Utama Blog Laman 171

Ulasan Google Allo : WhatsApp + Telegram On Steroid

0

Setelah Google Allo dilepaskan, kini ia bersaing dengan Hangout, Messenger dan Telegram. Pelbagai ciri baru pada aplikasi permesejan dari Google ini tampil mengisi kekosongan yang terasa pada WhatsApp (terutamanya). Meskipun pengguna masih belum ramai dan kukuh seperti WhatsApp, saya dapat rasakan dalam beberapa bulan lagi pengguna akan beralih kepada Allo kerana cirinya yang lebih menarik untuk digunakan.

Tetapan

Melihat kepada tetapannya, dapat dilihat ia masih belum cukup ‘mantap’ lagi seperti aplikasi lain yang telah pun bertahun dibangunkan. Untuk mendaftar, anda perlu gunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel seperti Hangouts.

Masih terlalu ringkas dan kekurangan ciri lain yang ‘diperlukan’ terutamanya kepada para pengguna termaju yang gemar untuk ‘tweak’ tetapan-tetapan yang ada. Pilihan untuk menukar wallpaper juga masih belum ada ketika artikel ini ditulis.

Paparan Antaramuka

Paparannya kelihatan lebih kurang sama seperti WhatsApp dan Telegram, di mana ia memaparkan nama pengguna yang telah kita hubungi, menu hamburger di sebelah atas (kiri) dan butang carian. terdapat juga FAB, menepati Material Design dari Google sendiri.

Tetapi setakat ini belum ada lagi pilihan kepada pengguna untuk menukar paparannya kepada latar gelap. Jadi untuk ‘release candidate’ ini anda perlu hadap paparan cerah dan putih seperti di bawah.

Google Assistant

Pada saya, antara ciri Allo yang lebih menarik dan lebih baik berbanding WhatsApp serta Telegram ialah dengan hadirnya Google Assistant sebagai penyeri dan pelengkap. Melalui Allo, pengguna dapat berinteraksi secara lebih terperinci bersama Google Assistant. Bukan itu sahaja, Google Assistant juga dapat digunakan dalam mana-mana ruang chat yang telah anda mulakan bersama rakan.

Ini bererti ia akan membantu anda sekiranya anda perlukan apa jua info, dari restoran berhampiran, balai polis, balai bomba, R&R bahkan masjid sekalipun. Maklum saja, ia adalah kepintaran tiruan/buatan dan bukan hanya enjin carian Google semata-mata.

Berborak dengan Google Assistant sementara menanti pengkalan pengguna berkembang menjadi lebih besar seperti WhatsApp, hmmm, saya tidak melihat apa yang salah di situ. Cuma terasa seperti lonely lah, heheh.

Ciri Tambahan

Saya sukakan quick reply pada Allo. Walaupun tidaklah selalu digunakan (untuk masa ini), tetapi dengan adanya cadangan pantas bagi apa-apa perkataan yang kerap kali digunakan terutamanya perkata ‘haha’. Ya, memang kelakar sebab setiap kali ada balasan dari rakan, perkataan ‘haha’ menduduki carta pertama bagi perkataan yang selalu dicadangkan.

Selain itu, Allo juga mempunyai sticker seperti Telegram, dan ada juga yang berbentuk animasi. Anda juga boleh menukar saiz perkataan serta emoji dengan cara menarik butang hantar sama ada ke atas mahupun ke bawah.

Nak cuba? Muat turun Allo > Allo.apk

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

OxygenOS V3.2.6, Kemaskini ‘Kecil’ Stabil OnePlus 3

0
OxygenOS V3.2.6 pada OnePlus 3 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Pada tarikh 14 September 2016 yang lalu, OnePlus telah mengeluarkan kemaskini pada peranti OnePlus 3, iaitu OxygenOS v3.2.6


Apa yang ada dalam kemaskini kali ini? Apa yang baru?

  • Optimized voice call quality of some IM applications
  • Improved adaptive brightness performance
  • Improved camera quality
    • Fixed occasional green/yellow issue
    • Optimized white balance
    • Improved 1080p video recording
  • Addressed some bluetooth connection problems for vehicles
  • Allows third party application to modify ringtone
  • Optimized battery consumption when scrolling
  • Optimized touch accuracy when playing games
  • Added DozeMode switch in Developer options
  • Added PocketMode switch in Display settings

Maaf tiada screenshot ataupun video untuk update kali ini kerana saya pakai sehari ja versi ini.

Mungkin kerana terlalu selesa dengan Community Build hehehe (Bila dah pakai versi CB, tak pandang yang lain dah. Jika ada update, just for testing ja. Perasaan ini sama seperti saya pakai ROM HydrogenOS pada OnePlus 2) dan versi CB kan gabungan OxygenOS dan HydrogenOS.
Saya buat sedikit perbezaan antara versi STABLE (3.2.6) dengan versi BETA (3.5.2)
  • Versi STABLE masih lagi mengekalkan UI (User Interface) OxygenOS manakala BETA sudahpun mutasi dengan HydrogenOS
  • Versi STABLE DozeMode boleh manual setting manakala versi BETA ia built in rasanya kerana tiada option untuk off, tapi kenapa nak off DozeMode? -_-
  • Versi STABLE (3.2.6) dan BETA (3.5.2) pula baiki ralat serta memperkukuhkan lagi ROM pada kemaskini yang lepas (STABLE, 3.2.4 [eh, mana 3.2.5 hahaha] dan BETA, 3.5.1)
  • Versi STABLE dan BETA merupakan versi selamat, patch keselamatan 1 September 2016. (Diperiksa menggunakan QuadRooter app)
  • Versi BETA terdapat 60fps (frames per second) pada 1080p video recording. Wahh, harap versi STABLE akan dapat juga.
  • Versi STABLE ada masalah Open/Close Menu takda dalam Settings>Buttons>(Button setting, long press or double tap). Masalah ini pernah timbul dalam Community Build 3.5.0 manakala versi BETA tiada masalah (sebab mereka dah atasi masalah tersebut pada kemaskini 3.5.1)
Bagi nak guna versi STABLE, tiada masalah kerana ok juga dan bagi nak merasai benda yang baru, versi BETA pun tiada masalah kerana versi Community Build boleh digunakan sebagai kegunaan harian (ada juga ralat, nama pun BETA, tapi boleh buat kegunaan harian hihihi)

Tepuk dada tanya selera, long press home button tanyalah Google. hahaha

Jadi, apa pilihan anda? Versi STABLE (3.2.6) atau BETA (3.5.2)?
Jika ada sebarang persoalan dan pendapat, sila tinggalkan pada komen kat bawah nah?
#NeverSettle

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Allo Akhirnya Dilepaskan! Muat Turun Apk Disini

0

Akhirnya masa yang dinanti-nanti sudah tiba! Selepas beberapa lama, aplikasi permesejan dari Google iaitu Allo, kini dilepaskan. Kepada yang sudah mendaftar untuk mendapatkannya di Google Play Store, anda bolehlah cuba-cuba periksa kalau anda sudah dapat muat turun ia secara terus, dan jika tiada, anda boleh dapatkan fail apk melalui laman APK Mirror pada pautan di bawah.

Apapun, jom kita tonton dahulu video mengenai Google Allo ini.

Reviu aplikasi ini akan menyusul kemudian. Buat sementara waktu ini, jika di Google Play Store, ia masih menunjukkan ‘Registered’ untuk peranti anda, anda boleh muat turun menerusi butang di bawah.

 

         Download Allo

Laman rujukan : Google Allo

Via : Android Police

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Untuk Kemas-kini Lebih Pantas, Oxygen dan HydrogenOS Bergabung

0

kredit pada XDA Developers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu kita lagi dalam topik ini
ROM HydrogenOS pada OnePlus 2, agak cemerlang dengan ketahanan baterinya tapi pada OnePlus 3, ketahanan baterinya tidak semantap pada OnePlus 2.
ROM OxygenOS pula, update yang terkini pada OP3 quite nice ketahanan baterinya.ROM HydrogenOS cepat update dan semuanya laju berbanding dengan OxygenOS.
Jadi, Oneplus telahpun mengabungkan OxygenOS dengan HydrogenOS menjadi Water OS (O2+H2=H20). hahaha gurau2 ja.
Tapi ROM OxygenOS ada Play Store (GApps) siap2 dalam ROM tersebut manakala HydrogenOS pula tiada (Play Store (GApps), jadi kena flash manual via TWRP (Stock Recovery tidak boleh flash)

OnePlus juga merupakan telefon pintar alternatif Nexus, yang mana ia laju, dan boleh kita mengubahsuai mengikut citarasa kita dan mendapat sokongan ROM CyanogenMod, yayy.
Tetapi ROM OxygenOS hanya terdapat pada model US, Europe atau Global sahaja manakala ROM HydrogenOS pula terdapat pada model China sahaja.
Walapun model anda berlainan tempat, anda boleh flash ROM tersebut sendiri. Kan?

OxygenOS lebih kurang seperti ROM pada Nexus phones. Pure stock Android, boleh ubahsuai mengikut citarasa anda, kita advance sikit, Root dan install Xposed (Ini jahat sikit .hihihi)
HydrogenOS pula, tidak seperti AOSP, ia lebih kurang seperti EMUI, MIUI (ROM yang base on Chinese, malah ada app kamera hanya support untuk ROM Chinese. Pelik kan? Hmm.

Jika fikir logik, macam rumit kan nak kekalkan dua ROM yang berfungsi berlainan asas.
Isu gabung ni menjadi buah mulut dalam social media, dan mereka telah pun keluarkan OxygenOS 3.5.0 Community Build untuk pengguna untuk merasainya sendiri. Kini, telah pun keluar versi baru, iaitu OxygenOS V3.5.2 Community Build (2016-09-14).

Notification drawer ada sedikit element Android 7.0, Nougat, boleh tukar network SIM data, Battery Saver dan Night mode dekat notification drawer, dan Dark Mode agak menarik serta dengan accent color menarik. Bukan itu sahaja, terdapat Night Mode (nak macam iOS la) dan ambient display dan proximity wake (tak boleh hidup tanpa function tu. hehe). Dalam versi ini juga, anda boleh pilih screen mode, ada tiga pilihan iaitu Default (warna nampak lebih cantik), sRGB (biasa2 saja, seperti screen OnePlus 2), dan Customization (Cool and Warm)

File manager kini ada sekali dengan Google Drive, jadi anda boleh access drive anda dengan mudah (anda juga boleh guna app Google Drive). Jika anda perasan, file manager dia nak macam HydrogenOS punya (ye la, depa dah gabung hahaha).
Oneplus Music, merupakan app music player baru bagi OxygenOS CB ini dan ia mesra pengguna.
Message dan Phone menggunakan HydrogenOS punya (tapi lebih selesa yang Google punya :(, tapi boleh pasang manual Google Contact).

Recent app, seperti HydrogenOS di mana anda boleh lock app yang anda tak mahu tertutup (seperti WhatsApps, kalau tutup, nanti notification masuk bila anda buka app tu), close all button dan feature OxygenOS, Normal clear and Deep clear.
Power off, Reboot mode agak menarik, jika anda perasan, ia seperti ColorOS haha.

Ini changelog bagi V3.5.2

  • Added “kill all background processes” button in recents menu
  • Added long press options in messages application
  • Enhanced incoming call notification UI
  • Added manual “check for update” button
  • Added additional directions for first fingerprint configuration
  • Battery Saver mode optimizations and enhancements
  • Added back contacts widget in launcher
  • Improved dialer speed
  • New modes added in control panel (night mode and battery saver)
  • Added support for PIN codes up to 6 digits

Jadi ini merupakan Open Beta, risiko tanggung sendiri yer dan versi 3.5.2 ni merupakan bootloader baru, jadi anda harus flash TWRP baru yang telah dimodifiedkan, TWRP Modified (ia sama kes masa OnePlus 2 kena pakai TWRP kuning. hihihi)

Ini screenshot dari thread OnePlus 3 : Ulasan Dari Perspektif Pengguna Tegar Android, Berbaloikah Dibeli? Saya sudahpun tunjuk Community Build dalam artikel tersebut, tapi bukan 3.5.2 lah.

klik untuk lebih jelas

Jadi, ada sebarang komen dan cadangan serta pendapat?
Leave it dekat komen bawah tu yer? Terima kasih 😀

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Opera Versi 40 Dilepaskan : Kini Mempunyai VPN Dan Ad-Block Terbina Dalaman

0

Beberapa minggu sebelum ini, Opera telah melihatkan beberapa pembaharuan dalam versi ‘Developer’ apabila membawakan VPN dan penyekat iklan terbina dalaman. VPN dari SurfEasy yang juga merupakan anak syarikat Opera itu mempunyai pilihan beberapa pelayan dari lokasi beberapa buah negara iaitu Kanada, Jerman, Netherlands, Singapura dan Amerika Syarikat.

Seperti yang disebutkan di atas, Opera telah menyertakan sekali penyekat iklan (ad blocker) secara natif, dan ini bererti anda tidak perlu lagi memasang add-on/extension ad blocker lain lagi, melainkan penyekat iklan ini tidak berfungsi seperti yang anda harapkan. Sepanjang ujian yang saya telah lakukan, well, ok-ok laaa.

Melalui tetapan Privacy & security, anda boleh aktifkan VPN terbina dalaman dan seterusnya dapat diubah tetapannya melalui bar URL. Ia juga akan memberitahu berapa banyak data yang telah anda guna sepanjang VPN dihidupkan.

Berminat nak guna? Muat turun opera dengan mengklik pada butang di bawah.

         Download Opera

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Strim Torrent Menggunakan Kodi : Nikmati Filem Berkualiti Dan Berdefinisi Tinggi

0

Baiklah. Kita kembali kepada tutorial penstriman menggunakan Kodi. Cuma dalam tutorial kali ini kita akan gunakan versi 16.1 ‘Jarvis’.

Ok, kita terus kepada tajuk.

Jadi, macam mana caranya kita nak stream torrent melalui Kodi? Caranya amatlah mudah sekali. Apa yang penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah masukkan terlebih dahulu repo Fusion.

1. Pergi kepada Systems – File Manager – Add source : http://fusion.tvaddons.ag

Namakan ia sebagai ‘Fusion’.

2. Kemudian pergi ke Settings – Add-ons – Install from zip file – Fusion – xbmc-repos – english – repository.unofficialquasar.*.*.*.zip.

3. Seterusnya, pergi ke Settings – Add-ons – Install from repository – Unofficial Quasar Repo – Video add-ons – Quasar – Install
4. Setelah itu, terus ke belakang, navigasi ke Program add-ons – pasang mana-mana penyedia torrent yang anda suka. Tak perlu pasang terlalu banyak, contohnya saya sendiri hanya pasang EZTV, YIFY, RARBG, TorLock, dan 1333x.
5. Tetapkan ‘Download path’ bagi menempatkan fail torrent yang akan distrim/muat turun.
6. Tetapkan pula ‘Custom provider timeout’. Contohnya 30 saat, untuk mengelakkan dari ralat ‘No links found’.
7. Ok dah siap pun semua tetapan yang diperlukan. Sekarang anda sudah boleh mula cari apa-apa filem yang anda ingin tonton. Klik sahaja pada namanya dan ia akan mula menimbal (buffering).
8. Streaming done bro. Itu dia, filem berkualiti tinggi dari torrent sudah boleh ditonton.
Kalau anda suka dengan tutorial seperti ini, silakan klik butang share dan jangan lupa komen sekali.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Remaja Ini Mendapatkan Akses Data 4G Tanpa Had Secara Percuma

0

Seorang remaja dari Amerika Syarikat, Jacob Ajit,  telah melepasi sekatan langganan rangkaian T-Mobile. Beliau telah menggunakan kad prabayar dan sebuah telefon pintar untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak untuk menggunakan rangkaian 4G T-Mobile tanpa langganan. Ternyata percubaan beliau telah membuahkan hasil apabila menemui kelemahan pada rangkaian tersebut.

Berikut adalah ‘jalan kerja’ beliau.

Pada mulanya, beliau hanya mendapati telefonnya masih mempunyai sambungan kepada rangkaian 4G, cuma ianya hanya akan menghalakan kepada portal yang meminta pengguna supaya menaik taraf pelan yang sedang digunakan.

Menurut Jacob, laman portal itu mempunyai pautan-pautan yang secara rawaknya jika diklik boleh memuat kandungan secara normal, seperti pelan data telah dilanggan. Kemudian, beliau mencuba pula jika terdapat mana-mana aplikasi yang masih boleh menggunakan rangkaian 4G.

Seperti yang dijangkakan, aplikasi Speedtest.net masih boleh menguji kelajuan internet dan memaparkan sehingga 20Mbps. Secara teorinya, aplikasi itu masih dapat menggunakan data, meskipun pelayan pada aplikasi Speedtest ditukar (kepada pelayan selain T-Mobile).

Jadi, disebabkan itu beliau menganggap bahawa pelayan Speedtest sudah pastinya berada dalam senarai putih bagi sekatan langganan. Oleh itu, Jacob ingin menguji bagaimana cara ia bekerja dengan menyambung kepada mitmproxy melalui komputer Mac beliau.

Beliau mendapati bahawa T-Mobile telah membenarkan laluan trafik melalui sebuah folder di bawah nama /speedtest. Jadi, melalui kaedah yang sama beliau memuat fail-fail lain dan hasilnya beliau telah pun dapat menggunakan rangkaian 4G T-Mobile secara percuma.

Namun, itu hanyalah fail-fail yang dimuat sendiri. Untuk mendapatkan akses bagi memuat dan muat turun seperti biasa, Jacob membuat satu tetapan proksi pada Heroku menggunakan Glype. Kemudian beliau terus mencubanya.

 

Profit! Sekarang beliau telah pun berjaya mendapatkan akses kepada rangkaian 4G tanpa membayar sebarang langganan untuk data! Jika anda berani, silalah cuba ‘salin’ jalan kerja beliau ini kepada mana-mana telco yang sedang anda gunakan. Manalah tahu, berjaya. Menarik bukan?

Sumber : Jacob Ajit

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kodi Versi 17 Krypton Beta 2 Dilepaskan

0

Kodi sedang berada dalam pembangunan pesat, dan kini mereka melepaskan versi terbaru iaitu 17 dengan kod nama ‘Krypton’ Beta 2. Seperti yang diketahui, Kodi versi 17 ini membawakan pembaharuan dengan tema yang tersedia iaitu Estuary dan Estouchy, yang mana kedua-duanya ditala mengikut kegunaan yang berbeza, iaitu Estuary khusus untuk pengguna desktop, dan Estouchy pula direka khas untuk pengguna skrin sesentuh.

Apa yang saya amat sukai dalam versi 17 ialah prestasinya telah meningkat berkali-kali ganda berbanding versi sebelumnya iaitu 16.1 ‘Jarvis’. Tak lupa juga paparan antaramukanya kini lebih mesra pengguna, lebih mudah difahami, dan juga memaparkan capaian lebih pantas.

Buat masa ini Super Repo sudah mula meletakkan tapaknya dalam Krypton, cuma ia masih belum dapat digunakan seperti Jarvis. Tak sabar rasanya hendak pasang pelbagai addon yang terkandung di dalam Super Repo.

Apapun, berikut adalah antara log perubahan bagi Kodi ‘Krypton’ Beta 2 ini.

Kodi 17 Krypton Beta 2 Changelogs:

• Any game controller was non function due to recent refactoring. This has now been fixed with the added bonus of deadzone settings for joypads.
• PVR section got a variety of fixed ranging from usability to possible crashing
• Fix possible issue if internet stream used a redirect
• Fix “could not connect to repository” popup
• No longer handle data migrations from pre-Kodi v14 versions.
• Add fallback path to Kodi settings if the skin you use hasn’t received an update yet
• Several fixes done to passthrough audio handling
• Fix possible crash on loading context menu add-ons
• Add Android Nougat new passthrough audio API which special thanks to Google developers for adding this.
• De-interlacing setting underwent some changes recently and some problems came to light.
• Skin and add-on updating doesn’t check for dependencies if they are not in a repository. From now on on any upgrade Kodi we will go through all available updates and install them before starting Kodi.
• Fix DPI unawareness on Windows where it would start in the zoomed in if it wasn’t set to 100% Thanks to Microsoft for giving us the correct way of solving it.

Untuk senarai penuh log, anda boleh lihat pada pautan INI. Mahap, abam copy paste je, malas pulak nak translate. Heheheh.

Pepijat/known bugs:

• No PVR add-ons packed on Android. Should hopefully get fixed in next update
• Some controllers problems if controllers get’s disconnected when Kodi is running

*Disebabkan PVR dalam versi ini tiada, maka saya sudah kembali menggunakan versi 16.1. Aih, apa boleh buat. Terpaksa bersabar hingga versi stabil untuk 17 Krypton ini dilepaskan sedikit masa lagi.

Untuk ulasan penuh mengenai lepasan versi 17 Krypton, anda boleh ke sumber : kodi.tv

Ni contoh Kodi 17, abam punya yang dah siap setup.

Ada sesiapa nak tutorial Kodi lagi?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Boleh Memasang Aplikasi Secara Senyap Pada Peranti Anda

0

Antara sebab mengapa telefon pintar yang dibuat di China menjadi popular dan ‘bangkit’ dalam pasaran suatu masa dulu ialah selain menawarkan harga yang rendah, spesifikasi yang diberikan juga adalah agak tinggi setara dengan telefon pintar lain yang berjenama. Selain Lenovo, Meizu, Xiaomi juga adalah antara yang mempelopori pasaran dalam niche telefon pintar berharga rendah dengan spesifikasi tengah/tinggi.

Satu yang menjadi tanda tanya dikalangan pengguna termaju ialah aplikasi bloatware yang dipasang secara lalai dalam setiap peranti Xiaomi. Untuk mengetahui ‘peranan’ aplikasi tersebut, seorang pelajar Sains Komputer dari Netherland, Broenink, yang juga pemilik Xiaomi Mi4, melakukan siasatan terperinci bagi sebuah aplikasi yang bernama ‘AnalyticsCore.apk’ yang berjalan di balik tabir sistem operasi tanpa henti, dan tetap akan muncul semula meskipun ia telah dipadam oleh pengguna.

Bagaimanapun penemuan yang didapati oleh Broenink adalah mengejutkan, apabila beliau menyedari aplikasi itu telah menghantar maklumat pengguna kepada pelayan rasmi Xiaomi secara berkala.

Beliau juga mendapati bahawa aplikasi ‘Analytics’ itu dapat dipasang pada peranti Xiaomi tanpa memaklumkan kepada pengguna. Apa yang membimbangkan ini boleh dianggap sebagai satu kerentanan sekuriti, dan mana-mana penyerang boleh menggunakan kerentanan ini untuk memasang aplikasi malware pada peranti tanpa disedari oleh pengguna.

Ini adalah kerana tiada sebarang pengesahan dibuat oleh peranti untuk mengesahkan keaslian fail apk yang dimuat turun sekaligus membolehkan penyerang untuk mengeksploitasi ruang bagi meletakkan fail ‘AnalyticsCore.apk’ mereka sendiri.

Buat sementara waktu ini, jalan ‘penyelesaian’ yang boleh dibuat oleh pengguna ialah dengan menggunakan aplikasi firewall untuk menyekat sambungan kepada mana-mana domain yang berkait dengan pelayan Xiaomi.

Sumber : Thijs Broenink

P/s : Psssttt, kalau menurut jurucakap syarikat Xiaomi, aplikasi Analytics tersebut digunakan untuk mengumpul maklumat bagi meningkatkan mutu pengalaman pengguna bersama peranti, dan ianya tidak boleh dieksploitasi oleh penggodam kerana MIUI akan memeriksa apk itu terlebih dahulu. Abam kata? Abam kata cari telefon lain je lah. Screw you Xiaomi.

Rujukan : SecurityIntelligence

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Lelaki Ini Membuat Pejabat Maya Dengan Menggunakan Microsoft HoloLens

0

Sebelum ini anda telah diperkenalkan dengan Microsoft HoloLens. Hologram 3D pelbagai guna ini telah dipertontonkan oleh seorang individu melalui saluran YouTube – The Holo Herald di mana beliau menunjukkan demo pejabat maya yang dibuat olehnya menggunakan HoloLens dengan menyeluruh.

Apa yang menariknya, selain pejabat yang dimayakan, hampir kesemua aplikasi yang dibuka adalah dari Microsoft sendiri seperti Microsoft Edge, Windows Store, Groove Music dan aplikasi Photos (Windows 10). Amboi macam bodek baik punya, ahahah.

Anda boleh tonton demo yang telah beliau muat naik melalui video yang berikut.

Dah macam Iron Man punya pejabat kan? Heheh. Kalau HoloLens mula memasuki pasaran di Malaysia, sanggupkah anda melabur sehingga RM12k untuk membelinya?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline