Jika anda merupakan pengguna tegar Internet Download Manager, maka fungsi parallel download bukanlah sesuatu yang asing buat anda.
Buat yang masih tak tahu pula, Parallel Download menggunakan sambungan berbilang untuk memuat turun satu fail dalam beberapa bahagian. Muat turun menjadi lebih laju berbanding hanya menggunakan satu sambungan untuk satu fail.
Google Chrome bakal mengimplementasikan fungsi ini bagi melajukan proses muat turun melalui pelayar web tersebut.
Perkara ini telah dikesan oleh para pembangun di forum XDA.
Ya, pengguna boleh sahaja menggunakan IDM atau extension seperti Chrono Download Manager, tetapi dengan mengaktifkan fungsi ini, sekurang-kurangnya mana-mana fail yang dimuat turun menggunakan Chrome akan menjadi lebih laju dan lancar dari biasa.
Bagaimana cara mengaktifkan parallel download?
Buka tab baru dan masukkan ‘chrome://flags’ pada bar URL.
Pada ruangan bar carian, masukkan ‘parallel’ dan satu flag bernama ‘Parallel downloading’ akan muncul.
Klik pada ‘Default’ dan tukar ia kepada ‘Enable’.
Mulai semula Chrome untuk mengaktifkan fungsi ini.
Berikut adalah demo muat turun pada Android yang menjadi lebih laju setelah parallel download diaktifkan.
Nampak kan gambar ni? Maklumlah, warna putih.
Baiklah, harap anda akan dapat memanfaatkan post ini dengan sebaiknya. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan, pensyarah, keluarga, kucing, dan jiran sebelah untuk sama-sama pandai ya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Xiaomi. Xiaomi telah memberi jaminan yang Mi A1 ni akan dapat kemaskini Android Oreo sebelum akhir tahun ini. Jadi, pasti ampa tau dah kan yang Xiaomi mencari beberapa pengguna Mi A1 untuk menjadi tikus makmal mereka (Penguji Beta). Tak pasti tawaran tu buka lagi atau dah tutup.
Bagi yang dah daftar sebagai tikus makmal Penguji Beta, tahniah dapat merasai Android Oreo Beta! Gambar² di bawah ni sumber dari GSMArena. ?
Saiz ROM Mi A1 Android Oreo Beta ialah 1104MB malah Android Security Patch bulan 1 Disember! Dijangka bakal dilancarkan untuk semua pengguna Mi A1 pada hujung tahun ini. Kalau benar lah, maka Mi A1 menjadi peranti yang pertamadapat Android Oreo rasmi dengan harga yang bawah RM 1,3k ke bawah. ?
Mi A1 juga mendapat port LineageOS yang separuh berfungsi. Namun, kita masih lagi tidak dapat lihat sumber kernel telefon tersebut dan agak membimbangkan sebab Xiaomi menjanjikan bahawa depa akan lepaskan sumber kernel telefon tersebut selepas beberapa bulan Mi A1 dilancarkan. Pembangunan Custom ROM sedang berjalan dengan kelajuan siput dan ini tidak bagus untuk masa depan Mi A1. ?
Xiaomi Mi A1 ni boleh tahan hebatnya untuk peminat stock Android, bonus pula harga dia boleh tahan, iaitu RM 1.3k ke bawah. Dengan harga macam tu serta mendapat kemaskini Android Oreo, pasti dapat memberi pengalaman baru pada pengguna Mi A1. ?
Jadi, apa pendapat ampa? Komen kat bawah ni, sama2 kita bincangkan. ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dan kali ni artikel mengenai Harry Potter. Pasti ampa dah layan kan semua buku cerita dan filem yang telah dikeluarkan. Tidak lupa juga permainan video yang telah keluar pada semua platform, kecuali platform telefon. Kini Warner Bros serta Jam Citybergabung, meletup untuk mengeluarkan permainan baru Harry Potter!
Pasti ampa teringin dan bermimpi untuk menjadi seorang pelajar di Hogwarts, kan? Jangan bimbang kerana ia akan menjadi realiti tak lama lagi. Permainan Harry Potter: Hogwarts Mystery in merupakan permainan berperanan yang berasaskan naratif (ala, permainan RPG = role-playing game atau dalam Bahasa Melayu dia, Permainan Berperanan).
Haa, lebih kurang camni la nanti. ?
Bukan itu sahaja, ia membenarkan para pemain memilih haluan mereka dan belajar daripada pengajar terkenal Hogwarts. (Ada sapa nak belajar dengan Prof Snape? hehehe ?. Kelas² seperti Defence Against the Dark Arts, Potions, dan Dueling Club yang diadakan sebagai kemajuan pemain² melalui tahun² di Hogwarts.
Permainan ini akan datang ke peranti iOS, Android dan Amazon dari label Warner Bros, Portkey Games. Mungkin ampa ingat lagi Portkey Games ni ada buat pengumuman mengenai permainan AR (Augmented Reality) Harry Potter : Wizards Unite.Warner Brosmenjadikan Portkey sebagai label khusus untuk semua perkara dari dunia sihir JK Rowling. Namun, tiada tarikh rasmi lagi, jadi sama² la kita menanti permainan Harry Potter : Hogwarts Mystery pada tahun 2018 ni.
Warner Bros dan Jam City berkerjasama untuk mewujudkan permainan mudah alih Harry Potter yang baru. Untuk pengetahuan ampa, Jam City ini merupakan studio permainan mudah alih yang berpangkalan di Lost Angeles yang dibentuk pada tahun 2010 dan studio tersebut telah menghasilkan permainan yang popular seperti Cookie Jam, Panda Pop, Family Guy: Another Freakin’ Mobile Game dan Marvel Avengers Academy.
Walaupun terdapat banyak permainan Harry Potter dekat celah² bumi ni, tapi pasti yang ini berbeza dengan yang lain tambahan lak Warner Bros yang terlibat secara langsung serta bergabung, meletup dengan studio yang berjaya lagi berpengalaman seperti Jam City dalam penghasilan permainan, harap ia dapat menjadi trending No.1 dalam Play Store/App Store/Amazon Store. ?
Jadi, apa pendapat ampa? Komen di bawah ye? Bahagian mana yang ampa suka dalam banyak² filem Harry Potter dan jampi mana yang ampa teringin nak guna dalam dunia realiti ni? ?
Ini bukanlah kali pertama kita terdengar tentang YouTuber yang berjaya ‘buat duit’ dengan menjadi vlogger di YouTube.
Tetapi berapa banyak kali pulak kita mendengar akan kanak-kanak yang menjadi individu paling berjaya di YouTube dengan meraih pendapatan maksimum sebanyak 11 juta (USD)?
Ryan telah memulakan ‘karier’ sebagai pengulas permainan/alat mainan kanak-kanak sejak berusia tiga tahun. Sejak video beliau menjadi viral pada tahun 2015, pelbagai permainan dari yang murah kepada mahal telah diulas.
Bermula dengan video set Lego Duplo (2015), dan di tahun 2016 Ryan sudah mempunyai pengikut/pelanggan kepada salurannya sebanyak satu juta, manakala jumlah terkini pula adalah sebanyak 10 juta pelanggan.
Kalau disemak setiap video Ryan, secara purata kebanyakan darinya mencecah lebih dari satu juta tontonan, hingga paling minimum bermula dari belasan ribu. Tahniah diucapkan buat adik Ryan, dan semoga menjadi lebih berjaya lagi di masa akan datang.
Pada hari ini, Google telah mengumumkan senarai tahunan ‘Setahun Dalam Carian Malaysia’ yang memperlihatkan pelbagai data carian sepanjang 12 bulan yang lalu berdasarkan carian para pengguna di Google Malaysia. Senarai ini memberikan perspektif yang unik terhadap carian, tokoh dan topik semasa yang trending pada tahun ini.
Tempat teratas bagi senarai Carian Trending 2017 adalah milik terma ‘BR1M’, sebuah program bantuan kewangan kerajaan bagi mereka yang berpendapatan rendah. Carian kedua paling trending merupakan ‘Hero Seorang Cinderella’, sebuah drama tempatan hangat, dan carian ketiga paling trending milik ‘SEA Games 2017’ yang merupakan acara pelbagai sukan serantau yang dianjurkan oleh Malaysia pada bulan Ogos lepas. Carian keempat dan kelima paling trending jatuh kepada siri drama tempatan ‘Titian Cinta’ dan ‘SAPS NKRA’, sebuah sistem analisis peperiksaan sekolah awam bagi guru-guru dan ibu bapa.
Lima carian terhangat lain merupakan: filem aksi blokbuster ‘Fast and Furious 8’, drama komedi romantik tempatan ‘Suamiku Paling Sweet’, lagu pop terkenal ‘Despacito’, undian bagi program televisyen realiti India ‘Bigg Boss Vote’, dan ‘Myvi 2018’, versi terbaru kereta terlaris di Malaysia.
Tempat teratas bagi carian Individu Paling Trending 2017 jatuh kepada ‘Izara Aishah’, seorang pelakon wanita yang baru mendirikan rumah tangga, dan tempat kedua pula pergi kepada ‘Gal Gadot’ yang telah memainkan watak paling ikoniknya, Wonder Woman. ‘Hannah Delisha’, seorang pelakon wanita dan penyanyi Singapura yang telah membintangi drama tempatan Mencintaimu Mr Photographer, mendapat tempat ketiga dalam senarai carian Tokoh Trending ini. Tempat keempat milik ‘Afifah Nasir’ yang terus menjadi perhatian selepas kontroversi romantiknya, dan tempat seterusnya jatuh kepada ‘Aiman Tino’ melalui ‘Ku Hanya Sayang Padamu’, lagu hangat beliau yang dikeluarkan pada 2017.
Individu-individu paling trending yang lain merupakan: pemain boal sepak tempatan dan penerima anugerah Puskas ‘Faiz Subri’, pelakon dan penyanyi Singapura ‘Aliff Aziz’, finalis rancangan realiti Asia’s Next Top Model ‘Alicia Amin’, pelakon wanita ‘Fathia Latiff’, dan personaliti televisyen ‘Mat Over’.
“Carian Google terus mencerminkan peristiwa utama, individu awam popular dan trend hangat yang memberi impak terhadap kehidupan rakyat Malaysia secara kolektif,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam di Google Malaysia. “Google merupakan tempat destinasi pilihan orang ramai untuk meneroka dan mengetahui sesuatu, dan kami percaya bahawa senarai-senarai tahunan yang telah kami susun mencerminkan ‘zeitgeist’ kebangsaan, ataupun ‘kecenderungan mental semasa’.”
Carian paling banyak sepanjang tahun 2017.Antara carian-carian trending.
Selepas zaman kejatuhan Kodi akibat addon yang satu demi satu dilupuskan oleh pembangun, kini nasib dan masa depan aplikasi Terrarium TV tampak samar.
Apa yang terjadi kepada Kodi?
Kodi dibangunkan sebagai hub media yang sah mengikut undang-undang. Namun addon dari pihak ketiga telah menjadikan ia sebagai satu ‘senjata’ dari syarikat-syarikat media dalam cubaan menurunkan perisian tersebut dari digunakan oleh para penstrim tegar.
Dengan addon pihak ketiga, pengguna akan dapat menikmati strim-strim seperti filem baru keluar panggung, drama, dan sebagainya lagi. Atas sebab itu Kodi menjadi salah satu aplikasi yang dibenci oleh pengarah-pengarah filem, dan menggunakan akta hak cipta sebagai jalan menutup laluan pembangunannya.
Terkini, Terrarium TV pula telah menutup laman rasminya, dan juga Github repo. Ini dibuktikan dan dijelaskan sendiri oleh pembangunnya melalui satu subreddit.
Apa pun yang berlaku, aplikasi Terrarium TV masih lagi boleh dimuat turun melalui pautan APKMirror ataupun Rawapk. Cuma sejauh mana ia masih mampu bertahan dan dikemaskini pada masa akan datang, hanya pembangunnya sahaja yang mampu menjawab.
Semoga pembangunan aplikasi akan diteruskan. Kodi sudah bergoyang, Popcorn Time sudah digegar, harapnya Terrarium TV tidak dijerut pula.
Ok, anda pasti sudahpun tahu betapa saya sukakan Firefox Quantum. Ianya kini lebih kemas meskipun ada satu fungsi bertindan padanya iaitu fungsi bar carian. Tetapi itu kita boleh ‘buang’ melalui menu Customize.
Apapun betapa hebatnya Firefox Quantum, terdapat satu kelemahan ketara nampaknya yang masih belum dapat diperbaiki oleh para pembangun, iaitu ketirisan penggunaan memori, walaupun telah dijanjikan kurang 30% penggunaan nya dari biasa. Agak teruk juga kerana sekaligus menjadikan penggunaan pemproses naik berkali ganda dari biasa.
Oklah, mungkin ada yang akan berkata Firefox (Quantum) sudah tiada lagi masalah ketirisan memori. Saya sedikit bersetuju, namun jika dipantau pada Task Manager tetap akan nampak seakan ada sesuatu yang tidak kena pada penggunaan memori dan pemproses.
Baiklah, mungkin juga kita tidak akan dapat mengurangkan penggunaan pemproses yang naik mendadak apabila setiap kali tab dibuka, tetapi kita tetap dapat membantu Firefox mengurangkan penggunaan memori atau RAM kepada yang paling minimum.
Oleh itu saya perkenalkan, Firemin.
Kita memang suka menggunakan pelayar web dan kemudian membuka beberapa tab sekaligus. Terkadang ada antara tab tersebut yang secara tidak sengaja ‘dilupakan’.
Masalah bermula apabila penggunaan memori pada pelayar web, yang dikhususkan dalam artikel ini iaitu Firefox (terkini, Quantum) mula meniris.
Disinilah hadirnya Firemin. Ia berfungsi sebagai pencegah ketirisan memori, sekaligus mengurangkan penggunaan memori pada Firefox.
Menurut pembangunnya, ia berfungsi dengan cara mengubahsuai tetapan ‘Memory Booster’ lalu mengaplikasikan ia pada Firefox. Gambar di bawah adalah demonya.
Penggunaan Firemin dengan 20 tab dibuka pada Firefox Quantum.
Tak perlu kita berceloteh dan bercerita panjang lagi. Jika anda berminat untuk mencuba, klik sahaja pautan di bawah.
epa01679741 Pro-Palestinian supporters show a banner against Israel as they demonstrate in Paris, France, 28 March 2009. Pro-Palestinian supporters gather in the streets of Paris to express their solidarity to Gaza and their willingness to boycott Israel. EPA/LUCAS DOLEGA
Boikot Yahudi, Boikot Israel!
Seperti biasa, bila mana orang putih menunjukkan keprihatinan mereka terhadap Palestin, maka baru lah rakyat Malaysia mula panas semula tentang kesedaran dan semangat “jihad” mereka. Seruan boikot mula kedengaran semula dan para francais mula mengarang post meminta simpati dan mengungkit staf-staf mereka juga umat Islam. Sebenarnya mereka tidak salah, staf mereka umat Islam, tapi berapa peratuskah warganegara? Tapi itu kita simpan untuk nanti. Baca : Akhbar UK dedah nasib pekerja asing di McDonald’s Malaysia
Isu hari ini adalah isu antara dua kutub. Apabila kutub utara melaungkan boikot, pasti ada kutub selatan mula memerli dan dan mengejek-ngejek kenapa boikot pada makanan saja, mengapa tidak diboikot juga segala mak nenek produk Israel? Maka berperanglah pula dua kutub ini. Cukup seminggu mereka berperang, isu boikot tenggelam begitu saja. Hangat-hangat tahi ayam kata pujangga.
Jadi, siapakah yang lebih relevan dalam isu ini? Kutub mana yang lebih progresif dan berfikiran waras serta maju ke hadapan? Adakah perbuatan memboikot itu perbuatan jumud? Atau tidak memboikot itu perbuatan zalim dan kafir?
Jawapannya? Kedua-dua kutub ini sama jua jumudnya dan tidak berilmu.
Kenapa?
Kutub utara yang menyeru-nyeru boikot ini sekadar menyeru memboikot. Tiada alternatif diberi. Boikot McDonald? Anak nak makan burger di mana? Anak tak mahu makan burger tepi jalan. Jadi? Terpaksa la si ayah tebal muka membeli juga burger di McDonald.
Kutub selatan yang memperleceh-leceh usaha boikot dengan mengatakan mustahil untuk memboikot Israel. Seolah-olah Israel itu tuhan dunia. Mereka ini seolah-olah sekawan lembu yang berpegang pada seutas tali. Ditarik tuannya ke padang ragut, maka makanlah mereka di situ. Walaupun ada rumput di sebelah sana padang, mereka tetap meragut di tempas sama. Kerana hambanya mereka kepada tali.
Untuk itu, mari saya ceritakan kepada anda perihal sebuah negara komunis, dan sebuah negara syiah. Mereka sangat dibenci. Setiap kali berlaku bencana, kedua negara inilah yang akan dicaci jika tidak dicaci yahudi. Negara tersebut ialah Iran dan China.
Sedar atau tidak? Negara komunis dan negara syiah ini telah lama memboikot produk Israel dan melarang sebarang kemasukan mereka ke pasaran negara masing-masing.
Saya ambil contoh China. Kata kutub selatan, macam mana nak boikot Israel? Kita sudah jadi hamba dua syarikat gergasi dunia, Google dan Facebook.
Tahukah anda, China telah menyekat kesemua produk Google dan Facebook di negaranya? Mari saya senaraikan apa yang mereka hasilkan untuk kekal survive dengan “memboikot” syarikat ini.
1. Google = Baidu
– rasa Google sangat berkuasa? Cuba lihat Baidu dari China. Mereka ada pelbagai produk termasuklah Baidu Maps, Baidu Search, Baidu Game dan pelbagai lagi fungsi carian dan integrasi web.
2. Whatsapp = WeChat
WeChat telah dinobatkan antara aplikasi mudah alih yang paling berkuasa di dunia tapi tidak digembar gemburkan. Mereka ada data yang sangat besar kerana boleh dikatakan jika anda pandai menggunakan WeChat, ia ada segalanya untuk anda. Daripada kebolehan menghantar mesej teks, perkongsian video, media sosial, pemetaan dan navigasi, pembelian, malah dompet elektronik. Ia menggantikan bukan sahaja aplikasi permesejan, tapi banyak aplikasi dalam satu pakej yang lengkap. Tapi di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai lubuk kanak-kanak kurang akal.
3. Facebook = Renren
4. Blogger = Sina Blog
5. Twitter = Weibo
6. Youtube = Youku dan Tudou
7. Malahan, Android = Baidu Yi
Banyak lagi produk lain yang boleh saya senaraikan. Produk-produk dari Eropah juga tidak kurang hebatnya jika anda ingin benar-benar memboikot produk Israel. Jika sekadar menjadi ahli kutub tanpa ilmu dan fakta, jadilah anda seorang yang jumud dan hangat-hangat tahi ayam. Setelah seminggu boikot, kembali semula menjadi pengguna.
OXFORD, U.K. – 10 Nov, 2017 Sophos (LSE: SOPH), peneraju global dalam rangkaian dan keselamatan titik akhir hari ini mengumumkan bahawa pengesanan malware yang didorong pembelajaran mendalam kini tersedia melalui program akses awal InterceptX. Keupayaan pembelajaran yang mendalam ini telah dibangunkan menggunakan teknologi dari Invincea, yang diperolehi oleh Sophos pada bulan Februari 2017.
Pertama kali dikeluarkan pada bulan September 2016, Sophos Intercept X adalah produk keselamatan titik akhir generasi baru yang berupaya menghentikan perisian hari-sifar, menghalang semua teknik eksploitasi yang diketahui pada hari ini dan menyertakan ciri anti-ransomware canggih yang boleh menghentikan kedua-dua varian ransomware yang diketahui dan tidak diketahui dalam beberapa saat sahaja. Dikeluarkan melalui platform pengurusan berasaskan awan Sophos Central, Intercept X boleh dipasang bersama perisian keselamatan titik akhir sedia ada dari mana-mana pembekal, sekaligus dengan segera meningkatkan tahap perlindungan titik akhir dengan menghentikan kod jahat sebelum dapat mendatangkan sebarang risiko dan bahaya.
Pembelajaran mendalam adalah cabang pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan yang memanfaatkan rangkaian saraf buatan untuk membina model yang digunakan untuk membuat ramalan dengan kelajuan, skala, dan penaakulan yang melebihi keupayaan manusia biasa. Rangkaian saraf yang mendalam dari Intercept X dilatih pada ratusan juta sampel untuk mengesan samada sesebuah fail yang berkenaan adalah hasad, berpotensi tidak diingini, ataupun sah. Pembelajaran yang mendalam adalah lebih berkesan daripada pendekatan pembelajaran mesin tradisional kerana set latihannya dibina pada skala yang lebih besar, dengan model yang lebih kecil, dan pengesanan yang lebih berkesan.
“Keberkesanan dunia sebenar Intercept X telah dibuktikan melalui perlindungan proaktif pelanggannya semasa wabak WannaCry, dan sekarang kami mengambil pengesanan malware hari-sifar ini ke peringkat seterusnya,” kata Dan Schiappa, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan kumpulan Enduser and Network Security di Sophos. “Lebih maju daripada pembelajaran mesin konvensional, sistem pembelajaran mendalam Sophos dapat ditingkatkan skalanya kepada beratus juta sampel latihan, yang bermakna teknologi kami dapat ‘menghafal’ landskap ancaman awam sebagai sebahagian daripada proses latihannya. Ini dapat meningkatkan hasil pengesanan untuk malware baru dan unik tanpa jumlah positif-palsu secara drastik seperti yang dihasilkan oleh produk dari pembekal yang lain. Ini adalah langkah seterusnya dalam pelaksanaan teknik pembelajaran mendalam yang merangkumi keseluruhan portfolio kami. Pelanggan awal kami telah memasang pengesanan yang dipertingkatkan ini dan kami kini meluaskan akses kepada teknologi ini melalui program akses awal Intercept X. ”
Penambahbaikan tambahan untuk Intercept X kini tersedia melalui program akses awal termasuklah perlindungan aktif penggodam, penguncian aplikasi, dan pencegahan eksploitasi yang lebih baik.
Sumber untuk menerangkan tentang pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan bagaimana kecerdasan buatan boleh meningkatkan keselamatan siber tersedia di laman web Sophos:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita kali ini mengenai produk Baozu.
Sebelum itu, saya nak terima kasih banyak2 kepada CGS TECH kerana menaja powerbank ni. ?
Produk Baozu yang saya nak buat ulasan ini ialah M1 Smart Powerbank yang seberat 330g. ?
Untuk pengetahuan ampa, M1 ni merupakan powerbank generasi baru yang menyokong hampir kesemua teknologi pengecasan pantas yang wujud setakat la ni. Badan kecik, tapi menyokong pelbagai teknologi pengecasan pantas. ?
Teknologi apa yang dia sokong tu? ?
Bahagian Input Type-C : 9V/2A, 5V/3A, dan 5V/2A.
ProtocolInput Type-C : FCP = Fast Charging Protocol dan QC = Qualcomm® Quick Charge
Bahagian Output Type-C : 5V/3A.
Bahagian Output Type-A : 4.5V/5A, 5V/4.5A, 5V/4A, 9V/2A, 9V/1.67A, 12V/1.5A, dan 15V/1A.
Protocol Output Type-C/A: SCP = Super Charging Protocol, FCP = Fast Charging Protocol, VOOC = Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging atau nama pendek dia Flash Charging, Dash Charge (konsep lebih kurang macam VOOC ?), AFC = Adaptive Fast Charging (bukan AFC bola tau ?), QC 2.0, 3.0 = Qualcomm® Quick Charge, PE/PE+ = Pump Express/+, dan BE 1.2 = Battery Charging.
Berapa lama nak cas bagi penuh M1 ni?
Guna Pengecas Baozu 24W = Lebih kurang 2 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip laju2.
Guna Pengecas 9V/2A = Lebih kurang 3 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip perlahan2.
Guna Pengecas 5V/2A = Lebih kurang 4 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna putih kelip perlahan2.
Lampu Penunjuk dia simple sahaja, tiada display, hanya 4 lampu penunjuk untuk tunjuk baki tenaga M1 ni dan yang menunjukkan betapa bijaknya M1 ni, tak perlu nak tekan on, hanya cucuk sahaja kabel dari M1 ke telefon anda maka secara automatiknya dia akan mengecas telefon anda yang kehabisan jus bateri. Untuk periksa tinggal berapa tenaga tu hanya tekan sekali dan dia akan tutup dengan sendirinya.
Terdapat 2 kabel yang digunakan untuk M1 ni, iaitu :
Kabel Biasa Type-C yang menyokong pengecas biasa (QC 2.0, 3.0 dan FCP) sahaja.
Kabel Bundle SS iaitu kable yang berkepala tiga (Type-C, Lightning, Micro-USB).
Kabel Biasa Type-C tu dapat sekali dalam kotak (cable tu pendek sikit) manakala Kabel Bundle SS tu kena beli asing.
Ok la dapat percuma kable biasa Type-C tu. Kalau yang pakai Micro-USB tu, kan ada adapter hihihi.
Harga berapa? Ok harga dia pula terbahagi kepada 3 iaitu :
M1 Smart Powerbank sahaja = RM139.
SS Cable sahaja = RM25.
M1 Smart Powerbank + SS Cable = RM155 (ampa boleh jimat RM9 tau!)
Waranti Pengeluar Tempatan = 6 bulan (Pertukaran 1 kepada 1) Waranti tak sah sekiranya :
Kerosakan fizikal
Kerosakan air (tuan masuk air takpa hahaha)
Kesilapan sendiri (pandai2 buka, atau cuba cucuk cable sama dari Input ke Output)
Untuk lebih lanjut boleh hubungi mereka. ?
P/S : Katanya ada promosi rebat RM10 bagi pelanggan setia CGS dan rebat RM20 sekiranya ampa beli mana2 telefon dari CGS Tech. Serta yang paling penting, sila periksa dahulu peranti ampa ada keserasian tak dengan M1 ni. Boleh hubungi mereka untuk lebih lanjut.
Pendapat saya mengenai Baozu M1 Smart Powerbank?
Ya teruja juga la sebab ada powerbank yang menyokong Dash Charge. Sebelum ini kalau memandu kereta, saya guna Dash Car Charger (beli kat depa juga hahaha) dan ia seperti mengecas menggunakan Power Adapter, laju ja masuk.
Jadi bila guna M1 ni, nampak ja kilat (Dash Charge) tu keluar, ok 30 minit (anggaran 60+% pun cukup untuk bertahan selama 3 atau 4 jam (bergantung pada cara penggunaan juga).
Nak cas balik, saya pakai kepala charger Samsung Tab (5V/2A), nak pakai Dash Charge tak berani takut laju sangat masuk hahaha. ?
Saya ada Powerbank sandaran yang saya beli hampir 3 tahun yang lalu, iaitu Pineng PN-999, 20,000 mAh yang mempunyai Output Type-A 5V/2.1A dan 5V/1.0A (dan serius berat gila weh hahaha). Masuk hutan haritu masuk air, sudah gila powerbank tu, tapi boleh lagi guna, cuma gila. huhuhu. ?
Jadi, kalau ampa nak cari powerbank yang menyokong pelbagai teknologi pengecasan pantas (Fast Charging), M1 Smart Powerbank lah pilihan ampa. M1 tidak terlalu besar dan berat pun tak la seberat Pineng PN-999, 20,000 mAh tu. ?
Untuk selebihnya, boleh rujuk gambar2 di bawah.
Hahaha pakai gambar cover, ok ni kalau beli bundle, dapat macam ni.
Dalam kotak M1 tu, ni la barang² dia.
Ini kabel SS, berkepala tiga. Unik kan? ?Type-C, Micro-USB dan Lightning.
Apa la Portrait Mode macam ni. Hancur hahaha ?
Kesian Powerbank lama, jadi penahan M1 supaya tak jatuh. ?
OnePlus 5 yang diuji dengan aplikasi Ampere.
Pengecas pantas lulus, diuji pada tetapan *#808#, Custom ROM tidak pasti.
Samsung Galaxy Note 4 (Exynos) yang mempunyai teknologi pengecas pantas
Qualcomm® Quick Charge 2.0.
Xiaomi Redmi Note 3 (MediaTek) tak pasti model biasa ni ada Qualcomm® Quick Charge 2.0 ataupun Pump Express+. ermm ?
Kalau telefon yang mempunya teknologi pengecasan pantas,
lampu ini akan bertukar menjadi warna oren.
Huawei Mate 10 Pro yang mempunyai teknologi pengecas pantas SCP = Super Charging Protocol.
Jika ada salah info ka apa2 maaf sangat2 dan jika berminat untuk beli Baozu M1 Smart Powerbank, 10000mAh, tunggu apa lagi hubungi la CGS TECH laju2. ?