Cubic: Kamera Mini Untuk ‘Kaki Selfie’ Pada Harga Serendah RM199


sumber gambar

Berita baik untuk penggemar ‘Selfie’, memperkenalkan kamera Cubic Mini yang direka khas untuk anda yang suka ‘selfie’. Pilihan kamera mini yang menarik dan mudah dibawa kemana-mana. Tambahan pula, ciri-ciri yang ada pada kamera ini tidak kurang hebatnya.

Ini sebagai alternatif pilihan yang lain sahaja, itupun kalau anda rasa kamera pada telefon anda kurang baik. Kamera Cubic ini dilengkapi dengan resolusi gambar setinggi 13 mega pixel. Memang sangat sesuai untuk gambar.

Kamera ini mempunyai sambungan wi-fi dengan fungsi remote pada telefon pintar. Untuk pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi Cubic Camera melalui Play Store manakala pengguna iPhone boleh muat-turun melalui Apple Store.

Harga

Berminat dengan kamera ini, anda boleh dapatkannya dengan harga bermula RM199.00 sahaja. Bergantung kepada pembekal, biasanya dijual sekitar RM450.00 – RM199.00. Pada harga RM199.00 dengan fungsi wi-fi dan kualiti yang dipaparkan, kami rasa kamera ini cukup berbaloi untuk dimiliki.

Maklumat lanjut: Cubic Camera by Altek

Sekarang semua orang boleh ‘Selfie’ dengan gembira tanpa risau masalah kulit kusam! Jangan lupa dapatkan info terkini dari kami terus ke wall anda di facebook!

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img