Kenapa Chromebook Di Shopee Murah?

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada murahnya harga Chromebook di Shopee. Selain statusnya sebagai ‘refurbished device’ (contoh), ada spesifikasi lain yang perlu dilihat sebelum anda membelinya.

Chromebook sememangnya jauh lebih murah daripada laptop biasa (dengan Windows, atau macOS) walaupun baru dilancarkan, namun versi awal/lama biasanya didatangkan bersama 4GB RAM dan 16GB storan dalaman, bahkan ada juga yang hadir bersama 2GB RAM. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan harganya.

Tidak lupa juga, ada Chromebook yang tidak disertakan dengan storan dari jenis SSD, sebaliknya ia menggunakan eMMC.

Namun, ada satu lagi ciri yang perlu diberi perhatian sewajarnya, iaitu tarikh Auto Update Expiration (AUE) – atau bahasa mudah untuknya ialah ‘end of life.’

Polisi Google dalam menyokong peranti Chromebook ialah sekurang-kurangnya selama lima tahun. AUE pula ialah tarikh di mana Chromebook itu akan berhenti daripada menerima sebarang kemas kini terhadap sistem operasinya iaitu ChromeOS.

Cara paling mudah untuk menyemak model yang anda ingin beli, sama ada ia masih menerima kemas kini atau tidak adalah dengan mencari nama modelnya di pautan ini: Auto Update policy

Apakah Chromebook itu sudah tidak boleh digunakan selepas tarikh AUE?

Boleh, kerana Chromebook tetap akan berfungsi seperti biasa apabila tibanya tarikh tersebut. Anda boleh terus menggunakannya selagi ia berfungsi, tetapi perlu diingat bahawa ia tidak akan mendapat kemas kini keselamatan terkini, yang bermaksud peranti itu mungkin terdedah kepada perisian hasad.

Adalah disyorkan supaya anda mencari Chromebook yang masih akan menerima kemas kini sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun lagi, sementara anda mengumpul wang sebelum mendapatkan Chromebook baharu.

Bagaimanapun, jika modal yang ada hanya cukup-cukup untuk membeli model yang telah pun sampai tarikh AUE, ada beberapa saranan yang boleh dikongsikan. Antaranya, beli sahaja dan kumpul wang untuk membeli model terbaru, atau;

Anda beli laptop biasa dengan pemproses Intel i5-i7 generasi ketiga dan ke atas, lalu pasangkan padanya FydeOS: FydeOS: Alternatif Chrome OS Beserta Sokongan Google Play Store

Apakah kegunaan Chromebook yang paling sesuai?

1. Aktiviti PdPR anak anda.
2. Bisnes kecil mahupun besar yang inginkan peranti murah tetapi masih mampu mengendalikan tugasan harian.
3. Menikmati media dan perkhidmatan penstriman seperti YouTube, Netflix, Spotify, dan sebagainya lagi.
4. Menggunakan aplikasi Android yang dipasang menerusi Google Play Store.
5. Menggunakan aplikasi Linux.
6. Anda yang ingin mula bekerja di rumah.
7. Anda yang mahukan peranti minimalis.

Secara peribadi, model yang saya sendiri berminat untuk dapatkan bagi kegunaan di rumah mahupun di pejabat ialah:

HP Chromebook x360 11 G3 EE: https://shope.ee/2poUVjstMG

Lenovo Chromebook Duet: https://shope.ee/VQZjTjdvF

Acer Chromebook 311: https://shope.ee/9eeoeaHPgw

Lenovo IdeaPad 3: https://shope.ee/9zHf5s25lQ

Asus Chromebook Flip C214: https://shope.ee/7pDAW2Wgsc

Selamat membeli dan selamat mencuba.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x