Bolehkah Umat Islam Dan Melayu Konsisten Dengan Jihad Boikot?

 

Boikot Yahudi, Boikot Israel!

Seperti biasa, bila mana orang putih menunjukkan keprihatinan mereka terhadap Palestin, maka baru lah rakyat Malaysia mula panas semula tentang kesedaran dan semangat “jihad” mereka. Seruan boikot mula kedengaran semula dan para francais mula mengarang post meminta simpati dan mengungkit staf-staf mereka juga umat Islam. Sebenarnya mereka tidak salah, staf mereka umat Islam, tapi berapa peratuskah warganegara? Tapi itu kita simpan untuk nanti. Baca :  Akhbar UK dedah nasib pekerja asing di McDonald’s Malaysia

 

Isu hari ini adalah isu antara dua kutub. Apabila kutub utara melaungkan boikot, pasti ada kutub selatan mula memerli dan dan mengejek-ngejek kenapa boikot pada makanan saja, mengapa tidak diboikot juga segala mak nenek produk Israel? Maka berperanglah pula dua kutub ini. Cukup seminggu mereka berperang, isu boikot tenggelam begitu saja. Hangat-hangat tahi ayam kata pujangga.

Jadi, siapakah yang lebih relevan dalam isu ini? Kutub mana yang lebih progresif dan berfikiran waras serta maju ke hadapan? Adakah perbuatan memboikot itu perbuatan jumud? Atau tidak memboikot itu perbuatan zalim dan kafir?

Jawapannya? Kedua-dua kutub ini sama jua jumudnya dan tidak berilmu.

Kenapa?

 

 

Kutub utara yang menyeru-nyeru boikot ini sekadar menyeru memboikot. Tiada alternatif diberi. Boikot McDonald? Anak nak makan burger di mana? Anak tak mahu makan burger tepi jalan. Jadi? Terpaksa la si ayah tebal muka membeli juga burger di McDonald.

Kutub selatan yang memperleceh-leceh usaha boikot dengan mengatakan mustahil untuk memboikot Israel. Seolah-olah Israel itu tuhan dunia. Mereka ini seolah-olah sekawan lembu yang berpegang pada seutas tali. Ditarik tuannya ke padang ragut, maka makanlah mereka di situ. Walaupun ada rumput di sebelah sana padang, mereka tetap meragut di tempas sama. Kerana hambanya mereka kepada tali.

 

 

Untuk itu, mari saya ceritakan kepada anda perihal sebuah negara komunis, dan sebuah negara syiah. Mereka sangat dibenci. Setiap kali berlaku bencana, kedua negara inilah yang akan dicaci jika tidak dicaci yahudi. Negara tersebut ialah Iran dan China.

Sedar atau tidak? Negara komunis dan negara syiah ini telah lama memboikot produk Israel dan melarang sebarang kemasukan mereka ke pasaran negara masing-masing.

Saya ambil contoh China. Kata kutub selatan, macam mana nak boikot Israel? Kita sudah jadi hamba dua syarikat gergasi dunia, Google dan Facebook.

 

 

Tahukah anda, China telah menyekat kesemua produk Google dan Facebook di negaranya? Mari saya senaraikan apa yang mereka hasilkan untuk kekal survive dengan “memboikot” syarikat ini.

1. Google = Baidu
– rasa Google sangat berkuasa? Cuba lihat Baidu dari China. Mereka ada pelbagai produk termasuklah Baidu Maps, Baidu Search, Baidu Game dan pelbagai lagi fungsi carian dan integrasi web.

2. Whatsapp = WeChat
WeChat telah dinobatkan antara aplikasi mudah alih yang paling berkuasa di dunia tapi tidak digembar gemburkan. Mereka ada data yang sangat besar kerana boleh dikatakan jika anda pandai menggunakan WeChat, ia ada segalanya untuk anda. Daripada kebolehan menghantar mesej teks, perkongsian video, media sosial, pemetaan dan navigasi, pembelian, malah dompet elektronik. Ia menggantikan bukan sahaja aplikasi permesejan, tapi banyak aplikasi dalam satu pakej yang lengkap. Tapi di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai lubuk kanak-kanak kurang akal.

3. Facebook = Renren

4. Blogger = Sina Blog

5. Twitter = Weibo

6. Youtube = Youku dan Tudou

7. Malahan, Android = Baidu Yi

 

 

Banyak lagi produk lain yang boleh saya senaraikan. Produk-produk dari Eropah juga tidak kurang hebatnya jika anda ingin benar-benar memboikot produk Israel. Jika sekadar menjadi ahli kutub tanpa ilmu dan fakta, jadilah anda seorang yang jumud dan hangat-hangat tahi ayam. Setelah seminggu boikot, kembali semula menjadi pengguna.

 

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

22 Comments

22 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ga Fi

tahniah…dah kembali website..huhuhu..boleh tanye,admin masih lg otai² site gempak.org & jiwang.org & hackers.com.my y lama…

Muhammad Yusni Adul

Forum kembali juga ke ?

Ga Fi

Muhammad Yusni Adul forum xde kot…

Fazrin Johari

Cc Mohammad Firdaus

Mohammad Firdaus

Tgh musim ni. Jgn gelak2 sgt. Nnt kena kecam. Hahahahahaha.

Mizam Kay

Islam je melayu tak

Al Rischa

market kuat

Mohd Taufik

Boikot rokok buatan US dan Yahudi dulu. Amacam.

Khairul Aswad Ramli

sedia dulu bahan ganti benda yg nak diboikot tu. suruh boikot rokok pun kau tak mampu.

Muhd Farhad

biasa la “melayu” mmg camtu

Nur Farhan

Orang melayu mane bole hidup tade mcd starbuck , kome tak tau ke

Rakyat malaysia nak bersatu? Pasal bola pun boleh gaduh

Muhammad BIn Md Yazed

esok 12.12

jom shopping on9

Firdaus Hijazi

mcdonald malaysia tu pun kompeni arab saudi dh take over…

Ga Fi

lupe nak tanye..memang saja x letak HTTPS ke dalam website?hehehe

Nizam Faizal

Tak bole la boikot..satelit piring..telefon semua rotchilld punya…

X mungkin boleh selagi x kiamat.. sbb melayu mudah layu.. nak boikot mcd.. iklan ayam baru sampai sold out.. rokok naik berpuluh hinggit masih mampu beli.. dan adanya mangkuk ayun dengan persepsinya, nak boikot, boikot semua.. kalau x baik x payah.. bullshit

Amir Zaim Mohd Zaini

Tapi meleis takleh nak sanggup baling smartphone laptop jauh2 dan cuba hidup macam orang amish kat US, tak hingin terus nak guna teknologi yahooooooodieeeee……

Side Seeker

aku baru perasan..

Mohd Azmi

Tp waze kita x sumbang duit kan? Cuma data kita la yg jadi korban..ke aku salah?

OMG Hackers

Waze ada iklan. Iklan = duit.

Mohd Azmi

Ooo..gitu..tq min bg pencerahan

spot_imgspot_img