[ Review ] Instagram Boleh Upload Video

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Maaf info ini 2 – 3 hari lepas, masa tidak sempat untuk buat entri 🙁
Selalunya anda gunakan aplikasi Instagram untuk kongsi gambar bersama rakan2, dan mengikuti perkembangan artis2 yang anda follow.

Tetapi kini anda boleh upload video di Instagram!
Agak menarik dan malang sekali hanya 15 saat sahaja duration video tersebut 🙁
Caranya seperti anda upload gambar, tiada beza, cuma ada tambahan anda boleh pilih cover gambar untuk video tersebut menggunakan video tersebut!

Ini contoh screenshot yang saya buat khas untuk anda ( termasuk video >.< )
*gambar screenshot tu lain, video lain 😛

klik untuk lebih jelas

Anda boleh lihat icon video tersebut. Ia sama sahaja seperti anda nak ambil gambar untuk upload 😀

klik untuk lebih jelas

Apabila anda tekan icon video tersebut, ia akan jadi seperti ni.
Untuk ambil video, anda perlu tekan icon video itu dengan lama. Sampai video anda sudah dirakam. 15 saat sahaja tau 🙁

klik untuk lebih jelas

Anda boleh pilih filter yang mana anda suka. Sama seperti upload gambar.
Icon camera di tengah itu untuk zoom ( autozoom tau )

klik untuk lebih jelas

Anda boleh pilih cover untuk video anda, hanya tekan dipetak biru tu dan drag perlahan2 untuk dapatkan cover yang anda mahukan 😀

klik untuk lebih jelas

Ia seperti upload gambar kan? Anda klik icon play tersebut, video itu akan main dengan sendirinya. Maaf terlupa letak #hashtag #omghackers :(, tetapi dalam video tersebut saya ada sebut :3

Cuba Tekan < Untuk lihat video tersebut.

Jadi. mudah kan? Boleh update bagi pengguna iOS dan juga Android 😀
Selamat mencuba 🙂

#maaf jika entri ini cepat sangat review 🙁

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img