Android Multitasking Is The King

Telefon bimbit moden yang dikuasakan dengan sistem operasi Android pastinya tidak lari dari fungsi-fungsi multi-tugas (multitasking). Zaman sekarang semua orang cuba menjadi lebih produktif dengan kaedah multitasking, tak kira dimana saja atau apa jua yang sedang dilakukan.

Sebagai contoh saya sendiri, sambil mendengar lagu, sambil itu jugalah membaca buku-buku, menaip entri blog, dan lain-lain lagi dalam satu waktu yang sama. Kerana itulah saya cuba variasikan lagi multitasking pada Android dengan menggunakan beberapa aplikasi yang bakal saya perkenalkan sebentar lagi.

Berikut adalah beberapa aplikasi yang benar-benar membantu para pengguna Android untuk memaksimakan potensi sebenar multitasking yang ada pada telefon bimbit masing-masing.

1. Pie Control

Pie Control ialah sebuah menu tambahan, boleh dikatakan sebuah Launcher pintas yang membantu pengguna untuk mudah mencapai apa saja aplikasi yang kerap kali digunakan. Untuk membuka app drawer dan kemudian scroll satu demi satu page bagi mencari aplikasi adalah tidak produktif dan lambat, sedangkan aplikasi yang kita cari itu sememangnya selalu diguna. Memang boleh letakkan shortcut pada desktop telefon, tetapi kalau tidak mahu ia tampak serabut dengan pintasan aplikasi, lebih baik gunakan Pie Control.

Hanya perlu siapkan tetapan untuk lajur satu dan lajur dua, letakkan kesemua aplikasi yang anda suka. Tak lupa juga terdapat pilihan untuk tindakan long press, yang mana anda boleh tambah lagi satu aplikasi atau perintah disebalik aplikasi sedia ada pada Pie tersebut.

2. LMT Launcher

LMT Launcher juga adalah sama seperti Pie Control diatas, cuma bagi saya, ia boleh dikatakan ‘origin’ kepada Pie Menus diluar sana. Ia mempunyai pelbagai ciri menarik seperti ISAS (invisible swipe areas) yang menyokong gerak isyarat jari (gestures) untuk melancarkan aplikasi.

Tampilan tetapan mungkin sedikit ‘menakutkan’ bagi pengguna baru, tetapi terdapat banyak reviu dan tutorial dalam laman Youtube, jadi tak perlu rasa ragu untuk mencuba. Saya yakin anda pasti akan teruja.

3. Ninja SMS

Aplikasi ini bukan percuma, tetapi hanya dengan RM4.78, ia sangat berbaloi untuk dibeli. Ninja SMS mempunyai rekabentuk yang intuitif dan produktif. Ia mempunyai sokongan widget yang boleh diletakkan di home screen untuk kemudahan SMS yang pantas.

Floating SMS app, itulah nama terbaik dalam kepala saya yang boleh saya namakan untuk aplikasi ini. Apa yang menarik, ia tidak mengganggu anda ketika sedang menonton Youtube ataupun video-video pada telefon bimbit. Apabila masuk SMS baru, seperti namanya, ia akan ‘float’ diatas aplikasi yang sedang anda gunakan. Anda boleh terus membalas SMS sambil menonton Youtube atau mendengar lagu. Bagus bukan?

4. UltimateFavesPRO

Aplikasi ini juga bukan percuma. Dengan harga RM6.35, anda boleh memiliki sebuah ‘Floating Application Chooser App’. Hahah! Memandai je aku bagi nama!

Itulah gambaran serba sedikit mengenai aplikasi bersaiz kecil ini. Apa yang menarik, ia boleh diintegrasikan dengan Launcher default anda. Jadi tiada isu pertindihan anda satu dengan lain. Cubalah ia hari ini, anda pasti tidak akan menyesal.

5. Toucher

Mengambil inspirasi dari iPhone AssistiveTouch, para pembangun dari Go Launcher EX membangunkan Toucher khas untuk Android. Ia mengumpulkan kesemua yang diperlukan oleh pengguna pada satu butang kecil. Tetapi disebalik rupanya yang ‘standard’, anda juga boleh mengubah temanya supaya bersesuaian dengan kehendak anda. Lihat saja gambar dibawah, ia tampil lebih cantik dan seronok untuk dilihat setiap kali diklik.

6. Swype Keyboard

Apalah maknanya kesemua aplikasi yang membantu tanpa papan kekunci (keyboard) yang hebat? Saya pernah menggunakan Swiftkey Keyboard, yang mana ia tampil sebagai keyboard paling ohsemmm yang pernah saya gunakan. Namun disebalik kehebatannya, pembangun terlupa, atau juga mungkin ENGGAN untuk menambah fungsi bagi mematikan Auto Spacing!

Atas sebab inilah saya mencuba lalu terus beralih kepada Swype Keyboard. Kerana selain fungsi Auto Spacing yang boleh dimatikan (disable), ia juga jauh lebih murah dan boleh dikatakan pintar seperti Swiftkey juga! Jadi tiada penyelasan dalam peralihan, kerana yang pasti, apa yang terbaik itu lebih baik dari yang baik! Ehhh..

7. Auto SMS Sender

Tak cukup lagi dengan kelebihan Ninja SMS yang boleh ‘terapung’ diatas mana-mana aplikasi atau home screen, Android juga punyai aplikasi yang dapat menghantar mesej secara auto, mengikut kepada apa yang telah anda jadualkan.

Apa lagi yang anda mahu? Ohhh.. Mahukan lebih lagi aplikasi berguna? Hahaha.. stay tuned.. to be concluded! Heh.. macam The Matrix!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img