FydeOS: Alternatif Chrome OS Beserta Sokongan Google Play Store

Sebelum ini, saya dah perkenalkan Chrome OS Flex yang boleh anda pasang pada laptop lama sebagai usaha untuk ‘menghidupkan’ ia semula. Namun, ada satu kekurangannya berbanding Chrome OS iaitu ia tiada sokongan terhadap Google Play Store.

FydeOS hadir bagi melengkapkan kekurangan ini. Sistem operasi ini ialah sebuah ‘fork’ kepada Chrome OS yang berasaskan Chromium OS. Asalnya, ia disasarkan kepada pengguna di China, tetapi populariti sistem operasi ini melonjak naik sehingga dikenali kebanyakan pengguna lain dari serata dunia.

Pada saya, FydeOS amatlah sesuai dipasang pada mana-mana laptop yang sudah tidak lagi mampu menjalankan Windows 10, mahupun Windows 11. Tetapi paling penting sekali, ia turut mampu ‘menghidupkan’ semula Chromebook yang sudah mencapai ‘Auto Update Expiration’ (AUE).

Ini ialah sebagai salah satu cara paling mudah mendapatkan ‘Chrome OS’ berbanding cara pemasangan lain yang memerlukan anda untuk ‘bermain’ dengan baris perintah. Projek ini juga mempunyai beberapa pilihan muat turun berdasarkan kepada jenis peranti yang anda gunakan.

Sama seperti Chrome OS, sistem ini juga menyokong pemasangan dan penggunaan aplikasi Linux di dalamnya tanpa memerlukan pengguna untuk membuat dual boot. Linux diguna pakai dalam FydeOS ialah versi Debian yang minimal.

Berikut saya kongsikan beberapa tangkap layar yang sempat saya ambil sewaktu menggunakan sistem operasi ini:

Berminat? FydeOS boleh dimuat turun di pautan: FydeOS

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x