Utama Blog Laman 176

Panduan Menggunakan Kodi Untuk Tonton Saluran TV Dan Filem Secara Percuma

0

Kodi adalah aplikasi/perisian yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Namun sedikit introduksi, Kodi membolehkan penggunanya untuk menonton kandungan-kandungan di internet secara percuma. Ianya adalah alternatif terbaik kepada saluran mainstream di Malaysia yang dimonopoli oleh Astr*. Jika digabungkan dengan Android Box bersama langganan saluran televisyen di Malaysia ini, maka lengkaplah pengalaman anda sebagai seorang penonton tv yang tegar.

Mana nak dapat Android Box dan langganan? Oh, itu kena cari sendiri di Facebook. Ramai penjual dan peniaga yang telah lama berkecimpung bersedia untuk membantu anda memulakan langganan. Android Box dijual serendah RM180 hingga RM400+ bergantung kepada spesifikasinya.

Seperti yang dijanjikan, ini adalah tutorial cara menggunakan Kodi (versi 17 beta 1) untuk anda dapat menonton beratus bahkan boleh jadi beribu saluran televisyen secara strim, atau boleh juga menonton filem-filem melalui contoh repo yang akan saya perkenalkan.

Sebelum itu, mari kita berkenalan dahulu dengan bahagian-bahagian Kodi 17 Krypton ini. Paparan antaramuka penggunanya sudahpun berubah berbanding versi Jarvis, atas sebab itulah saya tergerak untuk menulis tentangnya.

Baiklah. Tutorial kali ini kita akan gunakan repo Exodus yang penuh dan sarat dengan filem-filem pecah panggung di dalamnya. Sesiapa yang ‘kaki movie’ memang akan ‘pecah otak’ pula layan semua yang ada kerana ia memang sentiasa dikemaskini.

Lihat pada gambar di atas. Terdapat 4 kotak di bawah. Dari kanan, ianya adalah File Manager, Favorite, Settings, dan Power.

Di atas pula terdapat menu yang memaparkan Movies, TV Shows, Music, Add-ons, Pictures, Videos, dan Weather.

Jika anda klik pada Add-ons, akan keluar pula paparan seperti di atas. Kotak di bawah tersebut ialah Settings, Refresh dan Add-ons Browser. Boleh faham kan?

Sebelum memulakan apa jua langkah, anda perlu klik terlebih dahulu pada Settings, dan halakan kepada bahagian Add-ons. Sila klik pada ‘Unknown sources’ untuk memasang Add-ons dari sumber luar.

Klik ‘Yes’.

Ok, ohsem. Kita ke langkah seterusnya pula.

Klik pada File Manager. Anda akan dapat lihat pelbagai pilihan ada di situ. Klik ‘Add source’. Tetingkap seperti gambar di atas akan muncul. Seterusnya klik pada ‘None’.

Taipkan URL : http://fusion.tvaddons.ag

Klik ‘Done’.

Namakan semula ia kepada Fusion atau apa-apa nama yang anda mudah untuk ingati. Nak bubuh Exodus pun tiada masalah.

Kemudian, anda klik pada Add-on Browser – Install from zip file.

Cari repository yang telah anda tambah sebentar tadi iaitu Fusion. Di dalamnya terdapat beberapa folder. Cari folder xbmc-repos – english – repository.exodus.1.0.1.zip (atau apa jua versi yang dikemaskini).

Lihat gambar di atas. Terdapat paparan notifikasi ‘Exodus repository – Add-on enabled’. Anda boleh terus hala ke Install from repository – Video add-ons – Exodus – Install.

Dah klik Install seperti di atas? Ok, tunggu hingga ada notifikasi ‘Add-on enabled’.

Yeahhh, Exodus telah pun dipasang! Sekarang anda dah boleh layan filem-filem gempak terbaru yang ada dalam addon ini.

Gambar di bawah adalah contoh ya.

Layan filem Now You See Me 2 beserta sarikata. Ohsem.

Baiklah. Cukup setakat ini dahulu. Untuk teaser post blog seterusnya, lihat pula gambar di bawah.

Oh ya, yang ini saya tengah layan WWE Wrestling, saluran televisyen strim yang boleh digunakan melalui add-on PVR IPTV Simple Client. Anda mau? Nantikan ia!

Views: 104

Iklan Newspaper Inline

Kenali ‘Hacker’ Pertama Yang Menggodam Facebook

0

Baru berjaya ceroboh satu akaun pengguna dengan phishing anda sudah mengaku diri anda sebagai Hackers? Oh sedih betul! Teringat pula kami dengan kisah “Facebook Hackers Has Been Hacked” dulu, sepi betul beliau selepas akaun peribadi facebook nya sendiri digodam. Oh itu mungkin cerita lapuk.

Seperti yang anda tahu, facebook merupakan patform sosial no 1 di dunia dengan pengguna yang paling ramai. Jadi sudah tentu facebook sangat mengambil berat tentang isu keselamatan mereka. Sehingga ke hari ini sudah banyak perentas dari kalangan white hat menemui kelemahan-kelemahan yang ada pada laman facebook.

Anda boleh lihat menerusi pautan ini: https://www.facebook.com/whitehat. Kalau perasan ada beberapa orang hackers dari Malaysia, kami cuma mampu tumpang bangga!

Masih ingat lagi anda dengan emotikon :putnam: ? Emotikon kepala seorang budak lelaki mendonggak ketas. Siapakah dia sebenarnya?

Dia adalah Chris Putnam, individu pertama yang berjaya merentas facebook melalui virus ciptaannya sendiri dengan mengexploitasi kelemahan pada XSS (cross site scripting). Apa yang lebih menarik apabila dia berjaya  mengubah paparan facebook kelihatan seperti laman Myspace. OMG sungguh!

Kini Chris Putnam merupakan salah seorang engineer hebat yang ada dibelakang Facebook.com. Itulah sejarah menarik disebalik emotikon :putnam: individu yang sama menyebabkan facebook kelihatan seperti Myspace dan bagaimana dia dapat bekerja di Facebook!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

TrackR: Peranti Kecil Ini Boleh Jejak Kereta Anda Melalui Telefon Pintar

0
Andakah anda pernah kehilangan kereta? Atau apa-apa barang seperti kunci, beg duit dan lain-lain? Jika ya, kami rasa anda perlukan alat pengesan ini. Ini adalah teknologi baru yang akan membantu anda mengesan barang-barang dengan mudah!

Alat penjejak TrackR ini berupa peranti kecil yang mampu dikesan melalui telefon pintar. Rekabentuk dan saiznya yang kecil memudahkan ia untuk diletakkan di mana-mana. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan peranti ini pada kereta kesayangan anda dengan menyerokkan pada bahagian sulit tanpa diketahui orang lain.

Kebiasaannya tawaran perkhidmatan seperti pejejak ini sangat mahal, Tetapi dengan TrackR, siapa sahaja mampu memilikinya. Sekarang lupakan tentang GPS atau lain-lain perkara yang merumitkan. Cuma tinggal ubah tetapan dan alat ini sedia bekerja untuk anda.

Plug & Play” alat ini bukan sekadar mampu mengesan kereta anda, malah ia juga boleh digunakan untuk semua benda. Lepas ini tak perlu takut kereta hilang lagi!

Maklumat lanjut: TrackR

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Digi Memberikan Data Ekstra Kepada Pengguna Pascabayar, Promosi Tamat Esok!

0

Haih la Digi. Kot ye pun nak buat promo, buat la lama sikit. Tapi apapun, promosi yang berlangsung hingga esok ini nampaknya masih sempat lagi untuk dituntut oleh para pengguna pelan pascabayar Digi, yang mana mereka akan diberikan lebihan data sebanyak 888MB.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah muat turun dan gunakan aplikasi MyDigi untuk mendapatkan data ekstra percuma tersebut. Anda boleh ikuti langkah-langkahnya melalui gambar-gambar di bawah ini ya.

Buka aplikasi MyDigi

 

Pilih Add-ons

 

Pilih 888MB MyDigi Reward

 

Pilih Confirm Purchase

 

Wallah!

 

Tu dia, data ekstra dah pun diperoleh!
Tapi anda kena pantas la ye. Promosi ini tamat esok. Kalau lambat memang melepaslah. Data ekstra tersebut pula tempoh sah adalah selama 5 hari. Tak rugi ambil peluang yang sekali-sekala datang ini.
Sumber: Lowyat.net

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Android Nougat ‘Kurang Sedap’, KitKat Masih Jadi Pilihan Pengguna

0

Seperti yang anda tahu, Android baru sahaja melancarkan versi 7.0 mereka yang diberi nama sebagai ‘Nougat’ pada 23 ogos 2016 baru-baru ini.

Sistem operasi baru ini dikatakan lebih stabil, ringan, pantas dan diperbaharui dengan berberapa fungsi di antaranya ialah fungsi multi-windows, panel notifikasi yang lebih interaktif, penambahan emoji baru dan banyak lagi.

Walaupun sudah dikemaskini kepada versi yang lebih baik dari yang sebelumnya, android Nougat sayangnya masih dinilai sebagai ‘kurang sedap’ digunakan oleh kebanyakkan pengguna android.

Ini terbukti berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh laman Google Android Developer sendiri. Menurutnya, kebanyakkan dari pengguna android masih lagi selesa menggunakan sistem operasi lama iaitu 4.4 (Android KitKat)

Melalui statistik di atas, kita boleh lihat pengguna OS Marshmallow berada dalam lingkungan 15%, kemudian menyusul dengan Lollipop dengan angka 14% (versi 5.0) dan 21% (pada versi 5.1). Manakala android KitKat masih berada pada tangga teratas dengan pencapaian sebanyak 29%.

Ini bukan kali pertama KitKat menduduki tangga teratas di dalam carta. Pada tahun lalu, sebelum Marshmallow dilancarkan, KitKat juga masih menjadi OS Robot Hijau paling popular dengan menguasai hampir 39%.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

5 ‘Tools’ Percuma Untuk Lihat Statistik Pengunjung Di Blog

0

Bagi mereka yang serius tentang blogging,mengetahui statistik pengunjung di blog adalah sangat penting. Kali ini kami akang berkongsi dengan anda 5 cara paling mudah untuk mengetahui statistik di blog anda.

Dibawah ini adalah 5 laman web yang menyediakan perkhidmatan “web statistic tool” untuk blog/web anda secara percuma.

1. Google Analytics

Google analytics mungkin adalah yang paling banyak digunakan oleh pemilik laman web/ blogger untuk mengetahui jumlah statistik pengunjung. Google analytics bukan sahaja memberikan statistik trafik yang tepat, malah boleh mengesan lokasi, sistem operasi dan juga jenis pelayar web yang digunakan pelawat.

2. Histats.com

Histat.com lengkap dengan ciri-ciri yang diperlukan untuk mengetahui statistik pengunjung. Histat.com menawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Tampilan dashboard yang mesra pengguna dan mudah digunakan.

3. Sitemeter.com

Sitemeter adalah diantara salah satu penjejak trafik yang sangat popular dan banyak digunakan oleh laman web terkenal seperti lifehackers, gizmodo, kotaku dan banyak lagi.
Sitemeter terdapat dengan 2 caj perkhidmatan yang berbeza samada percuma ataupun berbayar (premium).

4.Onestatfree.com

One Stat juga menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Dengan meletakan banner one stat di blog anda, anda bukan sahaja mendapat laporan statistik pengunjung, malah dapat bersaing dengan laman web yang lain didalam carta one stat. Salah satu cara yang bagus untuk mendapatkan publisiti

5.StatCounter.com

Statconter mimiliki antara muka yang ringkas dan kemas, mudah digunakan dan percuma, kelemahan stat counter ialah mereka tidak memberikan statistik yang tepat seperti, keyword, sumber trafik dan maklumat lain yang berguna.

Sekian sahaja tentang 5 ‘Tools’ Percuma Untuk Lihat Statistik Pengunjung Di Blog. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun cadangan, anda boleh tinggalkan mesej di dalam kotak mesej facebook kami untuk maklum balas super pantas! Terima kasih.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kodi Versi 17 [Beta 1] Semakin Cantik Dengan Tema Estuary Dan Estouchy

0

Ada sesiapa lagi yang tak tahu ke tentang Kodi ini? Kalau ada sesiapa yang masih belum kenal, ia adalah sebuah hub hiburan atau dalam bahasa omputihnya ‘media center’. Dahulunya dikenali sebagai XBMC, tapi atas sebab tidak mahu lagi dikaitkan dengan derivatifnya serta Xbox, maka ia dijenamakan semula kepada Kodi.

Ok, cukuplah setakat itu pengenalan tentang aplikasi ini.

Buat yang belum tahu juga, Kodi versi 17 telah membawakan pembaharuan kepada paparan antaramuka pengguna dengan dua tema iaitu Estuary dan Estouchy.

Anda boleh tonton dahulu video tentang paparan antaramukanya melalui video di bawah.

Ini pula adalah contoh paparan skrin yang sempat saya ambil dari lappy sendiri.

Memang cantik, memang terbaik. Artikel seterusnya saya akan cuba tuliskan pula bagaimana cara untuk kita gunakan Kodi ini sebaik mungkin untuk dapat strim secara percuma semua saluran tv yang menarik di seluruh dunia.

Sesiapa yang berminat untuk memang Kodi ini bolehlah muat turun di sini : Download Kodi

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cubic: Kamera Mini Untuk ‘Kaki Selfie’ Pada Harga Serendah RM199

0


sumber gambar

Berita baik untuk penggemar ‘Selfie’, memperkenalkan kamera Cubic Mini yang direka khas untuk anda yang suka ‘selfie’. Pilihan kamera mini yang menarik dan mudah dibawa kemana-mana. Tambahan pula, ciri-ciri yang ada pada kamera ini tidak kurang hebatnya.

Ini sebagai alternatif pilihan yang lain sahaja, itupun kalau anda rasa kamera pada telefon anda kurang baik. Kamera Cubic ini dilengkapi dengan resolusi gambar setinggi 13 mega pixel. Memang sangat sesuai untuk gambar.

Kamera ini mempunyai sambungan wi-fi dengan fungsi remote pada telefon pintar. Untuk pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi Cubic Camera melalui Play Store manakala pengguna iPhone boleh muat-turun melalui Apple Store.

Harga

Berminat dengan kamera ini, anda boleh dapatkannya dengan harga bermula RM199.00 sahaja. Bergantung kepada pembekal, biasanya dijual sekitar RM450.00 – RM199.00. Pada harga RM199.00 dengan fungsi wi-fi dan kualiti yang dipaparkan, kami rasa kamera ini cukup berbaloi untuk dimiliki.

Maklumat lanjut: Cubic Camera by Altek

Sekarang semua orang boleh ‘Selfie’ dengan gembira tanpa risau masalah kulit kusam! Jangan lupa dapatkan info terkini dari kami terus ke wall anda di facebook!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

15 Pokemon ‘Rare’ Dan Paling Susah Untuk Ditangkap!

0

Dalam permainan Pokemon Go, ada beberapa jenis atau spesies Pokemon yang dikategori sebagai Pokemon ‘Rare’ dan susah untuk ditangkap. Oh ya, maksud kami susah bukan bermakna mustahil untuk ditangkap!

Jika anda dapat tangkap kesemua 15 Pokemon yang kami senaraikan dibawah, kami kategorikan anda sebagai Pokemon Trainer tahap dewa atau mungkin anda cuma bertuah sahaja.

15. Ivysaur: 8% base-capture rate

14. Charmeleon: 8% base-capture rate

13. Wartortle: 8% base-capture rate

12. Raichu: 8% base-capture rate

11. Clefable: 8% base-capture rate

10. Ninetales: 6% base-capture rate

9. Arcanine: 6% base-capture rate

8. Gyarados: 6% base-capture rate

7.Dragonair: 6% base-capture rate

6.Gengar: 5% base-capture rate

5. Venusaur: 5% base-capture rate

4. Charizard: 4% base-capture rate

3. Blastoise: 4% base-capture rate

2. Dragonite: 3% base-capture rate

1. Abra ( Faktor Jarang ditemui )

Apa pun, selamat memburu Pokemon dan bermainlah dengan selamat. Ingat orang tersayang!
Sumber: Otakukart

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Alami Kehebatan 3D Hologram Dengan Microsoft HoloLens

0

Seperti yang diketahui ramai,  Microsoft tidak asing lagi dari pengetahuan Masyarakat, sama ada pakar IT atau pengguna biasa. Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan Realese Date bagi Microsoft HoloLens

Microsoft HoloLens: UK release date and price. Although the HoloLens was announced over a year ago at a January 2016 event (we saw it again at E3 2015), but it was at Build 2016 Microsoft confirmed the Developer Edition would ship on 30 March 2016

Apa itu Microsoft HoloLens?

Jika dilihat, mungkin gajet ini seperti Google Lens. Namun, fungsinya lebih kepada penglihatan 3D Hologram di Dunia nyata.

 

Jadi, Apa yang menariknya Microsoft HoloLens ini? .

Menariknya Microsoft HoloLens ini boleh dikatakan lebih menarik dari Google Glass. Anda boleh lihat video di bawah.

Dari video diatas, pembaca boleh menilai kegunaan Microsoft HoloLens ini . Harga anggaran dalam Ringgit Malaysia adalah dalam lingkungan RM12k bagi Development Edition. 


Bagi yang berminat dan mempunyai kewangan yang kukuh boleh melawat di laman rasmi Microsoft HoloLens untuk langkah selanjutnya.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline