Utama Blog Laman 175

Glosari Terma Dan Istilah Aktiviti Paranormal / Pemburu Hantu

0

Waktu dulu, sewaktu saya sedang aktif dengan Lenovo Photography Group Malaysia, pernah sekali saya suarakan hasrat untuk membuat satu kumpulan pemburu aktiviti paranormal dengan hanya menggunakan telefon bimbit berjenama Lenovo masing-masing.

Meskipun hasrat tersebut tidak terlaksana, namun saya sentiasa mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan ‘pemburu hantu’ seperti Ghost Adventures, yang menggunakan pelbagai peranti moden untuk merakamkan jelmaan-jelmaan.

Jika anda juga seperti saya, bererti anda sudah terbiasa dengan terma-terma yang biasa digunakan oleh mereka (Ghost Adventures dan lain-lain kumpulan). Buat anda yang ingin tahu, di dalam artikel ini saya akan senaraikan beberapa terma yang biasa digunakan oleh mereka beserta sedikit penjelasannya.

Nota : Terma tidak disusun mengikut abjad. Kesemua terma adalah untuk rujukan sahaja.

Nota 2 : Jangan serius sangat weh. Suka-suka je ni. Sekali-sekala kita keluar dari kebiasaan artikel gajet/peranti/tutorial, apa salahnya kan. >.<

Glosari Ringkas Terma-Terma ‘Pemburu Hantu’

1. Apparition : Merupakan jenis jelmaan lembaga dalam keadaan tubuh yang tidak jelas.

2. Electronic voice phenomenon (EVP) : Suara ‘roh’ yang telah dirakam menggunakan perakam suara digital.

3. Magnetometer (EMF detector, gaussmeter) : Peranti yang digunakan untuk mengesan medan magnetik, sejenis medan yang dikatakan ‘dilepaskan’ oleh ‘roh’.

4. Paranormal : Sesuatu yang melepasi ‘tahap’ normal.

5. Poltergeist : Sejenis gangguan paranormal yang akan membuat bunyi bising melalui benda-benda atau barang-barang.

6. ESP : Extrasensory perception – Kebolehan psikik untuk mengetahui sesuatu dengan menggunakan deria yang ke-enam.

7. Ghost : Suatu bentuk jelmaan, kebiasaannya dalam bentuk menakutkan.

8. Hypnosis : Keadaan seakan tidur, yang mana subjek hanya bertindak mengikut ‘cadangan’ luaran (tahap sedar).

9. Psychic : Seseorang yang mempunyai kebolehan mengawal ESP.

10. Orb : Suatu bola cahaya yang diyakini merupakan penampilan paranormal, biasanya pemburu hanti melabel ia sebagai ‘roh orang mati’.

11. Medium : Individu yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus/roh.

12. Levitation : Levitasi, apungan objek melalui psikokinesis.

13. Channeling : Proses di mana medium membenarkan sesuatu (roh) berkomunikasi melaluinya.

14. Residual spirit : Sejenis gangguan jelmaan dalam bentuk berulang, dipercayai perbuatan roh terakam dalam waktu, dan ia akan mengulang semula perbuatannya.

15. Intelligent spirit : Tindak balas dari roh sama ada suara atau sentuhan fizikal, dari roh yang menyedari kehadiran individu atau kumpulan yang diganggu olehnya.

16. OBE – Out-of-body experience : Pengalaman seseorang berada di luar tubuh fizikal.

17. PK – Psychokinesis : Kuasa minda menggerakkan sesuatu tanpa sentuhan fizikal.

18. Place memory : Informasi tentang sesuatu tempat yang tersimpan dalam persekitaran fizikal.

19. White noise : Bunyi seakan mendesis.

20. Precognition : Keboleh meramal sesuatu di luar kebolehan ‘ilmunya’ yang sedia ada.

21. Trigger object : Objek yang digunakan dalam aktiviti untuk menarik perhatian roh.

22. Direct Voice Phenomenon (DVP) : Suara dari roh yang dituturkan secara terus kepada mereka yang menjalankan kajian.

23. Ectoplasm : Unsur bukan material yang berkaitan dengan manifestasi roh.

24. Specter : Jelmaan/hantu.

25. Telekinesis : Pergerakan objek secara paranormal.

26. Vortex : Anomali yang muncul dalam gambar seperti bentuk tali atau corong.

27. Séance : Suatu kaedah berkomunikasi dengan makhluk dari dimensi ke-empat atau terma tempatannya – pemanggilan arwah.

28. Exorcism : Ritual untuk menghalau hantu/rasukan.

29. Shadow People : Entiti berbentuk bayang-bayang.

30. Audible Voice Phenomena (AVP) : Suara/teguran yang didengari secara terus oleh para pemburu.

Hmmm, rasanya cukup dahulu setakat ini. Pening juga sebenarnya nak terjemah dan terangkan istilah-istilah ini ke dalam bahasa Melayu. Ok, apa lagi istilah atau terma yang anda ingin saya tambah? Sila komen jika anda rasa ada yang anda mahu ia ada di dalam senarai ini.

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

KL Server Perkhidmatan Web Hosting Terbaik Pada Harga Mampu Milik

0

Bagi pengguna blogspot anda mungkin tidak terlalu fikir soal hosting, semua hosting pengguna blogger di hostkan oleh google sendiri, jadi tak perlu risau!, Tetapi untuk membuat web sendiri anda mungkin memerlukan web hosting, maksud kami yang berbayar.

Ramai orang bertanya secara personal kepada saya penyedia hosting mana yang paling bagus. Itu bergantung macam mana anda menilai sesuatu penyedia tersebut. Apa yang saya berani ulaskan di sini adalah mengikut pengalaman sendiri.

KL Server

Dalam artikel ini saya kongsikan pengalaman saya sepanjang menggunakan perkhidmatan di KL Server. Setakat hari ini KL Server tidak pernah lagi memberi saya sebarang masalah baik dari segi perkhidmatan, keselamatan ataupun respon.

Harga

Pertama sekali kenapa saya tertarik menggunakan perkhidmatan KL Server adalah kerana tawaran harga yang murah. Zaman ekonomi merapu macam ini semua orang pun cari barang murah, betul kan?

KL Server tawarkan harga serendah RM30.00 sahaja setahun, bersamaan RM2.50 sebulan. Memamng murah. Kalau anda nak guna self-host wordpress boleh pilih plan Kacak atau Super Macho. Contoh senarai harga seperti yang dipaparkan di atas.

Ke empat-empat pelan harga ini masih lagi di dalam kategori murah. Cuba anda conggak mengikut bulan, tetap murah. Sebab itu saya kata KL Server tawar perkhidmatan pada harga mampu milik.

Keselamatan

Sedangkan google pun pernah kena hack!. Ok sekarang ramai sangat orang takut website kena hack. Biasanya pengguna wordpress. Untuk user wp tak ada apa yang nak di risaukan, cuma rajinkan diri untuk semak exploite terbaru setiap plugin yang anda pakai.

Dan kalau nak pakai themes percuma (nulled), sila cuci terlebih dahulu. Matikan script-script ‘semuanya auto’. (boleh google tutorial cara cuci template nulled).

Pernah juga kami cuba uji masukkan beberapa jembalang dalam share hosting yang kami guna di KL Server, ternyata dipagar dengan cukup kuat. Buat masa sekarang sudah banyak jembalang yang kami hantar dan semuanya gagal.

Kami berhenti mencuba dan rasakan ia cukup selamat. Atau mungkin boleh jadi jembalang kami yang tak kuat! Kah!.

Khidmat Pelanggan

Ini kami puji kepantasan KL Server balas email atau pertanyaan, memang laju. Seolah-olah mereka tiada hari cuti. Kalau ada sebarang masalah anda cuma hantar email sahaja kepada tim KL Server, mereka akan selesaikan dan maklum secepat mungkin kepada anda.

Nak telefon terus pun boleh!

Keseluruhannya saya berpuas hati sepanjang menggunakan perkhidmatan di KL Server. Nora kasi 8/10 bintang. Harga murah, kualiti bagus dan mesra pelanggan. Sangat berbaloi.

Untuk anda berminat boleh lihat-lihat dahulu mereka di klserver.net . Ini adalah cadangan kami sahaja, anda bebas memilih apa sahaja yang anda suka. Kami di OmgHackers cuma kongsikan apa yang terbaik untuk pembaca kami.

Maklumat lanjut: KL Server

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Top 10 Add-ons Kodi 2016 : Strim IPTV, Video, Filem Secara Percuma Di Televisyen Anda

0

Sebelum ini, saya telah memberikan tutorial bagaimana cara menggunakan Kodi untuk menonton/strim kandungan-kandungan dalam add-ons yang boleh dipasang melalui repo atau fail zip.
Dengan add-on yang betul, pelbagai video, filem, lagu, dan IPTV boleh distrim secara percuma dan juga berbayar.

Berikut saya senaraikan 10 add-ons yang saya sendiri gunakan untuk menikmati Kodi dengan menyeluruh. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan dari add-ons ini boleh didapati melalui repo Fusion dan Super Repo. Ada sesetengah ‘penggiat Kodi’ menggelar Super Repo sebagai ‘ibu kepada segala add-on’.

1. Exodus

Dengan Exodus, saya dapat menikmati pelbagai variasi filem-filem sama ada yang baharu ataupun lama. Selain filem, rancangan TV juga ada di dalamnya. Exodus boleh dipasang melalui repo http://fusion.tvaddons.ag, dan cari fail zip bertajuk repo.exodus.x.x.x.zip untuk memasangnya.

2. Specto (Fork)

Specto juga sama seperti Exodus, terdapat ratusan filem-filem yang dapat distrim secara terus. Tak lupa juga siri TV yang menarik seperti The Flash dari musim pertama dan kedua juga ada di dalamnya. Specto boleh dipasang melalui repo http://kodi.filmkodi.com.

3. Suaji

Ahaaa, jangan tak tahu, add-on ini dibuat/dibangunkan oleh orang kita. Dengan add-on ini, dari IPTV Malaysia (TV1, TV2 dan lain-lain) dan juga rancangan-rancangan televisyen/filem dapat ditonton tanpa perlu anda cari dari encik Google lagi.

Anda boleh muat turun add-on ini pada pautan berikut :


4. SALTS – Stream All The Sources

Add-on seterusnya ini memang menarik, Menunya ringkas sahaja, tetapi senarai filem dan ‘TV Shows’ yang ada sudah cukup untuk anda ‘layan’ ketika hari anda bercuti. Apa yang menarik kualiti filem tidak menghampakan, kerana kualiti paling rendah sekalipun adalah ‘HDRip’. Heheh.

Mana nak dapat? Repository Fusion. Mudah bukan?
Fail zipnya adalah – repository.tknorris.release.

5. Phoenix

Sejujurnya saya bukanlah peminat add-on ini, cuma jika anda rajin ‘menelaah’ dan menangani ralat-ralatnya (terutamanya jika anda menggunakan Kodi versi Krypton), maka anda boleh menggunakan ia semaksimum mungkin. Setakat ini rasanya ia belum serasi (compatible) dengan Krypton kerana tiada lagi pautan strim yang saya dapat tonton. Hmmm. -_-

Ia juga boleh dipasang melalui repo Fusion seperti Exodus dan SALTS di atas. Fail zipnya adalah – repository.xbmchub.

6. All Wrestling

Hahah! Malas nak intro lebih-lebih. Cukup sekadar anda tahu, kalau anda peminat sukan gusti profesional, maka add-on ini wajib anda pasang. Ia juga terdapat di dalam repo Fusion, dan anda boleh pasang menggunakan fail zip – repository.rayw1986.

7. LayanOn9 / CiterKita

Heheh. Sebenarnya saya tak layan sangat filem-filem Melayu, tetapi sekali-sekala teringin juga nak tonton balik ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ataupun ‘Polis Evo’. Dengan add-on LayanOn9, rancangan Lawak Ke Der 2016 pun ada, boleh layan sampai ke pagi.

Anda perlu menambah ke dalam ‘Source’ melalui File Manager URL di bawah untuk dapat memasangnya:

http://repo.ares-project.com/magic/

Tutorial? Boleh rujuk tutorial saya sebelum ini. Semuanya ‘lebih kurang’ serupa sahaja.


8. Mr Network TV

Ini juga merupakan satu lagi sumber untuk anda, jika anda peminat setia filem-filem Melayu. Kalau nak layan ‘Munafik’ tu boleh sangat. Direct sumber dari Pencuri Movie nampaknya. Heheh.

Sumber untuk digunakan : http://gen-tec.co/gentecwiz/

Fail zip : repository.projectmrnetwork

Repo : Mr Network TV

9. Ares Paranormal

Buat anda yang meminati kajian-kajian paranormal dan juga kumpulan-kumpulan pengkaji paranormal yang popular seperti Ghost Adventures, anda perlu pasang add-on ini. Pelbagai pilihan ada untuk anda tonton. Cuma jangan tonton seorang diri di waktu malam ya.

Addon ini ada di dalam repo Ares Project (boleh cari sebaris dengan LayanOn9).

10. 123Movies

Ini adalah alternatif kepada semua di atas, apabila anda sudah buntu dan tidak tahu lagi hendak tonton apa, anda boleh cuba add-on 123Movies. Mungkin ia tidak sekemas Exodus dan Phoenix, tetapi senarai filem yang ada boleh menyaingi keduanya.

Repo : http://muckys.mediaportal4kodi.ml/

Fail zip : repository.mdrepo

Nota : Kesemua add-ons di atas telah pun saya cuba dan kesemuanya masih lagi dapat digunakan ketika artikel ini dipos. Mana-mana add-on popular lain yang ada disebutkan dalam lain-lain laman atau video di YouTube, sama ada ianya tidak dapat digunakan atau ia tidak serasi dengan Kodi versi 17 yang sedang saya gunakan sekarang.

Kalau anda masih ‘blur’ dan pening/tak tahu nak pasang macam mana, boleh beritahu melalui ruangan komen di bawah.

Views: 27

Iklan Newspaper Inline

Anda Kini Boleh Bermain Solitaire Dan Tic Tac Toe Melalui Google Search

0

Bosan atau stress menghadap komputer? Nanti dulu, jom kurangkan tekanan atau kebosanan anda dengan meluangkan sedikit masa bermain permainan klasik ini. Permainan yang kami maksudkan ini ialah Solitaire dan Tic Tac Toe.

Memang klasik habis, teringat pula dengan zaman kanak-kanak kami bersama komputer. Sekarang untuk bermain permainan ini anda tidak perlu lagi muat-turun atau install aplikasi ini ke dalam komputer anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalan taip kata kekunci ‘solitaire’ atau ‘tic tac toe’ pada engin carian google (goolge search engine) dan anda sudah boleh mula bermain. Ops, jangan lupa sambungan internet pula ya!

Inilah kenapa Google sangat menarik! Google sentiasa sediakan perkhidmatan terbaik untuk pengguna mereka. Di bawah ini adalah screen shoot ketika kami cuba permainan ini.

Solitaire

Tic Tac Toe

Sekali-sekala layan game macam ni pun seronok juga.

Sumber: Amanz

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Twitter Memperkenalkan ‘Message Button’ Baru Bagi Memudahkan Aktiviti Pemesejan

0

Satu kemaskini yang terbaik oleh pihak Twitter. Twitter baru-baru ini memperkenalkan butang mesej baru yang akan memudahkan pelawat menghantar mesej kepada anda dengan satu klik.

Butang mesej ini boleh diletakkan pada laman web/blog anda bagi memudahkan aktiviti pemesejan. Untuk meletakkan message button ini pada laman anda, caranya sangat mudah. Anda hanya perlu pergi ke halaman Twitter Publish dan salin kod yang disediakan pada halaman yang diinginkan.

Demo:


Pembaharuan yang menarik dari Twitter, kini aktiviti online jadi semakin mudah. Sekarang hanya tinggil klik untuk hantar pesanan!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Set Lensa Kamera iPhone 6 Ini Kit Lengkap Untuk Fotografi Mobil

0

Tidak dinafikan iPhone di antara telefon pintar yang mempunyai kualiti kamera yang baik dan memuaskan. Sebut sahaja iPhone, pertama sekali pasti anda akan terlintas tetang kualiti kamera telefon ini.

Khas kepada pengguna iPhone 6 yang suka fotografi mobil, kami ada berita menarik untuk anda. Tahukan anda, anda boleh jadikan iPhone 6 alternatif kepada kamera kompak? Jawapannya ya! Sudah tentu boleh, tapi anda perlu sedikit bantuan dari alat ini.

CamKix Kit Lens For iPhone 6

Alat yang kami maksudkan ini adalah kit lensa CamKix. CamKix merupakan set lensa kamera lengkap untuk iPhone 6. Oh ya, ia juga turut boleh digunakan untuk model iPhone 6s.

Dengan alat ini, ia sudah tentunya menjadikan fotografi mobil anda kelihatan lebih menarik, cantik dan fantastik! Cool bukan?

CamKix didatangkan bersama set:

– 1 x 8x Telephoto Lens
– 1 x Mini Tripod
– 1 x Universal Phone Holder
– 1 x Hard Case
– 1 x CamKix Microfiber Cleaning Cloth

Video Promo

Kami percaya dengan bantuan CamKix ini, sesi fotografi mobil anda pasti akan jadi lebih menyeronokkan. Sesuai untuk mereka yang obses dengan gambar terutama kaki travel! Mudah dibawa kemana-mana, pakai telefon sahaja pun boleh ambil gambar cantik.

Berminat dengan kit lensa CamKix ini, ia dijual pada harga RM 279.24 (set).

Maklumat lanjut: CamKix Lens iPhone
Beli Disini

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Sekat Iklan Pada Android Tanpa Root Dengan Opera VPN Dan AdClear

0

Merujuk kepada artikel saya sebelum ini, Opera telah melancarkan (belum rasmi) ‘Opera VPN‘, yang dikuasakan oleh EasySurf VPN, sebuah syarikat di bawah Opera.

Opera VPN tersebut dapat digunakan melalui Opera (Developer Channel). Selain itu, terdapat juga ciri menarik lain iaitu penyekat iklan (tolong whitelist omghackers okeh!) dan juga ‘Popup Video’. Memang cun habis lah!

Baru-baru ini ada yang bertanya kepada abam, bagaimanakah caranya untuk pengguna Android yang enggan root supaya dapat menyekat iklan-iklan (yang tidak baik) di laman-laman web?

Oh, jangan bimbang. Ada caranya, iaitu dengan menggunakan Opera VPN (1) dan juga alternatifnya iaitu AdClear (2).

Mungkin kaedah ini tidak beberapa digemari sesetengah orang kerana seperti yang kita tahu, apabila VPN diaktifkan, kuasa bateri akan lebih cepat menurun dari biasa (walaupun ada sesetengah kes ianya ok sahaja)/

Opera VPN

Apa yang menarik tentang Opera VPN ini?

1. Ianya percuma, selain tiada sekatan data (data/kuota tanpa had).
2. Mempunyai beberapa senarai pilihan pelayan (server) yang boleh ditukar mengikut citarasa pengguna.
3. Menyekat iklan di laman-laman web yang dilayari.

 

 

 

Seven AdClear

Seven AdClear juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Opera VPN, yang mana ia tidak mempunyai had kuota data kepada pengguna, kerana ia sememangnya tidak menggunakan ‘kuota data’ anda.

Tidak dapat dipastikan bagaimana cara sebenarnya ia menyekat iklan kerana menurut penerangan aplikasi ini, ia menyalurkan trafik melalui telefon pengguna untuk menyekat iklan dan mengaktifkan rangkaian VPN, serta bukannya diaktifkan melalui pelayan. Anda boleh rujuk pada pautan di akhir artikel ini untuk meneliti sendiri bagaimana kaedahnya.

P/s: abam malas sebenarnya nak kaji-kaji nih, sebab abam guna AdAway [Root].
Hehehe. Jangan mara aaa.

 

 

Anda boleh muat turun mana-mana aplikasi yang anda ingin cuba melalui butang di bawah.

Download Opera VPN

Download Seven AdClear

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Keselamatan Siber Rantau Asia Pasifik Adalah Yang Paling Teruk Di Dunia

0

Tahukah anda dalam isu keselamatan siber, rantau Asia Pasifik di labelkan sebagai pemegang rekod paling teruk di dunia? Menurut kajian yang dijalankan, rantau Asia Pasifik mempunyai rekod pencerobohan yang paling banyak.

Ini disebabkan oleh sikap organisasi itu sendiri yang mengambil mudah dan tidak bersedia dengan serangan dari penggodam. Kebanyakkan dari organisasi atau pertubuhan tidak mempunyai pakar khas dalam bidang forensik komputer & rangkaian. Ini disebabkan mereka merasakan ia sesuatu yang membazir.

Laporan juga mendapati selain dari Ransomware dan Trojan, negara APEC juga terdedah kepada ancaman lain yang menyasarkan serangan berkaitan ekonomi, politik dan maklumat pertahanan.

Infor pantas:
APEC = Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) merupakan satu forum untuk 21 buah negara Rim Pasifik (Ekonomi rasmi Ahli) yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi di seluruh rantau Asia Pasifik.

Baca juga: Apa Itu Ransomware Dan Ciri-Cirinya?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Gunakan SurfEasy VPN Secara Percuma Melalui Opera – Juga Terdapat Ad Blocker Dan Video Pop Out!

1

Kalau nak diikutkan, pelayar-pelayar web dari dulu hingga sekarang sentiasa akan cuba untuk memenuhi ekspektasi para pengguna. Secara jujurnya, saya sendiri sudah lama tidak menggunakan Opera kerana berasakan tidak ada keperluan.

Namun terdapat satu ciri baharu yang boleh didapati dalam versi saluran pembangun atau Developer Channel iaitu VPN terbina dalam yang telah disokong oleh SurfEasy VPN, sebuah anak syarikat Opera yang bertempat di Kanada.

Pengguna boleh memanfaatkan servis terbaru ini melalui Settings – Privacy & security. Tandakan pada kota ‘Enable VPN’, dan siap! VPN anda sudah pun diaktifkan. Ianya adalah VPN tanpa had kuota dan percuma (menurut Opera).

Selain itu, pengguna juga boleh mengubah lokasi IP mengikut kepada pelayan yang terdapat dalam pilihan VPN tersebut. Lihat pada paparan skrin di bawah.

Dengan adanya SurfEasy VPN yang diintegrasikan dalam pelayar web Opera ini, nampaknya Opera benar-benar cuba untuk menarik kembali perhatian pengguna kepada mereka. Selain cuba memenuhi ekspektasi pengguna yang semakin tinggi, Opera juga satu-satunya pelayar web yang kini mempunyai penyekat iklan (ad blocker) terbina dalaman.

Sebelum saya terlupa, dalam Opera Developer serta Beta, terdapat satu lagi ciri menarik yang membuat saya terus ‘melekat’, iaitu ‘Video Pop Out’. Lihat pada paparan skrin di bawah ini.

Gambar di atas adalah contoh sewaktu saya menggunakan ciri Video Pop Out tersebut pada laman YouTube. Menarik bukan?

Jika anda berminat, sila muat turun dan gunakan Opera versi Developer Channel. Muat turun melalui button dibawah:

Download Opera Developer

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Fly Nixie: ‘Wrist Drone’ Pertama Yang Akan Terbang Mengambil Gambar Anda

0

Sudah terlalu banyak kamera terbang ‘drone’ yang ada dijual di pasaran. Apa yang boleh kami katakan ianya hampir sama dari kebanyakkan yang lain, jika berbeza pun hanyalah pada ciri-ciri tambahan seperti kualiti kamera, ketahanan bateri atau pun setinggi mana ia boleh terbang.

Tapi rekaan drone kali ini memang menarik perhatian kami, revolusi teknologi drone dengan fungsi lebih canggih dari biasa yang pernah kami lihat.


Fly Nixie

Wrist Drone pertama yang akan terbang untuk mengambil gambar anda. Memang cool! Sekali pandang dari segi rekabentuknya sangat mirip seperti gelang tangan wristbands. Lebih ajaib apabila alat ini boleh bertukar menjadi drone dan pada masa yang sama berfungsi sebagai alat yang akan membantu ambil gambar untuk anda.

Omg!

Fly Nixie boleh dikawal melalui telefon pintar, secara langsung menjadikan alat ini lebih menarik untuk digunakan. Buat masa sekarang Fly Nixie masih belum dijual lagi, ia masih lagi di dalam proses ujian dan membuat kemaskini penambahbaikan sebelum ia mula dijual kepada umum.

Anda boleh lihat demo Fly Nixe ini melalui video di bawah:

Fly Nixie bukan drone biasa, tapi juga boleh dipanggil sebagai boomerang drone!
Maklumat lanjut: Fly Nixie

Views: 1

Iklan Newspaper Inline