Utama Blog Laman 224

Steganografi Pada Ubuntu: Sembunyikan Dokumen Dalam Gambar

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Artikel kali ini saya akan bawakan kepada anda kaedah menyembunyikan sebarang fail atau dokumen dalam gambar.

Sebelum itu saudara Arya Putra telah menerangkan tentang apa itu steganografi dan kaedah pembuatannya pada sistem pengoperasian Windows. Anda boleh membacanya pada pautan Apa Itu Steganography dan Cara Melakukannya? Seperti yang tertera pada tajuk artikel,saya akan bawakan  kaedah pembuatan untuk sistem pengoperasian Linux iaitu Ubuntu. Usah membazir masa,mari kita fokus kepada pembelajaran kita hari ini.

Langkah-langkah seni steganografi pada Ubuntu.

1. Buat sebuah folder dengan sebarang nama. Untuk tutorial ini saya menggunakan nama ‘Achchobaan’ (kaedah sebutan sama seperti filem Pendekar Bujang Lapok)

2. Untuk memudahkan tugasan letakkan folder tersebut (Achchobaan) pada folder Desktop.

3. Untuk tutorial ini saya menggunakan fail gambar dengan nama Fikir.jpg dan fail yang ingin disembunyi dengan nama Windows_Loader.zip

4. Perlu diingat bahawa sekiranya anda menggunakan dua atau lebih nama pada sesuatu fail letakkan aksara garis bawah (underscore) (_) diantara jarak atau dengan bahasa mudahnya gantikan sahaja jarak antara nama dengan aksara garis bawah. Rujuk gambar di bawah.

5. Fail atau dokumen yang anda ingin sembunyikan mestilah berformat (.zip). Kebiasaannya sistem pengoperasian Linux khusus Ubuntu atau sistem pengoperasian yang berasaskan Ubuntu telah terpasang perisian Archive dan sedia terhubung pada setiap klik-kanan. Maaf,susah nak terangkan. Rujuk sahaja gambar. Sekiranya tiada,anda boleh memasang Compress… Rujuk artikel Bagaimana Untuk ‘Compress’ Fail Pada Sistem Operasi Ubuntu.

6. Sesudah anda ‘compress’ dokumen anda kepada format (.zip) maka bermulalah seni steganografi pada sistem pengoperasian Ubuntu.

7. Buka aplikasi Terminal.

8. Akses ke folder (Achchobaan) dimana anda menyimpan fail yang ingin disembunyikan dengan baris perintah di bawah.

cd Desktop/Achchobaan 

9. Kemudian taip ls untuk menyenaraikan semua fail yang terkandung dalam folder Achchobaan.

10. Taip cat diikuti nama berserta format gambar dan fail yang ingin disembunyikan. Jangan lupa untuk meletakkan aksara (>) diikuti dengan nama baru berserta format bagi gambar tersebut. Dalam situasi ini saya menggunakan Fikirkan.jpg. Tekan Enter.

cat Fikir.jpg Windows_Loader.zip > Fikirkan.jpg 

11. Anda boleh buang semua fail dan dokumen lama yang tidak diperlukan. Tinggalkan fail gambar yang didalamnya tersembunyi dokumen anda. Apabila anda klik ‘Properties’ anda akan lihat fail gambar tadi berubah saiz.

12. Untuk sari (extract) fail gambar tersebut. Anda boleh menggunakan baris perintah. unzip diikuti nama gambar berserta format. Jika tidak boleh,gunakan baris perintah unzip -t Fikirkan.jpg

unzip Fikirkan.jpg

13. Saya belum mencuba untuk sari fail gambar Fikirkan.jpg pada sistem pengoperasian Windows. Adakah cara yang terdapat pada artikel saudara Arya Putra boleh digunakan? Mohon maklum balas daripada anda di ruangan komen.

14. Adakah kaedah ini dapat digunakan untuk membendung laman web storan maya MediaFire.com daripada membuang fail secara membabi buta? Sama-sama kita nantikan. Mohon jangan buat aduan kepada pihak MediaFire,kelak akan binasa kita juga yang tidak dapat hasilnya. (Tak sangka setelah sekian lama tidak mengunjungi laman MediaFire,rupanya MediaFire sudah memiliki perisian untuk Ubuntu dan Fedora.)

Klik [di sini – 1.60MB] untuk memuat turun fail Fikirkan.jpg merangkap dokumen Windows Loader.

Sebarang kemusykilan atau ketidakpastian dapatlah diterjemah pada ruangan komen di bawah.

Sumber:-

Steganography – Hide Your Files Inside An Image In Linux – Unixmen

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Manjaro Linux 0.8.6: Arch At Its Best!

0

Pernah suatu ketika dulu saya menulis sedikit reviu tentang distro yang digelar dengan nama Manjaro Linux ini. Namun ketika itu saya masih baru lagi mengenali distro ini. Setelah lama ‘bergelumang’ dengan dunia Arch Linux, saya cuba memberi peluang kepada distro ini sekali lagi setelah versi 0.8.6 baru saja dilepaskan beberapa hari yang lalu (tak sia-sia saya buka distrowatch).

Paparan default desktop Manjaro Linux 0.8.6

Saya pernah mencuba versi 0.8.5, namun malangnya ia tidak berjalan dengan baik kerana beberapa masalah yang bersangkut-paut dengan keyboard. Jadi saya tangguhkan dahulu hajat untuk memasangnya kerana saya tidak punya masa yang banyak untuk diluangkan dengan masalah-masalah distro.

Jadi setelah keluarnya versi 0.8.6, saya terus muat turun dan tanpa ragu terus mencubanya pada PC separuh abad di pejabat ini. Apa yang boleh saya katakan, Manjaro Linux adalah versi ‘Linux Mint 15’ kepada Arch Linux.

Dalam erti kata yang lain, Manjaro Linux kali ini adalah lebih stabil, lebih pantas, dan berfungsi secara terus dari luar kotak. Kalau sebut tentang aplikasi/perisian, ia punya segala yang anda perlukan untuk menyiapkan kerja-kerja harian mahupun untuk bersantai mendengar lagu atau menonton video.

Jika disebut tentang masalah, setakat ini satu masalah yang saya hadapi ialah kekurangan memori untuk terus memasangnya pada laptop. Yeah! Manjaro Linux 0.8.6 (XFCE) yang saya cuba kali ini boleh dikatakan bebas masalah. Sekarang saya cuma perlukan sedikit lebih masa untuk menerokainya, dan mengkaji apa lagi yang boleh dilakukan oleh distro ini.

Kalau anda berada dalam situasi saya, dimana anda tak punya banyak masa untuk ‘menelaah’ distro seperti Arch, tetapi dalam waktu yang sama mahukan sebuah distro Arch Linux yang terbaik, bebas masalah, pantas dan super-duper lengkap, maka Manjaro Linux adalah jawapannya.

Sekarang saya sudah punyai 2 distro sebagai pilihan ‘daily driver’ iaitu Linux Mint 15 (Cinnamon) dan juga Manjaro Linux (XFCE).

Berikut adalah paparan beberapa perisian/aplikasi default yang tersedia dalam Manjaro Linux 0.8.6:

VLC untuk memainkan video

GIMP bagi peminat penyuntingan gambar

Thunar File Manager

Xnoise: Mainkan muzik

Terminal: Tak lengkap dan tak siap kerja tanpanya

Libre Office Writer: Pengganti Microsoft Office Word

Seleksi wallpaper terbaik

Muat turun Manjaro Linux 0.8.6 sekarang!


Manjaro 0.8.6 Got Unleashed!

Download Manjaro Linux 0.8.6

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint 15 Olivia (Cinnamon): The Arch True Rival!

0

Sebelum saya mulakan review hari ini, apa kata anda klik like pada page FB rasmi OMG! Hackers? di sini : OMG Hackers Official

Kualiti yang sangat bagus, sangat pantas, dan dibina ke arah kesempurnaan.

Itulah yang mampu saya katakan mengenai distro berasaskan Ubuntu ini. Saya telah mencuba pelbagai distro sejak mula memasang Windows 8 pada laptop Lenovo G480 yang baru saya gunakan dengan tujuan mencari ‘keserasian’.

Paparan default desktop Linux Mint 15 Olivia Cinnamon

Dari distro berasaskan Arch Linux, beralih kepada Debian dan kemudian beberapa lagi distro yang saya rasakan tidak ‘serasi’ apabila pelbagai halangan dan ‘rintangan’ yang berlaku semasa live USB sedang berlangsung.

Sasaran saya kali ini ialah ingin mencari distro ‘out-of-the-box’, iaitu yang mampu terus melakukan tugas-tugas harian sebaik sahaja siap dipasang. Itulah yang saya temui pada Linux Mint 15 dengan kod nama ‘Olivia‘.

Antara perkara/ciri yang saya suka mengenai Linux Mint 15 ini ialah:

1. Artwork/Visual/Wallpaper

Ini ialah satu daripada ciri Linux Mint 15 yang boleh dikatakan lebih baik berbanding Ubuntu 13.04. Selain paparan desktop yang lebih menarik (yeahhh, beauty is in the eyes of the beholder..), set wallpaper yang telah disediakan adalah begitu memuaskan hati.

2. Software Sources

Seperti yang telah dikatakan mengenai pembaharuan visual pada paparan antaramuka desktop, aplikasi/perisian/tool juga tidak terkecuali. Antaranya ialah Software Sources, yang mana ia mengumpulkan beberapa fungsi semua dalam satu seperti pemilihan mirrorlist, penambahan/penyuntingan PPA, repo dan lain-lain lagi.

Sebut mengenai pemilihan mirror, ia menyediakan speed-test terbina dalaman untuk memudahkan pengguna memilih sendiri mirror yang terpantas. Terbaikkk..

3. System Settings (Control Center)

System Settings dalam Linux Mint 15 Cinnamon ini boleh dikatakan lengkap serba-serbi. Ada dua mode yang boleh dipilih iaitu Normal dan juga Advance. Jadi kalau sebut mengenai ‘kawalan penuh’ kepada pengguna, disinilah Ubuntu kalah kepada distro seperti Linux Mint (hadapi saja kenyataan, Unity launcher dari versi 11.04 sehinggalah 13.04 masih tidak boleh diubah kedudukannya! Ini baru satu contoh!).

Baiklah. Saya tidak mahu bercerita panjang kerana Linux Mint 15 ini telah direviu oleh blog-blog terkemuka. Namun dari apa yang dapat saya simpulkan, Linux Mint 15 adalah saingan tegar kepada Arch Linux. Ubuntu sememangnya sudah jauh tersasar dari liga.

Selama saya menggunakannya, belum ada lagi rasa tidak puas hati (kecuali ia bukan bersifat bleeding edge seperti Arch Linux). Tetapi, untuk itu saya akan cuba skrip Bleeding Edge yang dicipta khas untuk Ubuntu/distro terbitan darinya.

Linux Mint juga tidak mempunyai masalah untuk terus ‘mengesan’ dan menggunakan mana-mana sumber internet yang ada, serta tidak ada masalah dengan keyboard, tidak seperti distro-distro lain yang telah saya cuba, pasti salah satu atau kedua-dua masalah ini akan berlaku.

Jadi jangan tunggu lagi, muat turun Linux Mint 15 dari pautan berikut : Linux Mint 15

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kaspersky Trial Reset

0

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

   Lama rasanya tidak menyumbang artikel dalam OMG! Hackers? ini. Sibuk sikit dengan kerja dan keluarga. Hehe.. Sebelum ini saya pernah membuat artikel tentang produk Kaspersky bukan, seperti:

  1. [Trik] Lesen Kaspersky Antivirus Selama 1 Tahun
  2. [Trik] Lesen Kaspersky PURE 180 Hari Dan KIS 90 Hari

   Mungkin anda tertanya-tanya, jikalau sudah tamat tempoh percubaan yang hanya 180 hari untuk PURE dan 90 hari untuk Internet Security macam mana? Oleh itu hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah perisian yang dapat “reset” semula lesen percubaan Kaspersky tersebut. Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang perisian ini kerana telah banyak berada di blog-blog dan forum lain. Tetapi ada juga yang belum tahu. Kepada yang belum tahu, mari sambar perisian ini cepat.. Huhu..

Ok.. Kita mulakan..

1. “Pause Kaspersky Protection” (Taskbar > Klik kanan pada ikon Kaspersky > Klik Pause Protection).

2. Nyah-Aktifkan “Self Defense” (Setting > Klik ikon kotak > Klik “Self Defense” > Buang tick).
3. “Exit Kaspersky” (Taskbar > Klik ikon Kaspersky > pilih exit).
4. “Download Kaspersky Trial Resetter” dan “OEM Trial Keys” dari sini:

Kaspersky Trial Reset v2.2

OEM Trial Keys

5. Keluarkan dan jalankan perisian tersebut sebagai “Administrator”, dan klik butang “Trial Reset”.

6. Klik “OK” bila anda nampak kotak dialog seperti ini dan PC anda akan “restart” dengan sendirinya.
7. Selepas PC anda “restart”, adalah di syorkan anda buang “trial reset” tersebut dan kosongkan “recycle bin” terlebih dahulu.
8. Buka Kaspersky anda dan masukkan serial ini di ruangan “Activate Commercial Version” (Tidak perlu padamkan talian internet) dan klik “Next”.

2222-2222-2222-222U

9.  Akan keluar “Activation Failed”. Klik pada butang “browse” dan pilih kunci yang dimuat turun tadi bersesuaian dengan produk Kaspersky anda dan klik “Next”.

10. Tahniah. Anda telah berjaya. Sila aktifkan semula “Self Defense” dan jalankan “Update Virus Definition”
Sekian.. Selamat mencuba.

SUPPORTED antivirus products: 
   - Kaspersky Antivirus 2011
   - Kaspersky Antivirus 2012
   - Kaspersky Antivirus 2013
   - Kaspersky Antivirus 2014

   - Kaspersky Internet Security 2011
   - Kaspersky Internet Security 2012
   - Kaspersky Internet Security 2013
   - Kaspersky Internet Security 2014

   - Kaspersky CRYSTAL 2.0
   - Kaspersky CRYSTAL 3.0

   - Kaspersky Endpoint Security 8
   - Kaspersky Endpoint Security 10

   - Kaspersky Small Office Security 2
   - Kaspersky Small Office Security 3

System requirements:
   - Windows XP / Vista / 7 / 8 / 8.1
   - Windows Server 2003 / 2012 

Changes v. 2.2.0.17: 
   - Changes were made in connection with the Kaspersky Small Office Security 3
    Info: Key ini adalah ‘OEM Trial key’. Bermakna anda boleh menggunakan key ini seberapa banyak kali yang anda suka dan boleh jalankan virus ‘definition update’ tanpa akan disekat oleh Kaspersky seperti “Leaked Key” yang lain. Key ini diambil dari “installer” produk percubaan promosi Kaspersky.

    Views: 13

    Iklan Newspaper Inline

    IDM Lifetime Patcher 2.0 / IDM Cracker Tool 1.0 (Re-upload)

    0

    Sebenarnya aplikasi ini sudah lama tidak berada dalam simpanan saya. Namun atas permintaan ramai, maka saya gagahkan mencari kembali aplikasi ini dan juga terus menaip entri dikala sedang sibuk menyiapkan kerja di pejabat. Hehe.. (bukan mengular ya!)

    Berikut adalah paparan IDM Cracker Tool (v1.0):

    Ini pula adalah IDM Lifetime Patcher 2.0:

    Apa yang saya pasti, pembuat patcher ini bukan orang yang sama, namun kaedah ‘tampalannya’ adalah sama. Bagi yang masih belum tahu, sebenarnya tiada ‘pemecahan’ (crack) atau ‘tampalan’ (patch) yang dilakukan pada perisian Internet Download Manager (IDM).

    Apa yang aplikasi ini lakukan ialah memudahkan kerja anda dengan melakukan semua kerja-kerja manual pengubahsuaian fail host secara automatik. Kaedah yang saya sebutkan itu boleh dilihat dan dibaca pada pautan berikut : Kaedah Untuk Hack dan Crack Internet Download Manager Secara Manual

     Anda boleh muat turun kedua-dua aplikasi ini melalui pautan di bawah:

    1. IDM Cracker Tool

    2. IDM Lifetime Patcher 2.0
     

    Views: 12

    Iklan Newspaper Inline

    Apakah Itu DIY?

    0

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel santai disamping dapat menambahkan informasi baru ke dalam minda anda.

    Lama sungguh tidak menulis artikel berasaskan ilmu pengetahuan. Jika tidak silap saya artikel terakhir yang saya tulis ialah Apa Itu Easter Eggs? Jadi,hari ini saya kembali dengan sumber yang baharu iaitu diy. DIY ialah kependekkan daripada istilah Do-It Yourself atau dalam istilah Bahasa Melayu berbunyi anda lakukan sendiri,anda lakukan mengikut kemahuan atau kehendak sendiri. Tapi,saya lebih gemar menggunakan istilah “anda bina sendiri”. DIY ini boleh diterjemah kepada dua bentuk iaitu menggunakan barangan terpakai ataupun mengeluarkan wang untuk membina sesuatu. Kebiasaannya DIY ini lebih murah berbanding sesuatu benda yang sudah siap kerana anda membina mengikut kemahuan anda. DIY juga boleh jadi sesuatu yang sudah siap sepenuhnya tapi anda jadikan benda itu separuh siap. Itulah Do-It Yourself.

    DIY merangkumi segala aspek seperti perabot,aksesori,perhiasan,makanan,teknologi dan lain-lain. Oleh sebab blog ini mengambil teknologi sebagai dasar pembentukan maka kita akan fokus pada ‘diy technology project’.

    Bentuk dan rupa Raspberry Pi.

    Anda kenal akan Raspberry Pi? Pada mulanya saya menyangka bahawa Raspberry Pi hanya digunakan sebagai komputer yang menjalankan sistem pengoperasian Linux padanya. Tapi,sangkaan saya terbukti salah kerana Raspberry Pi boleh melakukan sesuatu perkara yang lebih daripada itu. Raspberry Pi berasaskan ‘ARM single-board computer ‘ yang bersaiz sebesar kad kredit. Raspberry Pi dibina di United Kingdom (UK) oleh Raspberry Pi Foundation dengan tujuan untuk mengajar tentang asas sains komputer di sekolah Terdapat dua model iaitu Model A dan Model B. Sudah tentu fungsi dan ciri-ciri Model B melebihi Model A. Raspberry Pi Model A berharga $25 (RM 75+) dan Model B $35 (RM 105+) Tanpa,membuang masa,mari kita lihat apa yang boleh dilakukan oleh Raspberry Pi.

    1. Beetbox = Raspberry Pi dan Lobak Boleh Menghasilkan Alat Muzik.




    Apa kata anda? Menarik bukan. Lebih menarik apabila anda menonton video tersebut. Dengan gelak ketawa dan rasa takjub daripada mereka. Saya juga berasa begitu. Anda bagaimana?

    2. Bina Glass Anda Sendiri.




    Apa yang boleh saya katakan ialah “Terbaik”. Bagaimana mereka boleh terfikir untuk membina teknologi seperti ini? Ya! Memang wang menjadi aspek utama tapi perlu juga semangat,usaha dan idea yang bernas. Syabas saudara.

    3. Bina Set Karaoke.




    Percayakah anda bahawa barangan di atas ini dibina oleh pelajar daripada sebuah kolej di Malaysia? Jika anda tidak percaya,bacalah artikel pada pautan berkenaan dan disahkan oleh sahabat beliau. Percayakah anda bahawa barangan di atas ini dibina oleh wanita. Itu suatu yang menakjubkan. Tapi,mengapa mesti wanita. Apa-apa pun Tahniah saudari.

    4. Bina ‘Supercomputer’.

    Adakah setaraf dengan Titan? Sudah tentu tidak. Tapi,ini adalah satu inovasi.

    Tamat untuk projek teknologi khusus berkenaan Raspberry Pi. Kalau nak diikutkan banyak lagi teknologi yang dibina dengan Raspberry Pi ini. Anda boleh mencari pada enjin carian Google Malaysia untuk melihat idea mereka yang cukup bijak dan pelbagai. Kita beralih pula kepada pembinaan dan pembuatan yang lain pula. Untuk membaca hasil karya penulisan sahabat blogger yang lain dan melihat lebih lagi tentang ‘supercomputer’ ini,Google sahaja dengan kata kunci ‘Creating a Raspberry Pi-Based Beowulf Cluster’.

    1. Hadiah Untuk Ayah Anda.

    Macam orang selalu kata “hadiah daripada hasil tangan lebih bernilai berbanding intan,emas dan permata”. Jadi,bina sendiri menggunakan sebarang barangan terpakai. Kalau guna kertas berwarna,itu terlalu biasa. Jadi,bina yang rumit sedikit. Lagipun,inikan hadiah.

    2. Alas Meja.




    Alas meja? Kita nampak seperti biasa je. Campurkan warna,tampal,conteng jadilah alas meja menarik. Itu kata seorang jurutera berbeza dengan kata seorang artistik/artist/bohemian. Jika anda seorang jurutera maka yang dilihat oleh anda ialah kebolehan atau fungsi sesuatu itu. “Yang penting dapat digunakan,sudahlah”.

    3. Buku sebagai tempat duduk.




    Cantik memang cantik,idea pun memang gempak. Tapi sayang,buku dijadikan tempat duduk. Yang ini tidak patut. Meskipun buku lama,tapi kandungan di dalamnya amat bernilai. Kalau dijadikan perhiasan pun tidak boleh juga sebab buku untuk dibaca bukan untuk dihias.

    Sekian sahaja daripada saya. Yang mana baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Untuk mendapatkan lebih lagi idea menarik jangan lupa Google. Ilmu perlu dicari bukan menunggu dan terus menunggu. Maka,saya sudahi artikel kali ini dengan lafaz Alhamdulillah.

    Assalamualaikum.

    Views: 2

    Iklan Newspaper Inline

    Viber: Kini Hadir Dengan Versi Desktop

    0

    Jika
    anda salah seorang pengemar peranti Android, tentu sekali anda pernah
    mencuba aplikasi ini. Bagi sesiapa yang tidak pernah memasang atau pun
    mencuba aplikasi Viber, antara fungsi-nya ialah permesejan, menelefon,
    berkongsi gambar dan juga video.

    Sama seperti servis
    pemesejan lain seperti Vodoo, Viber juga menetapkan syarat iaitu
    kedua-dua pihak mestilah mempunyai Viber dipasang pada mereka jika
    tidak, cas lebihan akan dikenakan bagi setiap saat.

    Aplikasi
    menarik yang dilepaskan selepas kehadiran servis pemesejan nombor satu
    dunia iaitu Whatsapp, kini sudah mencecah 200 juta pengguna di seluruh
    196+ negara pada akhir bulan pada tahun 2012. Pada tahun 2013 pula,
    Viber Media Inc. menambah lagi 8 bahasa menjadikan bilangan negara
    mengikut pengguna bertambah ke 204+ buah negara.

    Viber
    versi Desktop ini memudahkan pengguna untuk merakam video atau berkongsi
    gambar. Mereka hanya perlu rakam dan file video tersebut akan berada di
    dalam directory tertentu. Skype, sebuah syarikat besar yang memudahkan
    kita untuk berhubung dengan orang lain kini mendapat tentangan hebat
    kerana hadirnya Viber versi Desktop ini.

    Tak mau kata
    apa dah, anda semua patut memasang aplikasi ini pada komputer
    perseorangan mahu pun komputer riba anda.

    Dapatkan Viber versi Desktop
    di pautan ini: Viber Dekstop Version

    Views: 2

    Iklan Newspaper Inline

    Ebook Memasang dan Menyelenggara Windows untuk Newbie

    0

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera OMG! Hackers…

    Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak ke sini
    disebabkan saya sibuk sejak kebelekangan ini. Sekarang ini pun saya
    sedang menjalani kursus dan semasa kursus saya merajinkan jari jemari
    untuk memberikan dan berkongsi sedikit ilmu, especially for newbie.

    Ini buku apa yek?

    Ebook ini dicipta adalah untuk membantu mereka yang ingin belajar
    cara-cara untuk format dan menyelenggara komputer dengan mudah dan mempunyai 54 muka surat. Diharap
    buku ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui cara-cara
    untuk format komputer secara asas. Windows Vista tidak diletakkan dalam
    buku ini disebabkan bagi pandangan saya Windows Vista adalah Sistem
    Operasi yang tidak bagus dari Microsoft. Anda dibenarkan untuk menyalin
    semula isi kandungan buku ini akan tetapi diberikan kredit. Ebook ini disediakan secara percuma khas untuk anda semua dan tidak boleh dikomersialkan dan hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.
    [Image: Tk8n5P9.jpg]
    [Image: qIRXcY3.jpg]

    Software-software yang digunakan :-
    1) Windows XP SP3
    2) Windows 7 All in One Fully Activated
    3) Windows 8 Pro and Enterprise
    4) CCleaner
    5) Combofix
    6) Revo Uninstaller (Credit Msstdfmt)

    *Direct Link untuk sistem operasi telah disediakan.
    Credit for EpysnzTron for direct link.

    Nantikan Artikel Aktivasi Windows XP, 7
    dan 8 serta link download akan disediakan. Dijangka pada
    pertengahan bulan Jun ini.

    If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE
    or Change Browser to Internet Explorer or Firefox

    Download Ebook
    download

    Sekian Terima Kasih.RCblush

    JIKA ANDA SUKA DENGAN SOFTWARE/EBOOK INI. SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TERUS MENYOKONG PERKONGSIAN SOFTWARE DARI SAYA DI SINI.

    Views: 1

    Iklan Newspaper Inline

    MediaHuman YouTube To MP3 [Cross-Platform]

    0

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian pemuat turun video daripada laman penstriman video YouTube dan mengubah secara automatik kepada format audio (mp3).

    MediaHuman Youtube To MP3 seperti yang tertera pada tajuk penulisan merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk memuat turun sesuatu video dan diubah kepada audio. Perisian ini merupakan perisian yang cukup ringkas tapi sempurna. Anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk memuat turun dan mengubah kepada format audio. Meskipun bergantung kepada kelajuan capaian internet. Tapi,apa yang saya telah alami ialah perisian ini tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk memuat turun dan ubah kepada format audio.

    Apa yang saya perhatikan sekarang ini. Linux bukanlah sistem pengoperasian yang sedang membangun tapi Linux sudah sedia membangun seperti sistem pengoperasian Windows dan MacOSX. Jadi,rasanya sudah tidak relevan sekiranya kita katakan Linux sebuah sistem pengoperasian yang sedang membangun.

    MediaHuman Youtube To MP3 seperti yang tertera pada tajuk merupakan perisian cross-platform dimana anda juga boleh mendapatkan perisian ini untuk digunakan di sistem pengoperasian Windows dan MacOSX. Untuk Linux hanya tersedia untuk distro berasaskan Debian/Ubuntu sahaja. Sambil kita berbicara tentang MediaHuman ini. Pembangun MediaHuman menyediakan pelbagai perisian yang menarik. Tapi,buat masa ini hanya perisian Youtube To MP3 sahaja yang tersedia untuk sistem pengoperasian Linux.

    Kaedah penggunaan adalah sungguh mudah. Anda hanya perlu salin pautan YouTube dan klik Paste url pada perisian MediaHuman Youtube To MP3. Anda juga boleh menggunakan fungsi drag-and-drop. Selepas anda memasang sekiranya anda mendapat masalah adalah lebih baik sekiranya anda memasang ‘codec’ atau fail yang diperlukan terlebih dahulu. Buka aplikasi Terminal dan letakkan baris perintah di bawah.

    sudo apt-get install ffmpeg libmp3lame0 libavcodec-extra-53

    Apa yang ditunggu lagi. Mari penuhkan ruang cakera keras anda dengan muzik yang mengasyikkan.

    Selamat mencuba.
    Assalamualaikum

    Views: 3

    Iklan Newspaper Inline

    Custom Hits: Tambahkan Pendapatan Adf.ly Dengan Pantas

    0

    Servis memendekkan pautan serta mampu menjana pendapatan melalui money making program yang ditawarkan Adf.ly memang sedang meningkat populariti-nya. Selain professional blogger, pemula pun nampak-nya sudah giat dalam hal ini. Berkongsi pelbagai perisian dalam pada masa yang sama, dapat menjana puluhan ringgit. Tak ke hebat dunia internet ni?

    Tapi kita lupa, dalam sesebuah peningkatan pasti ada yang lebih baik.
    Kita pasti pernah dengar ads skipper yang mana ia membenarkan kita
    untuk melepasi servis ads tanpa perlu menekan apa-apa butang. Jadi agak
    susah untuk kita menjana pendapatan kalau takde siapa nak klik.

    Haa, jangan berputus asa lagi. Servis Custom Hits ni pula mampu membantu kita. Dengan trik ini, kita akan bertukar-tukar pautan kita dengan orang lain. Penyudah-nya, kedua-dua pihak akan menerima kebaikan. Ini memang diluluskan oleh pihak yang berkuasa jadi tidak melibatkan sebarang bot mahu pun cacing-cacing internet.

    Penggunaan Custom Hits

    1) Pastikan anda mempunyai akaun Adf.ly yang sah. Daftar jika tiada: Adf.ly Registration

    2) Pendekkan apa-apa pautan seperti pautan sesebuah laman web atau pun pautan untuk memuat turun.

    3) Sekarang, pergi ke Custom Hits dan daftar akaun percuma.

    4) Akaun di Custom Hits tidak perlukan pengesahan jadi terus sahaja log masuk ke akaun anda.

    5) Pilih Add Link dan pilih Traffic Exchange. Masukkan pautan yang dipendekkan dan letak nama yang mampu menarik orang.

    Selamat maju jaya! 🙂

    Views: 1

    Iklan Newspaper Inline