Utama Blog Laman 170

Bayi Lelaki Ini Lahir Dari DNA 3 Individu Hasil Dari Teknik Kontroversi

0

 

Satu pasangan dari Jordan telah cuba untuk mendapatkan anak hampir 20 tahun lamanya. Selepas berkahwin selama sepuluh tahun dan disahkan hamil, beliau mengalami keguguran pula sebanyak empat kali.

Seorang bayi lelaki telah berjaya dilahirkan hasil dari teknik gabungan DNA dari tiga orang individu. Ibunya, yang sebelum ini mempunyai dua orang anak namun keduanya meninggal dunia akibat penyakit yang kurang dikenali serta jarang berlaku, juga pernah mengalami empat kali keguguran, telah melahirkan bayi melalui teknik terbaru yang kontroversi.

Rawatan kesuburan yang dijalankan bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai genetik penyakit (yang jarang berlaku) supaya hamil dan tidak memindahkan penyakit itu kepada bayi yang dikandung. Dalam kes ini penyakit tersebut adalah ‘Sindrom Leigh’, sejenis gangguan saraf yang boleh membawa maut. Ibu tersebut merupakan pembawa penyakit dan meskipun beliau bertubuh badan sihat, DNA-nya masih mempunyai genetik penyakit yang boleh diwariskan kepada bayi.

Akibat dari sindrom Leigh, dua dari anaknya tidak dapat diselamatkan, meninggal dunia pada usia enam tahun, dan lapan bulan. Wanita itu dan pasangannya cuba mendapatkan bantuan dari Dr. John Zhang, di New Hope Fertility Center dalam Bandar New York.

Dr. Zhang telah mengusahakan satu kaedah bagi mengelakkan penyakit mitokondria – kaedah yang beliau namakan sebagai ‘teknik tiga ibu bapa’. Kaedah yang diluluskan di UK ini dipanggil sebagai pemindahan pronuklear, iaitu suatu cara mensenyawakan kedua ovum si ibu dan ovum penderma bersama sperma bapa. Sebelum setiap ovum yang disenyawakan itu mula berbahagi kepada embrio peringkat awal, setiap nukleus akan dikeluarkan. Nukleus dari ovum penderma akan dibuang lalu digantikan dengan nukleus dari ovum ibu.

Disebabkan agama Islam melarang daripada ‘memusnahkan’ embrio, dan ditentang oleh pasangan tersebut, Dr. Zhang menukar pendekatannya dengan cara baru yang beliau panggil sebagai ‘pemindahan nuklear gelendong’. Beliau membuang nukleus dari ovum ibu, dan kemudian memasukkan ia ke dalam ovum penderma – yang juga telah dibuang nukleusnya. Ovum yang dihasilkan tersebut, yang mendapat ‘DNA nuklear’ dari ibu dan DNA mitokondria dari penderma, kemudiannya disenyawakan dengan sperma bapa.

Dr. Zhang bersama kumpulannya telah menggunakan kaedah ini dan berhasil mendapatkan lima embrio, yang akhirnya hanya satu sahaja berjaya berkembang secara normal. Embrio ini kemudian diimplankan ke dalam rahim si ibu dan akhirnya seorang bayi lelaki dilahirkan sembilan bulan kemudian. Bayi itu disahkan sihat tanpa sebarang penyakit.

Kalau anda ‘keliru’ dengan bahasa Melayu, sila baca sumber asal di bawah.

Sumber berita/gambar : New Scientist

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Jualan Apple, iPhone 7 Sembunyikan Masalah Yang Serius

0
kiri iPhone 7, kanan iPhone 7 Plus, kredit to Apple

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikel mengenai produk Apple.
Pernah tak anda terfikir? Bila semua orang tak suka iPhone (jika keluarkan ciri-ciri yang merapu) dan berhenti membeli peranti Apple? Tetapi dengan begitu banyak perniagaan Apple dibina di sekitar telefon pintar, sebarang kejatuhan berterusan dalam jualan tidak dialu-alukan dalam Cuperitno. Malangnya bagi Apple, bukti yang menunjukkan itu hanyalah senario.

Apple pula enggan menyatakan berapa banyak unit iPhone yang telah dijual pada minggu pertama jualan, maka diserahkan kepada penganalisis dan pemasar untuk bekerjasama dengan data pihak-ketiga dan memberikan jawapan yang Apple sendiri tidak mahu beritahu. Ming-Chi Kuo dari KGI Securities telahpun melihat jumlah penghantaran telefon pintar tersebut untuk menyediakan geekerati dengan titik data yang terkini. Data Kuo sepadan dengan sumber-sumber yang lain menggunakan kaedah yang berbeza. Jualan iPhone 7 Plus adalah lebih baik daripada yang dijangkakan, tetapi iPhone 7 tidak bernasib baik kerana jualannya agak jatuh.

Tim Cook dan pasukan beliau telahpun melakukan yang terbaik untuk melemahkan jangkaan jualan telefon pintar terbaru sekitar hujung minggu pertama ia dijual. Jualan dalam talian melalui laman web Apple juga tidak dihantar pada pembukaan hujung minggu, rakan kongsi rangkaian mempunyai kurang stok untuk jual dan ia hampir mustahil untuk berjalan ke Apple Store pada hari pelancaran serta ambil telefon tanpa pre-order.

Setiap pelancaran adalah berbeza dan tiap-tiap pelancaran juga akan mempunyai sesuatu yang mencairkan kuasa perbandingan langsung. Tetapi ini tidak mungkin kerana pelancaran ini adalah jauh berbeza dengan orang lain. Penganalisis tahu hal ini dan mereka buat pembetulan dalam kerja-kerja mereka. Rekod Kuo dapat memberi contoh kedua-dua dalam meramalkan perkakas baru dan perbezaan SKU serta dalam berurusan dengan nombor penghantaran. Pelbagai set data, kesemuanya menunjukkan kepada kesimpulan sama sekitar pretasi sejarah yang lebih lemah daripada iPhone 7 dan 7 Plus.

Malah mengambil kira pertimbangan jangka pendek, Kuo menganggarkan jumlah keseluruhan penghantaran keluarga iPhone 7 pada tahun 2016 berada dalam lingkungan julat 70 hingga ke 75 juta. Itulah sedikit lebih tinggi daripada anggaran sebelum beliau iaitu 65 juta telefom bimbit, yang mana Kuo meletakkan ini disebabkan dwi-kanta yang menarik pada iPhone 7 Plus dan masalah bateri pada phablet Samsung Note 7 yang membawa masuk lebih ramai pengguna kesan daripada masalah tersebut. Dalam perbandingan langsung pada jualan iPhone 6S dan 6S Plus, jualan akhir tahun pelancaran bagai jualan keluarga iPhone 7 merupakan lebih rendah.

iPhone 7 dan 7 Plus menjual jumlah yang mana-mana pengeluar telefon pintar yang lain akan inginkan, tetapi trend yang Apple mendedahkan kembali panggilan pendapat Q1 2016 dan yang berteruskan. Kita telahpun lalui kemuncaknya iPhone, kini jualan telefon pintar iPhone telahpun jatuh. Mungkin design hampir serupa, tak terlalu banyak perubahan, dan model terdahulu masih gagah berdiri.

Jadi, apa pendapat anda mengenai jualan dan pelancaran iPhone 7 dan 7 Plus kali ini?
Adakah bagus atau produk Apple tidak gempak seperti model terdahulu?
Tinggalkan komen anda di bawah 🙂

Source, Forbes

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tweet Donald Trump Ini Adalah Tweet Paling ‘Hangat’

0

Twitter menobatkan tweet dari Donald Trump pada tahun 2012 ini, merupakan tweet yang paling banyak dikongsikan semula semasa perdebatan antara calon presiden malam semalam.

Tweet tentang teori konspirasi pemanasan global itu telah ditekankan oleh Hillary Clinton namun dinafikan oleh Donald Trump bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Namun apa yang nyata, tweet yang telah dipos itu masih lagi terpapar atas talian. Negara China pencipta kepada pemanasan global? Wow Donald, wow.

Lihat di sini

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Menguji Sistem Operasi Hibrid Terbaru : Andromeda

0

Google sudah lama berhasrat untuk menyatukan dua sistem operasi terbaik mereka iaitu Android dan Chrome OS. Setelah perancangan demi perancangan dibuat, Google dikatakan bakal mengumumkan sebuah sistem operasi baharu versi hibrid antara dua sistem operasi tersebut, dinamakan sebagai ‘Andromeda’.

Andromeda tiada kaitan dengan Fuchsia, kerana Fuchsia lebih fokus kepada peranti IoT. Andromeda ini adalah projek yang berasingan, dicipta berasaskan Android dan mengambil banyak ciri-ciri dari Chrome OS.
Tidak pasti sejauh mana jangka hayat antara Android dan Chrome OS, kerana Andromeda dicipta untuk memenuhi keperluan antara pelbagai peranti dan platform, juga dapat dipasang pada telefon pintar, laptop, dan tablet.
Naib President Kanan Android, Google Play, dan Chrome – Hiroshi Lockheimer telah tweet seperti berikut.
Masih belum pasti lagi sejauh mana Andromeda akan diperkenalkan kepada dunia pada 4 Oktober mengikut kepada tweet tersebut, namun apa yang pasti pembikinan Andromeda sememangnya sedang berjalan dengan rancak.Chrome OS adalah sistem operasi Google, yang disasarkan kepada aktiviti dalam talian terutamanya di laman-laman web. Namun dengan gabungan ciri Android pula, ia akan dapat memanfaatkan spesifikasi peranti untuk melakukan kerja-kerja yang lebih kompleks lagi. Atas sebab itulah penyatuan antara keduanya dilihat sebagai sangat signifikan dan kelahiran Andromeda yang dijangka pada 4 Oktober ini bakal terlakar dalam sejarah pengkomputeran.

Harapnya agar ‘satu sistem operasi untuk semua’ bukan lagi hanya sekadar satu moto yang kekal sebagai mitos.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 4, Digelar Flagship Killer ‘Sebenar’ Dengan RAM 8GB Dan Snapdragon 830

0
OnePlus, Never Settle!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Khabar angin mengatakan, OnePlus sedang membangunkan peranti Flagship Killer yang seterusnya, iaitu OnePlus 4.
Kehangatan OnePlus 3 belum lagi reda, sudah keluar khabar angin mengenai OnePlus 4. (Ada yang nak beli OnePlus 3, tetapi stok belum sampai. Ada kala bagus juga OnePlus 2 guna sistem Invite. Tapi ada pros and cons juga sistem tu)

OnePlus merupakan produk telefon pintar yang agak terkenal bagi yang mengetahui kehebatan dia (tapi kalau tanya accessories tak semua yang tahu OnePlus, depa tau OPPO, Huawei dan bertuah kalau tahu Xiaomi huhu) kerana harga mampu milik dan spesifikasi yang tinggi. (Untuk pengetahuan pembaca semua, OnePlus, OPPO dan Vivo di bawah BBK Electronics Corporation. Jadi usah la gaduh para pengguna, kita satu keluarga meh. hahaha)
Malah, peranti flagship sekarang, OnePlus 3 sangat mengagumkan dan mempesonakan pengguna kerana spesifikasi yang canggih.
Jadi, apa yang anda jangkakan mengenai peranti akan datang, OnePlus 4?
Adakah ia Wireless Charging? Dual lens? Tiada 3.5mm jack? Ataupun kalis air?


Spesifikasi OnePlus 4
Mengambil kira semua khabar angin mengenai spesifikasi OnePlus 4 dijangka agak gila-gila dan rasa geram bagi sapa yang baru pakai OnePlus 3. hahaha. Sebab apa geram? Katanya OnePlus 4 ni datang dengan 8 GB RAM dan Qualcomm® Snapdragon™ 830. Tudia baq hang. 8 GB RAM hahaha. 6GB RAM pada OnePlus 3 pun dah terbaik apatah lagi 8GB RAM. Hihihi

Tambahan pulak, OnePlus 4 kemungkinan besar dijangka akan guna Android 7.0 Nougat! (Adakah OxygenOS 4.0.0? atau HydrogenOS 3.0.0? atau Oxygen+Hydrogen=WaterOS 1.0.0? hahaha) serta dijangkakan datang dengan kapasiti microSD 256 GB dan kamera yang mengagumkan iaitu 23 MP kamera belakang di mana ada peningkatan dari peranti terdahulu, 16MP kamera belakang.


Paparan OLED, USB-C port dan sokongan NFC serta beberapa ciri-ciri yang lain turut dimasukkan dalam peranti ini. Semua maklumat yang ada ini, peminat pasti boleh mengatakan bahawa OnePlus 4 ni terlalu maju dan dahsyat untuk peranti yang lain untuk lawan, bukanlah satu perkara yang buruk. Ini bermakna OnePlus 4 ni merupakan matlamat OnePlus untuk jadikan ia sebagai peranti flagship killer seterusnya untuk tahun 2017.

Perlancaran OnePlus 4
Menurut sumber2 yang berbeza, mengatakan bahawa OnePlus 4 ni kemungkinan besar akan dilancarkan pada tahun 2017, dalam lingkungan bulan April hingga bulan May. Tambahan pula, jika ramalan ini benar, OnePlus 4 boleh dijual pada harga sekitar $400 (RM 1,651.54, belum kira GST lagi ni. hahaha). Anggaran tersebut mengikut harga peranti terdahulu (OnePlus 3) hanya harga $300 (RM 1,238.65) hingga $400 (RM 1,651.54). Tapi harga OnePlus 3 bagi pasaran Malaysia ialah RM 1,888 – RM 1,999. Tapi saya beli dekat Satu Gadget Dot Com hanya RM 1,697.17 (Champagne Gold / Soft Gold, Imported Set sebab A3000). Adakah bertuah atau sebaliknya? Huhuhu

Jadi, harus diingatkan bahawa ini hanya khabar angin semata-mata, masih tidak sahih. Walau bagaimanapun, jika khabar angin ni betul maka OnePlus 4 ni mungkin boleh jadi telefon pintar teratas pada tahun 2017 dengan 8 GB RAM, 23 MP kamera belakang dan harga mampu milik. OnePlus pasti ada resipi tersendiri untuk hasilkan OnePlus 4, untuk menjadi telefon pintar yang sangat berjaya yang mampu berdaya saing dengan produk-produk yang lain. Bak kata slogan OnePlus, Never Settle! hehehe

Sumber, iTech Post (beberapa sumber lain di dalam sumber tu. Berapa banyak sumber daa -_-)
P/s : Sila komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan, pendapat ataupun cadangan yang boleh kita kongsi bersama 🙂

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pemilik Stor Ini Cuba Mempertahankan Haknya Di Mahkamah Untuk Menjual ‘Kodi Box’

0

Seorang peniaga nekad mempertahankan ‘haknya’ untuk menjual ‘Android Box’ meskipun diancam dengan tindakan undang-undang ke atasnya.

Brian Thompson, menjadi individu pertama yang didakwa atas kesalahan menjual Android Box di UK, yang membolehkan penggunanya menonton saluran-saluran televisyen berbayar secara percuma.

Beliau dikatakan bertindak sedemikian selepas didakwa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negerinya dan berniat ingin mengetahui sama ada benar apa yang sedang beliau lakukan itu adalah salah di sisi undang-undang.

“Apa yang saya ingin tahu ialah adakah saya melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang. Saya sedar ianya masih belum jelas tetapi saya mahukan keputusan dalam bentuk hitam putih”.”Saya bersedia menerima keputusan mahkamah tetapi buat masa ini setahu saya, saya tidak melanggar undang-undang”, kata Brian Thompson.

Menurut pandangan beliau lagi, beliau tidak mengaku bersalah kerana ‘Android box’ yang dijual tidak hadir bersama Kodi atau lain-lain aplikasi yang seumpama dengannya. Perbuatan memuat turun aplikasi, menggunakan ia untuk memuat turun sesuatu yang mempunyai hak cipta adalah salah, namun beliau hanya sekadar menjual Android Box yang ‘kosong’.

Brian akan didakwa di Mahkamah Teeside pada minggu depan.

Via : The Northern Echo

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

iOS Hacker, Luca Todesco Kembali Dengan Jailbreak iOS 10

0
Dah boleh jailbreak? Auumm. Kredit to @qwertyoruiop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel iOS.
Kali ini topik mengenai kembalinya iOS Hacker, Luca Todesco
Adakah iPhone 7 boleh jailbreak?

Luca Todesco telah pun jawab soalan itu pada screenshot di atas, Cydia running pada iPhone 7. Beliau telah bermain2 meneroka sistem keselamatan pada iPhone 7 menemui sistem keselamatan baru iPhone untuk melindungi peranti tersebut daripada digodam.

Sistem keselamatan baru itu ialah Kernel Patch Protection, (KPP) pada peranti Apple yang baru itu dilaporkan sebagai generasi baru yang mana memerangkap semua penulisan dari dalam kernel pada kawalan memorinya sendiri untuk memperkukuhkan keselamatan. Tambahan pula, cache dari kernel iOS 10 pada peranti tersebut dilaporkan menggunakan beberapa jenis algorithm pemampatan serba baru. Kernel tersebut kekal unencrypted.

Todesco telah pun kongsikan apa yang dia buat pada iPhone 7 dengan Cydia berjalan pada peranti tersebut. Kedua2 iPhone 9,3 dan iOS 10.0.1 jelas kelihatan pada bawah aplikasi Cydia dekat gambar di bawah :

Todesco juga telah menunjuk jailbreak pada iOS 10 berfungsi yang mana beliau memanggilnya yaluX suatu ketika dahulu, dan ia merupakan salah satu daripada hardest jailbreaks untuk dicipta setakat ini sejak KPP Apple direka untuk panic apabila sesuatu yang kelihatan luar biasa pada peranti.

Dari apa yang kita dapat kumpulkan dari teases sebelumnya oleh Todesco, ia kelihatan seperti semi-untethered sama seperti jailbreak Pangu untuk iOS 9.3.3 kerana ia memerluka pengguna untuk melancarkan sideloaded app untuk menyuntik kod pihak-ketiga pada peranti. Ini bermakna penguna harus melancarkan semula aplikasi tersebut dari Home screen tiap kali peranti tersebut reboots.

Walaupun pergelutan, bertarung dan berperang dengan KPP merupakan perkara2 lain, Cydia dapat dilancarkan dengan normalnya pada iOS 10 jailbreak Todesco dan beliau mampu dapatkan Cydia Substrate dan beberapa penyambungan Substrate-based dari Cydia untuk berfungsi dengan baik setelah membuat perpustakaan sendiri untuk menggantikan SubstrateLauncher atas sebab2 ketidakserasian.

Berdasarkan rekod pretasi Todesco, kemungkinan besar jailbreak ini tidak akan dikeluarkan untuk orang ramai. Sebaliknya, kita tahu Pangu telahpun menunjukkan minat untuk menghasilkan jailbreak iOS 10. Jadi harap ia tidak terlalu lama sebelum pengguna boleh mula mengubahsuai iOS 10 mereka. Mesti tidak sabar kan?

Jadi, jika la iOS 10 ni dah boleh jailbreak, adakah anda semua nak jailbreak? Ataupun dah selesa dengan features iOS 10 (yang mana dicedok dari tweak jailbreak hahaha). Komen di bawah sebarang pendapat dan persoalan yer?

P/s : maaf jika ada kecelaruan maklumat dalam artikel ini, artikel asal iPhone 7 jailbreak: iOS hacker Luca Todesco is back at it

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

TPBClean : The Pirate Bay Tanpa Kandungan Porno (Yeasss!)

0

Sudah lama saya menantikan saat ini.

The Pirate Bay ni kita sedia maklum, merupakan laman web torrent nombor 1 ketika ini, setelah laman KickAss ditutup, dan disusuli oleh beberapa laman web lain selang sebulan secara berturut-turut.

Jadi selaku laman nombor 1, tak hairan sangat kalau kandungan yang disediakan berselang-seli dengan porno. Errr…

Hinggalah laman terbaru ini dibuat, ialah TPBClean. Syukur, dah boleh bookmark tanpa rasa ragu lagi dah. Maklum saja, kalau pelajar yang bookmark, bila kawan-kawan yang bukan nerd buka, mereka akan kata ‘biasa’. Tapi kalau bapak-bapak orang, sudah pasti mereka tidak mahu anak kecil ter-klik. Parah jawabnya nak menjawab.

Mungkin anda akan kata “Oiii pakai je la adblock”. Ahhh, jangan lupa, ada orang pandai pakai torrent client, tapi dia bukan geek/nerd/tech expert. Terkadang ‘adblock’ pun dia tak kenal. Ah panjang pulak ni karang nak cerita.

Apa yang bagus, jika anda cuba-cuba mencari kandungan porno dengan kata kunci yang ‘lucah’ – laman ini tidak akan memaparkan apa-apa hasil carian. Tak percaya anda boleh cuba sendiri. Abam malas nak paparkan paparan skrin di sini. Nanti budak-budak baca dia cuba dekat laman asal – naya.

Jika anda tidak suka ‘adult content’, anda boleh klik pautan ini untuk ke TPBClean.

> TPBClean

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

iOS 10, Menarik Ke?

0

 

iOS 10, kemaskini terbesar Apple pernah buat (ayat macam selalu dengar kan. hihihi)
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikel iOS mengenai iOS 10.
Maaf kerana saya tidak boleh buat video dan screenshot sendiri mengenai iOS ini kerana sudah bersara dari iOS (tapi still rindu features iOS huhuhu)
Jadi, tak guna bersedih, mari kita teruskan topik kita.

iOS 10, merupakan kemaskini terbesar, dan perubahan besar Apple pernah buat pada iOS.
Kini iOS 10 lebih personal, lebih berkuasa dan lebih menyeronokkan.
Jika anda biasa gunakan iOS sebelum2 ini, anda pasti teruja dengan kemaskini yang terkini dan jika anda baru merasai iOS (baru pakai iDevices, beli2 dah iOS 10), anda pasti menyukainya dengan animasi, smooth dan mesra pengguna.
Tapi, jika anda dari Android or Symbian or Windows Phone, pasti anda akan kekok kerana tiada button lain selain Home. (Disarankan pakai Assistant Touch kerana nak jaga button Home, tapi model2 baru kini button baru, mungkin tahan rasanya, kan?)

Saya akan sentuh beberapa ciri2 yang terdapat pada iOS serta model apa yang support, limited support dan cara pemasangan yang mudah.
Antara ciri2 yang saya sentuh ialah Messages, Apple Maps, Music, HomeKits, Display Features dan Photos App.

Messages

iMessage, kini berwajah baru, lebih menarik, lebih memudahkan pengguna

Jika anda lihat gambar di atas, cantik dan menarik serta menggoda tak?
Jika anda nak merasainya pada Android, download lah Google Allo, ada artikel dalam blog ini ulasan mengenai aplikasi tersebut Allo Akhirnya Dilepaskan! Muat Turun Apk Disini (Tetapi ciri2 iMessage tak semua ada dalam Google Allo huhuhu)
Malang sekali, hanya fungsi dengan baiknya jika orang yang anda mesej tu pakai juga iOS 10. Jika iOS 9 dan ke bawah, hanya dapat baca text sahaja.

Saya huraikan iMessage ini mengikut nombor yang saya letak di atas :

  1. It’s how you say it, anda boleh mesej seperti anda bercakap. Seperti menjerit, ataupun berbisik, belon mesej akan berubah mengikut apa yang anda tulis seperti YUM!! haha
  2. Write it yourself, anda boleh menulis dalam iMessage, iaitu anda tulis la apa-apapun, ia akan keluar pada rakan anda animasi apa yang anda tulis (tulis elok2, kalau tak kena bahan dengan kawan2), seperti dakwat yang keluar bila tulis di atas kertas. Menarik kan?
  3. Invisible ink, iaitu anda boleh hantar mesej atau gambar yang kena swipe dulu baru mesej atau gambar tersebut timbul. Boleh la guna untuk kejutan untuk kawan2 anda.
  4. Let’s celebrate, iaitu jika anda taip Happy Birthday! ataupun Congratulation! kemudian akan keluar animasi yang memenuh seluruh screen anda dan penerima. Menarik kan?
  5. Tapback, fungsi ini sangat menarik kerana anda boleh membalas jawapan penerima dengan tap dekat belon mesej penerima. Terdapat 6 jawapan cepat iaitu Love, Bagus, Tidak Bagus, Haha, Tanda !, dan Tanda ?. (Jika malas nak taip, tap ja jawapan cepat. hahaha)
  6. Add a personal touch, iaitu anda boleh hantar animasi bola2 api, yang sedulunya kecil, telah menjadi besar (dah macam lagu pulak) bola2 api, degupan jantung (jika anda ada Apple Watch, kan ada Heartbeat sensor), lukisan dan macam2 lagi. Malah, anda boleh lukis pada video! Tudiaaaa
  7.  Stickers, ini lain daripada lain. Tak seperti sesetengah aplikasi mesej yang mana sticker hanya keluar dekat tempat tulis kan? Tidak seperti iMessage, anda boleh letak sticker dekat atas belon mesej, atas gambar malah atas sticker yang lain. (Kalau bertindih nak tengok macam mana la? Haihh). Boleh dapatkan ia dekat App Store untuk iMessage, dalam aplikasi mesej. (Tak perlu masuk App Store kerana ia built-in dekat Message)
  8. Tap to replace emoji, iaitu anda tulis la apa2 ayat yang kaitan dengan emoji. Contoh Volleyball atau pizza, ia akan keluar tulisan yang bercahaya dan tap saja untuk ubah tulisan kepada emoji. Tapi dalam English la, harap Apple buatkan untuk bahasa lain juga. 🙁
  9. iMessage apps, iaitu anda boleh access aplikasi kegemaran anda untuk cipta atau kongsi maklumat malah anda boleh membuat bayaran dan macam2 lagi tanpa meninggalkan aplikasi Message. Contoh anda tengah chat untuk menempah tiket untuk menonton wayang, anda hanya buat bayaran dekat situ juga (menggunakan Touch ID atau Passcode). Mudah kan? Tak perlu nak buka 2,3 aplikasi.
Apple Maps

Apple Maps, lebih mesra pengguna
Street smarter, kini boleh berikan anda cadangan proaktif, ke mana anda nak pergi dan tunjuk jalan yang terpantas untuk sampai ke destinasi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat tempahan tempat dalam aplikasi tersebut. UI (user interface) keseluruhan aplikasi juga diberi nafas baru. Cantik kan?Apple Music

Apple Music, lebih mudah untuk digunakan dan mesra pengguna

Music, Redesigned, dengan membuat design yang simple memudahkan pengguna menikmat lagu kegemaran anda serta anda boleh juga menyanyi sambil lihat lirik yang terdapat dalam lagu tersebut. (Tak pasti menambah lagu manual dapat ka tak ciri2 ini. Kalau beli semestinya ada kan? Hehehe)

HomeKits

HomeKits, semua peralatan rumah dalam satu aplikasi

Home smart home, merupakan aplikasi baru Home yang mana anda boleh mengawal peralatan rumah anda, seperti tutup lampu, buka kunci pintu, tutup tingkap, hidupkan heater, pasang lagu dan macam2 lagi, semuanya dalam satu aplikasi. (Tapi jika peralatan rumah anda mempunyai kelebihan tersebut la. Hihihi)

Display Features

Ciri-ciri paparan hadapan, menarik kan?

iOS 10 juga manfaatkan hardware yang terdapat dalam iDevices. Seperti 3D Touch, dan Raise to wake tapi, hanya versi terkini sahaja (iaitu iPhone 6S, 6S Plus dan SE kerana M9 dan terkini sahaja yang boleh guna fungsi Raise to wake)

  1. Rich notifications, iaitu anda boleh lihat gambar dan video malah dapat membalas mesej secara langsung pada notification anda. Jadi tiada alasan untuk reply lambat. hahaha
  2. Touch and go, bukan Touch N’ Go tol tau. Tetapi ciri iOS 10, dengan menggunakan 3D Touch seperti Calendar, Weather dan Stocks untuk pandangan cepat segala informasi yang anda mahukan.
  3. Raise to wake, iaitu anda angkat iDevice anda, dia akan bangun, dengan mamai2 dia tunjukkan notification yang sedang menanti anda untuk baca. (Actually sama dekat Android, iaitu Ambient Display. hohoho)
Photo App
Photo App, segalanya ada di sini, tak perlu cari yang lain
Photo app dalam iOS 10 agak menarik kerana anda boleh edit gambar, letak filter, adjust sana sini dalam aplikasi tersebut. UI (user interface) dia pun simple jadi, tak susah macam sesetengah aplikasi, kan? Ini antara dua ciri yang saya sentuh, iaitu :
  1. Been there, Found that, iaitu anda boleh cari gambar anda dengan taip nama orang, nama tempat, motorsikal, kereta, haiwan peliharaan dan macam2 lagi. Jika anda enable GPS location lah. (Google Photos juga sudahpun ada ciri2 ni, lambat betul Apple. hihihi)
  2. Your past, beautifully presented, iaitu aplikasi ini dapat membantu anda mengenang kembali kenangan2 lalu seperti ulangtahun perkahwinan, kelahiran ataupun kenangan bersama seseorang (kalau anda tak padam la kenangan kekasih lama. hahaha) malah boleh cipta movie yang cantik dari gambar2 anda. Menarik kan?
Jadi, iOS 10 ini memang mengutamakan privasi pengguna kerana peranti yang pintar dibantu oleh sistem perisian yang bijak dapat mengenalpasti orang, objek dan suasana dalam gambar. Jangan bimbang mengenai GPS Location kerana data anda encrypted dan tidak digunakan untuk membuat fake profiles.
iOS 10 ini serasi mengikut senarai peranti di bawah :
iPhone
  • iPhone 7 dan 7 Plus
  • iPhone 6S dan 6S Plus
  • iPhone 6 dan 6 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 5S
  • iPhone 5C, dan 5 (limited support)
iPad
  • iPad Pro, 12.9-inch dan 9.7-inci
  • iPad Air 1st generation dan 2
  • iPad 4th generation (limited support)
  • iPad Mini 2, 3 dan 4
iPod
  •     iPod touch 6th generation

Jadi itu sahaja info ringkas mengenai iOS 10. Jadi jika anda nak pakai iOS 10 ni, haruslah upgrade/restore melalui iTunes untuk elak sebarang masalah pada iDevices anda. Bagi saya, jika iOS 9 ada update macam 9.3.2 tiada masalah update OTA (On-The-Air) kerana sama versi 9. Tetapi iOS 10 ini versi 10, jadi tidak cantik update OTA. huhuhu. Itu pendapat saya lah

Jika nak update/restore melalui iTunes, sila layari laman sesawang ini > IPSW Downloads (wah design baru, lawa :D)
Biarkan iPhone anda dalam keadaan on (DFU mode tu kalau phone tu nazak teruk. hihihi)
Pastikan turn off dahulu Find My iPhone (akan keluar warning untuk off benda tu, rasanya kalau nak restore la). Oh ya, restore tu Clean Install manakala update tu macam Dirty Install la. (Maaf termasuk term Android. hihihi)
Kemudian tekan Shift dan klik pada restore (kalau update takpasti la, sebab saya selalu restore ja :3) dan cari .ipsw yang anda muat-turun tu.
Tunggu sampai dia siap, dekat iTunes kosong tiada sebarang aktiviti dan cabut cable dan selesaikan setup menu tu, dan tadaa Welcome to iOS 10. 😀 (Boleh ja tak cabut cuma nanti setup menu tu dekat iTunes. hihihi. Jangan cabut semasa tengah update/restore nanti brick pula 😛
Selamat mencuba dan menikmati kelajuan, kelembutan, dan keseronokan iOS 10, terokailah dan rasailah 🙂
p/s : banyak pulak mengarut 🙁

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tonton Hulu, The CW, Dan Lain-Lain Laman Penstriman Dari Luar US Tanpa Menggunakan VPN

0

Buat yang memang ‘kaki tonton’ memang akan mencari pelbagai cara agar dapat akses kepada laman-laman strim video yang dikhususkan untuk para penduduk asli Amerika Syarikat (AS). Cara yang biasa digunakan adalah mengaplikasikan VPN kepada rangkaian. Namun sejak Netflix, Hulu, dan lain-lain laman penstriman seperti itu mula menyekat alamat IP yang dikenali datang dari servis VPN, hobi ini seakan tersekat seketika.

Maka banyak jugalah servis yang cuba melawan tindakan ini dengan agresif, apabila setiap kali cuba disekat, mereka akan cipta dan buat pula cara lain bagi mendapatkan kembali akses. Dalam berbanyak cara, satu cara mudah ini nampaknya membuahkan hasil.

Memperkenalkan – Keenow – Free Smart DNS.

Apa itu Keenow? Keenow adalah pelayan DNS yang dikhaskan menjadi perantara laman-laman penstriman kepada pelayan proksi yang kebiasaannya terletak di Amerika Syarikat, sekaligus membolehkan pengguna melayari dan menonton laman-laman penstriman tersebut. Antara laman yang biasanya khusus untuk pengguna dari AS ialah Hulu, The CW, CNN Go dan pelbagai lagi laman – 70 kesemuanya disokong khas oleh Keenow.

Cara Menggunakannya

Caranya amat ringkas sekali. Apa yang perlu anda lakukan ialah – pasang extension/addon bagi pelayar web Chrome/Firefox. Kemudian tukar tetapan DNS anda kepada Keenow.

Preferred DNS Server: 62.210.122.43
Alternate DNS Server: 52.53.215.125

Selesai! Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menikmati kandungan dari laman-laman yang menyekat geo-lokasi khusus buat penduduk AS sahaja. Sekarang anda sudah boleh layari laman Hulu, The CW, dan lain-lain lagi tanpa bimbang kepada sekatan. Sekiranya cara ini tidak lagi berkesan (di masa akan datang), sila rujuk laman Keenow untuk mendapatkan sebarang berita kepada perubahan DNS (sekiranya ada).

Views: 2

Iklan Newspaper Inline