Cara Melaporkan Akaun Palsu Di Facebook

Facebook kekal menjadi media sosial yang popular di negara ini. Ramai yang mendapat manfaat daripadanya seperti menjejaki teman lama, menyambung talian silaturrahim dan tak kurang juga yang berjaya mewujudkan bisnes sendiri daripada akaun Facebook mereka.

Namun begitu, mereka yang menggunakannya untuk keburukan tidak kurang hebatnya. Mereka melanggan khidmat jenayah, memasang kekasih gelap, malahan ada yang suka melakukan provokasi dengan berselindung di sebalik akaun palsu.

Oleh itu, hari ini saya sediakan tutorial melaporkan akaun palsu di Facebook.

Cara Melaporkan Akaun Palsu Di Facebook

Kenalpasti dahulu akaun palsu.
Pilih pada tanda tiga titik.
Menu lain akan terbuka. Pilih pada ikon tanda seru (“!”).
Antaramuka lain akan muncul. Pilih kategori apa yang ingin anda laporkan buat perhatian Facebook.
Facebook akan memberi pilihan samada anda ingin menghalang akaun ini atau melaporkan kepada Facebook. Sekiranya ingin melapor, pilih pilihan yang paling bawah.
Tandakan di kotak yang dilukis sebagai perakuan bersetuju untuk melapor.
Tekan butang biru untuk teruskan menghantar laporan.
Laporan anda kini telah diterima oleh pihak Facebook untuk tindakan.
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x