Utama Blog Laman 137

AKU : Sebuah Monolog Kehidupan – Bab 3; Mata Ketiga

2

Hari ini aku datang kerja dihujani pelbagai soalan dari bos. Aku baru lepas bercuti panjang. Naik kerja hari ini terus dipersalahkan atas hal yang berlaku dalam tempoh aku bercuti. Ya. Orang selalu kata, kerja dengan ramai perempuan dalam satu pejabat dan jadi satu-satunya lelaki dalam jabatan memang celaka. Tapi aku tak sangka pula akan jadi se-celaka ini. Hal nya remeh amat. Mangga kunci pejabat rosak. Bos terus marah-marah aku kenapa tidak dimaklumkan kunci rosak? Mana lah aku tahu, aku cuti! Habis tu, seminggu ini, siapa yang kunci?! Ini tak lain tak bukan, sebab ada yang meracun pagi-pagi buta lagi.

 

 

Terus aku start kereta pergi ke Mr DIY. Aku beli mangga SOLEX yang paling besar. Aku letakkan di kaunter sambut tetamu. Bos tengok saja. Tadi masa aku keluar nampak macam marah. Dia tak tahu lagi marah aku macam mana. Bos datang beritahu aku, nanti claim duit tabung harga SOLEX tu. Aku beritahu bos, “Tak payah. Saya belanja. Nampak lapar kunci mangga sangat pejabat ni.” Rugi duit tak apa, janji puas hati. Mulut, kalau kuat bercakap tak mengapa. Tapi kalau kuat mengumpat, ini yang jadi masalah. Kuman seberang lautan nampak, gajah di depan mata buat tak tahu.

 

Peristiwa pagi ini buat aku teringat kisah aku di waktu kanak-kanak dulu. Aku pernah dimasukkan ke wad psikiatri kanak-kanak malah diletakkan dalam pengawasan. Puncanya? Aku sering mendengar bunyi burung dan ternampak kelibat burung, orang, dan objek yang tidak dapat dilihat orang lain. Kadang-kadang aku terdengar bunyi burung gagak, dan ternampak kelibat burung gagak. Hal ini tidak menjadi masalah sebenarnya. Cumanya, hal ini merisaukan ibuku kerana seumur hidup aku, menurut ibu, belum pernah aku melihat burung gagak walau di televisyen! Aku pada waktu itu cuma berusia 4 atau 5 tahun.

 

Di klinik, aku berjumpa dengan doktor pakar. Habis diketuk semua sendi. Diletak stetoskop di seluruh tubuh. Menurut doktor, mungkin aku cuma berimaginasi. Ibuku tetap membantah. Doktor kemudiannya mula menanyakan soalan-soalan lain. Apa jawapanku, sudah aku lupa. Tapi aku ingat muka doktor berkerut lalu memberikan tarikh untuk aku masuk wad. Anehnya, sepanjang tempoh aku berada di dalam wad, aku sudah lupa apa yang berlaku.

 

 

Apa yang aku ingat, pada suatu pagi aku berjalan dengan ibuku sambil diiringi seorang kakak jururawat masuk ke dalam bilik gelap. Di dalam bilik ini, aku diminta membuka butang baju lalu berbaring di atas katil. Lampu kuning terang disuluh ke mukaku. Seorang wanita menyapa aku dengan mesra. Katanya nanti dia akan buka satu lagi lampu tapi lampu itu terang. Jadi aku diminta untuk menutup mata. Aku mengiyakan tanda faham. Lalu rambut aku dibasuh sehingga basah. Wayar-wayar diletak di dada dan kepalaku. Tangan diikat pada katil, takut aku garu kepala katanya. Perincian lain aku tak ingat. “Ok adik, tutup mata ye?”. Tap! Bunyi suis dibuka. Terpancar cahaya terang menyuluh mukaku. Terasa membahang di kepala. Proses ini berulang sebanyak 2-3 kali.

 

 

Apa yang dibuat di dalam bilik itu juga sudah aku lupa. Tapi apa yang aku ingat lagi, seminggu rambut aku terpacak. Mulut juga terasa payau dan kering. Aku malu dan marah pada doktor kerana menjadikan rambut aku sebegitu. Tapi pandai ibu memujukku. Ibu kata rambut aku dah macam ultraman. Terus aku berlagak pula dengan rambut terpacak itu. Rambut aku tetap terpacak walau selepas aku mandi.

 

Sampai ke hari ini, aku pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi hospital yang aku pergi tersebut kini sudah menjadi hospital terkenal. Sebuah hospital universiti. Aku ada bertanya kepada ibu hal ini. Ibu cuma acuh tak acuh. Katanya doktor saja scan kepala aku. Sepatutnya orang biasa ada satu, tapi aku ada dua. Apa yang satu, apa yang dua, aku pun tak tahu. Tak ada kah bijak pandai yang boleh merungkaikan persoalan aku ini?

 

“Manusia itu tak kan pernah merasakan nikmatnya terang, selagi belum pernah terseksa dengan kegelapan.”

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perlombongan Matawang Kripto Bertambah Licik

0

Siaran Media daripada Sophos Malaysia,

Artikel Asal oleh Sumit Bansal, Pengarah Urusan ASEAN dan Korea, Sophos.

 

Sumit Bansal, Pengarah Urusan ASEAN dan Korea, Sophos

 

Kegilaan Bitcoin baru-baru ini telah menarik perhatian pengawal selia dan pemain industri Malaysia. Banyak organisasi, terutamanya dari industri kewangan dan perkhidmatan, telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan matawang kripto dan menuntut peraturan serta pemantauan yang lebih ketat untuk mencegah penjenayah daripada menyalahgunakan sistem ini. Seiring dengan perkembangan pesat mata wang digital pada hari ini, ia turut menyeru semua pihak yang berkaitan untuk bersama-sama  memastikan kestabilan dan integriti sistem kewangan baru ini.

Sebenarnya, kita perlu bertindak pantas kerana kita mula melihat peningkatan jumlah pencuri siber yang mula masuk ke dalam sistem. Mereka menggunakan pelombong kripto untuk menghasilkan wang dengan menjangkiti laman web dengan perisian hasad.

Pelombong kripto berasaskan laman web adalah perisian berniat jahat

Perlombongan kripto adalah proses yang digunakan untuk mendapatkan Bitcoin, Monero, dan matawang kripto yang lain seperti Ethereum dan Litecoin. Ia memerlukan sejumlah besar kuasa pemprosesan komputer, yang melambatkan prestasi dan menyebabkan kerosakan.

Kebiasaannya ia tidak menjadi masalah kerana aktiviti ini sebahagian besarnya terhad kepada mereka yang memilih untuk melakukannya sahaja secara rela dan dengan pengetahuan mereka. Namun begitu, hal ini mula berubah kerana harga matawang kripto yang melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Satu Bitcoin sudah bernilai USD1,000 pada awal 2017 dan bernilai sekitar USD17,000 menjelang akhir tahun.

Program-program perlombongan kripto yang sah meminta kebenaran pengguna untuk dijalankan. Versi yang berniat jahat pula tidak, dan sebaliknya memilih untuk menggunakan sumber komputer secara senyap-senyap. SophosLabs melihat lebih banyak varian perisian hasad begini semenjak akhir-akhir ini, dengan sentuhan baru :

Daripada muncul sebagai fail yang sah, mereka sebaliknya mengambil bentuk sebagai skrip yang tersembunyi di laman web, melombong matawang kripto dalam pelayar web. Pengunjung ke laman web-laman web ini tidak dapat melihat sebarang proses perlombongan yang jelas. Satu-satunya petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena adalah komputer mereka semakin perlahan dan kipas komputer mereka berpusing dengan laju.

Contoh yang jelas ialah Coinhive, sejenis pelombong Monero yang mula-mula muncul pada pertengahan September 2017. Bilangan laman web yang menyembunyikannya telah meningkat dengan pesat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kerana nilai matawang kripto telah melonjak dengan agresif. Sebagai contoh, baru-baru ini pengunjung Starbucks Buenos Aires mengalami kelewatan 10 saat apabila mereka melakukan penyambungan dengan Wi-Fi “percuma” kafe tersebut, kerana kuasa komputer riba mereka dalam diam-diam telah digunakan untuk melombong matawang kripto.

Melihat kepada sifat parasit mereka, Sophos telah memutuskan untuk mula menanda pelombong kripto berdasarkan Coinhive dan lain-lain pelombong berasaskan JavaScript sebagai perisian hasad dan akan disekat apabila pengguna melayari laman sesawang yang mempunyai perisian hasad tersebut.

Seperti yang disebutkan di atas, pelombong JavaScript seperti  Coinhive ditambahkan ke laman web dan bekerja di pelayar web, menggunakan CPU pelawat untuk menghasilkan matawang kripto. Pengguna mungkin dapat melihat prestasi yang lemah, peningkatan penggunaan CPU dan bateri yang lebih cepat habis daripada biasa.

Coinhive juga berfungsi pada peranti mudah alih dan dalam tempoh yang singkat, pengguna mungkin dapat mengesan suhu peranti mereka meningkat secara drastik.

Coinhive meningkat dengan nilai cryptocurrency

Dengan nilai kriptografi yang melambung tinggi dalam beberapa minggu terakhir ini, SophosLabs telah melihat kenaikan berterusan dalam jumlah laman web yang mula menggunakan skrip Coinhive.

Ini adalah graf peningkatan jumlah Coinhive berbanding dengan peningkatan nilai Bitcoin (BTC) dan Monero (XMR):

 

 

Pasaran matawang kripto itu sendiri sudah menjadi sumber pendapatan alternatif berbanding iklan.

Laman torrent terkenal , Pirate Bay adalah antara mereka yang telah menggunakan kod hasad ini dan memilih untuk tidak memberitahu pelawat mereka bahawasanya mereka sedang menggunakan pelayar pelawat mereka untuk melombong matawang kripto. Laman web ini menggunakan kod JavaScript Coinhive pada halaman carian untuk melombong Monero.

Apa yang perlu dilakukan?

Untuk memastikan mereka dilindungi daripada pelombong kripto JavaScript yang dihoskan di laman web seperti Coinhive, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh pengguna apabila mengesyaki adanya aktiviti perlombongan kripto hasad.

  1. Perhatikan CPU anda. Semak Activity Monitor pada Mac atau Task Manager pada Windows. Jika komputer riba anda mempunyai kipas, anda mungkin mendengarnya berpusing dengan laju untuk menangani haba tambahan yang dihasilkan oleh cip CPU yang sedang digunakan dengan agresif.
  2. Pertimbangkan plugin untuk mengawal JavaScript. NoScript adalah alat percuma yang popular yang membolehkan anda mengawal JavaScript, Flash, dan Java dalam pelayar web anda.
  3. Selidik samada anti-virus anda mampu mengesan perlombongan kripto hasad. Sebagai contoh, produk Sophos mengklasifikasikan pelombong kripto berasaskan pelayar sebagai PUA (aplikasi yang berpotensi tidak dikehendaki). PUA bukan perisian hasad- mereka boleh disekat atau dibenarkan mengikut kemahuan pengguna.
  4. Patch segera. Penggodam yang boleh memecah masuk ke pelayan anda boleh menambah kod perlombongan kripto untuk ‘wang percuma’ dari semua pengunjung laman web anda, dan membebankan anda untuk menanggung kesannya serta aduan daripada pengunjung.

Views: 17

Iklan Newspaper Inline

Ultimate Windows Tweaker 4: ‘Tweak’ Windows 10 Mengikut Citarasa Anda

0

Sudah beberapa tahun Windows 10 dilepaskan. Sudah beberapa tahun jugalah kita menerima kemaskini dan pelbagai penambahbaikan kepada sistem operasi tersebut.

Namun ada beberapa aspek dan tetapan yang sekiranya dikumpulkan di satu ‘hub’, ianya akan menjadi lebih jelas, mudah, serta pantas diakses.

Perkenalkan, Ultimate Windows Tweaker 4.

Ultimate Windows Tweaker 4 ini dikhususkan untuk membuat ubahan pada tetapan sistem operasi Windows 10. Mungkin anda boleh ubah ia melalui aplikasi tetapan sedia ada, melalui Registry Editor, atau Group Policy Editor.

Namun Ultimate Windows Tweaker memudahkan segalanya apabila mengumpulkan kesemua tetapan tersebut ke dalam satu paparan antaramuka.

Aplikasi ini bersaiz sangat kecil, iaitu 495KB dan mengandungi atau mengumpulkan lebih dari 200 jenis ubahsuai.

Anda boleh lihat gambar di atas, di mana ia menempatkan kesemua tetapan yang boleh diubah dalam satu kategori.

Tetapan Security & Privacy, khusus untuk anda yang mementingkan isu-isu privasi yang pernah berbangkit dalam Windows 10.

Tidak dilupakan juga buat anda yang mahu ‘tweak’ prestasi sistem operasi menjadi lebih pantas, ada juga kategori tetapan untuk anda iaitu pada tab ‘Performance’.

Kebiasaannya saya sendiri akan nyahaktifkan Prefetch dan Superfetch untuk mengurangkan beban kerja pada cakera keras. Tetapan ini amatlah berguna untuk kebanyakan komputer di pejabat kerajaan yang sudah pun lapuk dan patut dilupuskan namun masih lagi diguna untuk mengurangkan belanja pembelian peranti baharu.

Baiklah, tak guna lagi saya menulis panjang kerana anda sendiri boleh terus mencuba aplikasi ini. Jangan bimbang, ianya tidak susah untuk digunakan. Tinggal klik dan ubah sahaja.

Muat turun di: The Windows Club

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Tanix TX3 Mini Android Box: Model TV Box Bajet Dengan Prestasi Cemerlang

3

Sebelum ini terdapat lambakan Android TV Box di pasaran dengan spesifikasi rendah, beserta harga yang agak tinggi.

Kemudian apabila pengguna sudah semakin bijak memilih sebelum membeli, perlahan-lahan market mula dibanjiri pula dengan pelbagai jenis dan jenama, serta beraneka spesifikasi bagaikan kuih raya di Mydin.

Kini terdapat pilihan yang memudahkan para pengguna, dari spesifikasi rendah, kepada pertengahan, hinggalah spesifikasi tinggi. Semuanya untuk memenuhi selera dan permintaan.

Tanix TX3 Mini

Kebanyakan pengguna awal termasuk saya dan rakan selalu membeli Android Box dengan spesifikasi rendah terlebih dahulu. Ini kerana waktu itu harganya juga agak ‘boleh tahan’. Sekarang, harga tersebut sudah boleh memberikan spesifikasi pertengahan dari jenama berbeza.

Perkenalkan Tanix TX3 Mini, sebuah peranti Android Box bajet yang menggunakan S905W Quad core ARM Cortex-A53.

Ia juga mempunyai 2GB DDR3 RAM, beserta 16GB eMMC. Apa yang menarik, selalunya kita dihadapkan dengan versi Android yang sudah terkebelakang. Namun dengan TX3 Mini ini, sekurang-kurangnya ia memanfaatkan ‘kuasa’ dan pengoptimuman Android Nougat 7.1.2.

Apa Kelebihan TX3 Mini?

Baiklah, ianya bukan Android Box dengan spesifikasi lebih tinggi, contohnya didatangkan bersama 3GB RAM, namun dengan 2GB yang ada padanya sudah cukup untuk menjalankan sistem operasi Android (rooted) yang dikhususkan untuk TV Box ini.

Paparan antaramuka launcher juga mudah untuk difahami. Buat pemula, ianya tidak menimbulkan perasaan ‘takut’ kerana sekali pandang sahaja sudah tahu apa yang ingin ‘disampaikan’.

Paparan antaramuka ‘launcher’ TX3 Mini.

Apa Yang Anda Dapat Dalam Kotak?

Untuk bahagian buka kotak ini, anda akan mendapat sebuah TX3 Mini TV box, satu alat kawalan jauh 13 butang tanpa papan kekunci, satu kabel HDMI yang disertakan dengan dua penutup, satu pembekal kuasa, dan satu manual pengguna.

Sedikit Konklusi

TX3 Mini ini boleh dibeli melalui penjual-penjual yang aktif di Facebook. Anda boleh cari mereka sendiri di mana-mana group yang ada. Ianya berharga bajet, dalam lingkungan RM180 hingga RM230 mengikut penjual.

Meskipun harganya murah/bajet, namun spesifikasinya bagus, mampu menjalankan aplikasi-aplikasi ‘wajib ada’ pada Android Box seperti Kodi dengan begitu baik sekali, tanpa sebarang lag. Diulangi, tiada lag.

Ia juga seperti mana-mana TV Box boleh digunakan untuk penstriman melalui Netflix, YouTube, dan pelbagai lagi aplikasi yang anda boleh rujuk melalui blog ini. Secara rumusan ringkas, Tanix TX3 Mini amat berbaloi jika anda baru hendak mencuba mengenali Android Box. Ianya tidak mahal, bersaiz kompak, serta… ehhh, ada jam.

Ya, ia ada paparan jam pada bahagian depan peranti tersebut.

Nampak elegan bukan?

Mungkin buat anda yang sudah lama ‘menceburi’ dan menggunakan Android Box, anda ingin naik taraf peranti sedia ada. TX3 Mini mampu memainkan video 4K pada 30fps. Mungkin anda inginkan peranti yang mampu memainkan video 4K pada 60fps, dan jika itu pilihan anda, anda perlu cari model lain yang menggunakan pemproses lebih maju dari ini.

Tetapi, jika 4K@30fps sudah mencukupi buat anda, jangan tengok model lain lagi. Sambar sekarang model ini sebelum ia kehabisan.

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

6DoF Blaster: Pistol Plastik Yang Menyokong Permainan Augmented Reality

0

Permainan Augmented Reality bukan benda baru. Ianya telah diperkenalkan oleh beberapa syarikat seperti Nerf dengan AR Lazer Tag.

Tahun ini nampaknya Merge cuba memperkenalkan produk baharu mereka seakan Nerf, yang diberi nama 6DoF Blaster oleh Merge.

Nota: Apa Itu Augmented Reality?

Augmented Reality atau dalam Bahasa Melayunya, Realiti Tertambah/Realiti yang Ditambah – adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan.

Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada.

Augmented Reality adalah berbeza dengan Virtual Reality. Virtual Reality mencipta satu persekitaran baru yang tiada kaitan dengan dunia sebenar. Sebaliknya, Augmented Reality memaparkan persekitaran yang diambil dari dunia sebenar dan ditambahkan di atasnya.

6DoF Blaster: Penambahbaikan Kepada Produk Sebelumnya

Kembali kita kepada produk di atas, 6DoF bermaksud ‘six degrees of freedom’, yang merujuk kepada kebebasan pergerakan tubuh badan atau objek dalam ruang tiga dimensi.

Ia tidak memerlukan headset VR, tetapi hanya menggunakan telefon pintar pemain untuk memberikan pengalaman AR bebas headset.

Di atas 6DoF Blaster tersebut tersedia satu slot untuk memasukkan telefon yang menjadi ‘viewfinder’ kepada pemain.

Setakat ini masih tiada lagi harga rasmi yang diwar-warkan oleh Merge. Syarikat tersebut meletakkan sasaran musim panas tahun ini untuk melancarkan produk mereka kepada pengguna.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

CONNECTme: Penyedia Perkhidmatan Internet Terbaru Malaysia

0

 

Kita harus akui, kita mempunyai pelbagai pilihan plan data internet yang sudah tepu. Kerana apa? Kerana itu sahaja yang kita ada.

Hendak lebih liputan? Gunakan saja Maxis, cuma plan datanya agak menghampakan. Kuotanya sedikit, harganya mahal.

Hendak lebih data? Gunakan webe, tetapi liputannya pula boleh buat pengguna geleng kepala.

Hendak kedua-duanya? Sukar sekali nak dicanang sesuatu telco sebagai terbaik bagi segala segi.

Digi? Ada tempat yang liputannya bagus sekali, ada tempat lain pula bar liputan tak nampak langsung.

U Mobile? Pun lebih kurang juga.

Oleh itu dengan hadirnya satu lagi penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang baru, harapannya agar wujud lebih lagi daya saing yang akan menyemarakkan semangat para pentadbir serta stafnya untuk menjadi lebih baik dan terbaik antara kesemuanya.

CONNECTme adalah ‘pemain’ terbaru dalam padang ini.

Tidak seperti ‘pemain’ yang lain, CONNECTme menggunakan akses satelit untuk menghubungkan penggunanya dengan internet.

Para pelanggan perlu memasang piring khas di dinding atau bumbung rumah dan dua kabel yang akan menghubungkan piring tersebut dengan sebuah modem di dalam rumah.

Namun, disebabkan itu, hujan yang lebat boleh mengganggu kelajuan internet pelanggannya.

Macam Astro

Apa pun, mari kita tonton dahulu video di bawah, pengenalan kepada CONNECTme.

Berikut adalah antara plan yang ditawarkan.

Secara ringkas, kadarnya adalah seperti berikut:

RM450 sebulan untuk 25GB, manakala kelajuan pula sehingga 15Mbps, yang sudah tentu pasti akan terjejas andainya hujan turun dengan lebat. Pelanggan akan perlu menandatangani kontrak selama 6 bulan.

Tidak lupa juga pakej ‘on-demand’, yang tidak terikat dengan mana-mana kontrak, namun pelanggan perlu membayar sebanyak RM25/GB, juga hadir dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM2500 dan bayaran yuran tahunan sebanyak RM500. Kuota percuma 25GB diberikan selama 6 bulan pertama.

Selain itu, pelanggan mempunyai pilihan CONNECTme@COMMUNITY yang memberikan kebolehan untuk bersambung kepada rangkaian hotspot WiFi – pada kadar RM10/GB.

CONNECTme akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mac 2018.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman mereka di sini: CONNECTme

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OmniROM 8.1 Pada OnePlus 5, Merasai Android Oreo Yang Terkini

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai perisian peranti, iaitu OmniROM 8.1 pada OnePlus 5. Apa itu 8.1? 8.1 itu ialah versi Android yang terkini, iaitu 8.1 Oreo. OnePlus telah pun mengeluarkan perisian mereka iaitu OxygenOS dengan versi Android 8.0 Oreo. Jadi, apa yang menariknya ROM ni? Sambung baca kat bawah ni sambil makan keropok dan minum air takut kering tekak.

Apa yang ada dalam Android 8.1 Oreo? Ini ciri2 dia :

  • Neural networks API.
  • API Perkongsian Memori.
  • WallpaperColors API.
  • Tahap bateri untuk peranti yang bersambung dengan Bluetooth, boleh diakses dekat Quick Settings
  • Android Go, untuk peranti yang RAM 1GB ke bawah.
  • Autofill framework updates (kalau kita masuk mana2 aplikasi, dia automatik isikan nama pengguna dan kata laluan.
  • Programmatic Safe Browsing actions.
  • Butang navigasi akan dim kalau tak digunakan.
  • Perubahan visual Power Off dan Restart dengan skrin baru serta toolbar terapung.
  • Toast messages berwarna putih dengan ketelusan yang sedia ada.
  • Tema Light dan Dark secara automatik.
  • Tambahan sokongan chip imej untuk peranti Pixel 2.
  • Easter Egg baru dalam bentuk biskut Oreo.
  • Hamburger emoji amended to move position of the cheese slice.

Ada yang ada dalam OmniROM 8.1, dan ada yang takda. Tapi yang pasti apa yang ada dalam Google Pixel 2 tu tak semua ada dalam ROM ni.

Nak pasang? Muat turun dulu barang2 ni :

Barang dah sedut, ni cara pemasangan pula :

  1. Seperti biasa backup dahulu data ampa, pindah fail yang nak backup dekat PC. Aplikasi boleh dibackup dengan menggunakan Titanium Backup tu. Tapi lepas backup kena pindah folder Titanium la. Kalau tak, sia2 saja.
  2. Untuk recovery, boleh pakai TWRP kat atas tu, dan tak perlu nak pasang no-verity pa semua tu. pakai platform-tools untuk main fastboot mode.
  3. Pindah fail yang anda download, letak dalam OP5 anda. (ROM, GApps, Magisk)
  4. Lakukan pemasangan bersih sebab ini ROM lain. Seperti biasa dekat TWRP masuk Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan USB Storage.
  5. Pasang dahulu OnePlus 5 Oreo Firmware kemudian baru pasang OmniROM 8.1 dan GApps. Root satgi baru pasang.
  6. Selesai pemasangan ROM serta GApps tu, sila Reboot System.
  7. Tunggu OP5 anda boot, dah selesaikan tetapan yang keluar tu.
  8. Dah selesai, restart OP5 tu, masuk Recovery Mode dan pasang Magisk v15.2 tu.
  9. Selesai pemasangan Magisk, Reboot System.
  10. Tahniah, anda telah berjaya memasang OmniROM 8.1 pada OnePlus 5.

OnePlus Camera dan Gallery,  serta Live Wallpaper Google Pixel 2 tu sebagai tambahan. Nak pasang atau tak, terpulang-lah tapi Titanium Backup tu kena pasang la untuk restore semula aplikasi yang anda backup. Tapi dengan syarat kena pindah masuk semula fail yang anda pindah dekat PC, ke dalam OP5 anda.

Ambient Display Always-On tu jangan risau kerana kalau letak dalam poket, Proximity Sensor akan mengesan sesuatu yang menghalang sensor tu, lalu Ambient Display akan padam. Katanya ciri ini makan sedikit bateri anda.

Tak semua ROM tu sempurna kan? Bagi saya, ROM ni hampir sempurna, tapi ada la kelemahan dia, iaitu :

  • Kadang2 terasa lag, heng, dan jem.
  • Keyboard kadang2 tertutup sendirinya.
  • OmniClockOOS ada ralat, iaitu pengera bunyi tapi takda pilihan nak tutup ka apa. Kalau buka dia crash.
  • Wi-Fi kadang2 on, kadang2 off kalau restart telefon.
  • Kalau dah tetapkan kata laluan dan menambah fingerprint tu, nak masuk TWRP kena buang dahulu kata laluan dekat Security tu, kalau tak, tak boleh masuk TWRP.

Kalau nak usya dahulu screenshot ROM ni, boleh la tengok kat bawah ni serta saya sediakan video untuk anda tonton.

OmniROM 8.1 yang terkini (buat masa la ni la)
Ini Launcher asal ROM ini, tapi saya lebih selesa pakai Nova Launcher.
Wajib isi maklumat ni. Kalau berlakunya kecemasan, senang orang nak uruskan.
Ketahanan bateri dia boleh tahan la.
Idle pun boleh tahan.
Beza Android 8.0 dan 8.1 ialah toolbar terapung ni. Macam guna Google Pixel 2 kan?
Ambient Display, Always-On. Macam model Samsung S8 tak?
Kalau off OP5, kemudian cas akan keluar macam ni. Menarik kan?
Ini sampel gambar yang di ambil menggunakan kamera stock OmniROM 8.1.

Jadi, kalau ada sebarang pertanyaaan, nak kongsi pendapat serta ada yang saya terlepas pandang mengenai kelemahan OmniROM 8.1 ni, boleh komen kat bawah ye.

Selamat memasang OmniROM 8.1 dekat OnePlus 5 dan OnePlus 5T juga ada OmniROM 8.0/8.1. Boleh usya dekat pautan ini : [ROM] [Oreo] OmniRom 8.0/8.1 [OP5T]

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Haven: Tukarkan Telefon Lama Anda Kepada Kamera Pengawasan

0

Edward Snowden, Presiden kepada Freedom of the Press Foundation beserta Guardian Project telah pun melancarkan satu aplikasi yang dinamakan sebagai Haven.

Ia dikatakan berfungsi menjadi sebuah medium antara telefon pintar dan setiap sensornya supaya ia boleh berubah kegunaan kepada kit pengawasan mini yang murah/bajet.

Jika anda mempunyai telefon lama yang sudah tidak lagi digunakan, inilah masanya anda memanfaatkan ia semula.

Secara ringkas, Haven ialah aplikasi (sumber terbuka) yang akan menggunakan pelbagai sensor pada telefon termasuk sensor pengesan pergerakan, pengesan cahaya, kamera hadapan dan belakang serta mikrofonnya – yang akan merekodkan sebarang pergerakan, atau perubahan kepada persekitaran kawasan yang berhampiran dengan telefon tersebut.

Tanpa membuang masa, mari kita tonton dahulu video pengenalan Haven.

Menurut Snowden, pengguna dapat memanfaatkan kegunaan Haven kepada pelbagai situasi.

Contohnya mereka boleh tinggalkan telefon yang mempunyai aplikasi Haven dijalankan padanya, di bilik hotel semasa mereka hendak keluar dari bilik tersebut.

Pengguna juga boleh tinggalkan telefon beserta Haven itu berdekatan dengan laptop atau PC, dan jika terdapat individu yang duduk di depan PC tersebut, wajah dan tindak-tanduknya akan segera dirakamkan.

Pendek cerita telefon lama anda kini sudah boleh menjadi kamera pengawasan peribadi, tanpa perlu mengeluarkan modal.

Hei, siapa yang tidak suka untuk berjimat bukan?

Jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh pasang ia melalui Google Play Store.

Anda boleh rujuk projek ini di laman rasmi mereka, atau di laman GitHub.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Switch, Anda Boleh Berhijrah Ke OnePlus Dengan Mudah

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus. Kali ini, OnePlus mengeluarkan aplikasi yang memudahkan anda berhijrah dari peranti jenama lain, iaitu OnePlus Switch, memindahkan data dari peranti lama dengan pantas dan mudah.

OnePlus Switch ini merupakan aplikasi yang memudahkan proses pemindahan fail kepada peranti baru OnePlus. Proses dia sangat lah mudah, iaitu anda perlu pasang aplikasi ini dekat kedua-2 peranti tersebut. Kemudian, imbas kod QR untuk kedua-2 peranti tersebut berhubung sesama sendiri lalu pilih-lah benda apa yang anda nak dari peranti lama untuk ada dekat peranti baru OnePlus anda. ?

Barang yang anda boleh pindahkan ialah :

  • Aplikasi (tidak termasuk data)
  • Audio
  • Dokumen
  • Gambar
  • Kenalan (Contact)
  • Mesej
  • Video

Pihak OnePlus sedang mengusahakan kemaskini baru untuk mendapatkan lebih banyak sokongan, seperti sejarah Wi-Fi (kata laluan Wi-Fi yang anda pernah sambung), tetapan kamera, data aplikasi dan banyak lagi. Sementara menunggu pemindahan fail tersebut, anda boleh la layan animasi dalam aplikasi tersebut. Beberapa orang sedang memindah fail2 anda. ?

Matlamat OnePlus untuk OxygenOS ini untuk memberi pengalaman perisian mudah guna dan OnePlus Switch ini baru lagi. Hanya menyokong peranti yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan ke atas. Untuk kemaskini masa hadapan, akan menyokong peranti versi lama serta iOS! ?

OnePlus baru nak serta program penghijrahan ini, sedangkan brand lain sudah pun mempunya aplikasi penghijrahan mereka. Seperti Apple (Move to iOS) dan Samsung (Samsung Smart Switch). ? Bak kata orang putih, “Better late than never”.

Untuk muat turun aplikasi OnePlus Switch, sila klik pautan ini : OnePlus Switch

Jadi apa pendapat ampa? Adakah anda suka cara ini atau cara manual? Komen di bawah. ?

Ini la orang2 yang saya maksudkan kat atas tadi. hahaha ?. Rasanya ini staff OnePlus kot. ?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Mi A1 Menerima Kemaskini Android Oreo Secara Rasmi

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk Xiaomi. Pasti ampa kenalkan product Xiaomi yang dwi-kamera serta harga berpatutan ni, iaitu Mi A1. Bukan itu sahaja, Mi A1 ni berbeza dengan peranti Xiaomi yang lain kerana dia Android One, yang lain MIUI.  Spesifikasi dia pun ampa mesti tau kan? Processor dia Qualcomm® Snapdragon™ 625, RAM pula 4GB digandingkan dengan stor penyimpanan 64GB, saiz paparan 5.5-inci Full HD IPS, dwi-kamera belakang 12MP+12MP dan bateri pula 3080mAh.

Mungkin perkakasan dia boleh-boleh la kan? Tapi perisian dia, dikuasakan oleh hampir stock Android 7.1 Nougat dengan beberapa penambahan yang lain seperti aplikasi kamera dari MIUI. Semasa pelancaran produk ini, Xiaomi menjanjikan bahawa kemaskini Oreo bakal dilepaskan pada pengguna Mi A1 sebelum berakhirnya 2017. Kemudian mereka mula mencari penguji Beta untuk menjadi tikus makmal untuk menguji perisian pada awal bulan Disember dan kemaskini Beta dilepaskan kepada penguji Beta seminggu selepas itu.

Dengar cerita, Android Oreo Beta tu ada ciri pengecas pantas dan mereka uji Mi A1 yang dipasang Android Oreo Beta dengan OnePlus Dash Charger, dan keputusan yang dapat ialah depa cas sampai 100% (tak tau depa cas dari berapa % hahaha ?) hanyalah mengambil masa selama 92 minit!, lebih pantas daripada stock charger yang mengambil masa 2 jam untuk penuh. (Kawan saya kata hampir 3 jam nak penuh katanya ?)

Tapi kemaskini Oreo (7.12.19) ni takda lagi ciri pengecas pantas tu, mungkin dalam bulan ni ka dapat. Mana la kita nak tahu kan?  Tapi semalam saya saja uji pengecas Mi A1 dengan Baozu M1 Smart Powerbank, 10,000mAh tu. Kan powerbank tu ada macam2 teknologi pengecasan pantas. ?

Lepak Pecal Lele dekat Padang Jawa, uji la sebab dia dah pakai Oreo. Tapi takda lagi kemaskini ni. ?

Jadi, Xiaomi pun kotakan janji mereka lalu mula-lah pelepasan kemaskini Android 8.0 Oreo pada Mi A1 yang rasmi. Memang tak dapat la yang Beta sebab tu untuk penguji Beta ja. ?  Kemaskini tersebut bersaiz 1107MB, yang mengandungi ciri2 Android 8.0 Oreo (macam Picture-In-Picture la, Smart Text Selection, Adaptive Icons, Notification Dots dan macam2 lagi), serta patch keselamatan Android 1 Disember 2017 (ada penguji Beta dapat kemaskini patch keselamatan Android 1 Januari 2018, wah! ?).

Tak diketahui lagi bila binaan muktamad stabil yang mengandungi sokongan pengecas pantas yang mana terdapat dalam binaan Beta lebih awal. Xiaomi juga maklumkan bahawa untuk memasang kemaskini tersebut, pengguna harus-lah memasang terlebih dahulu kemaskini bulan Disember (7.12.19). Paling penting sekali, kemaskini tersebut dilepaskan secara berperingkat, jadi tak semua pengguna yang akan dapat serentak. Dalam masa yang terdekat, semua akan dapat. Sabar yop sabar. ?

Ini merupakan berita baik bagi peminat stock Android. Tetapi, yang perlu diperhatikan ialah sumber kernel untuk peranti ini masih lagi belum dikeluarkan. ? Jadi, kemaskini perisian itu meningkatkan lagi nilai sesuatu peranti, yang mana pelaburan kita membeli sesuatu peranti tu amatlah berbaloi. ?

Di bawah ini status Twitter dari pihak Xiaomi.

Jadi jika ada sebarang komen dan pendapat untuk dikongsi, sila komen di bawah ye. ?

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline