5 Pelawak Komedi Berdiri Terbaik Di Netflix

Memang terdapat banyak kategori video yang boleh ditonton di Netflix. Salah satunya ialah ‘Stand Up Comedy’. Sebaik ‘berkenalan’ dengan kategori ini, hidup jadi ceria, banyak tawa-tawa kecil yang terkeluar tanpa dapat ditahan.

Jadi berikut saya senaraikan 5 orang pelawak komedi berdiri atau stand up comedian yang betul-betul dapat membuat anda ketawa dengan idea-idea lawak yang bijak.

1. Gabriel Iglesias

Saya mula menonton rancangan yang menampilkan Gabriel Iglesias a.k.a Fluffy sejak beliau menuturkan komedi dalam ‘Unity Through Laughter’. Pada saya lawak-lawak beliau adalah sangat kreatif, kerana selain berutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat/pelat Mexican yang lucu, beliau menggunakan ‘bunyi-bunyi’ tertentu yang diajuk dengan baik. Lawak-lawak Gabriel adalah berkisarkan apa yang beliau lalui semasa jelajahnya dan sewaktu beliau bersama dengan isteri dan anak tiri beliau. Beliau sememangnya pelawak kegemaran saya!

2. Jim Gaffigan

Jim Gaffigan selalu menggunakan memek muka berserta suaranya yang sengaja diubah menjadi pelbagai agar kena dengan situasi yang cuba digambarkan. Apa yang saya minat ialah beliau tidak perlu menggunakan terlalu banyak kata-kata carutan atau lucah untuk membuat lawak. Lawak beliau kebanyakannya adalah ‘bersih’ dan beliau suka bercerita mengenai makanan.

3. Anjelah Johnson

Wehhh serius lawak minah ni. Hahahah.
Persembahan pertama Anjelah Johnson yang saya tonton adalah dari YouTube, di mana beliau bercerita tentang pengalaman beliau dalam sebuah kedai ‘repair kuku’ (Pedicure) membuatkan saya menjadi peminat secara spontan. Kalau anda teringin hendak tahu bagaimana seorang perempuan boleh buat lawak terutamanya secara komedi berdiri, maka Anjelah Johnson adalah orangnya yang patut anda ikuti.
4. Marc Maron
Lawak-lawak beliau adalah dari jenis ‘straight-to-the-point’ dan mula dengan sebuah cerita. Ia berkembang dari cerita kepada klimaks dan seterusnya punchline. Tak banyak video beliau dalam Netflix, tetapi anda boleh juga cari di YouTube. Lawak beliau mungkin adakalanya sedikit ‘lambat’ kerana cerita yang panjang, tetapi apabila keluar sahaja satu punchline, yang lain akan menyusul.
5. Chris Tucker
Siapa yang tidak kenal dengan beliau? Popular menerusi filem-filemnya bersama Jackie Chan, dalam Rush Hour Trilogy, beliau memang terkenal dengan komedi sama ada yang disengajakan dalam filem ataupun tidak. Tetapi agak tidak sangka juga beliau mampu berlawak sebagai stand up comedian dengan baik sekali. Meskipun apabila berlawak dengan cara tersebut ia tidak begitu ‘natural’ seperti yang kita lihat dalam filem, tetapi perceritaan beliau tentang kehidupan dan pengalaman beliau di serata tempat dalam dunia amat berkesan sekali.
Harapnya lepas ni ada filem Rush Hour 4 dengan Chris Tucker kembali berjenaka bersama Jackie.
Baiklah. Di atas adalah senarai pelawak komedi berdiri kegemaran saya. Anda pula?
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img