A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Ada sebuah sistem operasi lagenda yang dahulunya dikenali sebagai BackTrack. Sistem operasi Linux tersebut amat popular dikalangan para penguji kerentanan/sekuriti pada sesebuah sistem/laman web/pelayan.

Setelah mengalami beberapa evolusi, akhirnya BackTrack telah dijenamakan semula, bertukar nama kepada Kodi. Ehhh, maksud saya, Kali Linux.

Kali Linux Gnome

Jadi apa pula yang baharu dalam versi Kali kali ini? Huh. Kenapa la nama dia Kali. -_-

Pembaharuan kali ini membawakan persekitaran desktop yang berbeza-beza mengikut kepada pilihan pengguna itu sendiri secara lalai (default) untuk dimuat turun.

Persekitaran desktop yang telah disediakan ialah Gnome (seperti paparan skrin yang anda lihat pada gambar cover di atas), LXDE, MATE, XFCE, E17, dan KDE.

Enlightenment 17 (E17)

 

KDE

 

LXDE

 

MATE

 

XFCE
Kali Linux juga telah pun menggunakan konsep ‘rolling release’ seperti Arch Linux, yang mana ia akan mengemaskini sistem operasi secara keseluruhannya ataupun aplikasi-aplikasi secara individual dengan konsisten (bleeding edge) tanpa mempunyai versi-versi setiap beberapa bulan, contohnya Ubuntu.
Atas sebab itu pengguna adalah digalakkan untuk mengemaskini sistem operasi mereka ataupun muat turun ISO terbaru yang telah dilepaskan.

 

Muat turun Kali Linux 2016.2 dengan mengklik pada butang di bawah.


Download Kali Linux 2016.2

Sumber : Kali Linux