[ Review ] Pendapat Saya Tentang iOS 7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Sudahkan anda baca entri mengenai iOS 7? Jika tidak sila klik bawah ni
[ Review ] iOS 7, Generasi Baru iOS  

iOS 7, terdapat kelebihan dan kelemahan tersendiri. Al maklum lah, BETA lagi. Harap2 keluaran yang stabil dapat baiki ralat2 yang ada.
Bagi yang dah pakai iDevices ( iOS 6 ), mungkin akan rasa kekok sikit kerana perubahan agak ketara. Bagi yang baru pakai iDevices ( sebelum ini pakai Android ICS atau Jellybean ), mungkin akan kata nak sama macam Android >.<

Saya pun sama bila tengok Apple Keynote WWDC 2013 macam tak percaya.
Bila dah pakai sendiri, wah menarik, ada nak sama macam android. Tapi itu tidak menjadi masalah 😛
Icon baru sangat menarik, banyak update dan 50% rasa seperti dah Jailbreak. 

TETAPI,
Terdapat ralat2 yang boleh diambil kira untuk peningkatan masa akan datang. Antaranya :

Message
Kadang2 apabila mesej baru masuk, ia berada dibawah keyboard, nak tengok kena tarik atas baru boleh, kemudian dia akan sembunyi bawah keyboard -_-, tetapi jika keluar, masuk balik mesaj tu ok balik. 

Camera
Kadang2 aplikasi ini akan crash, ada juga lekat ( hang ). Tetapi UI dia memang menarik. Memudahkan pengguna hanya swipe kiri dan kanan untuk pilih. 😀 ( jika run kamera dari lockscreen kadang2 tak boleh 🙁 )

LockScreen
Notification dia ok, yang bermasalah bila mainkan lagu. Selalunya jika kita tekan button home dua kali untuk launch Music Control kan? Kadang2 ok, kadang2 tajuk lagu bertindih dengan music control. Paling geram sekali bila tengah tekan next, next, next, screen padam -_-, di iOS 6 tak pun 🙁

AppStore
Ada sesetengah aplikasi tidak support dengan iOS 7, contohnya WeChat, KakaoTalk, Instagram ( kadang2 crash ), dan Google Translate. Aplikasi lain tak test lak >.<. Eh, termasuk Facebook. Appstore iOS 7 agak laju dan menarik . >.<. Satu lagi kerap juga mintak password bila nak install aplikasi, tak seperti iOS 6, bila dah bagi password sekali, tak mintak dah. Melainkan phone tu reboot atau pun sebab2 tertentu. Mungkin iOS 7 sistem keselamatan dia ketat >.<

Battery
Yang ini agak mendukacitakan. Bateri cepat habis 🙁 Jika charge penuh malam. Siang dengar lagu, bila sampai malam dah 33% ==”. Yang sedih sekali masa saya pergi Hari Denggi Asean tu, gunalah Waze untuk tau jalan dan dengar lagu. Sampai kat LHDN, ambil gambar, rakam video. Balik pun guna Waze dan dengar lagu. Bila sampai kat rumah bateri 20%. 
Dan phone kadang2 cepat panas 🙁

Find My iPhone
Aplikasi ni crash tiap kali nak buka. Tidak tahu sebab apa, mungkin tidak support iOS 7 lagi. Baru nak test sistem keselamatan iOS 7 🙁

Jadi itulah pendapat saya tentang iOS 7, rileks la, kit kat kan ada. Baru BETA. Terdapat banyak lagi step2 untuk meningkatkan mutu iOS tu. Kita sebagai pengguna, bagi feedback pada mereka untuk membaiki ralat tersebut :D.
Saya pun dah kembali pada iOS 6 balik. Tunggu BETA seterusnya update :3.

Ini sedikit gambar untuk anda semua 🙂

kena klik, save images untuk tengok, banyak tu 😛

Jadi komen dibawah untuk kongsi pendapat anda.
Jika sapa yang nak try iOS 7 ini pun komen dibawah.
Jika permintaan ramai, saya buat entri untuk upgrade iOS 6 > iOS 7 Beta 1 😀

#maaf jika tersilap kat mana2 🙁
*Gambar tu anda kena download then tengok la, jika dah tengok delete :3. Maaf susahkan anda lak 😛

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img