Utama Blog Laman 169

Wanita Ini ‘Menghidupkan Semula’ Sahabatnya Yang Telah Meninggal Dunia Melalui Kepintaran Tiruan

0

Kesedihan adalah perasaan yang akan menimpa diri tatkala kita kehilangan insan yang teramat istimewa dalam hidup. Tiada siapa yang dapat melawan takdir, kerana apabila ajal menghampiri, ia tidak akan terlambat walau untuk sesiapa pun jua.

Eugenia Kuyda adalah seorang pengaturcara yang telah kehilangan teman karibnya, Roman Mazurenko,  setelah beliau meninggal dunia akibat kemalangan. Nekad tidak mahu beliau ‘pergi’ lagi, Kuyda ‘membina’ apa yang dia panggil sebagai ‘monumen digital’ atau ‘memorial bot’ untuk Roman – ‘hidup semula’ secara digital menggunakan kepintaran tiruan (artifical intelligence).

Sepanjang 3 bulan pemergian Roman, Kuyda meluangkan masanya dengan mengumpul mesej teks dari Roman, mengasingkan mesej peribadi, dan memasukkan ia ke dalam sebuah rangkaian neural yang dibina oleh syarikatnya.
Pada 24 May 2016, Kuyda mengumumkan keberadaan bot Roman di Facebook. Ia boleh ditemui dalam aplikasi Luka dengan menambah @Roman. Pengguna boleh berbalas mesej dengan bot tersebut menggunakan butang menu ataupun mesej berbentuk soalan bebas.
Reaksi terhadap kewujudan bot dengan kepintaran tiruan itu bercampur baur. Ada yang gembira kerana dapat berkomunikasi dengan ‘Roman’, dan ada juga yang tidak menyetujuinya atas sebab-sebab peribadi dan emosi.
Artikel Sumber Olahan : The Verge
Abam Hac : Sedih pulak rasa. Hmmm.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Trik] Terjemahkan Perkataan Menggunakan Kamera Telefon

0

Ramai yang tidak suka pasang banyak aplikasi dalam telefon bimbit masing-masing kerana tidak mahu ruang storan penuh dengan aplikasi-aplikasi yang kurang penting. Namun tahukah anda, anda boleh menjadikan kamera pada telefon pintar anda bertukar menjadi penterjemah?

Ya, dengan menggunakan Google Translate. Ciri ini dah lama dilepaskan kepada umum, namun tak ramai yang ambil perhatian, mungkin kerana atas sebab di atas – malas nak penuhkan ruang storan – jadi malas nak ambil tahu.

Jika anda tahu betapa mudahnya hidup selepas menggunakan Google Translate untuk menterjemah perkataan-perkataan di dinding tandas, di papan tanda, dan di mana-mana yang kelihatan depan mata, pasti anda akan rasa tidak rugi memasangnya kali ini, tambahan pula ia cuma lebih kurang 8MB sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan ialah pasang dahulu Google Translate.
Muat turun mana-mana bahasa yang anda mahu untuk tujuan terjemahan luar talian (offline).

Seterusnya, buka aplikasi. Di hujung sebelah kiri, anda akan dapat lihat ikon kamera. Tekan padanya.

Kemudian, halakan kamera anda kepada perkataan yang anda ingin terjemah dan tekan butang ‘capture’. Ia akan mengimbas perkataan dan akan menggariskan ia untuk anda pilih.

Pilih mana-mana perkataan yang anda mahu. Ia akan terus menterjemah perkataan tersebut, terima kasih kepada kehebatan Google Translate yang kita semua sudah sedia gunakan dari dahulu.

Yeap, that’s all for now. Heheh. Nanti abam kongsikan trik lain yang lebih menarik. Malas nak tulis tutorial yang kompleks sangat, takut hangpa tak baca. Ok lah, chow-seen-chiii!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Trik] Baca Mesej WhatsApp Tanpa Diketahui, Tanpa Blue Ticks

0

Anda ingin baca mesej yang masuk dalam WhatsApp, tetapi tidak mahu trigger double tick/blue tick? Anda ingin baca semuanya tanpa dapat diketahui, tetapi tidak mahu menggunakan GBWhatsApp kerana takut akaun anda disekat?

Ada caranya, iaitu menggunakan Shh ? No Last Seen or Read.

Shh ini ialah aplikasi ‘WhatsApp Incognito Mode’ yang membolehkan pengguna membaca setiap mesej yang masuk tanpa perlu membuka aplikasi WhatsApp dan dalam masa yang sama ia akan menyembunyikan ‘last seen’ dan ‘blue ticks’ untuk pengguna, sama ada dari individu mahupun perbualan dalam kumpulan.

Apa yang anda perlukan ialah aplikasi WhatsApp yang sudah sedia dipasang, dan juga aplikasi Shh WhatsApp Incognito ini. Muat turun > Shh ? No Last Seen or Read

Selepas itu, buka aplikasi Shh WhatsApp.

Tekan butang ‘Enable Accessibility’.

Tekan pada slider untuk menukar ia kepada ‘ON’.

Tekan ‘Allow’.

Tekan pula butang ‘I Understand’.

Pilih mana-mana yang anda mahu. Saya pilih ‘Users and groups’.

Terdapat beberapa limitasi iaitu anda tidak dapat membalas mesej secara terus, dan anda juga tidak dapat memuat turun media seperti gambar, audio, dan sebagainya menerusi aplikasi ini. Namun jika anda sudah lama mencari cara untuk ‘menewaskan’ blue ticks itu, maka aplikasi ini adalah apa yang anda perlukan. Tak perlu daftar, pasang dan terus guna.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Mendapatkan Kata Laluan WiFi Menggunakan Android

0

Abam tak tahulah sama ada aplikasi ni berkesan untuk WiFi jiran, tapi cara ni boleh diguna untuk dapatkan kata laluan WiFi anda sendiri. Maklum la, kadang-kadang ada adik-beradik datang ke rumah minta password WiFi, dah lama tak reconnect, mestilah terlupa ye tak? Ada banyak cara nak dapatkannya, tapi cara ini paling cepat untuk anda. Telefon pintar di hujung tangan, tekan-tekan saja sudah profit! Heheh.

Penafian : Amaran, jangan cuba dekat WiFi jiran. Selain berdosa, kalau anda kena tangkap dengan SKMM, abam tak bertanggungjawab. Entri ini hanya ingin berkongsi info untuk anda dapatkan kata laluan WiFi sendiri sahaja, ingat tu.

Apa yang anda perlukan ialah muat turun aplikasi WiFi WPS WPA Tester ini. Pastikan peranti anda telah root terlebih dahulu dan pasangkan juga Busybox.

Setelah itu, buka aplikasi tersebut, benarkan akses root kepadanya, dan tekan butang ‘scan’ yang terdapat di paling kiri sekali – sebelah atas.

Nampak kan, yang bentuk seperti anak panah berpusing tu? Ok, lepas tekan, anda akan dapat lihat senarai WiFi yang vulnerable. Sedikit info, WiFi dengan tanda berwarna hijau adalah vulnerable kepada aplikasi ini.


Sila klik pada nama WiFi anda. Dalam gambar ini, nama WiFi abam ialah ‘Ini Bukan WiFi Bapak Kau’.

Seterusnya akan tampil 4 pin seperti gambar di atas. Pilih sahaja mana-mana, tapi biasanya nombor 2 memang berkesan.

Tekan pada butang ‘ROOT’.

Ia akan cuba mendapatkan kata laluan menggunakan algoritma tertentu. Kebiasaannya masa yang diambil tidak sampai satu minit.

Ahah! Dapat pun. Mudah bukan? Cara ini sememangnya sangat cepat dan membolehkan anda memberikan kata laluan WiFi kepada adik-beradik anda dengan senyuman.

Abam harap anda bolehlah cuba-cuba dan silakan kongsi artikel ini dengan adik-beradik anda pula. Nanti bila anda bertandang ke rumah mereka, katakan pada mereka “Dah baca artikel tu jangan buat-buat tak paham pulak”. Ok lah, nanti abam tulis lagi artikel lain. Dah cuba jangan lupa komen. Adios!

Views: 85

Iklan Newspaper Inline

BoBoiBoy, Dari Malaysia Ke 45 Buah Negara di Youtube

0
BoBoiBoy dan kawan-kawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai animasi buatan Malaysia, iaitu BoboiBoy, Terbaikk!
Untuk maklumat anda semua, animasi tersebut telahpun menembusi 45 buah negara. Wahh.
BoBoiBoy telahpun tamat musim ke-3, jangan bersedih wahai anak muda, ada sambungan dia iaitu BoBoiBoy Galaxy yang akan keudara dalam jangkaan September hingga Disember tahun ini. Tak sabar nak tunggu!

Aplikasi YouTube Kids yang dibangunkan oleh YouTube untuk memberi pengalaman pada kanak-kanak dan keluarga, boleh dimuat-turun di Malaysia dan Filipina. Ini merupakan berita baik bagi kanak-kanak dan keluarga yang suka tengok video, seperti kanak-kanak tempatan untuk membuat dan pamerkan video mereka dalam aplikasi YouTube yang dibuat khusus untuk kanak-kanak. Ibu-bapa kena awasi aktiviti anak-anak anda, ye.

Dalam banyak-banyak temu bual dengan orang di seluruh Asia Pasifik yang menggunakan Internet untuk membuat, menyambung dan berkembang, kita bercakap mengenai Animonsta Studios, dari Malaysia mengenai kejayaan global mereka di YouTube dan apa masa depan untuk siri terkenal mereka BoBoiBoy, serta apa yang mereka hendak lakukan pada masa hadapan dengan aplikasi YouTube Kids.

Keluarga besar Animonsta Studios

Mengenai animasi BoBoiBoy, siapakah beliau dan dari mana pengikutnya datang?
BoBoiBoy, cerita mengenai seorang kanak-kanak yang berani yang menggunakan kuasa yang dia dapat serta dengan bantuan rakan-rakan beliau untuk melindungi Bumi daripada ancaman kuasa-kuasa jahat antara galaksi. Kebenaran membantras kejahatan! Hahaha. Sejak memperkenalkan BoBoiBoy pada dunia di YouTube pada tahun 2013, animasi tersebut telahpun mendapat peminat dari 45 buah negara, serta pihak Animonsta Studios telah mengeluarkan satu filem animasi BoBoiBoy pada awal tahun lalu, dan memenangi anugerah. Tahniah.

Apa yang memberi insiprasi untuk membuat animasi ini?
Pihak Animonsta Studios sentiasa mahu membawa watak-watak tempatan di Malaysia kepada dunia. Apabila mereka membangunkan siri animasi pertama mereka, mereka mahu mencipta superhero tempatan dengan tarikan antarabangsa. Pada ketika itu, mereka juga menyangka bahawa tidak cukup watak kanak-kanak yang menarik dengan adanya kuasa-kuasa besar maka dengan itu membawa mereka untuk membuat BoBoiBoy. Animasi tersebut bukan hanya animasi semata-mata, tetapi ada elemen-elemen semangat persahabatan, kebersamaan, dan nilai-nilai moral yang selamat untuk kanak-kanak menonton. Bukan sahaja kanak-kanak yang suka BoBoiBoy malah ibu-bapa serta pelbagai lapisan masyarakat suka akan BoBoiBoy!

Animasi tersebut dibuat dalam bahasa Melayu dan Inggeris, jadi satu dunia boleh menonton. Adakah terkejut dengan sambutan di luar negara?
Pihak Animonsta Studios terkejut bagaimana BoBoiBoy menjadi popular di luar negara. Ada tarikan sejagat pada seorang anak muda dengan kuasa-kuasa besar dan menyegarkan kanak-kanak tanpa mengira bangsa, bahasa dan negara. Kanak-kanak akan suka animasi selagi cerita dan watak-watak dalam animasi tersebut menarik. Sejak berada dalam YouTube, telah banyak membantu untuk menembusi pasaran luar negara serta terima kasih kepada YouTube kerana mempunya pilihan bahasa dan sarikata. Begitulah bagaimana mereka berjaya membangunkan peminat baru sekitar Malaysia seperti Filipina, Kemboja dan Vietnam. Mereka bukan negara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan tetapi mereka tertarik dengan kandungan yang ada pada animasi tersebut dan pihak Animonsta juga telah mendapat lebih banyak views dari tempat-tempat yang jauh di mata, dekat dalam Internet, termasuk Timur Tengah, Russia dan Eropah.

Apa rancangan seterusnya untuk BoboiBoy dan kawan-kawan?
Pihak Animonsta memandang jauh ke hadapan untuk berkembang lebih jauh seperti Amerika dan Asia Timur. Nantikan pada bulan November tahun ini, mereka akan lancarkan siri terbaru BoBoiBoy, iaitu BoBoiBoy Galaxy. Ini akan menjadi pengembaraan seterusnya untuk BoboiBoy dan kawan-kawannya dengan lebih bidang kuasa dan lebih peningkatan kuasa, serta peminat akan dapat pratonton khas siri ini di YouTube pada bulan November ini. Tunggu!

Apa harapan pihak Animonsta Studios mengenai kedatangan YouTube Kids di Malaysia?
Pihak Animonsta berharap dengan adanya YouTube Kids ni dapat menjadi tapak platform yang sempurna untuk mereka menyediakan kandungan dan kreativiti kami terus kepada penonton mereka. YouTube Kids merupakan aplikasi, boleh menjadi taman permainan yang sesuai untuk anak-anak, dan pada masa yang sama dapat para pemaju dapat menyediakan kandungan motivasi untuk hasilkan lebih banyak kandungan mesra untuk kanak-kanak.

Sumber, The Keyword, Google

Ni saya belanja sedikit video BoBoiBoy, Jumpa lagi di BoBoiBoy Galaxy 🙂

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

[Trik] Tonton YouTube Dengan Kelajuan Sehingga 500Mbps Menggunakan Internet Anda Sendiri

0

Penstriman video bukan lagi perkara asing kepada pengguna internet baik di Malaysia, mahupun di seantero dunia. Namun, tak semua dari kita bernasib baik, dapat menerima kelajuan yang bagus dengan bayaran minima.

Oleh itu, trik kali ini saya ingin kongsikan untuk anda, apa yang anda perlukan cuma:

1. Internet berkelajuan dalam 1 hingga 2Mbps (dah cukup).
2. PC, lappy, tablet, atau telefon pintar.
3.  Otak yang cargas.

Sebenarnya trik ni ‘cap ayam’ saja. Tapi walaupun ‘cap ayam’, boleh la membantu anda sedikit sebanyak. Harapan saya begitu, dan dengan cara apa ia boleh dilakukan? Dengan menggunakan sebuah laman web yang bernama Rabb.it.

Apa Itu Rabb.it?

Rabb.it ialah laman yang menempatkan aktiviti desktop kawalan jauh (remote desktop). Kita tidak akan menggunakan kelajuan internet dari ISP sendiri, sebaliknya kita akan strim kandungan menggunakan kelajuan internet dari pelayan laman tersebut (itu trik dia sebenarnya, ringkas je).

Jadi macam mana caranya? Mudah juga. Anda daftar dan sahkan terlebih dahulu akaun Rabb.it.
Daftar > Rabb.it

Selepas anda sahkan akaun anda itu, anda log masuk ke laman Rabb.it.

Pilih ‘Messages only‘.

Kemudian, pilih pula ‘Decide what to watch now‘.

Anda akan melihat pilihan seperti di bawah keluar.

Anda boleh pilih sama ada memasukkan URL laman yang anda mahu, ataupun terus klik pada pilihan YouTube, Netflix (taip sendiri), HBO Go, dan lain-lain laman penstriman (asalkan anda ada akaun laman tersebut).

Jika anda klik pada pilihan YouTube, ia akan membuka pelayar web ‘Rabbitcast’, yang membolehkan anda strim secara terus. Anda boleh membuat pilihan untuk LD atau HD (low/high definition).

Selamat menonton!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tips Fotografi Mobil – Fotografi Menggunakan Telefon Pintar

1

Semenjak telefon pintar sudah mula mempunyai kamera di belakangnya dahulu, teknologinya telah berkembang pesat menjadikan ia sebagai ‘kamera pantas’ untuk sesuatu kejadian yang berlaku tiba-tiba, dan ketika itu DSLR pula jauh dari capaian. Maka kamera telefon pintar adalah sasaran. Meskipun belum mampu menggantikan DSLR secara sepenuhnya, namun tidak dapat dinafikan, kemajuan yang ada membolehkan peminat fotografi mengambil gambar lebih baik dari suatu masa dahulu, iaitu dengan kamera 2MP – siapa masih ingat Nokia 3200?

Berikut saya senaraikan beberapa tips untuk fotografi mobil, yang boleh digunakan dalam situasi seharian. Boleh jadi ia sesuai dibuat, boleh jadi juga suatu hari nanti ia akan luput, oleh itu gunakanlah mana-mana tips yang sesuai pada waktunya.

1. Aplikasikan ‘Photography Rules’ Ataupun Komposisi Yang Baik Kepada Gambar.

Contohnya Rule of Thirds, Rule of Odds, Rule of Space, Leading Lines, Golden Ratio dan sebagainya. Jangan dilupakan untuk aplikasikan ia, kalaupun bukan kesemuanya sekali (mestilah kan), aplikasikanlah Rule of Thirds sekurang-kurangnya.

2. Jangan Zoom

Melainkan telefon anda mempunyai optical zoom, maka elakkanlah daripada menggunakan zoom kerana digital zoom hanyalah ‘membesarkan’ imej sedia ada supaya tampak seperti dekat.

3. Elakkan Flash

Kebiasaannya apabila menggunakan ‘flash’ (yang sebenarnya hanyalah lampu LED), ia tidak mampu mendapatkan hasil gambar yang diingini disebabkan oleh durasi ‘flash’ yang agak panjang. Jadi gambar yang diperolehi kebiasaannya kabur dan mempunyai kadar kecerahan tidak seperti yang diharapkan.

Oleh itu sekiranya dapat, cubalah gunakan cahaya semulajadi, atau lain-lain sumber cahaya yang membantu anda dalam menghasilkan imej yang lebih berkualiti. Jangan terlalu ikutkan strategi pasaran yang kerap kali cuba mempopularkan ‘lowlight photography’.

Kalau dah ‘tak dapat sangat’, maka flash yang ada pada telefon anda adalah pilihan paling akhir sekali.

4. Gunakan Alat Bantuan Penambahbaikan

Lensa ekstra untuk membantu anda mendapatkan gambar yang lebih ‘ekstrim’ seperti lensa ‘makro’, adalah antara contoh alat bantuan penambahbaikan kepada kamera telefon anda. Fotografi makro menggunakan telefon bukan perkara baru, dan adakala lensa DIY juga banyak membantu pengguna.

5. Pastikan Lensa Bersih

Telefon anda ada ‘cover’, ‘casing’, dan lain-lain yang melindunginya daripada kotor, tercalar atau lebih teruk lagi retak/pecah. Namun lensa telefon anda sentiasa terdedah kepada kesemua di atas. Jadi, sebaik-baiknya apabila sebelum anda hendak mula menggunakan kamera, terlebih dahulu bersihkanlah lensa dengan kain, supaya hasil gambar nanti tidaklah kabur dan kualitinya juga berada pada tahap maksimum.

6. Rekod Video Melintang

Ya ampun, tolonglah, kalau nak rekod video, silalah rekod secara melintang. Saya tak pasti apa penyakitnya dengan mereka yang suka rekod menegak. Video menegak hanya akan ‘merosakkan’ suasana dalam video dan juga kualiti dalam penyampaiannya. Jadi, jangan buat!

7. Gunakan Fokus Manual

Diakui, fokus auto sememangnya membantu, namun adalah lebih cepat jika anda menggunakan fokus manual. Gunakan jari anda, halakan fokus pada subjek, dan klik.

8. Ambil Dulu, Sunting Kemudian

Terdapat detik-detik atau ‘moment’ yang jarang didapati, tetapi seringkali anda boleh terlepaskannya kerana sibuk mencari terlebih dahulu ‘filters’. Kalau boleh elakkan, ambil gambar dahulu, dapatkan detik yang menarik dan sunting ia kemudian. Banyak aplikasi yang baik boleh digunakan, seperti Snapseed, Aviary, Pixlr, dan sebagainya.

9. Cari Dan Guna Aplikasi Kamera Berbeza

Bukan hanya untuk mendapatkan kelainan, tetapi juga untuk memaksimumkan kebolehan dan ciri yang ada pada sesetengah telefon pintar, seperti gambar berformat RAW, mode manual, HDR, dan lain-lain lagi.

10. Gunakan Tripod

Pada kebanyakan masa, kita boleh ambil gambar hanya dengan tangan (yang bergegar tentunya) – tiada masalah. Namun ada antara situasi adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan tripod, supaya anda dapat mengelakkan gambar daripada menjadi kabur, atau jika anda ‘bermain’ dengan long exposure ataupun light trails, ianya terhasil dengan begitu sempurna.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Jalan Raya Di Jakarta Sesak Akibat ‘Tayangan’ Video Lucah : Adakah Ia Digodam?

0

Apa yang akan terjadi sekiranya ‘billboard’ yang boleh memaparkan video, secara tiba-tiba ‘ter’-paparkan video lucah? Kemalangan? Kesesakan lalu lintas?

Itulah yang terjadi di Jakarta Selatan, yang berlaku pada pukul 2 petang hari ini lalu mengakibatkan kesesakan luar biasa disebabkan pemandu yang dengan sengaja memperlahankan kenderaan sama ada mahu menonton mahupun merakam ‘kejadian’ tersebut.

Susulan itu seorang pegawai pihak berkuasa Kebayoran Baru, Bowo Sukindro, mengatakan bahawa pihaknya telah dengan segera menghantar petugas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat.

Jurucakap pihak berkuasa Jakarta Selatan, Lestari Ady Wirdoyono berkata pihaknya segera memutuskan bekalan elektrik ke papan iklan elektronik berkenaan bagi ‘meredakan’ suasana dan trafik, dek kerana ada yang berhenti untuk menonton ‘tayangan percuma’ berkenaan yang berdurasi 20 minit.

Tidak dapat dipastikan punca kejadian, sama ada ianya digodam ataupun tindakan sabotaj dari individu, kerana ia bukan milik pihak berkuasa sebaliknya dikendali oleh sebuah syarikat.

Via > Harian Metro

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cipta Gambar Profesional Dengan Aplikasi Berkepintaran Tiruan Ini

0

Berapa ramai antara kita yang setiap hari mengambil gambar hanya menggunakan telefon sahaja? Tentu jumlahnya sangat ramai bukan. Namun hasil gambar dari telefon pintar sudah pasti tidak sehebat gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR, walaupun dari segi komposisi dan lain-lain ciri sudah cukup ‘pro’.

Atas sebab itu terciptanya sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai ‘Photolemur’, sebuah aplikasi yang mempunyai kepintaran tiruan/buatan, khusus dicipta sebagai pembantu dalam dunia fotografi. Tanpa memerlukan kepada kemahiran penyunting yang tinggi, dan masa yang diluangkan dengan banyak, Photolemur mampu menukar gambar anda yang ‘biasa-biasa’, kepada luar biasa.

Sebelum dan Selepas

Aplikasi ini menggunakan algoritma dengan kepintaran tiruan untuk mencipta sebuah gambar yang profesional, atau sekurang-kurangnya ia ‘nampak’ seperti pro. Matlamat aplikasi ini ialah ia ingin menampilkan lebih kecantikan pada gambar tanpa perlu menyuntingnya secara manual. Kesemua penambahbaikan pada gambar akan dilakukan secara automatik, sepenuhnya.

Buat masa ini anda hanya dapat mendaftar sebagai pengguna beta sahaja, dan anda perlu menunggu giliran yang ada untuk mendapatkannya. Sementara itu, tonton video berikut untuk peroleh lebih kefahaman mengenai apa sebenarnya Photolemur ini.

Untuk mendaftar sebagai pengguna beta, anda boleh gunakan pautan yang ada di bawah ini.

Daftar Photolemur

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-18 Google!

0
Happy Birthday Google, dah besar hang. hahaha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berjumpa lagi kita dalam artikel mengenai Google.
Mungkin dah terlepas sehari, pada 27 September 2016 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Google! Pada tarikh berikut, cukup la Google berumur 18 tahun.

Menurut Google Doodle, sebenar-benarnya ada la perdebatan tarikh sebenar Google menjadi syarikat. Sejarah Google sendiri mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada 4 September 1998, di California dengan pengasasnya ialah Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan kedai dekat garaj pejabat mereka di Menlo Park. Lebih kurang dua dekad kemudian, ia menjadi enjin pencarian yang paling dominan di dunia, malah ia membangunkan OS (operating system) yang paling banyak digunakan seluruh dunia, dan menjual lebih banyak iklan lebih daripada satu bilion Times Squares, dan ia tidak sempat untuk menukar logo yang kelihatan pelik pada homepage Google.

Jadi mengapa Google Doodle dari syarikat tersebut berubah-ubah ulangtahun kelahiran mereka begitu banyak? dari 27hb pada tahun 2002, kemudian 7hb, 8hb lepas itu kembali pada tarikh 26hb, bulan yang sama, tahun 2005. Pada tahun 2006, tarikh rasmi kekal tidak berubah pada 27hb. Mesti ada sebab kenapa mereka menukar-nukar tarikh ulangtahun kelahiran Google, tapi tiada sorang pun dapat buktikan kenapa ia berlaku. Kemungkinan Google nak sambut awal, atau nak cepat dewasa untuk lebihan tiga minggu. hahaha

Peminat Google pasti tahu mengenai ulangtahun syarikat bukanlah salah satu isu perdebatan, tetapi tarikh “Ulangtahun Kelahiran” bagi Android juga begitu kelam-kabut juga. hihihi. (Jikalaulah anda tertanya-tanya, ia akan menjadi sekurang-kurangnya sembilan tahun atau lebih sebelum robot hijau dapat dilihat secara sah, robot hijau yang berbogel. haha). Terpulanglah pada anda nak sambut ke tidak, apa-apapun, terima kasih kepada Google kerana menceriakan hari-hari kita dan memudahkan urusan harian kita. Terima kasih, Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-18 Google!

Sumber, Android Police
p/s : Moga makin dewasa Google ni, dapat berikan sesuatu yang baru dan tak bermakna boleh menonton cerita 18sx yer Google? hahaha.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline