Maxis Bhd telah melancarkan Hotlink Postpaid Flex Plus yang dilengkapi dengan peranti dan lebih banyak data.
Pelanggan yang mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus kini boleh memiliki peranti Vivo Y81i dengan hanya membayar RM1 atau Vivo Y85 pada harga RM199, dengan bayaran pendahuluan yang diperlukan untuk kedua-dua peranti.
Dengan hanya RM60 sebulan, pelan termasuk Internet berkelajuan tinggi 10GB pada rangkaian 4G, beserta panggilan dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) tanpa had kepada semua rangkaian.
Hotlink Postpaid Flex bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan tanpa had dan SMS kepada semua rangkaian dan 1GB Internet berkelajuan tinggi.
Plan ini boleh disertakan dengan Add-On aplikasi data tanpa had dari kategori ‘Unlimited Social’, ‘Unlimited Music’, dan ‘Unlimited Chat’ bermula dari RM5 sebulan.
Sejak dilancarkan sedekad lalu, DuckDuckGo menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mementingkan privasi. Ini adalah kerana enjin carian itu tidak menyimpan alamat IP penggunanya, dan lain-lain data sensitif.
Selain fungsi jawapan pantas (yang ditiru oleh Google), ia juga mempunyai fungsi yang dipanggil sebagai ‘bangs‘.
Bangs adalah pintasan (shortcut) yang boleh digunakan untuk mendapat hasil carian dari laman lain.
Sebagai contoh, jika anda hendak mencari sesuatu entri di Netflix, cukup sekadar gunakan kata kunci !nf diikuti dengan tajuk entri yang anda inginkan.
(InsyaAllah omghackers.com akan ada ‘bang’ sendiri lepas ni – !omghackers. Harapnya lah).
Pun begitu, beberapa hari lepas lebih kurang 2000 bangs dibuang dari senarai. Kebanyakan laman yang terlibat adalah dari laman lanun cetak rompak torrent seperti The Pirate Bay, 1337x dan RARBG.
Menurut sumber dari Reddit, wakil DuckDuckGo memberikan penjelasan mengenai hal ini di mana mereka membuang pintasan ke laman-laman tersebut bagi mengelakkan isu liabiliti di kemudian hari.
Jika laman torrent mungkin dapat difahami juga, tetapi laman seperti OpenSubtitles turut terkena tempiasnya.
Tak mengapalah, daripada DuckDuckGo menanggung saman dan lain-lain isu di kemudian hari, lebih baik mereka lakukan ‘purging’ seperti ini dari sekarang.
Jangan disangka hanya mereka dari Google sahaja yang sangat pintar dalam bab AI.
Kertas kajian dari Xiaomi membuktikan bahawa team dari mana-mana negara (khususnya China) mempunyai tahap kepakaran yang sama.
Ini dibuktikan melalui pembangunan DeepExposure, algoritma kepintaran buatan yang akan membantu menambahbaik kualiti imej yang diambil.
Para pengkaji dari Xiaomi menerangkan tentang kaedah algoritma unik ini yang bertujuan memberikan lebih perincian kepada gambar. AI ini mampu mampu membahagikan imej menjadi beberapa ‘sub-imej’, yang setiap satunya dihubungkan kepada exposure lokal, yang kemudiannya digunakan semula untuk menambah perincian input foto asal.
Mari kita lihat contoh pada ilustrasi skematik DeepExposure ini.
Bangunan, awan, dan langit (yang overexpose) adalah berwarna putih.
Bagi mengembalikan perincian foto akibat exposure yang tidak seimbang, pertamanya ia akan mengeluarkan segmen-segmen imej bagi mendapatkan sub-imejnya. Untuk sub-imej berbeza, ia menggunakan exposure yang berlainan mengikut rangkaian polisinya dan ia digabungkan bersama untuk membentuk imej berkualiti tinggi akhir.
Untuk ‘mengajar’ AI tersebut, pasukan pengkaji Xiaomi menggunakan imej dari set data MIT-Adobe FiveK. Ia mengandungi foto-foto RAW yang tidak diedit dan foto sama disunting oleh lima orang pakar.
Apa pendapat anda tentang teknologi AI terbaru ini? Adakah anda rasa ia dapat bersaing dengan teknologi AI dari Google?
Beberapa emel dalaman Facebook didedahkan oleh Parlimen UK menunjukkan bahawa beberapa pekerja dari Facebook berbincang mengenai cara mengeksploitasi ‘permission request’ dari Android untuk mendapatkan akses kepada sejarah panggilan dan SMS.
Dokumen tersebut datang dari Six4Three.
Salah satu dokumen yang mereka peroleh adalah ringkasan mesej-mesej dihantar sebagai e-mel pada 4 Februari 2015, di mana seorang pekerja Facebook menulis bahawa penambahan ‘kebenaran membaca log panggilan’ adalah ‘risiko yang sangat tinggi dari perspektif PR.’
Selain itu, jabatan ‘perkembangan’ Facebook juga didapati sedang meneroka cara untuk mendapatkan kebenaran log panggilan tanpa memberi pengguna dialog (popup) kebenaran dari Android sama sekali.
Wartawan dari Ars Technica, Sean Gallagher, menulis bahawa semakan data Google Playnya mengesahkan aplikasi Messenger tidak pernah dipasang pada peranti Android yang digunakan olehnya. Hanya aplikasi Facebook itu sendiri dipasang pada dua peranti Android yang berbeza pada tahun 2015, dan tidak pernah ada mesej atau popup yang jelas meminta kebenaran bagi mendapatkan akses kepada data panggilan. Namun apabila beliau memuat turun maklumat dirinya dari Facebook, log dari informasi tersebut mendedahkan Facebook mempunyai data panggilan beliau dari akhir tahun 2015 hingga akhir 2016.
Ini jelas membuktikan Facebook telah lama berjaya mengeksploitasi API Android bagi memperolehi akses kepada data peribadi pengguna, meskipun aplikasinya tidak meminta apa-apa kebenaran yang jelas kepada peranti.
Setiap data dari pengguna adalah sangat berharga, dan khabar angin Facebook menjual data penggunanya kepada syarikat-syarikat tertentu semakin jelas kebenarannya.
Adalah agak malang apabila masih belum ada aplikasi media sosial yang dapat menggantikan Facebook buat masa ini. Sekiranya Facebook ada pesaing yang lebih mementingkan hak penjagaan privasi pengguna, sudah semestinya perlahan-lahan Facebook akan menggulung tikarnya sendiri.
Menggunakan fungsi carian fail pada Windows sememangnya agak perlahan terutamanya apabila indeks dinyahaktifkan. Carian dirasakan terlalu ‘berat’ dan ‘menyusahkan’ komputer, sedangkan spesifikasi peranti sudah cukup baik.
Mujurlah ada cara pencarian yang lebih efektif, iaitu dengan menggunakan aplikasi Everything.
Aplikasi ini bersaiz sangat kecil, dan mempunyai versi mudah alih yang tidak perlu dipasang.
Ia berfungsi dengan cara menjejak lokasi dan nama fail atau folder dengan cepat. Setiap fail dipaparkan mengikut kepada kata kunci carian.
Apa yang menarik, Everything tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan indeks bagi setiap fail yang ada pada peranti. Hanya beberapa saat sahaja diperlukan bagi membina satu pusat ‘pengkalan’ data.
Paling penting sekali, ia tidak sesekali membebankan komputer anda. Bagi 1 juta fail, hanya 75MB RAM dan 45MB ruang storan digunakan.
Oh ya, ia juga percuma. Tidak perlu kepada lesen bagi menggunakan ia dengan fungsi penuh, juga tanpa iklan yang mengganggu privasi.
Anda boleh muat turun Everything melalui pautan di bawah:
Setelah hampir sebulan tiada siaran kerana berlaku pertikaian di antara pihak MyTV dan TM, MyTV nampaknya sudah mula beroperasi semula sejak semalam.
Para pengguna dan netizen juga mengesahkan bahawa siaran di kediaman mereka yang dahulunya terputus telah disambung semula.
Ini dibuktikan juga melalui notis siaran rasmi daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada hari ini. Kami di Omg!Hackers? mengharapkan agar inisiatif kerajaan ke arah pendigitalan siaran televisyen kebangsaan ini akan kekal diteruskan dan tanpa gangguan di masa akan datang.
Notis rasmi daripada KKDM bertarikh 30 November 2018
Buat masa ini saya masih buat dual boot Windows 10 bersama dengan Arch Linux. Kombinasi keduanya dirasakan agak ‘goyah’ dan ‘goyang’ dek kerana setiap kemas kini Windows 10 kadang-kadang menyebabkan ketidakstabilan pada sistem, begitu juga dengan Arch Linux.
Namun keduanya memberikan saya satu kepuasan tersendiri. Disebabkan itu saya pilih untuk kekalkan kombinasi ini.
Memilih distro Linux memang bukan sesuatu yang mudah terutamanya buat pemula, kerana terdapat beribu distro di ‘luar’ sana.
Dengan pelbagai nama dan ciri, Linux menjadi sistem operasi yang tiada ‘berpusat’, seperti Windows dan MacOS. Oleh itu, kepelbagaian pilihan menyebabkan kadang kala terasa sukar untuk ‘settle down’ dengan satu distro.
Atas sebab itu juga wujud istilah ‘distro hopper’, kerana mudahnya untuk beralih kepada distro lain. Ianya percuma, dan boleh dimuat turun bila-bila masa sahaja.
Terdapat inisiatif dari individu tertentu untuk memudahkan para pemula memilih distro Linux yang sesuai dengan kehendak diri sendiri.
Salah satunya ialah Librehunt.
Laman ini telah dibina oleh Avi Wadhwa, yang mana beliau telah membinanya setelah salah seorang rakan sekelas melihat sistem operasi Linux yang digunakan olehnya pada laptop.
Setelah menerangkan kepada rakan tersebut apa itu Linux, dengan cepat dia ingin untuk menggunakannya, akan tetapi tidak dapat membuat keputusan mana satu distro yang hendak dipasang.
Maka terciptalah Librehunt.
Apabila anda buka laman ini, ia hanya memaparkan segala informasi ringkas tentang Linux serta sumber terbuka. Di hujung penerangan, anda akan diberikan beberapa soalan mudah, yang mana pada akhirnya ia memberikan senarai nama distro yang sesuai mengikut jawapan anda itu.
Ini adalah contoh distro-distro yang saya dapat hasil dari jawapan saya.
Tergerak hati untuk mencuba? Anda boleh mula memilih sekarang di Librehunt.
Facebook kekal menjadi media sosial yang popular di negara ini. Ramai yang mendapat manfaat daripadanya seperti menjejaki teman lama, menyambung talian silaturrahim dan tak kurang juga yang berjaya mewujudkan bisnes sendiri daripada akaun Facebook mereka.
Namun begitu, mereka yang menggunakannya untuk keburukan tidak kurang hebatnya. Mereka melanggan khidmat jenayah, memasang kekasih gelap, malahan ada yang suka melakukan provokasi dengan berselindung di sebalik akaun palsu.
Oleh itu, hari ini saya sediakan tutorial melaporkan akaun palsu di Facebook.
Cara Melaporkan Akaun Palsu Di Facebook
Kenalpasti dahulu akaun palsu.Pilih pada tanda tiga titik.Menu lain akan terbuka. Pilih pada ikon tanda seru (“!”).Antaramuka lain akan muncul. Pilih kategori apa yang ingin anda laporkan buat perhatian Facebook.Facebook akan memberi pilihan samada anda ingin menghalang akaun ini atau melaporkan kepada Facebook. Sekiranya ingin melapor, pilih pilihan yang paling bawah.Tandakan di kotak yang dilukis sebagai perakuan bersetuju untuk melapor.Tekan butang biru untuk teruskan menghantar laporan.Laporan anda kini telah diterima oleh pihak Facebook untuk tindakan.
Apabila ‘copyright troopers’ mula menjalankan operasi secara besar-besaran, kita dapat lihat satu demi satu aplikasi lanun seperti Terrarium TV berkubur di memorial digital.
Bahkan laman-laman torrent juga satu demi satu terlingkup, tertutup. Tahun ini sahaja menunjukkan beberapa laman yang sudah pun ‘berehat dengan damai’.
Terkini, Showbox mengumumkan persaraannya dari medan lanun setelah dijejaki oleh pemilik Dallas Buyers Club melalui sebuah sepina.
Mereka mendapatkan sepina dari mahkamah yang mengarahkan Cloudflare supaya mendedahkan identiti pemilik dan pengendali Showboxbuzz.com, Showbox.software, Rawapk.com, Popcorn-time.to, Popcorntime.sh, YTS.ag, dan YTS.gg.
GoDaddy juga diarahkan untuk mendedah pendaftar domain Showboxappdownload.com.
Permintaan maklumat ini mencetuskan respon daripada pengendali. Pada hari yang sama bulan lepas, pengendali Showboxappdownload.com dan orang yang memuat naik aplikasinya ke Rawapk meminta mahkamah membatalkan sepina itu, supaya mereka boleh meneruskan penyelesaian di luar mahkamah.
Persetujuan antara pihak-pihak tidak diterbitkan secara umum. Namun, hasil daripadanya kita dapat melihat aplikasi Showbox telah dipadam dari laman Rawapk dan laman showboxappdownload.com kini memaparkan amaran kepada pengunjung-pengunjung supaya tidak lagi menggunakan aplikasi tersebut kerana mereka dapat diperhatikan.
Saya bukan terlalu minat dengan aplikasi penyunting gambar seperti Photoshop. GIMP yang percuma juga masih saya belum cukup mengerti dan mahir lagi. Cuma keinginan untuk menyunting gambar dan mencipta sebuah gambar dimanipulasi itu masih ada.
Terdapat banyak lagi alternatif terhadap Photoshop selain GIMP. Contohnya Picasa, Paint.net, Pixlr Editor, dan sebagainya lagi.
Cuma aplikasi kali ini agak menarik perhatian saya kerana selain percuma, ianya juga tidak perlu dipasang dan boleh digunakan pada pelayar web sahaja. Ianya bernama Photopea.
Ivan Kutskir, seorang pengaturcara dari Republik Czech adalah pencipta kepada Photopea.
Projek ini dimulakan apabila beliau berasa hendak menyunting gambar pada komputer orang lain. sifat web app yang boleh dibuka di mana-mana menjadikan ia mudah alih dan dapat dibuka pada lain-lain peranti tanpa pemasangan.
Namun jika anda pula terasa hendak menjadikan ia lebih cepat diakses, anda boleh pasangkan ia dengan cara pergi ke menu More > Install Photopea.
Selain itu, anda juga boleh log masuk ke Photopea menggunakan akaun Google, Facebook, atau GitHub. Ia akan menyelaraskan tetapan Photopea yang telah anda lakukan ke semua peranti.