Utama Blog Laman 177

Tingkatkan Prestasi Android Dengan L Speed [Root]

0

Adakah anda sering mencari cara yang lebih baik untuk melajukan atau meningkatkan lagi prestasi sistem operasi Android pada telefon pintar anda?

Sudah puas ‘bermain’ dengan custom ROM, custom kernel, tetapi masih ingin mencari cara lain untuk tambahkan lagi ‘tweak’?

Anda boleh lakukannya dengan menggunakan aplikasi L Speed [Root].

 

 

Apa yang menarik? Oh well, dulu abam suka guna SD Maid. Tetapi SD Maid tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lain untuk tweak Android sesedap rasa. Ada juga aplikasi Kernel Adiutor tetapi ia kurang pula tweaking yang ada dalam L Speed.

Apa yang menarik lagi? Oh ya, seperti paparan skrin yang dapat anda lihat di atas, aplikasi L Speed ini cukuplah mudah untuk digunakan. Hanya tinggal klik pada toggle dan tetapan itu akan terus diaplikasikan pada sistem. Asalkan anda tahu apa yang anda buat, tiada masalah.

Antara tetapan yang ada ialah CPU Tuner, Cleaner, Seeder, Out-Of-Memory (OOM) Killer, Kernel Tweaks, LNET Optimizer, dan lain-lain lagi. Memang sangat banyak dan sangat terasa kepuasannya apabila semua tweak yang biasa kita gunakan ada dalam satu aplikasi.

Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk menukar DNS kepada DNS Google. Jadi, tidak perlu lagi gunakan aplikasi ‘DNS Changer’ yang lain seperti Override DNS.

Klik gambar untuk ke sumber

Muat turun aplikasi: L Speed Android Tweaking App

 

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Night Terrors: Bakal Menghantui Peminat Permainan Aktiviti Paranormal

0

Bayangkan sebuah permainan berkonsepkan ‘realiti tambahan’ (augmented reality) ala Pokemon GO namun ia bertemakan survival seram/ngeri bertempat dalam rumah anda sendiri! Ianya dimainkan di rumah dalam suasana gelap, lampu dipadamkan, dan headphone dipakai bagi mengalami audio khas untuk mendapatkan mood seram.

Sanggupkah anda mengalami pengalaman permainan yang sebegitu?

Jika anda sanggup, maka permainan mobil bernama Night Terrors ini pasti akan menarik perhatian anda apabila dilancarkan sebelum Halloween pada tahun ini nanti.

Dalam Pokemon GO, anda ‘disajikan’ dengan paparan makhluk-makhluk aneh tetapi comel. Namun dalam Night Terrors, pemain akan berhadapan dengan imej-imej hantu yang tampak sangat asli di depan skrin telefon, ‘gangguan-gangguan paranormal’ seperti gambar di dinding yang tiba-tiba jatuh (virtual), dan juga mesej-mesej serta gambar-gambar yang menakutkan akan dihantar.

Permainan yang berasal dari projek Indiegogo ini dijangka akan dilepaskan pada Halloween (atau sebelumnya, merujuk kepada pembangun Novum Analytics).

Anda boleh tonton terlebih dahulu trailer pertama Night Terrors ini.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Awas! 5 Aktiviti ‘Online’ Yang Akan Menyebabkan Anda Di Penjara

0
Terlalu seronok dengan aktiviti online? Hati-hati, ini mungkin di antara sebab kenapa anda bakal bergelar banduan. Dalam dunia maya anda mungkin bebas melalukan apa sahaja, ialah komputer dan internet anda, anda punya sukalah. Betul tak?

Tapi nanti dulu, anda beberapa negara mencatur sesetengah aktiviti online sebagai perkara yang menyalahi undang-undang. Jadi hati-hati dengan perkara yang kami senaraikan ini.

1.Menari Di Dalam Video


Bunyi macam kelakar, tapi ini kenyataan. Di Tehran, Iran 6 orang remaja dikenakan hukuman 91 sebatan dan 1 tahun penjara kerana memuat naik sebuah video di Youtube. Video dari lagu Pharrel Williams bertajuk ‘Happy’. Sebabnya mereka berjoget di tugu peringatan perang ke dua di Rusia.

Video:

2. Menggunakan Skype


Peraturan pelik di negara Ethiopia. Setiap orang yang tertangkap menggunakan sebarang layanan VOIP (Voice Over the Internet Protocol) akan dipenjarakan. Ini merupakan peraturan baru yang ditetapkan oleh pihak pemerintah, ianya termasuklah layan VOIP seperti SKYPE.

3. Menghapus ‘Browser History’ Di Komputer


Seorang remaja lelaki bernama David Kernell dipenjara kerana memadam browser history komputernya. Pelajar University of Tennessee ini disyaki melakukan aktiviti hacking pada akaun ‘Yahoo’ peribadi presiden Amerika iaitu Sarah Palin.

4. Membuka Sambungan Wi-Fi Secara Umum


Hati-hati ketika berkongsi sambungan Wi-Fi kepada umum. Seorang lelaki bernama Barry Covert secara tidak sengaja membuka sambungan Wi-Fi kepada umum menyebabkan dia dipenjara. Ini kerana ada individu yang melayari laman web pornografi kanak-kanak melalui sambungan Wi-Fi beliau. Huh, sedih juga.

Sebab itulah kami tidak suka berkongsi sambungan. Bukan kedekut kuota, tapi takut ada yang menyalahgunakannya. Opss!

5. Hina Status Facebook


Malaysia. Seorang remaja berumur 19 tahun dari Pasir Mas, Kelantan direman selama 4 hari kerana disabitkan dengan kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur menghina sultan di facebook.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

OMG!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cerpen Sci-Fi Thriller ‘Tetamu Dari Bima Sakti’ Oleh Salleh Kausari

0

Cerpen pertama dari Salleh Kausari yang saya baca bertajuk ‘BARAN’. Ianya adalah cerpen thriller paling membuka minda yang pernah saya baca selama hidup ini. Dari situ, saya dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa pada idea-idea beliau. Ianya diluar kotak pemikiran dan adakalanya babak-babak dalam cerpen beliau begitu mendebarkan.

Atas sebab itu, saya ingin bantu beliau untuk mempromosikan antara karya-karya beliau yang menarik untuk dibaca ketika waktu lapang anda. Siapa tahu, dari penulisan beliau akan timbul idea-idea menarik untuk anda pula gunakan dalam kehidupan?

Sedikit sinopsis dari cerpen terbaru beliau iaitu ‘Tetamu Dari Bima Sakti’ yang bergenre ‘Saifai Thriller’ (Sci-Fi Thriller):

Airel sedang mencari ilham untuk nomik (novel komik) yang terbaru apabila dia bertemu seorang lelaki bernama Zaidi. Pertemuan itu bukan sekadar pertemuan biasa kerana dia mendapat ilham yang dicari dan rahsia tentang galaksi dan cakerawala.

Jom baca cerpen penuh beliau pada pautan ini : Tetamu Dari Bima Sakti

Sekiranya anda ada ‘projek-projek’ menarik atau apa-apa soalan ingin diajukan, anda boleh hubungi saudara Salleh Kausari melalui profil FB beliau : Salleh Kausari

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Free Download Manager Alternatif Kepada IDM

0

Beberapa bulan yang lalu kami menerima mesej melalui inbox facebook oleh salah seorang pembaca omghackers.com supaya mencadangkan beberapa perisian lain sebagai alternatif selain dari IDM (Internet Download Manager).

Untuk kaki download yang selalu guna IDM tapi ada masalah IDM tidak boleh digunakan disebabkan faktor crack, invalid key atau lain-lain, kami cadangkan anda guna perisian percuma ini pula.

Free Download Manager.

Free Download Manager merupakan ‘download manager’ percuma dan boleh dikatakan paling popular digunakan. Ini kerana ia hampir 90% sama seperti IDM. Dilengkapi dengan fitur built-in, Free Download Manager memaparkan paparan antara muka yang mesra pengguna dan sangat mudah digunakan.

Proses muat turun jadi lebih pantas dengan Free Download Manager. Oh ya, ia juga menyokong 30 bahasa iatu: Macedonia, Serbia, Albania, Kroasia, Korea, Arab, Portugis Brasil, Bulgaria, China Tradisional, China, Ceko, Jerman, Belanda, Perancis, Ibrani, Hungaria, Itali, Poland, Portugis, Brazil, Rumania, Rusia, Slovakia, Spanyol, Swedia, Turki, Uzbek, Yunani, Vietnam, Slovenia dan Persi.

Muat turun sekarang: Free Download Manager

Jangan lupa like dan follow kami di Facebook

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Menyasarkan Pemain Pokemon GO Dengan Ancaman SMS Phishing

0

Masih lagi berkisar tentang Pokemon GO, tidak cukup dengan ancaman ransomware yang sudah sememangnya membimbangkan, kini pemain Pokemon GO juga diancam dengan penipuan (scam) SMS Phishing (Smishing).

Dalam pergerakan penipuan ini, penggodam telah cuba memperdayakan mangsa dengan menghalakan mereka kepada laman web yang dibuat khas untuk phishing, dengan nama  Pokemonpromo.xxx.

Menurut sumber dari AdaptiveMobile, penggodam menghantar beribu-ribu SMS ke pemain di Amerika Utara, yang mana ia mengandungi URL ke laman web phishing menyerupai laman web Pokemon GO. Laman itu menawarkan ganjaran kepada pemain sekiranya mereka merujuk 10 orang rakan. Pun begitu, ia telah dinyahaktif dan telah pun ditanda sebagai laman phishing.

Laman palsu Pokemon GO

Selain itu, terdapat juga penipun berasaskan tawaran 14,500 Pokecoins apabila pemain mengumpulkan 100 mata. Mesej tersebut mengandung pautan pemendek URL Google yang akan menghalakan mangsa kepada laman web spam. Penipuan lebih kurang serupa menawarkan giveaway Pokecoins kepada pemain dengan syarat mereka kongsikan kepada 5 orang rakan, bertempat di laman web bernama pokemon.vifppoints.xxxx.

Sebuah laman web phishing yang dinamakan sebagai ‘Pokemon Generator’ dikatakan akan menarik perhatian pemain untuk memberikan maklumat kata nama pengguna beserta kata laluan supaya Pokecoins dapat ditambah ke dalam akaun mereka.

Laman penipuan Pokecoins

 

Contoh SMS Phishing
Pesanan khidmat masyarakat dari kami, mungkin anda adalah seorang yang ‘pakar’ kerana tidak mungkin akan tertipu dengan penipuan-penipuan seperti ini, tetapi kawan-kawan anda, adik-beradik, atok, opah, kucing, tak mungkinlah semuanya IT-geek seperti anda. Jadi jika anda dapat bantu mencegah daripada terjadinya penipuan seperti ini di kalangan orang yang anda kenali, silalah lakukannya.
Semoga semua pemain tidak tertipu dengan muslihat licik dari mereka yang hanya ingin menangguk di air akuarium yang jernih. Easy money, sapa tak mau maaa.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Mengeksploitasi Populariti Permainan Pokemon GO Dengan Mencipta Pokemon GO Ransomware

0

Permainan Pokemon GO sememangnya sudah menjadi satu tajuk yang signifikan dalam bual bicara masyarakat apabila ada yang sanggup menceroboh kem askar dan menyamar sebagai anggota semata-mata untuk menangkap watak realiti virtual itu.

Dari kanak-kanak, remaja, hinggalah golongan umur pertengahan tergila-gilakan permainan ini dek kerana interaksi sesama pemain dan kenangan waktu kecil terimbau kembali sewaktu bermain.

Namun juga kerana kehebatan populariti permainan Pokemon GO ini, para penggodam yang mahir telah meletakkan mata mereka kepada cara paling mudah mendapatkan sumber kewangan dengan mencipta kaedah eksploitasi melalui permainan tersebut.

Dengan itu terciptalah satu ransomware terbaru berasaskan Pokemon GO.

Ancaman terbaru itu telah didedahkan oleh pengkaji sekuriti Michael Gillespie dan dianalisis oleh Bleeping Computer. Menurut mereka, ransomware tersebut masih lagi belum sepenuhnya dibangunkan akan tetapi penggodam-penggodam yang membangunkan ia sedang cuba menyiapkan dan seterusnya melakukan sebaran ke serata dunia.

Kaedah Sebaran

Ianya boleh dilancarkan melalui sebuah fail pemasang dengan nama PokemonGo.exe. Apabila mangsa memasang fail tersebut, proses enkripsi akan dimulakan. Setelah itu satu kekunci registry akan ditambah untuk menyahaktif akaun admin baharu, dengan nama ‘Hack3r’.

Masalah bertambah apabila fail kekunci registry ini bukan sahaja menyahaktif akaun admin, ia juga akan melakukan salinan ke direktori root dan mencipta autorun yang akan menjadikan ia tidak dapat dikesan meskipun mangsa boot semula perantinya. Ia juga dapat merebak ke peranti USB, dengan menambah fail autorun yang akan melancarkan fail pemasang secara automatik.

Setelah semuanya berjaya dipasangkan, ransomware akan bertindak mengekstrak satu sumber yang ditempatkan dalam fail pemasang dan menyimpannya dalam folder Startup mangsa. Sumber ini juga adalah satu fail pemasang yang dikonfigurasi untuk bermula secara automatik apabila mangsa cuba log masuk ke komputer. Apabila dimulakan, ia akan memapar satu screensaver gelap beserta Pikachu dan nota tebusan dalam tulisan berbahasa Arab.

Jika anda dijangkiti, anda boleh cuba hubungi sumber di bawah untuk mendapatkan satu decrypter secara percuma. Apapun pesanan saya, berhati-hatilah sebelum memasang apa-apa terutamanya jika ia berkait rapat dengan sesuatu yang sedang trending. Sekali anda dijangkiti, terlalu banyak yang perlu dilakukan untuk menghapuskan ‘jangkitan’. Lebih baik cegah sebelum akaun bank anda parah.

Sumber : Bleeping Computer

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Twitter Sekat Lebih Dari 360,000 Akaun Berkaitan Isu Pengganas

0

Tidak dinafikan, penggunaan jaringan sosial seperti Twitter ini semakin mendapat sambutan hebat dari hari ke hari. Dalam penggunaan media sosial, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada bagaimana cara anda menggunakannya.

Baik atau tidak? Terpulang.

Kuasa internet boleh menghubungkan manusia di seluruh dunia tanpa sempadan. Kami boleh katakan internet hari ini sudah menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak.

Twitter, syarikat microblogging terkenal ini baru-baru ini memberitahu bahawa mereka telah menyekat lebih dari 360,000 pengguna akaun Twitter yang mana disabitkan dengan isu pengganas ‘ISIS‘.

Pada febuari lepas, Twitter telah menutup lebih dari 125,000 akaun atas alasan berkaitan dengan unsur keganasan khasnya negara-negara islam seperti Iraq. Menurutnya ini adalah salah satu usaha untuk menghalang mereka dari berhubung di antara satu sama lain.

Apa pun alasanya, bagi kami dunia siber ini sangat luas. Sedangkan internet itu sendiripun masih misteri siapa orang pertama yang menciptanya.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Ringkas Google Duo: Trending Sudah Aplikasi Panggilan Video Percuma Ini

0

Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel sebelum ini, nampaknya memang benar, kini Google Duo telah menjadi aplikasi trending seluruh dunia apabila ia dilepaskan untuk dimuat turun.

Dengan ‘moto’ ‘Face to face with just a tap’, nampaknya perkara tersebut sememangnya benar apabila setelah anda menyudahkan tetapan yang amatlah mudah, apa yang tinggal hanyalah mencari kenalan yang berada dalam senarai kontak, dan terus tekan butang panggilan. Duo akan dengan segera menghubungi kenalan tersebut.

Saya tak sempat hendak mengambil paparan skrin tetapan (kerana sedikit teruja punya pasal), namun apa yang boleh saya katakan, sama seperti WhatsApp, ia hanya memerlukan nombor telefon pengguna yang kemudiannya akan digunakan untuk pengesahan dengan menerima satu kod melalui SMS.

Duo seterusnya akan mengesahkan SMS yang dihantar, dan boom! Anda sudah pun berada pada paparan antaramuka Duo yang teramat ringkas dan tidak berserabut. Mudah difahami buat para pemula dan kalangan bukan ‘geek dan nerd’.

 

Ahhh, tulis panjang-panjang pun kalau hangpa tak pi cuba sendiri tak guna jugak nohhh..

Klik untuk muat turun —>       Google Duo

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Ransomware Dan Ciri-Cirinya?

1
Sumber gambar pinjam

Berikut mungkin adalah kenyataan daripada Ransomware yang menjangkiti PC/fail mangsa:

“Your files have been encrypted. Pay $500 for a decryption key within 10 days or your data will be deleted — click here for payment instructions.”

Jadi apa sebenarnya Ransomware ini?

Ransomware ialah singkatan daripada perkataan Ransom = tebusan dan Malware/Software. Jadi secara ringkas, ransomware ialah perisian atau malware yang dapat menjangkiti PC atau fail pada PC mangsa, lalu menjadikan ia tidak dapat diakses sekaligus membolehkan penggodam untuk meminta sejumlah wang tebusan sebagai habuan bagi ‘melepaskan’ ia.

Secara umum, ransomware terbahagi kepada dua jenis iaitu Encrypting ransomware dan Locker ransomware.

1. Encrypting ransomware bertindak menggunakan algoritma enkripsi yang hebat. Ia direka khas untuk menyekat fail sistem dan menuntut bayaran sebagai balasan tebusan, sejurusnya memberikan mangsa ‘kunci’ yang dapat membuka kembali fail-fail tersebut selepas bayaran diterima. Antara jenis yang popular ialah CryptoLocker, Locky, dan CryptoWall.

2. Locker ransomware pula bertindak mengunci keseluruhan sistem operasi mangsa, menjadikan ia mustahil untuk diakses. Meskipun fail-fail tidak dienkrip, namun dengan terkuncinya sistem, penggodam masih dapat menuntut wang tebusan sebagai balasan untuk melepaskan PC yang dijangkiti. Contoh dari jenis ini ialah police-themed ransomware dan Winlocker. Terdapat juga satu lagi jenis ransomware yang lebih kurang serupa iaitu Master Boot Record (MBR) ransomware. Apabila MBR ransomware bertindak, proses boot komputer tidak akan dapat dijalankan. Satu nota tebusan dipaparkan pada skrin supaya proses boot dilepaskan daripada jangkitan. Satana dan Petya ransomware adalah yang popular dari jenis ini.

Ciri-Ciri Ransomware:

  • Ia mempunyai ciri enkripsi yang tidak dapat diurai/dipecahkan.
  • Mempunyai kebolehan untuk melakukan enkripsi terhadap semua jenis fail.
  • Dapat menjadikan nama fail berceramuk.
  • Dapat menukar jenis extension fail.
  • Akan memaparkan imej/gambar yang memberitahu mangsa bahawa data-data atau fail-fail PC mereka telah pun dienkrip dan mereka mahukan sejumlah wang sebagai bayaran tebusan.
  • Meminta bayaran melalui Bitcoins kerana kaedah ini menjadikan penggodam tersebut sukar dikesan oleh pihak berkuasa.
  • Tebusan biasanya mempunyai tempoh waktu tertentu untuk menambah aras tekanan kepada mangsa. Apabila mangsa melebihi tempoh waktu tersebut, jumlah wang tebusan akan berlipat kali ganda, dan berkemungkinan juga data akan terus terpadam/rosak.
  • Sukar dikesan oleh antivirus.
  • Menjadikan PC mangsa sebagai botnet.
  • Boleh merebak ke PC lain yang berada dalam rangkaian sama.
  • Mempunyai keupayaan untuk mengekstrak data dari PC mangsa.
  • Boleh menyerang mengikut geografikal yang disasarkan, dan nota tebusan akan diterjemah kepada bahasa yang digunakan oleh mangsa.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline