Steam Games Secara Rasmi Bakal Hadir Ke Chrome OS

Saya secara peribadi ialah peminat Chrome OS dan Chromebook. Antara model yang saya sendiri berminat hendak jadikan sebagai ‘daily driver’ ialah Lenovo Chromebook Duet 3 atau IdeaPad Duet. Saiznya yang sederhana dan menawarkan papan kekunci dalam memudahkan kerja-kerja menaip, menyebabkan ia menjadi antara model Chromebook yang menarik.

Chromebook dan mana-mana peranti yang dikuasakan oleh Chrome OS adalah amat bagus untuk tugasan tertentu. Terutamanya kepada individu seperti saya, selain menaip artikel, ia dapat digunakan untuk melayari laman web, menonton video di YouTube atau Netflix, atau memainkan permainan Android yang ringan.

Walau bagaimanapun, Chromebook tidak terkenal atas sifatnya sebagai ‘gaming machine’.

Disebabkan itu, Google secara rasmi mengesahkan bahawa ia sedang mengusahakan penyelesaian untuk isu ini. Aplikasi Steam pada Chrome OS sedang diuji dengan kod nama ‘Borealis’ dalam fasa alpha. Google mengesahkan perkara ini dengan meletakkan pengumuman ke dalam slaid semasa pembentangan ‘Games Developer Summit.’

Cuma, buat anda yang menggunakan Chromebook dengan spesifikasi rendah, kemungkinannya anda tidak akan dapat bermain permainan Steam. Untuk itu, anda memerlukan Chromebook dengan spesifikasi:

1) Pemproses Intel Core i5 atau i7 (11th-gen)
2) RAM sekurang-kurangnya 7GB

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan Chromebook tidak didatangkan bersama spesifikasi tinggi, kerana Chrome OS ialah sebuah sistem operasi berasaskan awan. Segalanya diproses di awan menjadikan pemprosesan menggunakan perkakasan sebagai ‘berita lama’ dan ‘kaedah usang’.

Bagaimanapun, terdapat Chromebook dalam niche ‘premium’ (upper-mid range dan high end) yang mampu menjalankan permainan lebih ‘berat’, sepertimana yang terdapat dalam Steam.

Ertinya, selepas ini buat anda yang memang berminat hendak bermain menggunakan Chromebook, anda sudah boleh mula mendapatkan Chromebook yang lebih.. errr.. mahal sedikit.

*Masih belum ada info bila masanya sokongan Steam akan tiba ke ChromeOS. Ia cuma akan hadir ke ‘senarai kecil’ peranti Chromebook dengan versi awal alpha.

Via: 9to5Google, Chrome Unboxed

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future. My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging. If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x