Aplikasi ini dikesan mempunyai kod hasad dan meminta kebenaran yang terlalu banyak seperti kebenaran membaca teks dan sms, membaca fail telefon, emel, malahan meminta lokasi tepat pengguna!
Lebih mencurigakan, kebanyakan aplikasi ini terikat dengan sebuah syarikat berisiko atas nama Measurement Systems yang disyaki didana oleh syarikat gergasi untuk melombong data dan lokasi pengguna.
Seperti dilihat dalam senarai, aplikasi hasad biasanya pandai menggunakan peluang semasa dan wujud dalam bentuk aplikasi ringkas. Tambahan pula musim pandemik dan Ramadhan ini, maka aplikasi seperti pengimbas kod QR dan takwim Ramadhan sedang meningkat popular.
Aplikasi yang disenaraikan di atas telahpun dimasukkan semula ke dalam Google Play Store dan Google menjamin aplikasi ini telah “bersih”. Namun begitu, adalah dinasihatkan supaya pengguna tidak mempercayai lagi aplikasi ini.
Tenka Ryohin? Jenama dari mana ni? Ya, itu la persoalan pertama yang terlintas di minda Mamu bila Mamu terjumpa jenama ni di Facebook. Sebelum Mamu bercerita lebih lanjut, lebih baik Mamu ceritakan serba sedikit latar belakang syarikat ini. Kalau hangpa teka jenama nih dari Jepun, hangpa memang bijak. Jenama ini memasuki pasaran peralatan rumah pada tahun 2015. Produk utama depa nih kebanyakan jenis vakum dan juga vakum robot. Nama produk mereka pun berasaskan dari Jepun juga.
Kali ini Mamu berpeluang mengulas salah satu vakum cordless depa iaitu Kaze K2. Dari informasi yang Mamu dapat model ini antara yang laris di pasaran. Memang betul pun. Mamu nak dapatkan satu unit untuk ulasan pun tunggu hampir seminggu. (pengguna dah makin maju dah. Tak suka ada wayar macam Mamu gak)
Spesifikasi Vakum
Berat
1.78KG
Kapasiti
0.6 Liter
Corded/Cordless
Cordless
Volt Masukan
25.2 Volt
Masa Penggunaan / Bateri
40 Minit / 2000mah
Airwatt
105 Airwatts
Kuasa Sedutan
22000 Pa
Warranti
2 Tahun
Masa Pengecasan
~ 4 jam
Nyahkotak Produk
Bila Mamu dapat produk Tenka Ryohin ini, 1st impression pembungkusan dia memang simple dengan gambar produk dan beberapa informasi penting tentang vakum ini. Mamu mulakan nak nyahkotak produk ni rupanya kena scam pada pandangan pertama.
Rupanya ini baru kotak produk sebenarnya. Bagus tindakan pihak Tenka Ryohin untuk buat kotak pembungkusan asing untuk menjaga produk dari rosak bila dalam proses penghantaran. Biasa dah kita dengar proses penghantaran barang di Malaysia masa kini antara yang paling ‘CERMAT’ jaga barang hantar ke penerima.
Kotak dengan kemasan berwarna putih,model vakum tertulis di kotak,gambar produk vakum yang lebih jelas dan juga tulisan yang Mamu tak pasti dalam bahasa Jepun.
Dari pandangan sisi kiri dan kanan ada jenama depa dan juga spesifikasi vakum ini dengan lebih terperinci.
Sesudah Mamu nyahkotak, vakum dan bahagian-bahagian penting tersusun rapi dan juga dibaluti dengan plastik untuk menjaga dari produk bercalar atau rosak. Mari kita tengok satu persatu setiap bahagian yang ada pada vakum ini dan juga barang yang disertakan sekali.
Manual yang acapkali tak semua orang akan baca. Bagi Mamu produk ini agak idiot proof. Hangpa baca sekali ja manual ini dan lepas tu dah tak perlu dah. Penggunaan vakum ini agak senang. Anak Mamu pun boleh pakai takkan la hangpa tak boleh kan?
Vakum ini didatangkan dengan set skru untuk hangpa pasang pada dinding docking & charging station dia. Kalo hangpa jenis macam Mamu tak suka tebuk dinding, boleh simpan ja set skru ni.
Sash nozel untuk hangpa gunakan masa nak vakum celah sofa, kerusi kereta ataupun sawang kat siling.
Antara bahagian penting untuk vakum Kaze K2. Paip penghubung unit utama vakum dan penyedut.
Unit utama pada Kaze K2 yang dilengkapi dengan penuras Hepa, tangki, bateri dan juga skrin sesentuh untuk melaraskan kuasa sedutan vakum ketika penggunaan.
Pengguna hanya perlu sentuh pada logo bertulisan Jepun untuk menaikkan kuasa sedutan dari paling rendah, menengah dan juga paling tinggi.
Penuras Hepa dan juga penuras debu pada unit utama Kaze K2. Setiap bahagian pada unit utama boleh dicuci dan juga senang untuk dibuka & pasang semula.
Penuras Hepa boleh diganti dengan mudah bila penuras sudah tak boleh digunakan lagi. Harga sekitar RM 12 untuk seunit yang boleh didapati di Shopee Tenka Ryohin. Pautan akan Mamu sertakan di penghujung ulasan naa.
Kuasa sedutan yang dibekalkan melalui bateri yang dipasang pada unit utama dengan kapasiti sekitar 2000mah. Jika hangpa rasa tak cukup satu bateri, hangpa boleh beli unit ekstra pada harga sekitar RM99 sahaja.
Kepala penyedut yang menjadi komponen utama untuk menyedut kotoran dan juga habuk di sekeliling rumah hangpa. Mudah juga ditanggal untuk dicuci komponen roller tu kalau dah kotor sangat.
Bahagian leher yang fleksibel untuk memudahkan proses pembersihan pada bawah sofa mahupun bawah meja di rumah hangpa.
ia juga dilengkapi dengan 4 unit lampu LED. Bagi Mamu lampu LED cukup terang untuk hangpa tengok kotoran yang ada pada lantai.
Aksesori tambahan yang disertakan bersama Kaze K2. Adapter untuk dipasang pada batang vakum untuk hangpa letakkan berus dan juga sash nozel.
Inilah rupanya bila siap dipasang dengan aksesori tambahan. Memudahkan kerja bila nak tukar aksesori lain bila diperlukan.
Tempat pengecasan dan juga docking vakum yang boleh dipasang pada dinding di rumah hangpa.
Unit utama yang telah dipasang pada docking pengecasan. Rekabentuk yang selari tanpa menampakan rekabentuk yang terlalu besar.
Kaze K2 yang telah disiap pasang dengan aksesori tambahan. Warna putih membuatkan vakum ini nampak premium dan juga classy.
Setelah sebulan lebih Mamu gunakan Kaze K2 ini, Mamu dapatkan simpulkan bahawa produk ini sangat sesuai untuk orang mencari vakum tanpa wayar untuk menggantikan vakum lama hangpa.
Tempoh penggunaan Mamu dapat hampir 50 minit utk kuasa sedutan pada tahap terendah yang bagi Mamu cukup untuk digunakan pada lantai di rumah Mamu.
Untuk kuasa sedutan pertengahan Mamu dapat tempoh penggunaan sekitar hampir 30 minit. Sesuai digunakan pada karpet untuk menyedut serbuk biskut atau habuk. Bila ada anak suka makan atas karpet hangpa akan faham apa Mamu sampaikan.
Hasil sedutan pada karpet dan juga lantai bawah sofa Mamu. Jangan tertipu bila hangpa dengar bunyi sedutan vakum ini macam perlahan tapi percayalah sedutan dia memang kuat sebenarnya.
Mamu tak cuba kuasa sedutan tertinggi pasal kuasa sedutan tahap pertengahan dah cukup kuat bagi Mamu dan tempoh penggunaan dah cukup untuk Mamu bersihkan ruang tamu Mamu dan juga bilik tidur Mamu.
Dengan sekali pengecasan Mamu dapat membersihkan ruang tamu lebih kurang 3-4 kali sebelum perlu dicas. Mamu vakum ruang tamu hampir setiap hari. Cukup untuk penggunaan Mamu setakat ini.
Dengan skrin sesentuh pada unit utama dan juga suis penghidup pada unit utama memudahkan proses penggunaan vakum ini. Dari skrin hangpa dapat lihat bateri yang masih ada juga boleh mengubah kuasa sedutan pada vakum Kaze K2 ini.
Dari segi pembersihan vakum ini pula bagi Mamu amat mudah. Tangki penyimpanan habuk menggunakan selak sahaja jadi hangpa tak perlu risau kotoran berterbangan. Letak sahaja plastik dibawah bahagian tangki dan buka selak. Semudah itu. Tangki penyimpanan juga boleh dibuka untuk memudahkan proses mencuci dari habuk atau kotoran yang melekat pada tangki tersebut.
Berat? Bagi Mamu tak la berat sangat mahupun ringan sangat. Takdak terasa letih untuk tempoh penggunaan Mamu selama ini. Isteri pun takdak mengadu vakum ini berat untuk penggunaan seharian.
Kekurangan semestinya ada tapi bagi Mamu ini sekadar nitpicking untuk penambah baik untuk model seterusnya.
Pertama, vakum ini tak boleh berdiri sendri jadinya hangpa kena letak dibawah bila hangpa nak ubah perabot atau meja. Mungkin lepas ini Ryohin Tenka boleh buat vakum mereka berdiri. Memang senang banyak bila buat kerja. Takdak la risau vakum jatuh. Dah cuba sandar pada almari tapi Mamu tak yakin dia tak menggelungsur jatuh.
Kedua, paip penghubung tak boleh dibengkokkan. Bila hangpa nak vakum dibawah sofa atau meja hangpa kena la tunduk ke bawah untuk menvakum. Mamu rasa depa boleh keluarkan tiub boleh bengkok sebagai aksesori tambahan. Senang sedikit untuk pengguna yang tinggi lampai macam Mamu.
Ketiga, suis penghidup bagi Mamu agak sensitif. Mamu selalu juga tertutup vakum ini ketika menvakum. Mungkin tangan Mamu besar jadinya jari telunjuk selalu berada pada bahagian penghidup vakum. Idea Mamu mungkin boleh buat suis penghidup jenis clicky atau buat suis penghidup jenis sesentuh pada skrin. Lebih nampak premium.
Walaupun kekurangan dia takdak la sampai ke tahap yang menyusahkan pengguna, vakum Kaze K2 salah satu vakum yang Mamu boleh syorkan untuk penggunaan rumah saiz kecil sehingga sederhana. Harga yang mampu milik dan juga aksesori yang mudah didapati.
Dengan harga sekitar RM 300, Mamu rasa ini antara vakum yang berbaloi untuk dibeli. Owh ya. Aksesori dia yang menarik yang Mamu tak dapat ulas adalah kepala pengemop eletrik yang berharga RM 150. Cukup mudah untuk mengemop di rumah.
Teruja untuk membeli? Mamu sertakan pautan untuk pembelian :
Insta360 hari ini melancarkan ONE RS 1-Inci Edisi 360, sebuah kamera yang berkuasa untuk tangkapan 360 darjah, dengan dwi sensor 1 inci dan resolusi video 6K.
“Kejuruteraan bersama Leica”, Edisi 1-Inci 360 membolehkan pencipta merakam dalam kualiti imej terkemuka industri dengan alat yang cukup kecil untuk dibawa ke mana sahaja mereka pergi. Reka bentuk dwi-kanta 360 membolehkan pencipta dengan mudah menangkap gambar kreatif yang mustahil dengan pelantar penangkapan tradisional.
“Edisi 1-inci 360 mewakili misi berterusan Insta360 untuk menjadikan ONE RS sebagai kamera paling komprehensif dan serba boleh di pasaran. Edisi terbaharu ini menjadikan ONE RS sebagai kamera 6K berkuasa yang mampu mempamerkan prestasi yang mengagumkan walaupun dalam cahaya malap, ” kata JK Liu, pengasas Insta360.
Insta360 ONE RS Edisi 1-Inci 360 tersedia untuk dipesan hari ini melalui Insta360.com .
Pengimejan Diilhamkan tanpa Had
Mewakili kejayaan besar dalam cara pencipta dapat merealisasikan visi kreatif mereka, ONE RS 1-Inch 360 Edition mempunyai dua sensor CMOS 1-inci. Hasilnya, kamera ini mampu merakam rakaman 6K 360 dan foto 21MP 360 yang menakjubkan.
Sensor 1-inci adalah rahsia kepada keupayaan cahaya rendah kamera yang luar biasa, memberikan julat dinamik yang mengagumkan dari senja hingga subuh. Di mana kamera 360 pengguna lain bergelut dengan bayang-bayang dan sorotan, Edisi 1-Inci 360 menunjukkan dunia dalam warna dan perincian yang tajam dan nyata.
Edisi 1-inci 360 juga menandakan kamera 360 pertama yang “dijurutera bersama dengan Leica”, terima kasih kepada Insta360 dan perkongsian strategik Leica sejak 2020. “Kami teruja untuk membawa kepakaran pengimejan optik dan digital Leica ke dalam yang baharu segmen produk dengan ONE RS 1-Inci Edisi 360. Pencipta boleh memanfaatkan kedua-dua keupayaan tangkapan 360 kamera dan dwi penderia 1 inci, tidak perlu lagi memilih antara kreativiti dan kualiti imej premium,” kata Matthias Harsch, Ketua Pegawai Eksekutif Leica Camera AG.
Kebebasan 360
ONE RS 1-Inch 360 Edition direka untuk menghapuskan sekatan rig penangkapan besar. Sama ada ia digunakan untuk pembikinan filem profesional, pengeluaran kandungan VR, penerokaan luar atau aplikasi perusahaan, faktor bentuk padat kamera membolehkan pencipta merakam dengan cara yang tidak mungkin dilakukan sebelum ini.
Dengan dua lensa rakaman dalam panoramik penuh 360, pencipta tidak perlu lagi mempertimbangkan ke mana kamera dihalakan. Sebaliknya, mereka boleh menangkap semua tindakan dalam satu pengambilan, merangka semula selepas fakta dalam jumlah cara yang tidak terhingga mengikut visi kreatif mereka. Berkongsi dalam 360 yang mendalam atau sebagai rakaman rata tradisional adalah mudah dengan perisian Insta360.
Teknologi tangkapan panoramik 360 juga membolehkan tangkapan dolly dan pandangan orang ketiga yang menakjubkan. Kayu swafoto hodoh dipadamkan sepenuhnya daripada rakaman oleh dwi kanta, menghasilkan tangkapan yang bersih dan tanpa halangan tanpa tongkat swafoto kelihatan.
Pada masa yang sama, algoritma Penstabilan FlowState Insta360 dan meratakan ufuk menghapuskan keperluan untuk peralatan penstabilan tambahan seperti gimbal, menghasilkan rakaman yang sangat lancar dan rata setiap kali.
Dikuasakan oleh AI
Memanfaatkan kuasa AI membolehkan pencipta membuat pengeditan yang mengagumkan dengan mudah dengan Edisi 1-Inci 360. Mod foto PureShot HDR baharu menggunakan AI dan pendakap dedahan automatik untuk meningkatkan julat dinamik tangkapan anda, menghapuskan keperluan untuk penyuntingan siaran selanjutnya.
Video pendek untuk media sosial boleh dibuat dalam beberapa saat dalam program Insta360, di mana Shot Lab menggunakan AI untuk mengautomasikan teknik penyuntingan seperti pengklonan, zum dolly dan jejak bintang. Untuk mendail butiran, pencipta boleh beralih kepada perisian desktop Insta360 Studio atau plug-in Adobe Premiere Pro untuk kawalan manual penuh.
Kepelbagaian yang tiada tandingan
Sama ada mencipta timelapse Northern Lights atau lawatan maya hartanah hartanah, ONE RS 1-Inch 360 Edition mempunyai kepelbagaian untuk menghidupkan idea yang berani.
Rintangan air IPX3 kamera memastikan ia dilindungi daripada hujan atau salji semasa merakam di luar rumah, manakala sensor 1 inci memberikan julat dinamik dan ketajaman yang hebat di dalam rumah.
Terima kasih kepada faktor bentuk mudah alih kamera, ia boleh dipasang dengan mudah pada kereta atau beg galas untuk mengumpul imejan Google Street View, pada tripod untuk lawatan maya atau bahkan pada topi keras untuk pemantauan tapak pembinaan. Kamera akan serasi dengan platform utama seperti Matterport dan OpenSpace dengan keluaran kit pembangunan perisian (SDK) masa hadapan.
Boleh didapati sekarang
Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition tersedia untuk dibeli di seluruh dunia melalui store.insta360.com dan peruncit terpilih di seluruh dunia. Ia dijual pada harga AS$799.99.
Dengan reka bentuk kanta yang boleh ditukar ganti, Kanta 1-Inci 360 serasi dengan kedua-dua Teras ONE R dan ONE RS, memberikan pencipta keupayaan untuk mengubah kamera tindakan mereka menjadi kamera 360 premium, atau sebaliknya. Himpunan naik taraf untuk pengguna ONE R dan ONE RS tersedia pada harga AS$649.99, termasuk Lensa 360 inci 1-inci, Bateri dan Pendakap Pelekap (Teras tidak termasuk).
Spesifikasi Utama
Insta360 ONE RS 1-Inci Edisi 360
Apertur
F2.2
Panjang Fokus Setara 35mm
6.52mm
Resolusi Foto
6528×3264 (2:1)
Resolusi Video
5888×2944@30fps
6144×3072@25/24fps
3840×1920@30/25/24fps
3040×1520@50fps
Format Foto
· insp
· RAW (dng) (Fail RAW memerlukan perisian pada PC/Mac untuk mengeksport.)
Video Standard, Timelapse, TimeShift, Rakaman Gelung
Profil Warna
Standard, Terang, LOG
Berat badan
239g
Dimensi (W x H x D)
53.2×49.5×129.3mm
Masa Larian
62 minit *Diuji dalam persekitaran makmal di bawah mod 6K@30fps
Kadar Bit Video Maks
120Mbps
Giroskop
Giroskop 6 paksi
Peranti Serasi
Peranti iOS:
Serasi dengan peranti mudah alih iOS dengan cip A11 ke atas dan iOS versi 11.0 ke atas, termasuk iPhone SE 2, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone X, iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 12 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13 mini, iPad Air (2020), iPad Pro dan model iPad yang lebih baharu.
Peranti Android:
Serasi dengan peranti mudah alih Android yang memenuhi keupayaan berikut, termasuk:
• Peranti Android dengan cip Kirin 980 dan ke atas, termasuk Huawei Mate 20, P30 atau model yang lebih baharu.
• Peranti Android dengan cip Snapdragon 845 dan ke atas, termasuk Samsung Galaxy S9, Xiaomi Mi 8 atau model yang lebih baharu.
• Peranti Android dengan cip Exynos 9810 dan ke atas, termasuk Samsung Galaxy S9, S9+, Note9 dan model yang lebih baharu.
• Peranti Android dengan cip Tensor, termasuk Google Pixel 6.
*Peranti yang tidak memenuhi keperluan di atas mungkin masih boleh menggunakan apl untuk mengawal kamera, walau bagaimanapun, prestasi beberapa ciri intensif pemproses dan dikuasakan AI mungkin kurang optimum.
Siaran langsung
360 Live, Reframe Live (penstrim menetapkan perspektif tetap)
Nilai Pendedahan
±4EV
Julat ISO
Foto: 100-3200
Video: 100-3200
Kelajuan Pengatup
Foto: 1/8000 – 120s
Video: 1/8000 – hingga had bingkai sesaat
Imbangan Putih
2000K-10000K
Mod Audio
· Pengurangan Angin
· Stereo
Format Audio
48 kHz, AAC
Bluetooth
BLE5.0
Wi-Fi
5 GHz, 802.11ac (Julat standard kira-kira 20 meter, kelajuan penghantaran maksimum 20MB/s)
USB
Jenis-C
Kad MicroSD
Kad microSD berformat exFAT dengan antara muka bas UHS-I dan penilaian Kelas Kelajuan Video V30 (tepat kelas ini, tidak lebih tinggi atau lebih rendah) dengan storan maksimum 1TB adalah disyorkan.
Creative abstract cyber crime, online piracy and internet web hacking concept: 3D render illustration of the macro view of metal handcuffs and wooden judge mallet, gavel or hammer on laptop notebook computer keyboard with selective focus effect
Sudah beberapa kali juga rasanya kami kongsikan di laman ini dan juga laman Facebook kami tentang penjualan data SPR di forum jual beli data.
Kini, individu yang mendakwa individu sama daripada RF membuka jualan baru data segar maklumat pengundi dari data SPR. Menurutnya lagi, data ini adalah berbeza daripada data lama yang dijual dahulu.
Tidak dapat dipastikan sama ada data yang dijual individu ini asli atau tidak. Namun begitu, sampel yang diletakkan di hantarannya ada meletakkan data maklumat asli.
Tambahnya lagi, data yang berjumlah sebanyak 800,000 data pengguna itu diambil daripada data portal MySPR berdaftar. Data mengandungi nama profil, nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat penuh, emel, kata laluan, tarikh lahir dan gambar pengguna.
Russia menggunakan matawang Ruble. Dalam beberapa siri sekatan ekonomi oleh Barat dan Eropah, matawang Ruble Russia telah jatuh merudum. Tambah buruk lagi, kemerosotan perdagangan negara Russia atas faktor sekatan juga membuatkan matawang itu semakin kehilangan nilai di pasaran dunia.
Baru-baru ini, kementerian luar Russia telah menyenaraikan senarai negara yang tidak mesra kepada Russia. Negara yang tidak mesra adalah negara yang turut serta dalam sekatan terhadap Russia dan mengamalkan dasar ekonomi yang menyerang Russia.
Antara negara yang tidak mesra kepada Russia mengikut kementerian negara berkenaan adalah Amerika Syarikat, Kanada, Britain dan juga Singapura. Malaysia tidak termasuk dalam senarai tersebut.
Penggunaan matawang Ruble dalam urusan jual beli petroleum Russia akan memaksa negara luar untuk menukar matawang asing kepada Ruble terlebih dahulu di Bank Pusat Russia. Sekaligus, memaksa negara luar untuk “mengangkat” sekatan terhadap bank di Russia.
Menurut Putin lagi, langkah ini adalah munasabah kerana jika perdagangan gas dan petroleum Russia dijalankan dalam Ruble, pertukaran matawang mereka akan kekal aktif dan ekonomi Russia akan terus kukuh di dunia sekalipun tiada aktiviti eksport dalam sektor lain.
Foto REUTERS
Russia juga sedar dengan kebergantungan Eropah dengan gas dan petroleum Russia. Jerman contohnya, mengimport lebih daripada 50% kegunaan petroleumnya daripada Russia.
Canselor Jerman tidak bersetuju dengan langkah Russia yang mewajibkan negaranya berurusan dalam Ruble untuk import gas dan petroleum. Seorang lagi ahli parlimen Jerman juga turut menyelar tindakan Putin dan mengatakan langkah Russia itu sebagai perlanggaran kontrak.
Putin juga dikatakan sedang menimbang tara untuk menerima Bitcoin dalam transaksi eksport negaranya. Ia dilihat sebagai langkah Russia untuk menjauh daripada matawang Dollar.
Beberapa pakar ekonomi juga sudah lama menjangkakan perkara ini akan berlaku. Mereka berpendapat, apabila transaksi petroleum mula dijalankan dalam matawang selain Dollar Amerika, ekonomi Amerika Syarikat akan runtuh dan kuasa ekonomi Amerika Syarikat akan merudum ditelan China dan Asia.
Arab Saudi sekali lagi menjadi watak besar dalam konflik dunia. Sejurus selepas konflik Ukraine-Russia, harga petrol dunia meningkat dengan mendadak. Russia seperti yang kita ketahui adalah antara pembekal utama petroleum kepada dunia barat dan Eropah.
Bertindak dengan kenaikan harga petrol, presiden Amerika Joe Biden telah cuba menghubungi pemimpin Arab Saudi, Raja Salman. Biden dengan lantang memanggil benua arab sebagai pariah dan mereka seharusnya sedar kedudukan dan kebergantungan mereka kepada Amerika. Biden mendakwa lagi, rantau Arab sudah lama hancur jika tidak kerana kawalan keselamatan oleh Amerika.
Raja Salman pula, diberitakan tidak menjawab panggilan daripada Biden dan masuk tidur. Arab Saudi mendakwa, konflik Ukraine-Russia adalah konflik yang dicipta oleh AS dan Eropah, oleh itu Arab Saudi tidak ingin terlibat dengan konflik ini.
Keengganan Raja Salman untuk akur dengan ‘arahan’ AS untuk menggandakan pengeluaran minyak telah menyebabkan bekalan minyak di pasaran dunia berkurang. Seterusnya, menjadikan harga bahan komoditi itu meningkat berkali ganda.
Pengeboman kawasan pemprosesan minyak Aramco di Jeddah didakwa telah dilakukan oleh pemberontak Houthi Yaman. Tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini dan misil tersebut berjaya dipintas.
Masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada Saudi setakat ini. Namun, pihak berkepentingan berazam untuk mengekalkan komunikasi dan perbincangan terbuka bagi menjaga keselamatan di rantau berkenaan.
Boleh dikatakan hampir setiap rumah akan mempunyai satu set vakum wayar ataupun tanpa wayar dalam penggunaan seharian. Macam Mamu, selalunya 2 hari sekali vakum akan digunakan untuk membersih kawasan ruang tamu ataupun bilik tidur di rumah.
Kali ini, Mamu berpeluang untuk mengulas vakum dari Beko model VRT 94929 VI, model tanpa wayar dari mereka. Sebelum kita tengok lebih lanjut tentang produk ini, mai Mamu ceritakan serba sedikit spesifikasi vakum ini.
Spesifikasi Beko VRT 94929 VI
Kuasa Motor
450W
Masa Operasi
45 minit
Kapasiti
0.9 liter
Jenis Bateri
Lithium Ion
Kuasa Sedutan
165W
Jenis Motor
BLDC
Masa Pengecasan
4-5 jam
Kadar Bunyi
83 dBA
Pelarasan Kuasa Sedutan
Di Pemegang Vakum
Volt
100-240 V
Tinggi
112cm
Lebar
32cm
Kedalaman
27cm
Penunjuk Kuasa Bateri
Ada
Berat
2.8kg
Airwatts
Low = 45AW
Medium = 89AW
Turbo = 203AW
1 daripada 6
Kotak vakum ini agak besar dan berat sekitar hampir 10kg. Vakum ini disusun secara 2 tingkat seperti dalam gambar di bawah ini :
Tingkat pertama hangpa akan dapat tengok aksesori seperti tiang untuk vakum disimpan masa pengecasan, tiub sambungan untuk vakum, nozel fleksibel, nozel untuk habuk dan juga nozel digunakan untuk sofa.
1 daripada 5
Tingkat kedua pula hangpa akan disambut dengan unit utama penyedut vakum, tapak untuk vakum disimpan, filter HEPA extra, tapak pengecasan vakum, 2 unit kepala vakum bermotor, palam pengecas, roller untuk kegunaan vakum dan aksesori berkaitan.
1 daripada 9
Vakum Beko VRT94929VI hampir sama seperti vakum tanpa wayar yang lain, walaupun ia mempunyai beberapa ciri yang menarik. Sebagai contoh, pemegangnya mempunyai getah yang sesuai dipegang di antara jari hangpa. Ini menjadikan pembersih vakum lebih mudah untuk diangkat terutamanya jika hangpa ingin mengangkatnya tinggi dan membersihkan siling ataupun di atas almari. Dengan berat sekitar 2.9kg, vakum ini agak mudah diangkat walaupun digunakan oleh isteri Mamu sendri.
Beko telah menyediakan tapak lantai untuk vakum ini daripada menggunakan tapak dinding seperti vakum jenama lain. Tapak ini dapat menyimpan semua aksesori yang ada dengan vakum ini. Mungkin dalam versi akan datang, Beko boleh letakkan satu klip simpanan untuk membawa aksesori yang biasa digunakan di vakum itu sendri.
1 daripada 4
Vakum ini juga boleh berdiri secara sendiri tanpa ada tapak simpanan. Pastikan tempat yang hangpa dirikan tu rata dan tak menghalang laluan. Kalau dah jatuh, masalah lain pula akan timbul pada motor penyedut vakum ini.
Batang penyambung vakum ini boleh dilipat & memudahkan kerja mevakum di bawah kerusi ataupun meja di rumah hangpa. Isteri Mamu memang suka fungsi boleh lipat pada vakum ini. Kalau ada anak, semestinya makanan mereka makan akan bersepah dibawah kerusi ataupun meja. Tugas menjadi lebih mudah untuk surirumah.
Kepala vakum utama Beko ini agak menarik. Kepala yang dilengkapi dengan motor menyenangkan proses mevakum. Ia juga mempunyai lampu terbina dalam untuk memudahkan tugas mevakum diruang kurang cahaya seperti dibawah kerusi atau meja. Roller pada kepala ini juga boleh ditukar mengikut kesesuaian penggunaan. Hangpa hanya perlu syiling untuk membuka kunci pada kepala vakum ini.
1 daripada 8
Pelarasan kuasa sedutan semua boleh dilaras terus pada unit ini. Hangpa kemudian boleh menggunakan butang ‘+’ dan ‘-‘ untuk menambah atau mengurangkan kuasa, bermula antara mod Rendah, Sederhana dan Turbo. Tiada penunjuk untuk menunjukkan mod yang anda gunakan, walaupun cukup mudah untuk mendengar perbezaannya dari bunyi kuasa sedutan yang terhasil.
Unit penyedut yang merupakan nadi pada vakum ini dilengkapi dengan filter HEPA. Fungsi filter ini untuk menapis segala debu yang disedut dari vakum ini dan menghasilkan udara yang lebih bersih yang keluar dari vakum ini.
Setiap bahagian boleh dicuci tanpa masalah. Bateri pada vakum ini juga boleh dicabut. Sekira ada masalah dengan bateri di masa hadapan, hangpa takkan ada masalah untuk tukar pada bateri baru.
1 daripada 16
Hangpa ada binatang peliharaan & banyak bulu berterbangan di ruang tamu macam Mamu? Jangan risau. Vakum ini juga didatangkan sekali dengan kepala vakum lebih kecil untuk mevakum sofa ataupun bulu kucing yang ada dalam rumah.
1 daripada 4
Tapak pengecas dia pula menggunakan magnet untuk menghalang vakum ini dari jatuh bila hangpa letakkan pada tapak vakum ini. Magnet dia bagi Mamu agak kuat daya tarikan dia. Masa penggunaan vakum ini lebih kurang 45 minit sekali cas. Masa pengecasan agak lama iaitu atara 4 hingga 5 jam. Kalau masa pengesan ini dapat dipendekkan sehingga sekitar bawah 2 jam ataupun dapat disertakan bateri ekstra, itu cukup baik bagi Mamu. Mamu dapat mevakum ruang tamu dan bilik tidur Mamu dengan sekali pengecasan dengan kuasa sedutan antara rendah dan sederhana.
1 daripada 5
Disebabkan reka bentuk kepala vakum yang rata, terdapat kedapan yang baik di antaranya dan lantai justeru kuasa sedutan digunakan terus ke lantai tanpa banyak kebocoran kuasa sedutan. Tetapan Rendah adalah lebih berkuasa daripada yang hangpa fikirkan pada mulanya. Pada mod Turbo ia boleh menjadi agak sukar untuk menolak vakum kerana kepala hampir melekat pada lantai. Mamu hanya guna kuasa sedutan Rendah atau Sederhana selama penggunaan dalam tempoh 2 minggu dari ulasan ditulis. Hasil dengan menggunakan kuasa Rendah pun lebih dari mencukupi bagi Mamu.
Debu yang dapat disedut menggunakan vakum ini. Agak mengejutkan bagi Mamu pasal Mamu ada menggunakan vakum tanpa wayar jenama lain tapi tak dapat sebegini rupa debu yang terkumpul.
Mana hangpa nak beli untuk isteri hangpa tanya? Hangpa boleh lawati pautan yang Mamu sertakan di bawah :
Pengarah ‘The Batman’, Matt Reeves mengeluarkan babak yang dipadam (deleted scene) pada hari Khamis lalu, memaparkan Robert Pattinson sebagai The Batman berhadapan dengan musuh klasiknya, Joker, yang dilakonkan oleh Barry Keoghan.
Adegan itu tersedia selepas melawati laman web: <?>, dan menjawab semua teka-teki di laman web tersebut.
Babak menunjukkan penemuan siasatan Batman bahawa Riddler telah membunuh pesuruhjaya polis bandar Gotham, dan meninggalkan satu lagi nota yang ditujukan kepadanya.
Tidak senang dan terkejut dengan minat Riddler terhadap dirinya, Batman memutuskan untuk mencari sebarang petunjuk tentang perkara yang membuatkan Riddler membunuh. Disebabkan itulah, dia bertemu dengan Joker dalam Arkham bagi mendapatkan ‘buah fikirannya.’
Babak memuncak dengan Joker menyindir Batman bahawa sebahagian dari dirinya bersetuju dengan keputusan Riddler untuk menamatkan riwayat pemimpin Gotham yang terperangkap dalam rasuah.
Dikhabarkan bahawa syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Maxis, Digi, U Mobile dan Celcom sudah pun mengeluarkan kenyataan menyatakan minat mereka untuk lebih memahami dan meneliti tawaran pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Ini berikutan pengumuman kerajaan bahawa ia akan meneruskan rancangan pelancaran 5G dengan DNB sebagai rangkaian borong tunggal (SWN).
Dalam usaha kerajaan untuk menamatkan rundingan berpanjangan berkenaan 5G antara DNB dan syarikat telekomunikasi, pihak kerajaan telah menawarkan pengurangan pegangan ekuiti daripada 100% kepada 30%. Ini membolehkan telco negara mengambil sebanyak 70% bahagian ekuiti dalam DNB.
Apa yang menarik, DNB menawarkan akses 5G percuma kepada rangkaiannya sehingga 30 Jun ini bagi memudahkan penyertaan buat telco yang masih belum mendaftar dengan mereka.
Oleh itu, pengguna kad SIM Yes FT5G masih boleh menikmati plan tersebut sehingga tarikh yang dinyatakan. Buat masa ini, Yes menawarkan SIM Pack FT5G pada harga RM15: https://shope.ee/9eeq13E0ky
Berikut adalah perkongsian kami berkaitan kelajuan 5G DNB yang diuji menerusi kad SIM Yes tersebut:
Pada masa ini, hanya YTL Communications (Yes) dan Telekom Malaysia (unifi) telah pun menyertai percubaan ke atas rangkaian 5G DNB. Walau bagaimanapun, Yes satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna mereka, manakala telco lain masih bermain tarik tali dan Lat Tali Lat Tali Tam Plom.
Chromebook selalu disalah erti hanya sebagai sebuah komputer riba yang menjalankan pelayar web semata-mata. Kalau dulu, mungkin telahan itu benar. Kini tidak lagi, apabila Chromebook juga hadir bersama spesifikasi berkuasa. Pengguna boleh memanfaatkan aplikasi web beserta aplikasi Linux dan Android secara asli (native) pada sistem.
Terbaru, Google meluaskan lagi kegunaan Chromebook kepada permainan. Secara rasminya, Steam versi alpha telah dikeluarkan untuk Chrome OS. Anda boleh melihat ia beraksi di sini:
Pada masa ini terdapat 7 model Chromebook yang disokong, semuanya dengan Intel Iris Xe Graphics, pemproses Core i5 atau i7 generasi ke-11 dan sekurang-kurangnya 8GB RAM.
Walau bagaimanapun, ini bukan keperluan yang sudah ditetapkan dan belum pasti bahawa senarai di bawah adalah Chromebook sedia ada yang akan disokong. Sebaliknya, pasukan pembangun memilih spesifikasi tersebut sebagai garis dasar untuk ujian kerana mereka sepatutnya dapat mengendalikan bilangan permainan terbesar semasa ujian awal.
Berikut ialah model yang disokong pada masa ini:
Acer Chromebook 514 (CB514-1W)
Acer Chromebook 515 (CB515-1W)
Acer Chromebook Spin 713 (CP713-3W)
ASUS Chromebook Flip CX5 (CX5500)
ASUS Chromebook CX9 (CX9400)
Chromebook HP Pro c640 G2
Chromebook Lenovo 5i-14
Pemasangan Steam pada Chrome OS ketika ini agak rumit sedikit buat pengguna kebanyakan. Antara keperluannya ialah Chromebook versi perdana dan moden yang serasi, serta saluran pembangun (Dev Channel) Chrome OS yang semestinya kurang stabil berbanding versi biasa.
Anda boleh rujuk laman 9To5Google untuk mengetahui senarai permainan yang boleh dipasang pada masa ini. Ambil perhatian bahawa Steam masih berada di peringkat awal dalam Chrome OS. Pun begitu, masa depan nampaknya agak cerah dalam menjadikan peranti Chromebook sebagai medium permainan.
Sekiranya anda ingin mengetahui serba sedikit panduan spesifikasi Chromebook sebelum membelinya, anda boleh baca: