Asalamualaikum para pembaca yang dihormati. Masih ingatkah anda lagi pada Forum Silent Hackers atau lebih dikenali sebagai SH.
Kucing hitam kau berjalan di depanku
Ku tak hirau hanya mainan duniaku
Hati luka kau berada di depanku
Ku tak risau tak ke mana tujuanmu
Ya betul ku tak risau ke mana tujuanmu kerana ku tau SH walau di manapun pasti mereka akan maju ke hadapan selangkah demi selangkah walaupun jatuh dan bangun kembali untuk meneruskan perjuangan.
Saya tertarik untuk membuat artikel ini kerana saya melihat tuan Arya kita sangat rajin mengemaskini status terkini untuk Forum SH. Cuba anda lihat beberapa artikel dari Tuan Arya. Banyakkan?
Kita telah sedia maklum bahawa SH yang dahulunya terbina dengan sebuah forum yang agak masyhur di Malaysia. Masa kian berdetik saat demi saat, banyak liku-liku yang diharungi oleh SH dan akhirnya Forum SH berkubur. Kini SH tampil kembali dengan konsep Laman Web Informasi, Perkongsian Ilmu Rangkaian dan Sekuriti, Ebook dan akan datang mungkin video tutorial.
Laman ini telah mula beroperasi pada akhir bulan Jun 2013
Ini adalah paparan utama Silent Hackers yang terkini.
Bagi mereka yang menggunakan sistem operasi Linux, salah satu ‘eye candy’ yang menjadi kegemaran ialah Conky. Anda boleh lihat contoh konfigurasi Conky yang telah saya siapkan pada desktop Linux Deepin 12.12 yang sedang saya gunakan sekarang:
Beza dengan gambar di atas ialah Conky ‘Two’ digantikan dengan Conky ‘Google Now’
Kini terdapat cara mudah untuk memasang dan menguruskan Conky, iaitu dengan menggunakan Conky Manager, terima kasih kepada Tony George.
Conky Manager versi 1.1 ini telah dilengkapi dengan beberapa tema pilihan tersedia seperti CPUPanel, Cowon Conky, Gold&Grey, Gotham, MaxConky, NvidiaPanel, dan Torn Paper Clone.
Aplikasi ini menyokong tema-tema lain, seperti yang dapat anda lihat pada paparan skrin di atas, saya telah memasang tema Two, Infinity dan juga Google Now.
Kaedah penggunaannya amat mudah. Anda cuma perlu pasangkan Conky Manager, muat turun fail Conky yang anda sukai dan ekstrak ia ke dalam direktori ~/conky-manager/themes. Semudah A, B, dan Chendol Bakar! Hahaha!
Untuk pasangkan ia pada distro anda, buka Terminal, salin dan tampal baris perintah di bawah:
sudo apt-add-repository -y ppa:teejee2008/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install conky-manager
Anda mahu tema-tema yang saya gunakan? Boleh. Muat turun sahaja melalui pautan-pautan ini:
Untuk folder yang dinamakan dengan titik noktah dihadapan seperti ‘.conky’ atau ‘.fonts’, anda perlu rename dan buang titik noktah tersebut, manakala untuk fail tetapan seperti .conkyrc pula adalah tidak perlu.
Ada lagi yang tidak faham? Tak mengapa. Cuba dulu, dan kalau tidak berjaya, errr… godek lah sampai berjaya ya! Malas pulak nak lecture. Pegi mandi lagi baik. Hahaha.. Chow sin chiii aaaaa… tata for now!
Zaman kita ini, storan awan menjadi satu keperluan sejagat. Cuba bayangkan jika dunia tanpa kemudahan yang satu ini, laratkah diri untuk mengusung External Hard Drive ke mana saja kita pergi? Kalau yang tersimpan itu fail seperti ISO sistem operasi, masih munasabah juga. Tapi kalau sekadar gambar, mp3, dan fail-fail ‘kecil’ yang lain, mungkin kita perlukan alternatif seperti ini.
Kerana itu juga saya pernah ‘bising’ dengan isu plan internet fiber optik/plan data mobil di Malaysia yang masih terlalu mahal serta agak ‘mengelirukan’ berbanding negara-negara lain. Bukan hendak kritik membuta-tuli, tetapi ambil contoh satu operator di Malaysia ini yang mengenakan cas berlainan untuk setiap plan. Plan panggilan + SMS = lain bayaran, plan data mobil = lain juga. Gabungan antara keduanya boleh bikin Pak Ngah di kampung pengsan dek terlalu cekik darah jumlahnya.
Perkara ini saling bersangkut-paut antara satu sama lain. Apabila kita perlukan kepada storan bergerak, iaitu storan awan, bererti kita perlukan kepada internet. Oleh kerana itu saya menyeru kepada para penyedia servis internet dan juga operator telefon di Malaysia, silalah buat plan baharu yang lebih mesra poket pengguna. Ingat, kuasa di tangan pengguna dan bukan semua pengguna kaya-raya seperti anda!
Berbalik kepada storan awan, kebanyakan dari kita menggunakan lebih dari satu akaun. Selain menjimatkan kos, kita juga dapat menikmati pelbagai faedah dari pelbagai servis storan awan di luar internet sana.
Oleh itu apa yang lebih bermakna dari kemudahan untuk menguruskan kesemua storan awan ini dalam satu akaun sahaja, tidak begitu? DropInOne merupakan satu perkhidmatan percuma yang menawarkan kemudahan menyelia akaun-akaun storan awan dalam satu platform. Antara storan awan yang disokong ialah Box.com, Dropbox, Google Drive, Skydrive, Sugarsync dan juga AmazonS3.
Servis ini sama seperti CloudKafe. Meskipun senarai sokongannya tidak sebanyak CloudKafe, namun untuk servis yang baru saja memulakan langkahnya, saya kira ia agak bagus dan boleh diperbaiki lagi.
Apa yang saya harapkan ialah ia bakal mempunyai aplikasi untuk sistem Android, iOS dan juga Windows Phone supaya lebih mudah untuk pengguna menguruskan segalanya dihujung jari saja!
Jadi kudos untuk DropInOne! Semoga lebih berjaya di masa hadapan!
Dahulu kita dihebahkan dengan berita kehadiran sistem operasi Windows 8, yang dicipta dengan rekabentuk tiles + Windows 7 = dengan harapan dapat menguasai kedua-dua dunia ‘touch & type’.
Tak kisahlah apapun, kerana saya memang sukakan Windows 8, jadi biar apa juga cakap-cakap orang saya tak ambil peduli, kerana ia sememangnya lebih pantas dari Windows 7, dan boleh juga dikatakan lebih produktif serta cantik juga.
Kini versi Windows 8.1 Preview telah pun dilancarkan. Saya baru sahaja berkesempatan untuk memuat turun dan mencubanya pada VirtualBox. Thumbs up sekali lagi untuk Microsoft!
Saya nak bercerita panjang, tangan dan kaki masih lagi sakit-sakit akibat kemalangan tempoh hari. Jadi apa kata anda tonton ulasan Windows 8.1 Preview dari video berikut:
Anda boleh muat turun fail ISO Windows 8.1 Preview dari laman rasminya disini: Windows 8.1 Preview
Untuk kaedah pemasangan yang lengkap, anda boleh baca artikel di laman JomPHP.com.
Anda peminat tegar Youtube dan juga pengguna Android? Umum mengetahui sejak Google mengemaskini terma Youtube dengan tidak membenarkan para penggunanya untuk memuat turun sebarang video, maka setiap aplikasi yang terdapat dalam Google Play Store terpaksa mengikuti terma ini untuk mengelakkan dari ‘dibuang’ oleh Google tanpa sebarang notis.
Jadi tinggallah para pengguna Android terkial-kial mencari alternatif kerana setiap aplikasi yang terdapat dalam Youtube pasti akan ada ayat-ayat seperti ini:
“It does NOT work for streaming videos like YouTube because of Google policy”
“YOUTUBE NOT SUPPORTED DUE TO THEIR TERMS OF SERVICE!”
Huh! Susah betul lah melayan kerenah Google. Tetapi jangan bimbang, kerana masih terdapat beberapa aplikasi yang menyokong fungsi muat turun video dari laman Youtube. Ya. saya sebutkan ‘beberapa’ kerana ianya lebih dari satu!
Mari kita lihat aplikasi-aplikasi tersebut:
1. YouTubeDownloader for Android
Merupakan aplikasi paling mudah digunakan. Dengan menggunakan aplikasi rasmi Youtube, anda cuma perlu pilih untuk ‘Share’, kemudian pilih ‘Youtube Downloader’ dari senarai pilihan.
Dari situ akan terdapat beberapa senarai kualiti dan kodek yang boleh diklik untuk terus dimuat turun ke dalam SD Card anda. Tak lupa juga ia menyokong fungsi ‘pengekstrakan’ audio mp3 dari video-video tersebut.
Aplikasi ini adalah yang paling ‘ringan’ antara keti ga-tiga aplikasi yang sedang kita bincangkan pada hari ini. Tetapi jangan pandang rendah pada kebolehannya. Kerana ia juga menawarkan fungsi-fungsi yang sama seperti YouTubeDownloader for Android seperti pilihan kualiti, pilihan untuk memainkan video atau terus memuat turun dan juga waktu ‘load’ yang lebih laju.
Bagi saya, TubeMate adalah aplikasi kegemaran saya untuk memuat turun video dari Youtube. Ini adalah kerana kita boleh terus memainkan video dari Youtube melalui aplikasi TubeMate, tidak perlu kepada aplikasi pemain video luaran atau aplikasi Youtube rasmi itu sendiri. Tak lupa juga rekabentuknya yang menarik dan agak ‘kena’ dengan tema Youtube.
Wow. Sejak dua menjak ni, OMG! Hackers? dah jadi macam blog rasmi untuk Linux Deepin pula. Heheh..
Tapi ada beberapa perkara yang teringin hendak saya kongsikan buat para pembaca khususnya yang sudah menggunakan Linux Deepin.
Beberapa hari ini saya kerap berbicara dengan para pembangun Linux Deepin berkenaan rilisan 12.12. Ternyata sememangnya terdapat beberapa bugs, namun statusnya adalah dalam pembaikan yang pastinya. Antara bugs tersebut ialah:
1. Tetapan DNS tidak dapat disimpan. Jika anda cuba klik pada ‘Save’ dan mulai semula (restart) sekalipun, ia akan kekal dengan tetapan asal.
2. Jika anda pasangkan tema atau ikon, tidak terdapat cara mudah untuk menukarnya melainkan anda pasang Gnome Tweak Tool, kerana aplikasi Ubuntu Tweak tidak dapat berfungsi pada Linux Deepin 12.12. Kemudian, jika ditukarkan sekalipun, hanya ikon pada Files (File Manager) sahaja yang berubah. Ikon-ikon lain kekal dengan rekabentuk asal.
3. Sarikata pada pemain video DPlayer tidak dapat diubah saiznya.
Seperti yang saya katakan tadi, bugs-bugs ini berada dalam status pembaikan. Jadi para pengguna hanya perlu tunggu kemaskini rasmi yang boleh diperiksa melalui Software Center. Gambar di bawah ialah paparan desktop Linux Deepin 12.12 yang sedang saya gunakan:
Jadi mari kita teruskan dengan tips kita pada hari ini. Untuk tips yang pertama, ia adalah berkenaan dengan:
1. Mirrorlist
Jika anda periksa Linux Deepin 12.12, tiada cara yang lebih ‘mudah’ untuk menukar kepada mirrorlist terpantas untuk kawasan/negara anda melainkan melalui suntingan fail /etc/apt/sources.list. Kenapa? Kerana senarai mirrorlist yang terdapat pada Software Center kesemuanya adalah dari China/mirrorlist rasmi Linux Deepin.
Jadi bagaimana cara paling mudah mengubahnya untuk mendapatkan kelajuan terbaik semasa mengemaskini dan menaiktaraf sistem anda? Ya.. dengan menggunakan mirrorlist dari Malaysia, sama seperti yang terdapat pada Ubuntu/Linux Mint. Anda boleh dapatkan senarainya di sini, atau janakan dari sini.
Sunting fail /etc/apt/sources.list menggunakan nano atau gedit:
sudo gedit /etc/apt/sources.list
Beginilah bagaimana fail dari sistem saya kelihatan setelah diubahsuai:
Setelah itu, kemaskini sistem anda untuk selaraskan ia dengan mirrorlist baru:
sudo apt-get update
2. Kecilkan Saiz Dock
Seperti yang anda boleh lihat pada paparan skrin pertama yang menampilkan desktop pada laptop saya, ternyata saiz dock sudah pun dikecilkan. Bagaimana caranya? Semudah anda buka Terminal, lalu salin dan tampal baris perintah dibawah:
gsettings set com.deepin.dde.dock active-mini-mode true
3. System Settings – Segalanya Ada Di Sini!
Jangan lekas mudah tertipu dengan penampilannya yang ringkas!
Pada mulanya saya juga agak terkeliru dengan tampilannya yang ‘begini’, iaitu ringkas dan tampak tidak ‘meyakinkan’. Jika anda seorang heavy tweaker, jenuh juga memikirkan mengenainya, dan saya pasti anda akan berkata “Ini je ke setting yang ada?”. Hahah.. sabar..
Lihat contoh di bawah, setelah saya puas godek baru saya tahu ada rupanya tetapan untuk Startup Applications, namun telah dinamakan semula kepada ‘Autostart’. Itupun perlu klik pada Default Applications, kemudian – Autostart.
Tetapan wallpaper juga perlukan sedikit ‘kesabaran’. Tetapi ia berbaloi kerana terdapat bahagian untuk anda muat turun wallpaper yang anda sukai – secara dalaman (built in) melalui System Settings:
4. Tukar Tema
Anda boleh pasangkan tema atau pek ikon yang anda sukai, berapa banyak pun yang anda mahu. Namun, untuk menukarnya, anda perlukan Gnome Tweak Tool. Pasang ia terlebih dahulu:
sudo apt-get install gnome-tweak-tool
Anda akan dapati ia tiada didalam senarai menu. Errr.. tak mengapa, anda boleh jalankan ia melalui Terminal:
gnome-tweak-tool
Berikut adalah contoh tetapan dari sistem yang saya sedang gunakan:
Baiklah. Saya rasa cukup dahulu buat sementara waktu ini. Saya akan tulis lagi tips-tips yang berkaitan jika punya peluang dan ruang.
Bagaimana? Ada rasa tertarik untuk mencuba? Yaaa… silakan! Mari kita mulakan aktiviti godek dan godam Linux Deepin 12.12! Hulala~
Sudah baca artikel reviu saya mengenai Linux Deepin 12.12 beberapa hari yang lalu?
Adakah anda tertanya-tanya berapa banyakkah penggunaan RAM pada sistem operasi ini?
Mari kita lihat pada paparan skrin di bawah:
Gambar di atas adalah ketika Google Chrome dibuka, sebanyak 13 tab, 3 daripadanya ialah laman Youtube, dan satu darinya pula ialah laman Airdroid, Linux Deepin mencatatkan penggunaan memori sebanyak 1.5GB.
Berikut adalah paparan skrin penggunaan memori ketika baru lepas log masuk:
Penggunaan memori pada Linux Deepin 12.12 mungkin lebih sedikit dari Lubuntu 13.04, namun harus diingat Lubuntu menggunakan LXDE, manakala Linux Deepin pula menggunakan Deepin Desktop Environment (DDE) dan ia juga mempunyai window manager deepin-compiz.
Jadi penggunaan memori pada Linux Deepin 12.12 boleh dikatakan agak bagus, dan jika ditanya adakah ia sesuai untuk PC-PC lama, saya simpulkan sebagai ‘mungkin’. Anda harus cuba terlebih dahulu, dan sebarang maklum balas dari anda selaku pengguna adalah sangat dihargai.
Apapun saya tetap mengesyorkan Linux Deepin 12.12 kepada pengguna baru Linux. Selamat datang semua!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Bertemu lagi kita dalam penulisan berasaskan pengetahuan untuk menambah dan meningkatkan pengetahuan kita tentang teknologi. Kali ini saya akan kongsikan pula artikel tentang Nettop.
Anda biasa dengan perkataan Net dan Top? Perkataan-perkataan seperti ini cukup sinonim dengan perkakasan dan alam maya. Jadi,apakah itu Nettop? Nettop merupakan perkakasan yang dibina bertujuan untuk melakukan tugasan-tugasan harian seperti merayau/belayar/meluncur di alam maya. Dalam erti kata lain ‘surfing’. Nettop juga digunakan untuk menonton video,membuat dokumen dan lain-lain. Perkakasan yang hampir sama seperti Nettop ialah komputer riba mini atau Netbook. Perkataan Nettop ialah kata lakur/portmanteau/gabungan kata daripada perkataan Internet dan Desktop.
Memetik kata daripada Wikipedia. Nettop bukan sekadar bersaiz kecil dan murah. Malah penggunaan sumber juga adalah kurang. Ini akan menjimatkan penggunaan sumber tenaga elektrik dan dapatlah kita mengurangkan impak atas penggunaan sumber elektrik yang tinggi. Saya tidak pernah memiliki Nettop. Jadi,jika ditanya akan pengalaman sewaktu menggunakan Nettop,maka saya tidak dapat menjelaskannya. Tapi,saya terpanggil untuk menulis atas dasar perkongsian pengetahuan.
Hasil daripada pembacaan dan penelitian saya. Saya dapati bahawa tidak banyak Nettop yang tersedia untuk memainkan permainan video. Sebab itu saya mengambil Netbook sebagai contoh yang paling dekat dengan Nettop. Apa yang saya perhatikan kedua-dua perkasasan ini kebanyakkannya menggunakan cip pemproses Intel Atom. Tapi,dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat dapat saya tafsirkan Nettop sudah dibangunkan dengan teknologi terkini. Antaranya ialah perkakasan daripada pengeluar Zotac. Terdetik juga untuk saya menulis akan Nettop ini apabila saya terpandang akan dua perkakasan Chromebox dan Mac Minisewaktu belayar mencari idea untuk penulisan di OMG! Hackers.
Akhir kata,jangan anda tersilap pilih antara Nettop dan NetTop,kelak sengsara hidup. Untuk melihat pelbagai lagi perkakasan Nettop anda boleh lakukan carian Google Malaysia dan Youtube.
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera kepada pembaca setia OMG! Hackers?
Artikel kali ini akan
menerangkan beberapa tips dan penjagaan laptop supaya haba dapat dikurangkan
sekurang-kuranya 20%. Segala tips yang dikongsi dalam artikel ini diambil dari
pakar-pakar yang telah disahkan dan berpengalaman.
Kenapa Laptop?
Tujuan saya berkongsi
tips untuk laptop adalah disebabkan kebanyakkan masalah suhu yang mendadak
sering terjadi kepada laptop. Ini terjadi kerana ruang pengaliran haba yang
mampat dan memerlukan servis berkala bagi memastikan perfomance laptop anda
kekal seperti baru. Jika anda perasan semakin panas sesuatu hardware pc/laptop
maka perfomance nya akan semakin menurun.
Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan
terjadi jika temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama
kelamaan akan mati. Jadi konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang
lain. Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang
bagus dan tidak bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical
processor unit (GPU) anda.
Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus
dari segi pembebasan haba:-
1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di
bahagian heatsink laptop anda.
2) Pengaliran udara yang
baik dari segi design casing laptop anda.
3) Material casing
laptop adalah bukan bersifat plastik yang biasa, kerana apabila material casing
laptop diperbuat dari plastik, haba akan terperangkap di dalamnya dan boleh
menyebabkan laptop anda akan menjadi lebih panas. Material yang baik adalah
mampu untuk menjadikan haba di dalam laptop keluar mengalir melalui casing
laptop anda seperti material magnesium. Malah magnesium juga adalah lebih
ringan dan nipis tetapi tahan lasak dan ianya juga digunakan pada pembuatan
kereta BMW.
Antara jenama laptop
yang diyakini beberapa model mempunyai beberapa ciri di atas adalah Asus,
Lenovo, Sony, Dell dan Toshiba. (Jenama-jenama ini adalah dilihat dari segi
pelbagai model yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini.)
Selain itu laptop juga
boleh menjadi terlalu panas atas beberapa faktor:-
Faktor
cuaca dan iklim di Malaysia. Kita boleh lihat jika kita berada
di luar negara kadar jangka hayat laptop akan lebih lama berbanding dengan
jangka hayat berada di Malaysia. Malahan suhu di sana yang terlalu sejuk dan kadangkala
kita tidak memerlukan kipas untuk laptop kita.
Laptop
yang tidak pernah servis dari mula kita membelinya.
Laptop hendaklah diservis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membuang habuk
yang terperangkap di dalam laptop dan menyebabkan aliran haba menjadi tidak
sistematik akibat dari habuk-habuk yang banyak yang berada pada kipas dan
laluan haba.
Bagaimana untuk
mengelakkan dari perkara ini berlaku?
Kalau boleh pastikan tempat anda bekerja
bersama laptop dilengkapi dengan penghawa dingin untuk memastikan suhu laptop
kekal dalam keadaan terbaik.
Jika tidak mampu untuk bekerja di
kawasan yang berpenghawa dingin, anda juga disarankan menggunakan cooler untuk
laptop anda. Cooler adalah sesuatu yang dicipta khas bagi pengguna-pengguna
yang berada di cuaca yang panas. Di sini saya mencadangkan beberapa jenama yang
memang terbukti membantu penyejukan laptop sebanyak 10-15% iaitu brand Cooler
Master, Belkin dan Logitech kerana dari segi design pengaliran haba adalah
sangat berkualiti dan mampu mengurangkan haba laptop anda.
Servis laptop secara berkala juga
diperlukan untuk memastikan habuk pada kipas dan laluan haba dibuang dengan
baik dan menyebabkan haba dari laptop keluar dengan baik mengikut pengaliran
yang bagus. Gantikan thermal pad/paste (grease) pada bahagian processor dan GPU
supaya haba dapat dipindahkan dengan lebih efisyen.
Kemudian
kita masuk ke bahagian servis perkakasan laptop anda.
Sebenarnya
servis laptop bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah haba malah kadangkala
iainya juga mampu membaiki beberapa masalah lain yang terjadi pada laptop anda
contohnya wireless kurang stabil iaitu kejap ada kejap tak ada, gantikan bateri
CMOS yang telah habis dan lain-lain. Kadangkala hardware ini akan mengalami
kerenggangan atau kelonggaran seperti kabel dan klip di pada motherboard dan
apabila kita servis, secara tak langsung kita akan membaiki perkakasan yang
longgar itu tadi dan jika ada modal yang lebih kita mungkin boleh menambah RAM
laptop.
Credit Image and fact by Courtesy of Dell Inc
*Iklan GiveawayEbook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba* Tamat pada 9/7/2013
Jika anda mempunyai website atau blog yang sudi untuk meletakkan Widget Sedut Software Sampai Lebam (SSSL) seperti yang dapat dilihat pada OMG! Hackers?, saya akan memberikan anda GiveawayEbook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba sebelum iainya di keluarkan kepada orang ramai. Jadilah pembaca terawal dan berikan komen anda pada email saya atau komen di bawah. Anda boleh emailkan
kepada saya seperti format di bawah.
iOS 7, terdapat kelebihan dan kelemahan tersendiri. Al maklum lah, BETA lagi. Harap2 keluaran yang stabil dapat baiki ralat2 yang ada.
Bagi yang dah pakai iDevices ( iOS 6 ), mungkin akan rasa kekok sikit kerana perubahan agak ketara. Bagi yang baru pakai iDevices ( sebelum ini pakai Android ICS atau Jellybean ), mungkin akan kata nak sama macam Android >.<
Saya pun sama bila tengok Apple Keynote WWDC 2013 macam tak percaya. Bila dah pakai sendiri, wah menarik, ada nak sama macam android. Tapi itu tidak menjadi masalah 😛
Icon baru sangat menarik, banyak update dan 50% rasa seperti dah Jailbreak.
TETAPI, Terdapat ralat2 yang boleh diambil kira untuk peningkatan masa akan datang. Antaranya :
Message
Kadang2 apabila mesej baru masuk, ia berada dibawah keyboard, nak tengok kena tarik atas baru boleh, kemudian dia akan sembunyi bawah keyboard -_-, tetapi jika keluar, masuk balik mesaj tu ok balik.
Camera
Kadang2 aplikasi ini akan crash, ada juga lekat ( hang ). Tetapi UI dia memang menarik. Memudahkan pengguna hanya swipe kiri dan kanan untuk pilih. 😀 ( jika run kamera dari lockscreen kadang2 tak boleh 🙁 )
LockScreen
Notification dia ok, yang bermasalah bila mainkan lagu. Selalunya jika kita tekan button home dua kali untuk launch Music Control kan? Kadang2 ok, kadang2 tajuk lagu bertindih dengan music control. Paling geram sekali bila tengah tekan next, next, next, screen padam -_-, di iOS 6 tak pun 🙁
AppStore
Ada sesetengah aplikasi tidak support dengan iOS 7, contohnya WeChat, KakaoTalk, Instagram ( kadang2 crash ), dan Google Translate. Aplikasi lain tak test lak >.<. Eh, termasuk Facebook. Appstore iOS 7 agak laju dan menarik . >.<. Satu lagi kerap juga mintak password bila nak install aplikasi, tak seperti iOS 6, bila dah bagi password sekali, tak mintak dah. Melainkan phone tu reboot atau pun sebab2 tertentu. Mungkin iOS 7 sistem keselamatan dia ketat >.<
Battery
Yang ini agak mendukacitakan. Bateri cepat habis 🙁 Jika charge penuh malam. Siang dengar lagu, bila sampai malam dah 33% ==”. Yang sedih sekali masa saya pergi Hari Denggi Asean tu, gunalah Waze untuk tau jalan dan dengar lagu. Sampai kat LHDN, ambil gambar, rakam video. Balik pun guna Waze dan dengar lagu. Bila sampai kat rumah bateri 20%.
Dan phone kadang2 cepat panas 🙁
Find My iPhone
Aplikasi ni crash tiap kali nak buka. Tidak tahu sebab apa, mungkin tidak support iOS 7 lagi. Baru nak test sistem keselamatan iOS 7 🙁
Jadi itulah pendapat saya tentang iOS 7, rileks la, kit kat kan ada. Baru BETA. Terdapat banyak lagi step2 untuk meningkatkan mutu iOS tu. Kita sebagai pengguna, bagi feedback pada mereka untuk membaiki ralat tersebut :D.
Saya pun dah kembali pada iOS 6 balik. Tunggu BETA seterusnya update :3.
Ini sedikit gambar untuk anda semua 🙂
kena klik, save images untuk tengok, banyak tu 😛
Jadi komen dibawah untuk kongsi pendapat anda. Jika sapa yang nak try iOS 7 ini pun komen dibawah. Jika permintaan ramai, saya buat entri untuk upgrade iOS 6 > iOS 7 Beta 1 😀
#maaf jika tersilap kat mana2 🙁
*Gambar tu anda kena download then tengok la, jika dah tengok delete :3. Maaf susahkan anda lak 😛