Utama Blog Laman 174

13 Aplikasi Alternatif Kepada Kodi: Jom Layan Movie Online

2

Setelah kita puas berkenalan dengan aplikasi Kodi, pasti ada yang tertanya-tanya, “Takkan Kodi je yang ada?”. Ya, ada beberapa lagi aplikasi lain yang berbaloi untuk dicuba sekiranya anda memang ‘kaki streaming’.

Jom kita berkenalan pula dengan aplikasi-aplikasi lain yang boleh digunakan untuk strim kandungan media seperti video dan audio secara percuma ataupun berbayar. Dengan aplikasi-aplikasi ini, saya yakin Android Box anda akan lebih ‘meriah’, pelbagai pilihan video boleh distrim sampailah anda berjaya ‘muntah hijau’.

Sebenarnya aplikasi alternatif ada banyak. Cuma dalam artikel ini saya senaraikan yang benar-benar ‘legit’ dan masih dalam pembangunan, bukan yang ditinggalkan oleh pembangunnya. Kalau ada pun mungkin Showbox sahaja (tak pasti sama ada ia masih aktif dibangunkan atau sebaliknya).


Senarai Aplikasi Alternatif Kepada Kodi

1. Showbox

Showbox ni boleh dikatakan antara aplikasi paling popular sebagai alternatif kepada Kodi. Ramai yang dah sedia tahu pun mengenainya, tetapi saya senaraikan juga sebagai info kepada mereka yang masih belum tahu. Asalkan ada sambungan internet tanpa had data, Showbox boleh buat anda leka dengan senarai pilihan filem-filem yang ada.

Muat turun : Showbox apk

2. Megabox HD

Sesuai dengan namanya, Megabox HD membolehkan pengguna untuk strim dari senarai drama bersiri dan filem-filem terbaru yang dikemaskini setiap hari. Pengguna juga boleh memuat turun video-video tersebut.

 

Muat turun Megabox HD di sini : Megabox HD

3. Cinema Box

Anda boleh baca perincian reviu Cinema Box di sini : Cinema Box

4. Movie Box

Aplikasi ini juga adalah lebih kurang sama dengan Showbox, Megabox HD, dan Cinema Box. Paparan antaramuka sahaja yang sedikit berbeza, dengan ‘hamburger’ menu di sebelah kiri. Ianya serasi dengan sistem operasi Android dan iOS. Tak perlu kepada sebarang pendaftaran, cuma perlu muat turun, pasang dan jalankan ia.

Muat turun : Movie Box

5. PlayBox HD

Aplikasi seterusnya ialah PlayBox HD. Ianya bukan dari senarai aplikasi kegemaran saya, kerana sumbernya agak meragukan, dari segi siapa pembangunnya, dan adakah ianya masih lagi dibangunkan terus-menerus, dua perkara ini membuatkan saya tidak beberapa gemar untuk memasangnya. Namun jika aplikasi yang lain ‘gagal’, mungkin ia adalah pilihan terakhir yang ‘terbaik’. Maklum lah, percuma.

Muat turun : PlayBox HD

6. Popcorn Time (Time4Popcorn)

Baca reviu Popcorn Time (for Android) di sini : Popcorn Time (Time4Popcorn)

Popcorn Time juga ada versi untuk PC.

Pautan di artikel reviu tersebut sudah pun tidak lagi aktif. Ini adalah sumber muat turun yang baharu:

Muat turun : Time4Popcorn

7. iflix

iflix pernah digelarkan sebagai ‘Netflix Malaysia. Ia menawarkan pelbagai senarai dari katalog-katalog drama bersiri, dan juga filem-filem. Boleh dilanggan semurah RM10 sebulan, iflix menjadi pilihan nombor 1 setelah habis langganan percubaan Netflix. Hehe.

Baca reviu iflix di sini : iflix

8. Netflix

Baca reviu Netflix di sini : Neflix

Tips dan trik Netflix.

9. Cartoon HD

Maaf, aplikasi ini juga saya tidak dapat pastikan sumber asalnya. Laman yang mengehoskan fail apk bagi aplikasi ini bukan sumber asli, bererti ia bukan dari pembangunnya yang asal. Tetapi tidak mengapa, selagi ianya dikemaskini (mungkin), selagi ia ada di situ untuk dimuat turun dengan percuma, kita gunakan sahaja. Kalau anda ragu, anda boleh imbas ia dengan mana-mana antivirus (kalau mahu).

Muat turun : Cartoon HD

10. BoxTV

Baru sebentar tadi saya mencuba aplikasi BoxTV ini. Tak sangka juga ia ada dalam Google Play Store, kerana kalau Kodi itu mungkin juga agak sukar untuk dinyahaktifkan oleh pihak Google atas dasar melanggar akta hak cipta, kerana di ‘dalamnya’ bukan hanya ada sekadar filem cetak rompak. Ia ‘ada belaka’. Tetapi BoxTV ini, haih. Anda tengoklah sendiri. Ahahah.

Muat turun : BoxTV

11. Popcorn Time (Projek Asal)

Ya, mohon jangan tanya banyak. Hahahah. Saya pun pening mana satu sebenarnya projek asal, tetapi kalau mengikut kepada Andrew dari WebUpd8, Popcorn Time adalah projek asal dan Time4Popcorn adalah versi ‘fork’ kepadanya. Em, lantaklah situ.

Muat turun : Popcorn Time

12. Terrarium TV

Ahah! Ini satu-satunya aplikasi yang pada saya agak kemas, meskipun ada iklan terpapar, tetapi ia ‘ringan’ dan tidak membebankan pemproses telefon pintar anda. Pautan yang diberikan juga dinamakan dengan kemas (saya suka sangat apa yang mereka lakukan ini! Heheh), dan terdapat pilihan dari 1080p hinggalah kepada versi ‘biasa’.

Muat turun : Terrarium TV

13. Movie HD

Aplikasi terakhir ini juga adalah alternatif terakhir jika kesemua aplikasi-aplikasi lain yang di atas tidak lagi dibangunkan, gagal, tidak berkesan, atau apa juga ralat yang mungkin akan timbul nanti. Saya memang kurang gemar dengan aplikasi yang tidak jelas sumbernya, namun sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik ia dimasukkan ke dalam senarai kerana tidak mustahil suatu hari nanti pembangun asalnya akan mengambil alih kembali.

Muat turun : Movie HD

Sebutan Terhormat (Honorable Mention)

Mobdro, merupakan aplikasi yang membolehkan anda untuk strim pelbagai saluran televisyen di seluruh dunia. Dari berita, hinggalah kepada Video-On-Demand (VOD), anda boleh pilih dan tonton terus tanpa perlu mendaftar.

Baca reviu Mobdro di sini : Mobdro

Selesai sudah senarai 13 aplikasi alternatif kepada Kodi ini. Jika anda suka artikel seperti ini ditulis lagi pada waktu akan datang, jangan segan silu untuk menekan butang ‘share’ di bawah ini ya.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Adobe Mengumumkan Pemain Flash Terbaru Untuk Linux Dalam Versi 23 [Beta]

0

Semalam, Chris Campbell dari tim Adobe Flash Player dan Adobe AIR development mengumumkan bahawa sokongan terhadap sistem operasi Linux bagi pemain flash akan kembali.

Setelah 4 tahun mengabaikan dan meninggalkan Linux, terkini versi beta bagi pemain flash dilepaskan.

Jika anda menggunakan pelayar web berasaskan Chromium seperti Google Chrome, anda pasti tidak akan pernah terfikir lagi tentang pemain flash kerana ia didatangkan dengan versi terbaru secara terbina dalaman.

Namun buat pengguna tegar pelayar web lain seperti Firefox, berita ini mungkin sedikit melegakan meskipun pada saya, pemain flash adalah sesuatu yang sudah ketinggalan zaman di era HTML5 ini.

Apapun, jika anda tetap mahu menggunakan versi terbaru (beta) ini, silakan muat turun ia bagi sistem operasi yang anda gunakan.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Album LifeBuuk Saya Dah Sampai!

0

Akhirnya, setelah beberapa hari menunggu, sampai jua album LifeBuuk yang telah saya tempah pada minggu lepas. Tak sia-sia tempah kerana kualiti album ini memang top notch!

Kulit album dicetak dengan versi hard cover, mengikut kepada reka bentuk yang telah dipilih melalui aplikasinya. Suka untuk saya ingatkan, setiap kulit muka hadapan adalah berbeza setiap bulan, jadi kulit yang telah anda pilih itu, jika anda ‘terlepas’ dari menggunakannya pada bulan ini, maka sayonara forever!

Album turut dicetak pada kertas berkualiti tinggi anti pudar, dari teknologi Fujifilm, bersaiz 4R, dan mempunyai garisan putus-putus padanya yang memudahkan pengguna untuk mengoyak bagi tujuan meletakkan gambar tersebut dalam bingkai.

Aplikasi LifeBuuk membenarkan pengguna untuk menyunting serba sedikit gambar yang akan dicetak. Cuma dalam versi album saya sendiri, saya biarkan ‘kosong’ kerana – blur ketika pertama kali guna, juga sedikit teruja. Hahaha.

Cetakan berkualiti tinggi dari LifeBuuk ini akan membenarkan pengguna menikmati hasil dari setiap tangkapan gambar bertahan dengan lebih lama. Dalam 50 keping gambar ini, kesemuanya saya ambil dengan menggunakan Zenfone 2. Cun kan?

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda juga mahu album seperti saya, muat turun aplikasi LifeBuuk sekarang, sunting, muat naik, dan buatlah tempahan hari ini juga!.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kali Linux 2016.2 Dilepaskan: Muat Turun Sekarang!

0

Ada sebuah sistem operasi lagenda yang dahulunya dikenali sebagai BackTrack. Sistem operasi Linux tersebut amat popular dikalangan para penguji kerentanan/sekuriti pada sesebuah sistem/laman web/pelayan.

Setelah mengalami beberapa evolusi, akhirnya BackTrack telah dijenamakan semula, bertukar nama kepada Kodi. Ehhh, maksud saya, Kali Linux.

Kali Linux Gnome

Jadi apa pula yang baharu dalam versi Kali kali ini? Huh. Kenapa la nama dia Kali. -_-

Pembaharuan kali ini membawakan persekitaran desktop yang berbeza-beza mengikut kepada pilihan pengguna itu sendiri secara lalai (default) untuk dimuat turun.

Persekitaran desktop yang telah disediakan ialah Gnome (seperti paparan skrin yang anda lihat pada gambar cover di atas), LXDE, MATE, XFCE, E17, dan KDE.

Enlightenment 17 (E17)

 

KDE

 

LXDE

 

MATE

 

XFCE
Kali Linux juga telah pun menggunakan konsep ‘rolling release’ seperti Arch Linux, yang mana ia akan mengemaskini sistem operasi secara keseluruhannya ataupun aplikasi-aplikasi secara individual dengan konsisten (bleeding edge) tanpa mempunyai versi-versi setiap beberapa bulan, contohnya Ubuntu.
Atas sebab itu pengguna adalah digalakkan untuk mengemaskini sistem operasi mereka ataupun muat turun ISO terbaru yang telah dilepaskan.

 

Muat turun Kali Linux 2016.2 dengan mengklik pada butang di bawah.


Download Kali Linux 2016.2

Sumber : Kali Linux

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kerana Si Nakal ‘Pegasus’, Apple Mengeluarkan Kemas-kini Kritikal iOS

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikal mengenai iOS.
Kali ini mengenai si nakal ‘Pegasus‘ ini.
Para penyelidik keselamatan telah mengenalpasti monster berkepala tiga yang boleh record suara, ambil kata laluan, baca SMS, record panggilan, dan pengunaan pengguna. Semua versi iOS dari 9.3.4 dan ke bawah mudah terjejas.

Serangan itu menggunakan produk mobile spyware, iaitu si ‘Pegasus’ ini, dicipta oleh NSO Group (merupakan syarikat perang siber Israel) untuk menyerang sasaran bernilai tinggi. Dengan menggunakan satu dari tiga keselamatan yang mudah terdedah dari iOS 9.3.4 iaitu ‘Trident‘. Exploit tersebut mampu merampas iPhone, iPod Touch, atau iPad pengguna dengan satu klik. Wahh

Menurut Mike Murray, VP of Security Research and Response di firma keselamatan siber, Lookout :

The Trident vulnerability chain is the first that anyone’s seen of a one-click remote jailbreak of an Apple device. It’s the smoking gun active mobile threat that we’ve always known existed but didn’t yet have proof of. This demonstrates that highly resourced actors see the mobile platform as a fertile target for gathering information about targets and regularly exploit the mobile environment for this purpose.

Malangnya, kelemahan (vulnerabilities) lebih daripada sebulan yang lalu pada ketika ini, jadi tidak jelas bagaimana sebaran kerosakan tersebut. Penyelidik keselamatan di Citizen Lab dan Lookout bekerja secara langsung dengan Apple untuk mengenal pasti dan mengeluarkan segera patch kecemasan untuk menutup kelemahan (vulnerabilities) tersebut.

Apple telahpun keluarkan kemaskini yang terbaru, iaitu iOS 9.3.5 yang mengandungi patch tersebut. iOS 9.3.5 dianggap sebagai kemas-kini terakhir bagi iOS 9 sebelum melancarkan iOS 10 tidak lama lagi. Jadi kelemahan yang baru ditemui membawa kepada perubahan rancangan, dan juga pada versi baru iOS. Kemas-kini (iOS 9.3.5) boleh didapati sekarang untuk semua peranti iOS di Software Update dan iTunes yang berdekatan dengan kawasan yang ada internet. hehehe

Untuk muat-turun manual sila klik sini dan pilih model iDevices anda, muat-turun dan restore dengan iTunes (pastikan iTunes anda yang terkini). Ini merupakan update yang terakhir yang support iPhone 4S, iPad 2, 3, iPod Touch 5 dan juga iPad Mini (generasi pertama).

Jika anda masih lagi menggunakan iOS 9.3.4 dan ke bawah, kemas-kini segera tau. Bagi yang jailbreak, sila cari repo dan pasang tool untuk buang ‘Pegasus‘ ini sekiranya anda sayang jailbreak dan tidak mahu kemas-kini iOS yang terkini.

Jailbreak memang dapat memberi kepuasan pengguna, tetapi keselamatan data kita adalah keutamaan kita 🙂

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

The Outer Blueprint – Projek Gila Dari Turing Robotic Industries (TRI)

0
Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh readers!

Pagi ini saya semak emails,  tiba-tiba mata tertancap ada satu newsletter yang menarik perhatian saya, yang mana newsletter ini sejak dari dulu saya ikuti perkembangannya. Tanpa membuang masa kita semak isi kandungan newsletter ini, dan apa yang menarik sangat mengenainya.

 

The Outer Blueprint is a leading edge program designed by TRI to realize the next generation of mobile devices. We’ve been seriously thinking about ways to dramatically improve our day to day mobile communication and how we use applications, one of which is the practical use of artificial intelligence (AI). We’ve seen chatbots come and go, but those that remain only serve as a shortcut to basic information such as weather status, street navigation, restaurant choices and internet searches. TRI’s research into AI goes further into deep learning and we’re interested in knowing how machines can be more beneficial to us. TRI foresees a new machine with far more computing power to serve our daily needs when we need them the most, thus we’ve dreamed up and have begun development of what we call a “perfectly designed device.” We introduce to you – the Turing Phone Cadenza.

 

Sedikit sebanyak mengenai spesifikasi Cadenza – Telefon terbaru dari Turing Robotic Industries (TRI) adalah seperti berikut:
Pengeluar
Turing Robotic Industries
Model / Variant
Turing Phone Cadenza
Harga
TBA (To Be Announce)
Rekaan
Badan Grafin Oksida
Bingkai Logam Cecair
Saiz Paparan dan Jenis
5.8 inci
Resolusi Paparan
2560 x 1440 px
Chipset
2x Qualcomm Snapdragon 830
Ruang Memori
2x 256GB NAND Flash 2
RAM
2x 6GB LPDDR4X
Keboleh-luasan Memori
2x slot memori 256GB MicroSD
Sistem Operasi
SwordfishOS bersumber dasarkan SailfishOS
Kamera Utama
60MP Quad Sensory Array
Kamera Kedua
20MP Quad Sensory Array
Bateri
100wh berdasarkan:
2600mAh Graphene Super-Capasitor + 1600mAh li-on + Hydrogen Fuel Cell
Jenis SIM
4x Slot SIM
Ciri Lain
Marshall Audio
WiGig Network Support
Rasa menarik perhatian dengan spesifikasi gila tersebut kan?
Semoga Turing Robotic Industries (TRI) berjaya merealisasikan hasrat mereka untuk kali ini, selepas beberapa kali projek mereka tergendala.
Sekian saja buat kali ini, saya undur diri dulu dan amati perkataan beliau ini dan kena mula berjimat:

A man provided with paper, pencil, and rubber, and subject to strict discipline, is in effect a universal machine.

— Alan Turing
Signing Out,
MyNiM.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Dedahkan E-Mel Peribadi Hillary Clinton Di Penjara Lebih 4 Tahun

0
Laporan susulan Penggodam yang mendedahkan kandungan emel peribadi milik Hillary Clinton dijatuhkan hukuman penjara 52 bulan oleh mahkamah di Virginia, semalam.

Marcel Lazar, 44 warganegara Romania menggunakan nama ‘Guccifer’ mengaku bersalah Mei lalu atas tuduhan termasuk menggunakan akses terlarang kepada komputer yang dilindungi serta menggunakan identiti yang dicuri.

Sebelum ini, dalam satu wawancara Lazar mendedahkan dia telah menceroboh server peribadi ketika calon Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjawat sebagai Setiausaha Negara AS di rumahnya di Chappaqua, New York.

Namun, pihak berkuasa menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai sia-sia, lapor Reuters.

Minggu lalu, hakim mengarahkan Jabatan Negara untuk menyemak 14,900 dokumen baharu, sebahagian besarnya dipercayai berupa emel peribadi kepada atau daripada Clinton yang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

FBI sebelum ini mendakwa Clinton ‘amat cuai’ dalam mengendalikan maklumat sensitif ketika beliau menjadi Setiausaha Negara dan mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap beliau.

Sumber: SH

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Izzudrecoba: Strim Hulu, Netflix, HBO Dan Lain-Lain Laman Penstriman Pada Harga Super Diskaun

0

Kita kini berada di era strim. Penstriman video sudah menjadi kelaziman sejak YouTube menjadi sensasi, diikuti dengan pelbagai laman lain yang tidak mahu ketinggalan. Era tv kabel belum menjadi asing, namun generasi baharu dahagakan sesuatu yang lebih dari sekadar TV1, TV2, TV3 dan Astro Warna. Mereka mahukan lebih lagi. Namun yuran langganan sudah semestinya menyesakkan dada dan menipiskan dompet.

Kini semua itu sudah menjadi kisah lapuk semalam.

Laman Izzudrecoba, adalah sebuah laman yang menawarkan langganan laman penstriman pada harga yang sangat menjimatkan. Dari Hulu, Netflix, Fox Now, HBO, DirecTV, Showtime, dan lain-lain lagi.

Contoh paling mudah adalah Netflix, di mana kalau mengikut langganan biasa melalui laman web rasminya, harga bagi sebulan tontonan berdefinisi tinggi adalah lebih kurang RM42+. Tetapi dengan Izzudrecoba, langganan strim definisi tinggi selama 3 bulan hanyalah RM50 sahaja!

Bukan itu sahaja. Laman ini juga ada menjual pelbagai jenis peranti strim, seperti SkyStream X4 yang super ohsem.

SkyStream X4 yang berharga RM699
Layan movie oiii. >.<

Selain itu, anda ada pilihan untuk melanggan servis-servis lain seperti VPN dan ‘custom DNS’. Langganan bagi penstriman muzik juga ada seperti Deezer, Spotify, dan Tidal HIFI.

Jika anda berminat untuk melanggan, sila ke laman Izzudrecoba dan jangan lupa untuk beri tahu kepada admin laman ini bahawa – “I was referred here by omghackers.com/Arya Putra”,

Atau dalam bahasa Melayunya “Saya menjumpai laman ini melalui omghackers.com/Arya Putra”. Untung-untung anda akan ditawarkan sesuatu yang lebih menarik. Hehe. Klik butang di bawah ini untuk menghala ke laman Izzudrecoba. Selamat menonton!


Izzudrecoba Store

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

LifeBuuk: Cipta ‘Buku Bergambar’, Muat Naik Dan Dapatkan Versi Bercetak Dipos Ke Rumah Anda!

0

Selama ini dengan cara ‘tradisional’, kita akan ambil gambar, dan biarkan ia disimpan dalam kad memori, storan awan atau cakera keras luaran. Jika ingin dicetak, pengguna hanya akan memilih gambar tertentu dan dicetak juga secara ‘tradisional’, hanya gambar tanpa ada apa-apa modifikasi atau tambahan untuk elemen ‘keceriaan’.

Pernahkah anda terfikir, untuk mendapatkan sebuah buku bergambar yang cantik dan stylo, dan kemudiannya boleh dimuat naik, dicetak dengan teknologi dari Fujifilm, seterusnya dihantar ke rumah anda.

Anda kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi LifeBuuk.

Saya memang meminati fotografi mobil. Namun belum pernah ada sekeping gambar pun yang saya gunakan untuk dicetak dek kerana cetakan biasa belum lagi menarik perhatian saya, hinggalah ‘terjumpa’ dengan LifeBuuk, yang menawarkan khidmat cetakan dengan teknologi dari Fujifilm, dan juga kertas Fujifilm Crystal Archive anti kabur yang diimport terus dari Amerika Syarikat.

Atas sebab itu saya terus mencuba aplikasi ini, yang mana ia memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih dari senarai galeri gambar, Facebook ataupun Instagram sebanyak 50 keping gambar untuk dikompilasikan dalam satu album. 1 album LifeBuuk bermula semurah RM28 sahaja, manakala bundle sebanyak 2 buah dicaj sebanyak RM48, dan 3 buah pula adalah sebanyak RM60. Promosi 3 album ini berlangsung sehingga 15 September 2016. Kesemua pakej hadir dengan pos percuma ke seluruh Malaysia!

Berikut adalah paparan-paparan skrin aplikasi LifeBuuk, beserta penerangannya.

 

Gambar di atas memaparkan permulaan kepada aplikasi ini. Di sebelah kanan terdapat menu pilihan dari LifeBuuk Draft, My Account, Status/Reprint, Instructions, Share Us, dan Settings.

 

Apabila anda memilih salah satu dari pakej yang ditawarkan, anda akan dipapar dengan pilihan untuk memuat naik gambar-gambar sama ada dari galeri di telefon, Facebook, atau Instagram.

 

Gambar di atas menunjukkan saya sedang memilih gambar-gambar dari galeri yang ingin saya cetak keluar. Diingatkan, anda boleh memilih sehingga 50 keping gambar bagi tujuan cetakan. Ya, 50 keping gambar, album penuh dengan reka bentuk tersendiri, hanya berharga RM28 sahaja!

Setelah anda siap memilih kesemua gambar, anda perlu juga memilih satu gambar untuk muka hadapan (cover photo). Gambar muka hadapan bukan dari gambar galeri sebaliknya adalah dipilih melalui pilihan yang diberikan oleh aplikasi (sila lihat contoh 3 gambar kecil di atas). Aplikasi LifeBuuk juga mempunyai pilihan bagi anda untuk meletakkan keterangan (caption) pada gambar dan boleh juga menyunting kesemua gambar-gambar tersebut.

Tentang ‘cover photo’: Gambar muka hadapan akan ditukarkan pada 1hb, setiap bulan. Ini bererti tiap-tiap bulan, gambar bagi kulit muka hadapan tidak akan sama. Sebanyak 3 pilihan akan diberikan kepada para pengguna. Ia juga bermakna, setiap kulit adalah unik bagi setiap pengguna. Jika bulan ini anda tidak melakukan apa-apa cetakan, anda akan ‘terlepas’ peluang menggunakan gambar yang mungkin lebih menarik. Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada. Rajin-rajinlah semak aplikasi LifeBuuk untuk melihat cover photo yang baharu.

Berikut adalah contoh-contoh gambar kulit muka hadapan album. Oh ya, jangan lupa, hari ini ialah hari terakhir anda boleh memilih kulit muka hadapan bagi pilihan bulan Ogos ini.

Anda boleh memilih untuk pra-tonton album anda terlebih dahulu. Sebagaimana yang anda lihat pada pra-tonton tersebut, seperti itulah ia akan dicetak nanti.

 

Setelah itu, anda sudah boleh pilih untuk bayar! Jika anda mendaftar menggunakan alamat e-mel, terdapat pilihan di awal nanti untuk anda memasukkan butiran alamat rumah. Album LifeBuuk anda akan dihantar ke alamat tersebut.

 

Siap! Anda perlu klik pada ‘Upload’ untuk memuat naik gambar-gambar yang telah anda pilih tadi bagi tujuan cetakan dari pihak LifeBuuk. Selepas beberapa hari, LifeBuuk akan menghantar nombor pengesanan (tracking number) kepada e-mel anda.

Nota: Buat pengguna yang beralamat di Putrajaya, tiada pilihan untuk Putrajaya, sebaliknya pembangun LifeBuuk mengatakan anda perlu memilih ‘Kuala Lumpur’ buat masa ini. Ralat adalah tidak disengajakan dan akan dikemaskini dalam versi akan datang.

Selesai! Tak sabar rasanya hendak mendapatkan album tersendiri yang direka bentuk oleh LifeBuuk!

Anda boleh muat turun aplikasi LifeBuuk melalui pautan di bawah. Selamat mencipta album Buku Bergambar berteknologi Fujifilm anda sendiri!

Saya akan kemaskini artikel ini apabila saya telah pun menerima album saya. Jika anda berminat, jangan ragu-ragu untuk klik dan muat turun sekarang. Ianya serasi dengan sistem operasi Android dan iOS. Jika anda telah menggunakannya, berikan komentar anda. Saya harap anda akan suka dan berpuas hati dengan album yang bakal anda hasilkan.

Download LifeBuuk for Android

Download LifeBuuk for iOS

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

BolehVPN Review : Kenapa Akhirnya Saya Memilih BolehVPN Sebagai Servis VPN Nombor Satu

1

Sedikit ‘latar belakang’ tentang saya: saya telah pun banyak menguji cuba pelbagai servis VPN, dari yang murah hingga yang mahal, dari yang berteknologi ‘biasa-biasa’ hinggalah kepada yang mengekod dan mencipta sendiri protokol rangkaian.

Namun, kini hanya ada satu sahaja servis VPN yang telah saya nobatkan sebagai nombor 1 (bagi saya) iaitu BolehVPN.

Kenapa?

Mari saya ceritakan dari mula bagaimana ‘perkenalan’ antara ‘kami’ bermula hinggalah kepada saat saya menaip artikel ini, pandangan saya terhadapnya tidak berubah. BolehVPN memang terbaik. Saya bermula dengan servis VPN percuma, hinggalah belajar serba sedikit mengenai VPN dan kemudian beralih kepada servis berbayar kerana isu privasi dan sebagainya lagi.

Dari MyTunnel VPN (R.I.P), VyprVPN, CyberGhost VPN, TheLan VPN, SoftEther VPN, Sunlight VPN, dan pelbagai lagi servis sama ada dari dalam atau luar negara, dari murah ataupun mahal, hampir ‘kesemuanya’ saya sudah cuba dan merasa teknologi mereka.

Kalau ditanya mengapa, saya memilih BolehVPN kerana sebab-sebab yang super duper konkrit. Mari saya senaraikan antara sebabnya:

1. Harga, berbanding pesaing, boleh dikatakan lebih mahal. Contohnya TheLan VPN bermula dari RM15-20. FinchVPN pula lebih kurang RM20+. Tetapi BolehVPN mengenakan caj sebanyak 9.99USD bersamaan dengan RM44.41 setelah ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan ditambah dengan cukai. Oh ya, BolehVPN juga menyediakan kemudahan untuk membayar melalui PayPal. Lihat pada gambar di bawah.

Walaupun yuran/bayaran bulanannya lebih mahal dari pesaing tempatan, namun anda perlu tahu ianya amatlah berbaloi sekali. BolehVPN bukan servis dari ‘budak-budak’ yang baru berkenalan dengan VPN. Ia ditawarkan oleh kumpulan profesional yang mengetahui selok-belok VPN dengan mendalam. Baca ciri seterusnya untuk mengetahui kenapa harga yang ditawarkan menepati ciri yang diberikan.

2. Paparan antaramuka pengguna aplikasi/perisian BolehVPN versi Windows juga kelihatan sangat moden. Anda boleh lihat pada gambar pertama di atas dan juga gambar keduanya di bawah ini.

Tak lupa juga, tetapan yang disediakan amat banyak untuk para ‘tweakers’ mengendalikannya. Terdapat satu tetapan khas untuk melindungi dari kebocoran DNS.

Ujian kebocoran DNS yang dijalankan juga menunjukkan tiada sebarang kebocoran yang berlaku.

3. Protokol berbeza untuk penggunaan yang berbeza. Anda boleh tonton dahulu video di bawah untuk cuba memahami perbezaan antara protokol-protokol yang ditawarkan. Saya? Saya sentiasa memilih xCloak Routing.

4. Servis selepas jualan yang mantap. Sebaik sahaja saya memfailkan tiket sokongan, tidak beberapa lama selepas itu saya menerima e-mel yang mengatakan bahawa ‘masalah’ saya telah pun diselesaikan. Staf BolehVPN memang BolehDiharap! (Ok harapnya ‘pun’ itu ‘kena’).

5. Kebolehpercayaan/keboleh-harapan (reliability). Ya, pada saya kelajuan bukanlah segala-galanya. Kerana apa guna ada ‘kelajuan’ tetapi sambungan sentiasa terputus? Atau apa guna ada sambungan, tetapi ‘kelajuan’ pula tiada? Dengan BolehVPN, saya memperoleh kedua-duanya. Minta maaf FinchVPN, anda telah mengecewakan saya dengan isu ‘server degradation’ yang telah berulang berbulan lamanya. Akibat dari ini, sambungan kerap terputus dan kelajuan juga berkurangan dengan ketara sekali.

Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh BolehVPN. Ya, bayaran bulanannya tidak semurah VPN lain, namun ciri dan servis selepas jualan yang ditawarkan adalah amat baik dan profesional sekali.

Servis yang murah tidak semestinya tidak baik, manakala mahal tidak semestinya itu yang paling bagus, dan BolehVPN berada di tengah-tengah antara keduanya, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Servis dari VyprVPN boleh dikatakan antara yang termahal pernah saya gunakan (lebih kurang RM80+ sebulan) namun peraturan yang dikenakan agak ketat hingga apabila menerima amaran DMCA lebih dari 3 kali, akaun akan dibatalkan buat selama-lamanya.

Apa guna ada servis VPN tetapi tidak boleh memuat turun kandungan torrent? Tiada guna walau satu sen pun. BolehVPN juga dapat digunakan pada pelbagai sistem operasi, dan ini adalah ciri yang utama perlu diambil perhatian. Jika hanya terdapat versi untuk Windows sahaja, maka pembangun tersebut mungkin belum cukup staf atau belum cukup ‘serius’.

Baiklah, jika anda berminat untuk mencuba, sila daftar dengan menggunakan butang di bawah. Klik pada ‘SKIP AD‘. Oh ya, BolehVPN ada menawarkan akaun percubaan selama 1 hari (percuma) yang anda boleh minta melalui pautan ini ya. Juga ada akaun percubaan selama 7 hari (RM10).

Contoh butiran akaun percubaan

         Register BolehVPN

Views: 2

Iklan Newspaper Inline