Utama Blog Laman 172

Selepas KickassTorrents Dan Torrentz, Kini TorrentHound Pula Ditutup

0

Kita semua sudah sedia maklum bahawa dua laman carian terbesar torrent iaitu KickAss Torrents dan Torrentz.eu sudah pun ditutup. Kickass ditutup selepas pengasasnya ditangkap oleh pihak berkuasa, manakala Torrentz.eu pula mengambil langkah yang sama lebih kurang sebulan selepas itu.

Ini bererti sudah lengkap 3 laman carian torrent ditutup berturut-turut, bermula bulan Julai, Ogos, dan kini September. Ianya berlaku sebaik sahaja Artem Vaulin ditangkap, dan ini memberitahu bahawa keadaan yang berlaku bukan secara kebetulan sahaja.

Namun menurut pengasas TorrentHound melalui TorrentFreak, laman tersebut ditutup disebabkan oleh kurangnya trafik, kurang pendapatan, dan perlu membayar komitmen kepada bil-bil yang mendatang. Juga seringkali diburu oleh ejen-ejen anti-lanun, menyebabkan mereka mengambil langkah drastik itu.

Paparan skrin dari Wayback Machine

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ke Arah Matawang Digital : Apa Itu Bitcoin?

0



Apa itu Bitcoin?

Bitcoin adalah matawang digital , dicipta dan digunakan
secara maya. Tiada siapa mengawal nya.
Bitcoin tidak dicetak seperti MYR (Ringgit Malaysia) mahupun
USD. Ia dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada 31 Oktober 2008 . Bitcoin menggunakan
P2P cash system dan ia adalah sumber terbuka.
Bagaimana Bitcoin berfungsi ?
Seperti saya, menggunakan bitx iaitu dompet bitcoin / bank
bitcoin untuk menyimpan setiap bits yang kita beli mahupun jual.
Setiap bitcoin menggunakan alamat unik hash untuk setiap
transaksi , setiap transaksi adalah anonymous , tanpa nama , tanpa alamat ,
tanpa ip . ia adalah sangat sangat privasi dari segi undang-undang.
Setiap transaksi ada lejer yang disimpan di dalam blockchain
, disana merangkumi pelbagai alamat transaksi pengguna jual/beli , Cuma kita
tidak tahu siapa yang empunya alamat bitcoin tersebut.
Setiap transaksi tidak boleh dipindah milik semula, “Engkau
punya engkau punya , nak minta balik ?
Sorry la bro.” ia tidak sama menggunakan wang kertas atau perbankan secara
talian.
Selepas transaksi , alamat penerima akan berubah setiap
transaksi yang sah dan berjaya.
Apakah kesan jika Bitcoin ini digunakan secara menyeluruh? 
Kesannya kepada perbankan dan matawang kertas akan jatuh, yang kaya tiada apa-apa melainkan kertas sahaja. tetapi jika kita pakar I.T? Maka kita akan jadi kaya, penggodam menjadi kaya raya, transaksi tidak dapat dikesan, maka segala “value” tidak bermakna lagi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Penipu Bersiri Ini Gagal Apabila Mangsa Menghubungi Ibunya Di Facebook

0

Seorang ‘penipu bersiri’ yang selalu mencari mangsanya di internet kali ini terpaksa berdepan dengan seorang ‘mangsa yang salah’, apabila mangsa tersebut adalah seorang penyelidik/penguji sekuriti yang juga merupakan pengajar sains komputer, iaitu Christian Haschek.

Haschek berhasrat hendak menjual kad hadiah Apple Store yang bernilai $500, dan percubaan beliau kali terakhir adalah di Reddit, sebelum dihubungi oleh pembeli berpotensi.

Disebabkan sudah mencuba berkali-kali untuk mengguna atau menjual kad tersebut namun tidak berjaya disebabkan beliau tinggal di luar Amerika Syarikat, maka beliau dengan segera bersetuju untuk menjualnya apabila ditawarkan dengan Bitcoin.

Still selling the $500 Apple giftcard? Is it apple store or Itunes? I can do $380 BTC for it. Pm me back with info.

Menyangkakan bahawa ‘bakal pembeli’ sukar untuk menipunya menerusi Bitcoin, maka Haschek bersetuju memberikan butiran maklumat kad yang dimilikinya meskipun belum ada apa-apa pembayaran dibuat.

Sebaik mendapatkan apa yang dia mahu, penipu berkenaan telah memadam akaun yang digunakan untuk menghubungi Haschek, sekaligus menyukarkan Haschek untuk menghubunginya kembali. Menyedari beliau tertipu, Haschek mula mencari maklumat, dan menemui akaun Facebook abang serta ibunya.

Haschek terus menulis mesej kepada mereka seperti berikut.

Salah orang kau ni dek nak scam. Heheh.
Selepas 10 minit menghubungi abang beliau, Haschek menerima mesej di Reddit dari seorang pengguna baru.

This is ungustly from before. I am sorry for what I did. I am young and stupid and always in a really bad place. I ama full time student and I have no job. I contacted Apple and got a giftcard back. I can. Give you your giftcard back I have a card for $477 and one of the existing card you gave me should have the remaining balance. Please leave me alone after this I won’t do anything like this anymore I am having panic of attacks just thinking about this.

 

I do not have the bitcoins if I did I would have sent it to you already. I have literally 0 money and as a full time college student I have no savings please I beg you to understand I have had a handful of anxiety attacks in the past few days over this issue and I am extremely scared. All I want is to leave me alone I know what I did was wrong please I beg you to forgive me

 

I will never do anything like this again. I have 6 classes and I am a full time student I can’t even go to work to pay you back. I would immediately pay I back if I could but I am broke and living on cheap fast-food. Please I beg you to forgive me and accept the card I returned I am very sorry I did this to you.

Akhirnya, penipu bersiri ini tumpas. Seorang budak muda berumur 22 tahun yang masih belajar, tetapi sudah pun cekap menipu orang di internet. Kesilapan-kesilapan yang beliau lakukan boleh menjadi pengajaran kepada kita, untuk lebih berhati-hati, dan bukan untuk menjadi penipu!

Saya cuba terjemahkan dari blog Christian Haschek (yang anda boleh baca langkah-langkah beliau mencari penipu atas talian itu secara lebih terperinci) sedikit ‘pengajaran’ yang diperoleh.

1. Tetapan privasi anda di Facebook hanya memberi ‘faedah’ kepada anda sekiranya ia selari dengan rakan-rakan anda.

2. Jangan gunakan semula kata nama pengguna yang sama di lain-lain laman web.

3. Gunakan perkhidmatan transaksi escrow seperti Transpact jika anda ingin berurusan dengan Bitcoin.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Mengumumkan ‘Project Zero Prize’ : Hadiah Lumayan Menanti Para Penguji Sekuriti

0

Ok la, berita ni lambat sikit abam tulis sebab semalam sibuk. Jangan hangpa mengamuk pulak macam mamat aritu, “Wei abam aku dah tau lama la berita ni”. Ya ya, dah tau duk situ diam-diam.
Ok kita kembali kepada tajuk artikel.

Disebabkan banyak kerentanan yang ‘berkualiti’ ditemui dalam pertandingan, Google melancarkan sebuah acara/pertandingan godam untuk mencari kelemahan dan kerentanan dalam sistem operasi Android yang dipanggil sebagai – The Project Zero Prize.

Matlamat pertandingan ini ialah bagi mencari kerentanan lain serta rantaian pepijat (bugs) yang mampu melancarkan serangan kawalan jauh pada beberapa peranti Android hanya menggunakan nombor telefon serta alamat e-mel.

Hadiah dari pertandingan ini adalah seperti berikut:

1. $200,000 USD, akan dihadiahkan kepada pemenang dari kemasukan kemenangan pertama.

2. $100,000 USD, akan dihadiahkan kepada pemenang dari kemasukan kemenangan kedua.

3. Sekurang-kurangnya $50,000 USD akan dihadiahkan dari kemasukan kemenangan tambahan.

Setiap peserta diminta untuk menghantar mana-mana kerentanan yang ditemui terus ke Android issue tracker. Pertandingan ini berlangsung selama 6 bulan, dan setiap kerentanan boleh digunakan sebagai sebahagian dari penyerahan kerentanan yang dijumpai, sepanjang tempoh 6 bulan tersebut.

> Project Zero

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

5 Pelawak Komedi Berdiri Terbaik Di Netflix

0

Memang terdapat banyak kategori video yang boleh ditonton di Netflix. Salah satunya ialah ‘Stand Up Comedy’. Sebaik ‘berkenalan’ dengan kategori ini, hidup jadi ceria, banyak tawa-tawa kecil yang terkeluar tanpa dapat ditahan.

Jadi berikut saya senaraikan 5 orang pelawak komedi berdiri atau stand up comedian yang betul-betul dapat membuat anda ketawa dengan idea-idea lawak yang bijak.

1. Gabriel Iglesias

Saya mula menonton rancangan yang menampilkan Gabriel Iglesias a.k.a Fluffy sejak beliau menuturkan komedi dalam ‘Unity Through Laughter’. Pada saya lawak-lawak beliau adalah sangat kreatif, kerana selain berutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat/pelat Mexican yang lucu, beliau menggunakan ‘bunyi-bunyi’ tertentu yang diajuk dengan baik. Lawak-lawak Gabriel adalah berkisarkan apa yang beliau lalui semasa jelajahnya dan sewaktu beliau bersama dengan isteri dan anak tiri beliau. Beliau sememangnya pelawak kegemaran saya!

2. Jim Gaffigan

Jim Gaffigan selalu menggunakan memek muka berserta suaranya yang sengaja diubah menjadi pelbagai agar kena dengan situasi yang cuba digambarkan. Apa yang saya minat ialah beliau tidak perlu menggunakan terlalu banyak kata-kata carutan atau lucah untuk membuat lawak. Lawak beliau kebanyakannya adalah ‘bersih’ dan beliau suka bercerita mengenai makanan.

3. Anjelah Johnson

Wehhh serius lawak minah ni. Hahahah.
Persembahan pertama Anjelah Johnson yang saya tonton adalah dari YouTube, di mana beliau bercerita tentang pengalaman beliau dalam sebuah kedai ‘repair kuku’ (Pedicure) membuatkan saya menjadi peminat secara spontan. Kalau anda teringin hendak tahu bagaimana seorang perempuan boleh buat lawak terutamanya secara komedi berdiri, maka Anjelah Johnson adalah orangnya yang patut anda ikuti.
4. Marc Maron
Lawak-lawak beliau adalah dari jenis ‘straight-to-the-point’ dan mula dengan sebuah cerita. Ia berkembang dari cerita kepada klimaks dan seterusnya punchline. Tak banyak video beliau dalam Netflix, tetapi anda boleh juga cari di YouTube. Lawak beliau mungkin adakalanya sedikit ‘lambat’ kerana cerita yang panjang, tetapi apabila keluar sahaja satu punchline, yang lain akan menyusul.
5. Chris Tucker
Siapa yang tidak kenal dengan beliau? Popular menerusi filem-filemnya bersama Jackie Chan, dalam Rush Hour Trilogy, beliau memang terkenal dengan komedi sama ada yang disengajakan dalam filem ataupun tidak. Tetapi agak tidak sangka juga beliau mampu berlawak sebagai stand up comedian dengan baik sekali. Meskipun apabila berlawak dengan cara tersebut ia tidak begitu ‘natural’ seperti yang kita lihat dalam filem, tetapi perceritaan beliau tentang kehidupan dan pengalaman beliau di serata tempat dalam dunia amat berkesan sekali.
Harapnya lepas ni ada filem Rush Hour 4 dengan Chris Tucker kembali berjenaka bersama Jackie.
Baiklah. Di atas adalah senarai pelawak komedi berdiri kegemaran saya. Anda pula?

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Streamza : Strim Torrent Tanpa Klien, Tanpa Muat Turun, Tanpa Cintamu Aku Hampa.. Ehh Itu Lagu.

1

Tatkala kebosanan melanda, tatkala Netflix dah ‘takde cerita apa’ (pada hal berlambak aje), dan ketika Kodi pun dah tinggal ‘main-main klik’ aje, waktu itulah macam-macam idea dicari untuk hiburkan diri.

Ketika menyemak e-mel, terperasan pula ada banyak yang masuk dalam folder spam. Apabila dibuka, rupanya ada tersangkut promosi dari laman Streamza, menawarkan percubaan selama 2 minggu secara percuma. Pucuk dicita, ulam mendatang, bagai orang mengantuk disorongkan botol susu, dengan pantas ia dicuba. Ternyata pilihan tidak silap, meskipun konsep ini bukanlah baru.

Atas dasar niat ingin tahu apa yang menarik, maka laman Streamza pun dibuka, akaun lama digunakan semula, dan, puff! Beginilah paparannya.

Streamza mengambil konsep penstriman torrent melalui storan awan, tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu kandungan tersebut. Ala ZbigZ, tetapi ditambah fungsi strim video secara terus. Ia juga menyokong pautan magnet (ahhh I love this), dengan hanya menyalin pautan dan masukkan pada ruang bar carian, ia akan segera memasukkan torrent yang diingini ke dalam senarai muat turun.

Sempoy beb..

Apa yang bertambah menarik ialah, laman ini juga akan secara automatik memainkan video beserta sarikata sekiranya ada.

Siap subtitle baq hanggg..

Kalau filem/video tersebut tiada sarikata, maka, tiadalah. Hahahah. Contohnya macam paparan skrin bawah ni, abam sedang layan filem ‘The Neighbor (2016)’. Bengang betul tengok filem ni. Otak pengarah dia memang sadistik. -_-

Selain itu, jika rakan anda mempunyai akaun Streamza, ada butang ‘Share’ kalau anda mahu berkongsi torrent yang anda suka.

Eheheh, cerita banyak tak guna. Sekarang ada promo, untuk 2 minggu akaun premium mereka lepaskan secara percuma. Kalau suka boleh cuba puas-puas dulu. Bila dah puas tapi malas nak bayar, kasik ‘kensel’ la.

Rasanya sekarang ni promo yang abam dapat ialah 4.99USD atau lebih kurang 20MYR+. Saja bagi korang figure bayaran bulanan dia, supaya korang rajinkan diri cuba juga sementara sedang promosi ni. Ok tata, chow-seen-chee aaa!

> Streamza

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

TorrZan : Bot Yang Membantu Anda Muat Turun Torrent Melalui Telegram

0

Kali pertama saya mencuba TorrZan adalah pada bulan 5 yang lepas. Namun atas sebab saya amat jarang menggunakan Telegram, maka servis ini dilupakan hinggalah saya ‘terbuka’ kembali Telegram dan ‘ternampak’ pula conversation lama antara kami berdua, lalu saya pun terus menulis satu artikel untuknya (keh keh keh).

Secara mudah faham, TorrZan ialah bot yang berfungsi seakan laman ZbigZ. Ia ada akaun percubaan secara percuma, ada juga akaun premium berbayar. Akaun percuma akan memberikan kepada pengguna ruang storan sebanyak 1GB. Hmmm, memang tak cukup, memang kecil, dan sebab itulah percuma. Heheh.

Menyokong ciri pautan magnet yang lebih memudahkan, TorrZan juga akan memuat turun terus ke pelayan mereka sendiri terlebih dahulu, sekaligus mengurangkan risiko alamat IP pengguna daripada terdedah kepada ‘pihak yang mencari’.

Menambah torrent adalah semudah ABC. Ia menyokong pautan magnet, jadi anda cuma perlu salin dan tampal sahaja URL magnet dari torrent yang anda mahu ke dalam ruang bual.

Lihat pada paparan skrin berikut.

Saya tak pasti apa sebab kukuh yang akan buat seseorang itu akan memuat turun sesuatu fail yang besar terutamanya torrent melalui Telegram. Tetapi kalau direnungkan kembali betapa teruknya sekatan internet di China, mungkin ia boleh jadi antara salah satu sebab. Mungkin muat turun melalui Telegram sahaja yang ‘lepas’. Hmmm.. mungkin…

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, Torrzan bukanlah servis ‘cache’ torrent secara percuma sahaja. Ianya servis berbayar, dan akaun bermula dengan pelan percubaan percuma sebanyak 3 fail torrent, dan seterusnya akaun 1 bulan, berjumlah $9.9 atau lebih kurang RM40+.

Saya yakin ramai antara pembaca yang hebat-hebat belaka. Mungkin dari akaun percuma itu anda boleh ehem*hejes*ehem bagi jadi ‘muat turun tanpa had’ pula, siapa tahu? Heheh.

Jika anda berminat, sila ke > Torrzan

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pemacu USB Mampu Mencuri Nama Pengguna Dan Kata Laluan Meskipun Komputer Anda Dikunci

0

Semalam kita berkenalan dengan USB Killer, hari ini kita cuba kenal-kenal pula dengan ‘USB Stealer’. Seorang jurutera sekuriti, Rob Fuller, telah mencipta dengan caranya yang tersendiri untuk menjadikan sesebuah pemacu USB itu mampu mencuri maklumat sulit dari sesebuah PC walaupun ianya dikunci.

Kata nama pengguna dan kata laluan PC yang dapat dicuri dalam bentuk hash, boleh dinyahsulit kemudiannya. Dengan menggunakan USB Armory, Rob menukarkan pemacu tersebut kepada penyesuai USB Ethernet, dan seterusnya menggunakan ia sebagai ‘penyedut’ maklumat pengguna kepada sesebuah peranti yang diingini.

Menurut teorinya (yang telah berjaya dibuktikan berkesan), mana-mana PC sekiranya telah dilog masuk, walaupun dikunci, akan tetap memasang fail pemacu kepada sesebuah pemacu USB apabila ia dipalamkan pada mana-mana port.


Bagaimana Cara Ia Melakukannya?

1. Menurut Rob lagi, USB dicipta sebagai peranti Plug-and-Play. Bererti dalam keadaan PC berkunci sekalipun, ia tetap akan dapat dipasang. Semestinya terdapat senarai peranti yang disekat dari dipasang terus ke komputer, tetapi Ethernet/LAN sudah pastinya disenarai putih.

2. Komputer tetap mewujudkan trafik internet walaupun tidak memuat turun apa-apa atau tidak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan pelayar web.

3. Keutamaan rangkaian apabila terdapat lebih daripada satu pintu masuk atau sambungan rangkaian adalah berdasarkan kepada ‘metrik’ pada Windows, dan gabungan antara ‘metrik serta pilihan’ pada OSX, akan tetapi secara lalai ‘wired’ dan ‘newer/faster’ akan sentiasa menjadi yang lebih utama.

Berikut adalah video demo ‘USB Stealer’ dari beliau.

Anda boleh cipta ‘USB Stealer’ anda sendiri dengan mengikuti arahan dalam post Rob Fuller di sini: > Snagging creds from locked machines

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

USB Killer 2.0: Musnahkan Mana-Mana PC, Laptop, Televisyen Dengan Pemacu USB Ini!

0

Selama ini, pemacu yang mampu memusnahkan apa jua peranti yang dipasang padanya pemacu tersebut masih dalam bentuk prototaip. Pada tahun 2015, seorang pengkaji dari Rusia, dengan nama dari akaun YouTube – Dark Purple telah mencipta sebuah pemacu USB yang dapat memusnahkan hosnya dan memuat naik sebuah video demonstrasinya, meskipun ia tidak dipasarkan. Anda boleh tonton dahulu video tersebut di bawah.

Pun begitu, terbaru, pemacu seperti ini telahpun dikomersialkan oleh sebuah laman iaitu USBKill.com, dan pemacu itu dinamakan sebagai USB Killer 2.0.

Menurut pembangun USB Killer 2.0, sebanyak 95% peranti yang telah diuji, telahpun musnah akibat dari lonjakan kuasa setelah dimasukkan pemacu. Apabila ia dipasang, USB Killer dengan cepat akan mengecaj kapasitor menerusi bekalan kuasa yang masuk melalui pemacu USB, dan dengan cepat pula melepaskan kesemuanya dalam tempoh beberapa saat.

Ini menyebabkan hos musnah, terbakar. Kemungkinan untuk dapat mengembalikan data-data dari HDD/SDD adalah amat tipis selepas kerosakan berlaku. Berikut pula, adalah demonstrasi USB Killer 2.0.

USB Killer ini dijual pada harga 49.95USD dan dengan tambahan sebanyak 15.70USB, anda boleh membeli USB Protection Shield – Test Shield yang bertindak melindungi mesin hos ketika anda mencuba pemacu pemusnah itu kepadanya.

> USB Killer 2.0

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Vivaldi 1.4 Dilepaskan, Hadir Dengan Tema Berjadual

0
Pada bulan 1 tahun lepas, lahir sebuah pelayar web yang dicipta ke arah ‘power users’. Vivaldi nama yang diberi, diasaskan oleh bekas CEO Opera, setelah melihat pelayar web yang dibina sekian lama tidak lagi mengikut kepada kemahuan pengguna.
Secara jujurnya saya menggunakan pelayar web ini ‘on and off’, sekejap guna, sekejap tidak. Saya seringkali beralih kepada Chrome dek kerana entah kenapa Chrome berprestasi dengan lebih baik pada PC berspesifikasi lama di pejabat (yeah, it’s true bro). Tetapi dengan lepasnya versi terbaru Vivaldi ini, dirasakan prestasinya lebih baik dari sebelum.
Vivaldi versi 1.4 ini membawakan beberapa ciri baru, dan ciri paling menyerlah sekali ialah tema berjadual. Tema boleh ditetapkan mengikut masa yang anda mahu. Ia akan bertukar pada masa yang anda telah tetapkan.

Selain itu, anda juga boleh membuka semula tab yang secara tidak sengaja ditutup hanya dengan ‘middle click’ pada ikon tong sampah yang ada di atas tab sebelah kanan.

Jika anda sudah pun ‘jemu’ dengan Chrome dan ingin mencuba sesuatu yang baharu, maka saya cadangkan Vivaldi sebagai pengganti kerana ia juga boleh menggunakan Chrome Extensions tanpa ada sebarang masalah. Bukan apa, ada sesetengah kawan saya yang ‘menyumpah’ Chrome kerana ia agak ‘ram hogger’. Jika itu yang anda juga rasakan, Vivaldi perlu dicuba. Serius puas hati.

 


Download Vivaldi 1.4

Views: 3

Iklan Newspaper Inline