana Linux Mint ini sejenis distro yang berfungsi diluar-kotak, saya terfikir apa lagi yang boleh kita buat sebagai ‘lauk tambah’ kepada Linux Mint ini supaya ia mampu berfungsi dengan lebih baik.
Oleh itu perkara pertama yang saya lakukan ialah menukar mirror kepada yang terpantas:

Caranya mudah saja, anda hanya perlu buka Software Sources dan tukar kepada mirror yang menunjukkan ping paling laju. Setelah itu, saya pasangkan pula Google Chrome. Muat turun fail .deb yang sesuai dengan versi sistem operasi anda (32-bit atau 64-bit). Apabila selesai muat turun, buka Terminal dan halakan/navigasi ia kepada direktori muat turun:

cd Downloads

Kemudian terus pasangkan Google Chrome:

sudo dpkg -i google-chrome*

Semudah Alif Ba Ta. Pejam mata boleh setel la. Ehh.. berpantun pula. Apa lagi? Hmm.. ok, kita kemas-kini pula sistem operasi ini sama ada dengan cara membuka Update Manager atau melalui Terminal:

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

Habis kemas-kini, pasang pula Ubuntu Tweak:

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa 

sudo apt-get update && sudo apt-get install ubuntu-tweak

Kerja dah mudah, nak mudah lagi? Boleh! Pasangkan pula Y PPA Manager:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/y-ppa-manager 

sudo apt-get update 

sudo apt-get install y-ppa-manager

Untuk pengakhiran, disebabkan saya tidak beberapa sukakan pemain video defaut Linux Mint, maka saya pasangkan SMPlayer sebagai pengganti:

sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer 

sudo apt-get update 

sudo apt-get install smplayer smtube smplayer-themes

Mahukan Linux Mint 15 tampil lebih menarik? Pasangkan tema, ikon dan cursor yang menarik mengikut apa yang anda suka. Untuk ini anda boleh layari laman Noobslab, dan setelah selesai anda memasang tema serta ikon yang anda gemari, anda boleh ubah tema asal kepada tema tersebut menggunakan Ubuntu Tweak. Selesaiii…

Saya seperti biasa, tema Mac OS menjadi kegemaran:

Selamat bersuka-ria dengan Linux Mint 15! Yeahhh!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

SlimBoat: Pelayar Web Serba Lengkap [Cross-Platform]

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan buat sedikit ulasan mengenai sebuah pelayar web SlimBoat.
SlimBoat merupakan sebuah pelayar web yang tidak berapa menawan tapi mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang serba lengkap. Saya tidak pasti sama ada pelayar web ini baru bertapak ataupun sudah lama. Tapi,apa yang saya perhatikan secara langsung,saya rasa pelayar web ini masih baru dalam arena pelayar web ini. Untuk menghasilkan sebuah pelayar web yang bagus bukanlah mudah. Tapi,apa yang saya boleh katakan tentang pelayar web SlimBoat ini ialah “Terbaik”.
Seperti yang tertera pada tajuk artikel dan permulaan penceritaan. SlimBoat merupakan sebuah pelayar web yang lengkap,anda tidak perlu memasang aplikasi AdBlocker kerana pelayar web SlimBoat sudah memasang aplikasi AdBlocker secara lalai. Anda cuma perlu tetapkan mengikut kesesuaian penggunaan. Seperti yang anda dapat lihat pada laman web SlimBoat,pelayar web SlimBoat menggunakan enjin WebKit,sebuah enjin yang biasa digunakan oleh kebanyakan pelayar web terkemuka seperti Google Chrome dan lain-lain.
Buat masa ini,saya masih belum menemui jalan untuk memasang sebarang ‘add-on’ ataupun ‘extension’  pada pelayar web ini. Adakah kita tidak dibekalkan dengan fungsi penambahan? Saya pasti apa yang ditunggu oleh anda ialah kelajuan. Pada peringkat awal ini saya rasakan bahawa pelayar web SlimBoat tidak kalah dengan pelayar web lain dari segi kelajuan. Apa yang saya tidak gemar ialah antara muka pelayar web ini. Agak kelihatan seperti pelayar web lama seperti Netscape Navigator. Jika anda pengguna komputer riba bersaiz mini (netbook) maka pelayar web ini telah memenuhi ruang yang skrin anda.
SlimBoat menyediakan dua kemudahan yang jelas untuk anda titikberatkan iaitu kemudahan memuat turun video daripada laman penstriman video YouTube dan kemudahan berkongsi sesebuah laman yang anda kunjungi ke laman web sosial seperti Facebook,Twitter dan lain-lain. Untuk anda yang gemar memuat turun video daripada laman penstriman video YouTube maka anda boleh mencuba kelebihan yang terdapat pada pelayar web SlimBoat ini. Pemuat turun yang terbina boleh saya katakan terbaik,ringkas dan laju. Seperti yang tertera pada tajuk,SlimBoat merupakan perisian platform silang iaitu tersedia untuk Linux,Mac OSX dan Windows.
Apa yang saya suka dan tertarik dengan pelayar web SlimBoat ini ialah SlimBoat akan memuatkan tulisan terlebih dahulu kemudian baru gambar. Berbeza dengan pelayar web lain,kadang-kadang kita akan perhatikan pelayar web tersebut akan memuatkan kandungan daripada bahagian atas turun ke bawah. Inilah perbezaan yang ketara pada pelayar web SlimBoat ini. Sudah panjang rupanya saya mengarang artikel ini. Sebenarnya masih panjang lagi,untuk anda mengetahui lebih lagi tentang SlimBoat ini. Maka,anda wajib mencubanya. Tidak salah jika anda memberi peluang kepada pelayar web yang satu ini untuk membuktikan kemampuannya. Mungkin anda dapat lihat sesuatu yang diperlukan oleh anda tersedia pada pelayar web ini.
Gambar penggunaan memori pada pelayar web SlimBoat.


Penggunaan memori pada satu tab biasa. [98.4 MB (+-)]

Penggunaan memori pada tab video berdefinisi tinggi (HD – 720p) [136.1 MB (+-)]

Penggunaan memori pada lima tab. 4 tab biasa x 1 tab video HD [202.4 MB (+-)]








Gambar muat turun video daripada laman penstriman video YouTube.

Pemilihan kualiti dan format video yang ingin dimuat turun. Fungsi muat turun hanya untuk laman penstriman video YouTube sahaja. Tidak menyokong laman penstriman video lain. 

Pemilihan pusat penyimpanan,pengubahsuaian nama.
Kelajuan muat turun tidak tetap.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline