Glosari Terma Dan Istilah Aktiviti Paranormal / Pemburu Hantu

Waktu dulu, sewaktu saya sedang aktif dengan Lenovo Photography Group Malaysia, pernah sekali saya suarakan hasrat untuk membuat satu kumpulan pemburu aktiviti paranormal dengan hanya menggunakan telefon bimbit berjenama Lenovo masing-masing.

Meskipun hasrat tersebut tidak terlaksana, namun saya sentiasa mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan ‘pemburu hantu’ seperti Ghost Adventures, yang menggunakan pelbagai peranti moden untuk merakamkan jelmaan-jelmaan.

Jika anda juga seperti saya, bererti anda sudah terbiasa dengan terma-terma yang biasa digunakan oleh mereka (Ghost Adventures dan lain-lain kumpulan). Buat anda yang ingin tahu, di dalam artikel ini saya akan senaraikan beberapa terma yang biasa digunakan oleh mereka beserta sedikit penjelasannya.

Nota : Terma tidak disusun mengikut abjad. Kesemua terma adalah untuk rujukan sahaja.

Nota 2 : Jangan serius sangat weh. Suka-suka je ni. Sekali-sekala kita keluar dari kebiasaan artikel gajet/peranti/tutorial, apa salahnya kan. >.<

Glosari Ringkas Terma-Terma ‘Pemburu Hantu’

1. Apparition : Merupakan jenis jelmaan lembaga dalam keadaan tubuh yang tidak jelas.

2. Electronic voice phenomenon (EVP) : Suara ‘roh’ yang telah dirakam menggunakan perakam suara digital.

3. Magnetometer (EMF detector, gaussmeter) : Peranti yang digunakan untuk mengesan medan magnetik, sejenis medan yang dikatakan ‘dilepaskan’ oleh ‘roh’.

4. Paranormal : Sesuatu yang melepasi ‘tahap’ normal.

5. Poltergeist : Sejenis gangguan paranormal yang akan membuat bunyi bising melalui benda-benda atau barang-barang.

6. ESP : Extrasensory perception – Kebolehan psikik untuk mengetahui sesuatu dengan menggunakan deria yang ke-enam.

7. Ghost : Suatu bentuk jelmaan, kebiasaannya dalam bentuk menakutkan.

8. Hypnosis : Keadaan seakan tidur, yang mana subjek hanya bertindak mengikut ‘cadangan’ luaran (tahap sedar).

9. Psychic : Seseorang yang mempunyai kebolehan mengawal ESP.

10. Orb : Suatu bola cahaya yang diyakini merupakan penampilan paranormal, biasanya pemburu hanti melabel ia sebagai ‘roh orang mati’.

11. Medium : Individu yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus/roh.

12. Levitation : Levitasi, apungan objek melalui psikokinesis.

13. Channeling : Proses di mana medium membenarkan sesuatu (roh) berkomunikasi melaluinya.

14. Residual spirit : Sejenis gangguan jelmaan dalam bentuk berulang, dipercayai perbuatan roh terakam dalam waktu, dan ia akan mengulang semula perbuatannya.

15. Intelligent spirit : Tindak balas dari roh sama ada suara atau sentuhan fizikal, dari roh yang menyedari kehadiran individu atau kumpulan yang diganggu olehnya.

16. OBE – Out-of-body experience : Pengalaman seseorang berada di luar tubuh fizikal.

17. PK – Psychokinesis : Kuasa minda menggerakkan sesuatu tanpa sentuhan fizikal.

18. Place memory : Informasi tentang sesuatu tempat yang tersimpan dalam persekitaran fizikal.

19. White noise : Bunyi seakan mendesis.

20. Precognition : Keboleh meramal sesuatu di luar kebolehan ‘ilmunya’ yang sedia ada.

21. Trigger object : Objek yang digunakan dalam aktiviti untuk menarik perhatian roh.

22. Direct Voice Phenomenon (DVP) : Suara dari roh yang dituturkan secara terus kepada mereka yang menjalankan kajian.

23. Ectoplasm : Unsur bukan material yang berkaitan dengan manifestasi roh.

24. Specter : Jelmaan/hantu.

25. Telekinesis : Pergerakan objek secara paranormal.

26. Vortex : Anomali yang muncul dalam gambar seperti bentuk tali atau corong.

27. Séance : Suatu kaedah berkomunikasi dengan makhluk dari dimensi ke-empat atau terma tempatannya – pemanggilan arwah.

28. Exorcism : Ritual untuk menghalau hantu/rasukan.

29. Shadow People : Entiti berbentuk bayang-bayang.

30. Audible Voice Phenomena (AVP) : Suara/teguran yang didengari secara terus oleh para pemburu.

Hmmm, rasanya cukup dahulu setakat ini. Pening juga sebenarnya nak terjemah dan terangkan istilah-istilah ini ke dalam bahasa Melayu. Ok, apa lagi istilah atau terma yang anda ingin saya tambah? Sila komen jika anda rasa ada yang anda mahu ia ada di dalam senarai ini.

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img