Top 10 Add-ons Kodi 2016 : Strim IPTV, Video, Filem Secara Percuma Di Televisyen Anda

Sebelum ini, saya telah memberikan tutorial bagaimana cara menggunakan Kodi untuk menonton/strim kandungan-kandungan dalam add-ons yang boleh dipasang melalui repo atau fail zip.
Dengan add-on yang betul, pelbagai video, filem, lagu, dan IPTV boleh distrim secara percuma dan juga berbayar.

Berikut saya senaraikan 10 add-ons yang saya sendiri gunakan untuk menikmati Kodi dengan menyeluruh. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan dari add-ons ini boleh didapati melalui repo Fusion dan Super Repo. Ada sesetengah ‘penggiat Kodi’ menggelar Super Repo sebagai ‘ibu kepada segala add-on’.

1. Exodus

Dengan Exodus, saya dapat menikmati pelbagai variasi filem-filem sama ada yang baharu ataupun lama. Selain filem, rancangan TV juga ada di dalamnya. Exodus boleh dipasang melalui repo http://fusion.tvaddons.ag, dan cari fail zip bertajuk repo.exodus.x.x.x.zip untuk memasangnya.

2. Specto (Fork)

Specto juga sama seperti Exodus, terdapat ratusan filem-filem yang dapat distrim secara terus. Tak lupa juga siri TV yang menarik seperti The Flash dari musim pertama dan kedua juga ada di dalamnya. Specto boleh dipasang melalui repo http://kodi.filmkodi.com.

3. Suaji

Ahaaa, jangan tak tahu, add-on ini dibuat/dibangunkan oleh orang kita. Dengan add-on ini, dari IPTV Malaysia (TV1, TV2 dan lain-lain) dan juga rancangan-rancangan televisyen/filem dapat ditonton tanpa perlu anda cari dari encik Google lagi.

Anda boleh muat turun add-on ini pada pautan berikut : repository.malaysia.suaji-1.0.0


4. SALTS – Stream All The Sources

Add-on seterusnya ini memang menarik, Menunya ringkas sahaja, tetapi senarai filem dan ‘TV Shows’ yang ada sudah cukup untuk anda ‘layan’ ketika hari anda bercuti. Apa yang menarik kualiti filem tidak menghampakan, kerana kualiti paling rendah sekalipun adalah ‘HDRip’. Heheh.

Mana nak dapat? Repository Fusion. Mudah bukan?
Fail zipnya adalah – repository.tknorris.release.

5. Phoenix

Sejujurnya saya bukanlah peminat add-on ini, cuma jika anda rajin ‘menelaah’ dan menangani ralat-ralatnya (terutamanya jika anda menggunakan Kodi versi Krypton), maka anda boleh menggunakan ia semaksimum mungkin. Setakat ini rasanya ia belum serasi (compatible) dengan Krypton kerana tiada lagi pautan strim yang saya dapat tonton. Hmmm. -_-

Ia juga boleh dipasang melalui repo Fusion seperti Exodus dan SALTS di atas. Fail zipnya adalah – repository.xbmchub.

6. All Wrestling

Hahah! Malas nak intro lebih-lebih. Cukup sekadar anda tahu, kalau anda peminat sukan gusti profesional, maka add-on ini wajib anda pasang. Ia juga terdapat di dalam repo Fusion, dan anda boleh pasang menggunakan fail zip – repository.rayw1986.

7. LayanOn9 / CiterKita

Heheh. Sebenarnya saya tak layan sangat filem-filem Melayu, tetapi sekali-sekala teringin juga nak tonton balik ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ataupun ‘Polis Evo’. Dengan add-on LayanOn9, rancangan Lawak Ke Der 2016 pun ada, boleh layan sampai ke pagi.

Anda perlu menambah ke dalam ‘Source’ melalui File Manager URL di bawah untuk dapat memasangnya:

http://repo.ares-project.com/magic/

Tutorial? Boleh rujuk tutorial saya sebelum ini. Semuanya ‘lebih kurang’ serupa sahaja.


8. Mr Network TV

Ini juga merupakan satu lagi sumber untuk anda, jika anda peminat setia filem-filem Melayu. Kalau nak layan ‘Munafik’ tu boleh sangat. Direct sumber dari Pencuri Movie nampaknya. Heheh.

Sumber untuk digunakan : http://gen-tec.co/gentecwiz/

Fail zip : repository.projectmrnetwork

Repo : Mr Network TV

9. Ares Paranormal

Buat anda yang meminati kajian-kajian paranormal dan juga kumpulan-kumpulan pengkaji paranormal yang popular seperti Ghost Adventures, anda perlu pasang add-on ini. Pelbagai pilihan ada untuk anda tonton. Cuma jangan tonton seorang diri di waktu malam ya.

Addon ini ada di dalam repo Ares Project (boleh cari sebaris dengan LayanOn9).

10. 123Movies

Ini adalah alternatif kepada semua di atas, apabila anda sudah buntu dan tidak tahu lagi hendak tonton apa, anda boleh cuba add-on 123Movies. Mungkin ia tidak sekemas Exodus dan Phoenix, tetapi senarai filem yang ada boleh menyaingi keduanya.

Repo : http://muckys.mediaportal4kodi.ml/

Fail zip : repository.mdrepo

Nota : Kesemua add-ons di atas telah pun saya cuba dan kesemuanya masih lagi dapat digunakan ketika artikel ini dipos. Mana-mana add-on popular lain yang ada disebutkan dalam lain-lain laman atau video di YouTube, sama ada ianya tidak dapat digunakan atau ia tidak serasi dengan Kodi versi 17 yang sedang saya gunakan sekarang.

Kalau anda masih ‘blur’ dan pening/tak tahu nak pasang macam mana, boleh beritahu melalui ruangan komen di bawah.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img