Utama Blog Laman 51

Mecool KD3 4K Streaming Stick Dengan Google TV

0

Mecool KD3 ialah penstrim media yang dikuasakan oleh perisian Google TV, sama seperti Chromecast terbaharu Google. Anda hanya perlu palamkan ia terus ke port HDMI dan anda boleh menggunakannya untuk menstrim kandungan HDR 4K daripada Netflix, Amazon Prime Video, Disney+, YouTube dan sumber lain.

Ia disertakan dengan alat kawalan jauh dengan sokongan untuk kawalan suara Google Assistant, tetapi anda juga boleh menggunakan Google Cast untuk menstrim kandungan daripada internet ke TV sambil menggunakan telefon anda sebagai alat kawalan jauh.

Menyentuh mengenai spesifikasinya, KD3 ialah peranti penstriman yang menerima pensijilan daripada Netflix dan Google. Ia menggunakan Google TV yang berasaskan Android TV 11 OS, dan menampilkan pemproses Amlogic S905Y4, iaitu pemproses ARM Cortex-A35 empat teras dengan grafik Mali-G31 MP2.

Ciri lain termasuk 2GB memori LPDDR4, 8GB storan eMMC dan sokongan untuk Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.0. Ia hadir dengan alat kawalan jauh Bluetooth yang turut menampilkan IR untuk mengawal tetapan kuasa dan kelantangan bunyi pada TV. Terdapat butang khusus pada alat kawalan jauh untuk Netflix, Amazon Prime Video, Disney+ dan YouTube.

Mecool telah melancarkan KD3 pada Disember 2022, dan ia kini tersedia untuk pembelian pada harga $63 (direct convert, lebih kurang RM264). Harganya agak lebih mahal sedikit berbanding alternatif, seperti:

1. Amazon Fire TV Stick 4K Max – https://shp.ee/ny48jwf

2. Amazon Fire TV Stick 4K – https://shp.ee/44i4u8f

3. Roku Streaming Stick 4K – https://shp.ee/h9f6awf

4. Onn Android TV 4K – https://shp.ee/q6d6mff

5. Mi TV Stick 2K/4K – https://shp.ee/atqxumf

Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mendapatkan peranti yang menyokong codec AV1, anda boleh dapatkan Mecool KD3 di: https://shp.ee/6zdmfnf

Bagi senarai peranti penstriman lain untuk kempen Cut the Cord, anda boleh lihat di: Peranti Penstriman Untuk Kempen ‘Cut The Cord 2022’

Ulasan Nvidia Shield TV Pro: Nvidia Shield TV Pro: Penanda Aras Terbaik Untuk Peranti Penstriman Terkini

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

EU Menuntut Telefon Dan Bateri Boleh Ditanggalkan Dikembalikan Dalam Pasaran

0

Trend telefon pintar yang semakin berdimensi nipis telah memaksa syarikat pengeluar untuk meninggalkan bateri boleh tanggal. Pada masa kini, hampir tidak ada telefon yang mempunyai bateri yang bukan sebahagian daripada struktur telefon pintar.

Minggu ini, Parlimen Eropah mengundi sokongan dalam menjadikan bateri lebih mampan termasuk menjadikannya boleh tanggal dan diganti. Mereka menerima pakai pendirian dalam isu kebolehtanggalan dan kebolehgantian bateri, satu aspek penting untuk memanjangkan hayat produk elektronik yang dijual di Eropah.

Kesatuan Eropah telah pun mempertimbangkan untuk memaksa pengeluar supaya kembali kepada bateri boleh tanggal pada 2020. Draf rang undang-undang kemudiannya dibangunkan oleh institusi itu, dengan tujuan untuk mengurangkan jumlah sisa elektronik.

Memandangkan bateri lithium ditemui dalam pelbagai jenis peranti dan peralatan, daripada telefon pintar kepada skuter, kereta elektrik dan storan tenaga untuk grid pintar – memastikan baterinya boleh dikeluarkan dan diganti apabila ia sudah semakin usang adalah sangat penting bagi memastikan produk tersebut dapat bertahan lebih lama dan mengelakkan pembaziran yang tidak perlu.

Bagaimanapun, pengesyoran Parlimen Eropah ini masih jauh daripada pelaksanaannya. Menurut Right to Repair, ia memerlukan rundingan antara Parlimen dan Majlis Eropah. Sekiranya rundingan itu berjalan lancar, cadangan tersebut boleh diluluskan pada tahun 2022.

Sumber: Right to Repair

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Steam Games Secara Rasmi Bakal Hadir Ke Chrome OS

0

Saya secara peribadi ialah peminat Chrome OS dan Chromebook. Antara model yang saya sendiri berminat hendak jadikan sebagai ‘daily driver’ ialah Lenovo Chromebook Duet 3 atau IdeaPad Duet. Saiznya yang sederhana dan menawarkan papan kekunci dalam memudahkan kerja-kerja menaip, menyebabkan ia menjadi antara model Chromebook yang menarik.

Chromebook dan mana-mana peranti yang dikuasakan oleh Chrome OS adalah amat bagus untuk tugasan tertentu. Terutamanya kepada individu seperti saya, selain menaip artikel, ia dapat digunakan untuk melayari laman web, menonton video di YouTube atau Netflix, atau memainkan permainan Android yang ringan.

Walau bagaimanapun, Chromebook tidak terkenal atas sifatnya sebagai ‘gaming machine’.

Disebabkan itu, Google secara rasmi mengesahkan bahawa ia sedang mengusahakan penyelesaian untuk isu ini. Aplikasi Steam pada Chrome OS sedang diuji dengan kod nama ‘Borealis’ dalam fasa alpha. Google mengesahkan perkara ini dengan meletakkan pengumuman ke dalam slaid semasa pembentangan ‘Games Developer Summit.’

Cuma, buat anda yang menggunakan Chromebook dengan spesifikasi rendah, kemungkinannya anda tidak akan dapat bermain permainan Steam. Untuk itu, anda memerlukan Chromebook dengan spesifikasi:

1) Pemproses Intel Core i5 atau i7 (11th-gen)
2) RAM sekurang-kurangnya 7GB

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan Chromebook tidak didatangkan bersama spesifikasi tinggi, kerana Chrome OS ialah sebuah sistem operasi berasaskan awan. Segalanya diproses di awan menjadikan pemprosesan menggunakan perkakasan sebagai ‘berita lama’ dan ‘kaedah usang’.

Bagaimanapun, terdapat Chromebook dalam niche ‘premium’ (upper-mid range dan high end) yang mampu menjalankan permainan lebih ‘berat’, sepertimana yang terdapat dalam Steam.

Ertinya, selepas ini buat anda yang memang berminat hendak bermain menggunakan Chromebook, anda sudah boleh mula mendapatkan Chromebook yang lebih.. errr.. mahal sedikit.

*Masih belum ada info bila masanya sokongan Steam akan tiba ke ChromeOS. Ia cuma akan hadir ke ‘senarai kecil’ peranti Chromebook dengan versi awal alpha.

Via: 9to5Google, Chrome Unboxed

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Shenzen: Sekatan Pergerakan Merumitkan Lagi Bekalan Elektronik Global

0

Jika hendak dikatakan kita sudah hidup secara ‘normal’, kita masih belum lagi dapat mengecapi norma tersebut. Secara umum, pandemik telah menjejaskan kehidupan dan pelbagai rantaian lain di seluruh dunia. Ini termasuklah ketersediaan berbagai jenis produk, terutamanya telefon pintar.

Pada ketika ini, China sedang menghadapi wabak terburuk di negara itu sejak awal 2020. Disebabkan dasar toleransi sifar virus, ia memaksa banyak bandar melaksanakan sekatan pergerakan yang ketat, dan ini semestinya termasuk hab teknologi Shenzen. Perkara ini boleh memburukkan lagi keadaan kekurangan cip sedia ada.

Sekatan pergerakan itu diumumkan pada malam Ahad lalu dan akan berlangsung sekurang-kurangnya 7 hari. Semua pekerja yang termasuk dalam kategori ‘non-essential’ diarah supaya tinggal di rumah, manakala semua orang dewasa di bandar mesti menjalani tiga ujian PCR dalam masa beberapa hari akan datang. Tidak ketinggalan jua semua pengangkutan awam di bandar akan berhenti beroperasi.

Arahan sedemikian mendatangkan masalah kerana sebahagian daripada langkah itu menyebabkan para pekerja yang terlibat dengan pemasangan untuk syarikat elektronik di bandar terpaksa dihentikan. Antara nama besar yang menangguhkan pengeluaran akibat sekatan itu ialah Foxconn, Unimicron, dan Sunflex.

Seperti sekatan pergerakan lain, kita boleh hanya menjangka bahawa ia akan berakhir pada tarikh yang dinyatakan, iaitu selepas 7 hari. Tetapi ada kemungkinan (seperti pengalaman kita sendiri) ia dilanjutkan – sehingga memakan masa berbulan lamanya.

Sekiranya ini terjadi, terdapat kemungkinan kesan yang akan terjadi diakibatkan oleh sekatan pergerakan ini menjadi sebuah ‘bencana’ kepada bekalan telefon pintar global. Sedar atau tidak, kebanyakan peralatan digital yang kita gunakan setiap hari dihasilkan dan dikeluarkan oleh negara China.

Sumber: XDA Developers

Gambar oleh: The Japan Times, Wall Street Journal.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Perisian Hasad Kini Disembunyikan Dalam Kapsyen Video Di YouTube

0

Dewasa ini, perisian hasad dapat disembunyikan di dalam Google Play Store tanpa dikesan kerana ia diimbas dan dilihat seperti perisian biasa. Selain itu, ia juga boleh bersembunyi di sebalik kapsyen video YouTube. Melalui kaedah ini, perisian hasad akan dikaitkan bersama video yang mendakwa menyediakan ‘cheats’ atau ‘hacks’ untuk permainan.

Perisian hasad yang diperkatakan ini telah dinamakan sebagai RedLine. Menurut pakar keselamatan Korea, Asec, ia digunakan sebagai agen untuk mencuri maklumat penting dalam peranti mangsa.

Asec menemui pautan untuk memuat turun RedLine dalam kapsyen video YouTube yang kelihatan menawarkan penggodaman untuk permainan percuma Windows, ‘Valorant.’ Pihak mereka menyenaraikan semua data yang boleh dicuri olehnya, ia termasuklah kata laluan, nombor kad kredit, maklumat yang disimpan oleh ‘AutoFill’, penanda halaman dan cookies.

RedLine juga boleh mengosongkan akaun crypto dan dompet yang disasarkan malware – dan ia termasuk Armory, AtomicWallet, BitcoinCore, Bytecoin, DashCore, Electrum, Ethereum dan Jaxx. Para penyelidik mendapati RedLine menggunakan Discord untuk menghantar maklumat kembali ke sistem arahan dan kawalan (C&C).

Tak pasti sama ada kami pernah berikan peringatan seperti ini atau tidak, tetapi.. kalau boleh jangan sesuka hati memasang fail .exe yang anda ‘jumpa’ dalam kapsyen YouTube atau laman web yang meragukan, ya?

Hanya kerana permainan seperti Valorant, habis semua maklumat peribadi tergadai. Tak berbaloi.

Sumber: Asec

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

The Adam Project: Filem Kekeluargaan Bertemakan Pengembaraan Masa

0

Kalau anda teringin nak tonton filem yang menampilkan ‘watak’ Ryan Reynolds dalam usia kanak-kanaknya, maka anda perlu tonton The Adam Project.

Dalam filem ini, Reynolds bergabung semula bersama pengarah Free Guy, Shawn Levy dalam sebuah perjalanan pengembaraan masa. Bunyinya agak klise kerana apa lagi yang kita belum pernah lihat dalam sejarah filem berkaitan merentas masa?

Jawapannya, ya. Boleh kata hampir tiada, tetapi agak berbaloi memenuhi waktu lapang di hujung minggu dengan menonton The Adam Project ini.

Reynolds memegang watak sebagai Adam, seorang juruterbang ‘pembelot’ syarikatnya yang berjaya melarikan diri ke tahun 2022. Di tahun itu, dia terpaksa bergandingan bersama dirinya sendiri yang baru berusia 12 tahun atas sebab teknikal, melibatkan pesawat yang enggan terbang akibat kecederaannya.

Seperti biasa, Adam mengembara merentas masa untuk menyelamatkan dunia di masa depan. Tetapi kedua-dua versi adam sama ada dewasa atau kecil, jelasnya mempunyai ‘kualiti’ tersendiri dalam menimbulkan rasa kejengkelan pada diri masing-masing.

Namun, keduanya juga masih bersedih atas kematian bapa mereka dan tidak mahu melepaskan memori yang dicipta. Disebabkan itu, Adam membesar sebagai lelaki dengan hati yang memberontak. Apa yang pasti, kajian dijalankan oleh bapa mereka berkaitan teori kembara ke masa lampau mungkin menjadi jawapan dalam merungkaikan isu yang timbul akibat perbuatan mereka yang taksub dengan pengembaraan masa.

Kenapa Adam belot? Apakah huru-hara yang dapat diakibatkan oleh mesin masa? Siapa sebenarnya punca kepada masalah dunia di masa depan?

Semua jawapan ini terjawab apabila anda menonton The Adam Project yang boleh distrim di Netflix: The Adam Project

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

YouTube Vanced Dihentikan Pembangunannya Atas Sebab Undang-Undang

0

Meskipun aplikasi YouTube Vanced boleh digunakan untuk menyekat iklan, terdapat berbagai lagi ciri dan kegunaannya.

Saya adalah pengguna akaun YouTube Premium, tetapi Vanced agak menarik untuk digunakan sebagai medium YouTube. Kenapa? Ini kerana Vanced mampu melangkau intro/outro, sponsored segment, dan ‘annoying reminder’.

Namun, semuanya sudah berakhir. Pembangun YouTube Vanced mengeluarkan ciapan Twitter yang mengatakan bahawa pembangunan aplikasi itu telah pun ditamatkan.

Tetapi apakah sebabnya?

Pencipta kandungan sentiasa mendapati aplikasi ini boleh dipersoalkan dari segi etikanya.
Vanced memberi orang ramai (pengguna Android) cara yang tidak dibenarkan untuk menonton YouTube tanpa iklan dengan tidak melibatkan pembayaran langganan bulanan (RM17.90).

YouTube Premium memberikan potongan yuran bulanan itu kepada pencipta sebagai ganti hasil iklan.

Pada saluran Telegram mereka, pembangun mengatakan ia dilakukan atas sebab undang-undang. Tiada lagi pembangunan pada masa akan datang dan pautan muat turun dialih keluar dalam tempoh beberapa hari lagi.

R.I.P, YouTube Vanced.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Salinan Blu-ray Spider-Man: No Way Home Bocor

0

Salinan berkualiti tinggi Blu-ray untuk filem Spider-Man: No Way Home telah bocor di laman lanun cetak rompak lebih awal daripada tarikh pelancaran fizikalnya. Salinan tersebut datangnya daripada kumpulan EVO, iaitu kumpulan pencetak rompak yang terkenal.

EVO atau wakilnya tidak menyatakan dari mana mereka mendapatkan salinan versi Blu-ray ini, tetapi mereka menegaskan bahawa ia adalah asli dan ‘eksklusif’.

Sebelum ini pun, sudah berlegar di laman perlanunan salinan filem tersebut, tetapi hanya berkualiti ‘telesync’ atau bahasa lain baginya ‘HD Cam’. Begitu pun, sambutan terhadapnya tetap menggalakkan apabila ia menjadi salah satu filem yang ‘laris’ dicetak rompak walaupun salinan berkualiti rendah.

EVO nampaknya berjaya mendapatkan salinan Blu-ray asli lebih awal daripada tarikh rilisan. Disebabkan itu, salinan sama telah pun diubahsuai menjadi salinan tersendiri kumpulan lain, dengan Yify dan RARBG menduduki carta teratas.

Tidak pasti juga sama ada setiap kumpulan ini mendapatkan salinan dari sumber berbeza, tetapi mengetahui bagaimana lanun cetak rompak ‘bekerja’, tidak mungkinlah mereka bersusah-payah cuba mendapatkannya melalui sumber lain semata-mata hendak kelihatan ‘unik’.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lelaki AS Yang Menerima Pemindahan Jantung Khinzir Pertama, Meninggal Dunia Selepas Dua Bulan

0

Hospital Maryland yang melakukan pembedahan itu mengumumkan pada hari Rabu, bahawa individu pertama yang menerima pemindahan jantung khinzir telah pun meninggal dunia.

David Bennett, 57, meninggal dunia pada hari Selasa di Pusat Perubatan Universiti Maryland. Doktor tidak memberikan punca sebenar kematian, dan hanya mengatakan bahawa keadaan mula merosot beberapa hari sebelumnya.

Bagaimanapun, anak lelaki Bennett memuji pihak hospital kerana menawarkan percubaan terakhir. Dia juga berharap usaha ini dapat membantu menamatkan isu kekurangan organ.

Pada mulanya jantung tersebut berfungsi dengan baik, dan hospital Maryland mengeluarkan kemas kini berkala bahawa Bennett tampak seperti beransur pulih. Bulan lalu, hospital mengeluarkan video Bennett sedang menonton Super Bowl dari katil hospital semasa melakukan aktiviti bersama ahli terapi fizikalnya.

Bennett berjaya bertahan lebih lama dengan jantung khinzir yang disunting gen, berbanding ‘Baby Fae’, bayi California yang hampir mati, tetapi hidup selama 21 hari dengan jantung babun pada tahun 1984.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kajian Menunjukkan Semut Mempunyai Keupayaan Mengesan Kanser Pada Manusia

0
(Untitled)

Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS) mendapati bahawa, spesies semut Formica fusca mempunyai deria bau yang baik.

Menerusi satu kajian yang telah dijalankan, semut berkenaan mempunyai keupayaan untuk menghidu sel kanser pada manusia. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ia boleh digunakan sebagai medium diagnosis kanser pada masa hadapan.

Atas jasa deria bau mereka, semut-semut tersebut dapat membezakan sel-sel kanser daripada sel-sel sihat pada manusia. Pun begitu, lebih banyak ujian klinikal mesti dijalankan sebelum ia boleh digunakan dalam tetapan klinikal seperti hospital.

Pasukan penyelidik mencadangkan bahawa pada masa hadapan, semut boleh menjadi medium yang lebih baik daripada anjing apabila melibatkan kerja-kerja pencarian sel kanser.

Untuk menjalankan penyelidikan mereka, para saintis melakukan ujian dengan menggunakan 36 semut yang didedahkan kepada bauan sel di bawah persekitaran makmal.

Pertama sekali, mereka mendedahkan semut tersebut kepada bauan sampel sel kanser manusia, yang kemudiannya diberikan ‘ganjaran’ (treat/reward) berupa larutan gula.

Seterusnya, semut didedahkan kepada dua jenis bauan yang berbeza. Satu merupakan bauan baru, dan kedua ialah bauan sel-sel kanser. Selesai sahaja ujian ini, penyelidik mendedahkan semut kepada beberapa sel kanser yang berbeza.

Mereka mendapati bahawa semut mula membezakan antara sel kanser, sel sihat, dan juga di antara dua garis kanser berbeza.

Selepas menjalani ‘latihan’ ini, semut Formica fusca dapat mengesan sebatian organik meruap yang dipancarkan oleh sel kanser.

Penemuan kajian boleh dibaca di: iScience

Views: 1

Iklan Newspaper Inline