Linux Deepin 12.12 – Berbaloi Atau Tidak Memasangnya?

Ketika terbaca mengenai rilisnya Linux Deepin 12.12 di Distro Watch beberapa hari yang lalu, serius saya katakan yang saya belum pernah tertarik untuk mencuba distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun dari China ini. Namun setelah terbaca artikel mengenainya di Webupd8, akhirnya fail ISO bersaiz 1.1GB selesai dimuat turun dan dirakamkan terus ke USB.

Ulasan Penuh Linux Deepin 12.12:

Apa Yang Baru?

Deepin Desktop Environment

Sekian lama saya cuba mencari satu distro yang ‘unik’. Unik disini bermaksud lain dari yang lain. Perkara ini saya temukan pada elementary OS Luna suatu ketika dulu. Kenapa? Kerana eOS Luna membawakan pelbagai perkara baru kepada pengguna meskipun ia berasal dari Ubuntu. Antara ciri penting kepada sesuatu distro ialah persekitaran desktop (Desktop Environment).

Begitulah halnya dengan eOS Luna. Ia membawakan kepada pengguna Pantheon Shell, suatu persekitaran desktop yang intuitif, pantas, efisien dan ringkas. Tak lupa juga para pembangunnya mencipta beberapa perisian/aplikasi baru yang melengkapkan lagi distro tersebut.

Linux Deepin juga tidak lari dari hal ini. Apa yang buat saya kagum ialah kita kini punyai satu lagi persekitaran desktop yang baru iaitu Deepin Desktop Environment (DDE).

Untuk memberikan anda gambaran sebenar bagaimana ia kelihatan, sila lihat kepada beberapa paparan skrin di bawah:

Deepin Application Launcher

Files (Nautilus?)

Ketika anda mula-mula menjalankan aplikasi lalai (default) Linux Deepin, paparan ‘splash’ ringkas seperti berikut akan keluar terlebih dahulu sebagai pengenalan kepada aplikasi tersebut:

‘Splash’ Software Center

Satu lagi paparan ‘splash’ untuk Software Center

Deepin Software Center

‘Splash’ DPlayer
Pemain Video Linux Deepin, DPlayer

‘Splash’ DMusic

Pemain Muzik Linux Deepin, DMusic

Seperti yang anda lihat, Linux Deepin bukan sahaja membawakan persekitaran desktop yang baru, malah juga memberikan penggunanya beberapa aplikasi yang khusus untuk Linux Deepin itu sendiri iaitu pemain video DPlayer, pemain muzik DMusic, Software Center (versi 3.0), deepin-compiz (heck yeahhh), dan juga System Setting yang baharu, lebih kemas dan interaktif.

Linux Deepin System Settings

Pada pendapat saya, ini adalah apa yang patut ada pada sesebuah sistem operasi/distro, iaitu aplikasi yang dicipta khusus untuk sistem operasi tersebut. Contoh mudah, Microsoft Windows punyai Internet Explorer, Windows Media Player, blah blah blah (you name them).

Perkara ini jugalah yang menyebabkan ‘pertindihan membosankan’ antara satu distro ke distro yang lain kerana tiada apa yang ‘terlalu’ unik melainkan perbezaan package manager dan juga sistem naik taraf distro contohnya rolling release seperti Arch Linux. Kalau dilihat pada aplikasi, apa yang dipasang, yang itu, itu jugalah!

Tak lupa juga bagi pengguna baru, terdapat manual pengguna pada desktopnya:

Suka untuk saya nyatakan yang DPlayer, iaitu pemain video Linux Deepin boleh melakukan kerja-kerja ‘convertion’, dan ini bermakna anda tidak perlu menggunakan sebarang perisian yang lain untuk membuat convertion (penukaran format video).

Selain itu Linux Deepin 12.12 juga mempunyai DSnapshot, iaitu aplikasi untuk mengambil paparan skrin pada komputer dengan menekan kekunci Ctrl + Alt + A atau Ctrl + A + untuk melancarkan DSnapshot dalam tempoh 5 saat.

Errr.. boleh tak saya nak kata, WOW?

Kesimpulan Ringkas:

Pro:

Linux Deepin telah menampilkan satu kelainan dengan membuat persekitaran desktop serba baru yang boleh dikatakan bagus, berada pada tahap memuaskan dengan penampilan aplikasi-aplikasi yang juga baru, dicipta khas untuk rilisan 12.12 ini. Paparan persekitaran desktopnya boleh dikatakan tampilan Windows 7 + Windows 8 + Gnome 3. Apa yang pasti ia pantas!

Seperti yang selalu saya katakan dalam entri-entri yang lepas, ‘Beauty is ini the eyes of the beholder’. Jadi cantik atau tidak distro ini adalah terpulang kepada pandangan mata yang melihat. Bagi saya, saya suka dengan apa yang terpapar depan mata. Ia tidak terlalu kompleks, dan kesemuanya berfungsi diluar kotak.

Kontra:

Terdapat beberapa bugs seperti ‘glitch’ yang berlaku pada paparan skrin ketika sedang menaip sesuatu, juga berlaku kepada DPlayer dan DMusic. Tiada cara mudah untuk menukar tema, font, dan lain-lain ‘hiasan’ pada desktop melainkan anda memasang terlebih dahulu Gnome Tweak Tool. Kalau anda jenis heavy tweaker seperti saya, saya cadangkan buat masa ini tunggu sehingga rilisan seterusnya, atau silakan pasang, tetapi anda perlulah bersabar dengan bugs yang ada.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img