Atas Artikel

Tenka Ryohin? Jenama dari mana ni? Ya, itu la persoalan pertama yang terlintas di minda Mamu bila Mamu terjumpa jenama ni di Facebook. Sebelum Mamu bercerita lebih lanjut, lebih baik Mamu ceritakan serba sedikit latar belakang syarikat ini. Kalau hangpa teka jenama nih dari Jepun, hangpa memang bijak. Jenama ini memasuki pasaran peralatan rumah pada tahun 2015. Produk utama depa nih kebanyakan jenis vakum dan juga vakum robot. Nama produk mereka pun berasaskan dari Jepun juga.

Kali ini Mamu berpeluang mengulas salah satu vakum cordless depa iaitu Kaze K2. Dari informasi yang Mamu dapat model ini antara yang laris di pasaran. Memang betul pun. Mamu nak dapatkan satu unit untuk ulasan pun tunggu hampir seminggu. (pengguna dah makin maju dah. Tak suka ada wayar macam Mamu gak)

Spesifikasi Vakum

Berat 1.78KG
Kapasiti 0.6 Liter
Corded/Cordless Cordless
Volt Masukan 25.2 Volt
Masa Penggunaan / Bateri 40 Minit / 2000mah
Airwatt 105 Airwatts
Kuasa Sedutan 22000 Pa
Warranti 2 Tahun
Masa Pengecasan ~ 4 jam

 

Nyahkotak Produk

Bila Mamu dapat produk Tenka Ryohin ini, 1st impression pembungkusan dia memang simple dengan gambar produk dan beberapa informasi penting tentang vakum ini. Mamu mulakan nak nyahkotak produk ni rupanya kena scam pada pandangan pertama.

Rupanya ini baru kotak produk sebenarnya. Bagus tindakan pihak Tenka Ryohin untuk buat kotak pembungkusan asing untuk menjaga produk dari rosak bila dalam proses penghantaran. Biasa dah kita dengar proses penghantaran barang di Malaysia masa kini antara yang paling ‘CERMAT’ jaga barang hantar ke penerima.

Kotak dengan kemasan berwarna putih,model vakum tertulis di kotak,gambar produk vakum yang lebih jelas dan juga tulisan yang Mamu tak pasti dalam bahasa Jepun.

Dari pandangan sisi kiri dan kanan ada jenama depa dan juga spesifikasi vakum ini dengan lebih terperinci.

Sesudah Mamu nyahkotak, vakum dan bahagian-bahagian penting tersusun rapi dan juga dibaluti dengan plastik untuk menjaga dari produk bercalar atau rosak. Mari kita tengok satu persatu setiap bahagian yang ada pada vakum ini dan juga barang yang disertakan sekali.

Manual yang acapkali tak semua orang akan baca. Bagi Mamu produk ini agak idiot proof. Hangpa baca sekali ja manual ini dan lepas tu dah tak perlu dah. Penggunaan vakum ini agak senang. Anak Mamu pun boleh pakai takkan la hangpa tak boleh kan?

Vakum ini didatangkan dengan set skru untuk hangpa pasang pada dinding docking & charging station dia. Kalo hangpa jenis macam Mamu tak suka tebuk dinding, boleh simpan ja set skru ni.

Sash nozel untuk hangpa gunakan masa nak vakum celah sofa, kerusi kereta ataupun sawang kat siling.

Antara bahagian penting untuk vakum Kaze K2. Paip penghubung unit utama vakum dan penyedut.

Unit utama pada Kaze K2 yang dilengkapi dengan penuras Hepa, tangki, bateri dan juga skrin sesentuh untuk melaraskan kuasa sedutan vakum ketika penggunaan.

Pengguna hanya perlu sentuh pada logo bertulisan Jepun untuk menaikkan kuasa sedutan dari paling rendah, menengah dan juga paling tinggi.

Penuras Hepa dan juga penuras debu pada unit utama Kaze K2. Setiap bahagian pada unit utama boleh dicuci dan juga senang untuk dibuka & pasang semula.

Penuras Hepa boleh diganti dengan mudah bila penuras sudah tak boleh digunakan lagi. Harga sekitar RM 12 untuk seunit yang boleh didapati di Shopee Tenka Ryohin. Pautan akan Mamu sertakan di penghujung ulasan naa.

Kuasa sedutan yang dibekalkan melalui bateri yang dipasang pada unit utama dengan kapasiti sekitar 2000mah. Jika hangpa rasa tak cukup satu bateri, hangpa boleh beli unit ekstra pada harga sekitar RM99 sahaja.

Kepala penyedut yang menjadi komponen utama untuk menyedut kotoran dan juga habuk di sekeliling rumah hangpa. Mudah juga ditanggal untuk dicuci komponen roller tu kalau dah kotor sangat.

Bahagian leher yang fleksibel untuk memudahkan proses pembersihan pada bawah sofa mahupun bawah meja di rumah hangpa.

ia juga dilengkapi dengan 4 unit lampu LED. Bagi Mamu lampu LED cukup terang untuk hangpa tengok kotoran yang ada pada lantai.

Aksesori tambahan yang disertakan bersama Kaze K2. Adapter untuk dipasang pada batang vakum untuk hangpa letakkan berus dan juga sash nozel.

Inilah rupanya bila siap dipasang dengan aksesori tambahan. Memudahkan kerja bila nak tukar aksesori lain bila diperlukan.

Tempat pengecasan dan juga docking vakum yang boleh dipasang pada dinding di rumah hangpa.

Unit utama yang telah dipasang pada docking pengecasan. Rekabentuk yang selari tanpa menampakan rekabentuk yang terlalu besar.

Kaze K2 yang telah disiap pasang dengan aksesori tambahan. Warna putih membuatkan vakum ini nampak premium dan juga classy. 

Setelah sebulan lebih Mamu gunakan Kaze K2 ini, Mamu dapatkan simpulkan bahawa produk ini sangat sesuai untuk orang mencari vakum tanpa wayar untuk menggantikan vakum lama hangpa.

Tempoh penggunaan Mamu dapat hampir 50 minit utk kuasa sedutan pada tahap terendah yang bagi Mamu cukup untuk digunakan pada lantai di rumah Mamu.

Untuk kuasa sedutan pertengahan Mamu dapat tempoh penggunaan sekitar hampir 30 minit. Sesuai digunakan pada karpet untuk menyedut serbuk biskut atau habuk. Bila ada anak suka makan atas karpet hangpa akan faham apa Mamu sampaikan.

Hasil sedutan pada karpet dan juga lantai bawah sofa Mamu. Jangan tertipu bila hangpa dengar bunyi sedutan vakum ini macam perlahan tapi percayalah sedutan dia memang kuat sebenarnya.

Mamu tak cuba kuasa sedutan tertinggi pasal kuasa sedutan tahap pertengahan dah cukup kuat bagi Mamu dan tempoh penggunaan dah cukup untuk Mamu bersihkan ruang tamu Mamu dan juga bilik tidur Mamu.

Dengan sekali pengecasan Mamu dapat membersihkan ruang tamu lebih kurang 3-4 kali sebelum perlu dicas. Mamu vakum ruang tamu hampir setiap hari. Cukup untuk penggunaan Mamu setakat ini.

Dengan skrin sesentuh pada unit utama dan juga suis penghidup pada unit utama memudahkan proses penggunaan vakum ini. Dari skrin hangpa dapat lihat bateri yang masih ada juga boleh mengubah kuasa sedutan pada vakum Kaze K2 ini.

Dari segi pembersihan vakum ini pula bagi Mamu amat mudah. Tangki penyimpanan habuk menggunakan selak sahaja jadi hangpa tak perlu risau kotoran berterbangan. Letak sahaja plastik dibawah bahagian tangki dan buka selak. Semudah itu. Tangki penyimpanan juga boleh dibuka untuk memudahkan proses mencuci dari habuk atau kotoran yang melekat pada tangki tersebut.

Berat? Bagi Mamu tak la berat sangat mahupun ringan sangat. Takdak terasa letih untuk tempoh penggunaan Mamu selama ini. Isteri pun takdak mengadu vakum ini berat untuk penggunaan seharian.

Kekurangan semestinya ada tapi bagi Mamu ini sekadar nitpicking untuk penambah baik untuk model seterusnya.

Pertama, vakum ini tak boleh berdiri sendri jadinya hangpa kena letak dibawah bila hangpa nak ubah perabot atau meja. Mungkin lepas ini Ryohin Tenka boleh buat vakum mereka berdiri. Memang senang banyak bila buat kerja. Takdak la risau vakum jatuh. Dah cuba sandar pada almari tapi Mamu tak yakin dia tak menggelungsur jatuh.

Kedua, paip penghubung tak boleh dibengkokkan. Bila hangpa nak vakum dibawah sofa atau meja hangpa kena la tunduk ke bawah untuk menvakum. Mamu rasa depa boleh keluarkan tiub boleh bengkok sebagai aksesori tambahan. Senang sedikit untuk pengguna yang tinggi lampai macam Mamu.

Ketiga, suis penghidup bagi Mamu agak sensitif. Mamu selalu juga tertutup vakum ini ketika menvakum. Mungkin tangan Mamu besar jadinya jari telunjuk selalu berada pada bahagian penghidup vakum. Idea Mamu mungkin boleh buat suis penghidup jenis clicky atau buat suis penghidup jenis sesentuh pada skrin. Lebih nampak premium.

Walaupun kekurangan dia takdak la sampai ke tahap yang menyusahkan pengguna, vakum Kaze K2 salah satu vakum yang Mamu boleh syorkan untuk penggunaan rumah saiz kecil sehingga sederhana. Harga yang mampu milik dan juga aksesori yang mudah didapati.

Dengan harga sekitar RM 300, Mamu rasa ini antara vakum yang berbaloi untuk dibeli. Owh ya. Aksesori dia yang menarik yang Mamu tak dapat ulas adalah kepala pengemop eletrik yang berharga RM 150. Cukup mudah untuk mengemop di rumah.

Teruja untuk membeli? Mamu sertakan pautan untuk pembelian :

Shoppe Tenka Ryohin

Kaze K2

Facebook Tenka Ryohin

Sekian sudah ulasan dari Mamu. Sehingga kita bertemu di ulasan akan datang. Stay safe guys!

Bawah Artikel

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments