Minitube : Aplikasi Desktop Youtube

Youtube merupakan laman untuk menonton video secara percuma yang paling terkenal dan paling kerap dilawati oleh peminat-peminatnya di seluruh dunia. Pelbagai perisian telah dicipta selaras dengan perkembangan Youtube yang berubah mengikut peredaran zaman.

Salah satu perisian yang berhubung dengan Youtube ialah Minitube. Minitube dicipta bukan untuk mengklon paparan asal laman web Youtube, namun ia dibuat untuk memberikan pengalaman menonton video secara streaming seperti menonton televisyen.

Antara ciri-ciri Minitube ialah:

1. Kurang menggunakan bateri (kesannya dapat memanjangkan jangka hayat bateri) apabila tidak menggunakan pemain Flash untuk memainkan video.

2. Video HD : Minitube boleh memainkan video HD sehingga 1080p.

3. Muat turun video kegemaran anda dengan 1 klik (Format MPEG4).

4. Hentikan kerja-kerja mencari. Perisian ini akan memainkan video-video secara terus dari video ke video yang lain.

5. Mainkan video dengan lebih pantas. Minitube dapat memainkan video dengan lebih lancar dan laju.

6. Mudah digunakan.

7. PERCUMA untuk pengguna Linux, berbayar untuk pengguna Windows dan Mac OS X.

Beberapa paparan skrin untuk tatapan anda:

Pasang Minitube secara percuma pada Ubuntu atau Linux Mint dengan baris perintah di bawah:

Pilih salah satu PPA:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8

– PPA Webupd8

sudo add-apt-repository ppa:ferramroberto/minitube

– PPA Ubuntu Minitube

Teruskan pemasangan dengan baris perintah berikut:

sudo apt-get update
sudo apt-get install minitube

Selamat mencuba!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img