Mengapa Laptop Anda Terlalu Panas?

Assalamualaikum dan
selamat sejahtera kepada pembaca setia OMG! Hackers?
Artikel kali ini akan
menerangkan beberapa tips dan penjagaan laptop supaya haba dapat dikurangkan
sekurang-kuranya 20%. Segala tips yang dikongsi dalam artikel ini diambil dari
pakar-pakar yang telah disahkan dan berpengalaman.
Kenapa Laptop?
Tujuan saya berkongsi
tips untuk laptop adalah disebabkan kebanyakkan masalah suhu yang mendadak
sering terjadi kepada laptop. Ini terjadi kerana ruang pengaliran haba yang
mampat dan memerlukan servis berkala bagi memastikan perfomance laptop anda
kekal seperti baru. Jika anda perasan semakin panas sesuatu hardware pc/laptop
maka perfomance nya akan semakin menurun.

Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan
terjadi jika temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama
kelamaan akan mati. Jadi konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang
lain. Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang
bagus dan tidak bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical
processor unit (GPU) anda.

Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus
dari segi pembebasan haba:-

1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di
bahagian heatsink laptop anda.

2) Pengaliran udara yang
baik dari segi design casing laptop anda.
3) Material casing
laptop adalah bukan bersifat plastik yang biasa, kerana apabila material casing
laptop diperbuat dari plastik, haba akan terperangkap di dalamnya dan boleh
menyebabkan laptop anda akan menjadi lebih panas. Material yang baik adalah
mampu untuk menjadikan haba di dalam laptop keluar mengalir melalui casing
laptop anda seperti material magnesium. Malah magnesium juga adalah lebih
ringan dan nipis tetapi tahan lasak dan ianya juga digunakan pada pembuatan
kereta BMW.
 

Antara jenama laptop
yang diyakini beberapa model mempunyai beberapa ciri di atas adalah Asus,
Lenovo, Sony, Dell dan Toshiba. (Jenama-jenama ini adalah dilihat dari segi
pelbagai model yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini.)
Selain itu laptop juga
boleh menjadi terlalu panas atas beberapa faktor:-

  •  Faktor
    cuaca dan iklim di Malaysia
    . Kita boleh lihat jika kita berada
    di luar negara kadar jangka hayat laptop akan lebih lama berbanding dengan
    jangka hayat berada di Malaysia. Malahan suhu di sana yang terlalu sejuk dan kadangkala
    kita tidak memerlukan kipas untuk laptop kita.
  • Laptop
    yang tidak pernah servis dari mula kita membelinya
    .
    Laptop hendaklah diservis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membuang habuk
    yang terperangkap di dalam laptop dan menyebabkan aliran haba menjadi tidak
    sistematik akibat dari habuk-habuk yang banyak yang berada pada kipas dan
    laluan haba.
Bagaimana untuk
mengelakkan dari perkara ini berlaku?

  • Kalau boleh pastikan tempat anda bekerja
    bersama laptop dilengkapi dengan penghawa dingin untuk memastikan suhu laptop
    kekal dalam keadaan terbaik.
  • Jika tidak mampu untuk bekerja di
    kawasan yang berpenghawa dingin, anda juga disarankan menggunakan cooler untuk
    laptop anda. Cooler adalah sesuatu yang dicipta khas bagi pengguna-pengguna
    yang berada di cuaca yang panas. Di sini saya mencadangkan beberapa jenama yang
    memang terbukti membantu penyejukan laptop sebanyak 10-15% iaitu brand Cooler
    Master, Belkin dan Logitech kerana dari segi design pengaliran haba adalah
    sangat berkualiti dan mampu mengurangkan haba laptop anda.
  • Servis laptop secara berkala juga
    diperlukan untuk memastikan habuk pada kipas dan laluan haba dibuang dengan
    baik dan menyebabkan haba dari laptop keluar dengan baik mengikut pengaliran
    yang bagus. Gantikan thermal pad/paste (grease) pada bahagian processor dan GPU
    supaya haba dapat dipindahkan dengan lebih efisyen.

Kemudian
kita masuk ke bahagian servis perkakasan laptop anda.
Sebenarnya
servis laptop bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah haba malah kadangkala
iainya juga mampu membaiki beberapa masalah lain yang terjadi pada laptop anda
contohnya wireless kurang stabil iaitu kejap ada kejap tak ada, gantikan bateri
CMOS yang telah habis dan lain-lain. Kadangkala hardware ini akan mengalami
kerenggangan atau kelonggaran seperti kabel dan klip di pada motherboard dan
apabila kita servis, secara tak langsung kita akan membaiki perkakasan yang
longgar itu tadi dan jika ada modal yang lebih kita mungkin boleh menambah RAM
laptop. 
Credit Image and fact by Courtesy of Dell Inc

*Iklan Giveaway Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba* Tamat pada 9/7/2013

Jika anda mempunyai website atau blog yang sudi untuk meletakkan Widget Sedut Software Sampai Lebam (SSSL) seperti yang dapat dilihat pada OMG! Hackers?, saya akan memberikan anda Giveaway  Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba sebelum iainya di keluarkan kepada orang ramai. Jadilah pembaca terawal dan berikan komen anda pada email saya atau komen di bawah. Anda boleh emailkan
kepada saya seperti format di bawah. 

>>Dapatkan Widget SSSL Code <<

Saya akan mengambil 10 orang sahaja berdasarkan kreativiti mencipta ayat untuk dapatkan ebook ini.
 
Emailkan kepada [email protected]

Nama:
Sebab anda ingin memiliki buku ini (Tidak lebih dari 50 patah perkataan) :
URL Website or Blog  : 

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img