Google sudah lama berhasrat untuk menyatukan dua sistem operasi terbaik mereka iaitu Android dan Chrome OS. Setelah perancangan demi perancangan dibuat, Google dikatakan bakal mengumumkan sebuah sistem operasi baharu versi hibrid antara dua sistem operasi tersebut, dinamakan sebagai ‘Andromeda’.
Andromeda tiada kaitan dengan Fuchsia, kerana Fuchsia lebih fokus kepada peranti IoT. Andromeda ini adalah projek yang berasingan, dicipta berasaskan Android dan mengambil banyak ciri-ciri dari Chrome OS.
Tidak pasti sejauh mana jangka hayat antara Android dan Chrome OS, kerana Andromeda dicipta untuk memenuhi keperluan antara pelbagai peranti dan platform, juga dapat dipasang pada telefon pintar, laptop, dan tablet.
Naib President Kanan Android, Google Play, dan Chrome – Hiroshi Lockheimer telah tweet seperti berikut.
Masih belum pasti lagi sejauh mana Andromeda akan diperkenalkan kepada dunia pada 4 Oktober mengikut kepada tweet tersebut, namun apa yang pasti pembikinan Andromeda sememangnya sedang berjalan dengan rancak.Chrome OS adalah sistem operasi Google, yang disasarkan kepada aktiviti dalam talian terutamanya di laman-laman web. Namun dengan gabungan ciri Android pula, ia akan dapat memanfaatkan spesifikasi peranti untuk melakukan kerja-kerja yang lebih kompleks lagi. Atas sebab itulah penyatuan antara keduanya dilihat sebagai sangat signifikan dan kelahiran Andromeda yang dijangka pada 4 Oktober ini bakal terlakar dalam sejarah pengkomputeran.
Harapnya agar ‘satu sistem operasi untuk semua’ bukan lagi hanya sekadar satu moto yang kekal sebagai mitos.
Iklan Google