Minitunes : Pemain Muzik Ringkas Dan Terbaik

Pemain muzik menjadi ciri utama yang selalu dititikberatkan oleh para pengguna komputer tidak kirala desktop, notebook, netbook, mahupun tablet PC sekalipun. Mr.Hac ingin memperkenalkan kepada anda pemain muzik yang telah dibuat oleh pencipta yang sama dengan perisian Minitube, iaitu pemain muzik Minitunes versi 1.0.

Antara ciri-ciri Minitunes adalah seperti berikut:

1. Mudah untuk digunakan dan paparan pemuka yang ringkas, tidak merumitkan.

2. Enjin yang memacu perisian ini adalah berkuasa, jadi ia sangat stabil.

3. Boleh melayari folder-folder dalam PC untuk memainkan muzik.

4. Single playlist. Terletak di sebelah kiri dan mudah untuk dicapai oleh anda.

5. Output bunyi yang memuaskan hati.

Kekurangan Minitunes versi 1.0 ini ialah ia tidak mempunyai equalizer, dan muzik yang dimainkan tidak dapat dipercepatkan (fast forward). Selain daripada dua masalah ini, Mr.Hac dapat rasakan ia bakal memberikan saingan kepada perisian-perisian pemain muzik yang lain pada versi-versi yang akan datang.

Ianya adalah percuma untuk pengguna Linux dan berbayar untuk pengguna Windows serta Mac OS X.

Berikut adalah beberapa paparan skrin Minitunes dari PC Mr.Hac:

Pasang Minitunes melalui PPA Webupd8:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8 && sudo apt-get update
sudo apt-get install minitunes

Atau boleh juga pasang dengan menggunakan fail deb di bawah:

1. Minitunes Untuk Ubuntu i386 @ 32bit

2. Minitunes Untuk Ubuntu 64bit

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img