iDope: Aplikasi Enjin Carian Torrent Tanpa Jejak

Mahukah anda, jika ada satu aplikasi yang mampu memberikan anda hasil carian untuk torrent semata-mata, seakan KickAss Torrent tetapi versi mobil?

Tahukah anda, terdapat satu aplikasi yang boleh berbuat demikian, tanpa menjejak aktiviti anda?

Ya, nama aplikasi tersebut ialah iDope, sebuah aplikasi enjin carian fail-fail torrent versi mobil, tanpa jejak, tanpa iklan, dan juga tanpa keraguan.

Dicipta sebagai satu bentuk penghormatan kepada laman KickAss Torrent yang telah pun ditutup, iDope berciri memudahkan pengguna tanpa perlu lagi tercari-cari laman carian torrent paling baik, terutamanya jika ia melibatkan filem-filem terbaru versi BRRip (nota : lanun).

Jika ia digabungkan bersama lain-lain aplikasi seperti Flud (untuk memuat turun), atau aplikasi yang membolehkan penstriman iaitu Torrent Video Streaming sebagai ‘perantara’ untuk strim kepada aplikasi VLC, maka lengkaplah sudah ‘tools’ untuk anda menikmati filem-filem yang tersimpan sebagai khazanah torrent dalam telefon pintar anda sahaja.

Aplikasi iDope ini akan memaparkan perincian fail dari pautan magnet, dan juga pautan untuk muat turun fail torrent tersebut. Ia juga ada menunjukkan perincian fail-fail yang terkandung dalam sesebuah torrent, jadi tidak perlu lagi mencarinya melalui pelayar web dan enjin carian luaran. Semua sudah tersedia dalam iDope.

Anda boleh membaca mengenai iDope dan muat turun ia pada pautan berikut.


iDope – Torrent Search Engine

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img