Putin Wajibkan Negara Yang Tidak Mesra Kepada Ekonomi Russia Untuk Membeli Petroleum Dalam Ruble

Russia menggunakan matawang Ruble. Dalam beberapa siri sekatan ekonomi oleh Barat dan Eropah, matawang Ruble Russia telah jatuh merudum. Tambah buruk lagi, kemerosotan perdagangan negara Russia atas faktor sekatan juga membuatkan matawang itu semakin kehilangan nilai di pasaran dunia.

Baru-baru ini, kementerian luar Russia telah menyenaraikan senarai negara yang tidak mesra kepada Russia. Negara yang tidak mesra adalah negara yang turut serta dalam sekatan terhadap Russia dan mengamalkan dasar ekonomi yang menyerang Russia.

Antara negara yang tidak mesra kepada Russia mengikut kementerian negara berkenaan adalah Amerika Syarikat, Kanada, Britain dan juga Singapura. Malaysia tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Penggunaan matawang Ruble dalam urusan jual beli petroleum Russia akan memaksa negara luar untuk menukar matawang asing kepada Ruble terlebih dahulu di Bank Pusat Russia. Sekaligus, memaksa negara luar untuk “mengangkat” sekatan terhadap bank di Russia.

Menurut Putin lagi, langkah ini adalah munasabah kerana jika perdagangan gas dan petroleum Russia dijalankan dalam Ruble, pertukaran matawang mereka akan kekal aktif dan ekonomi Russia akan terus kukuh di dunia sekalipun tiada aktiviti eksport dalam sektor lain.

Foto REUTERS

Russia juga sedar dengan kebergantungan Eropah dengan gas dan petroleum Russia. Jerman contohnya, mengimport lebih daripada 50% kegunaan petroleumnya daripada Russia.

Canselor Jerman tidak bersetuju dengan langkah Russia yang mewajibkan negaranya berurusan dalam Ruble untuk import gas dan petroleum. Seorang lagi ahli parlimen Jerman juga turut menyelar tindakan Putin dan mengatakan langkah Russia itu sebagai perlanggaran kontrak.

Putin juga dikatakan sedang menimbang tara untuk menerima Bitcoin dalam transaksi eksport negaranya. Ia dilihat sebagai langkah Russia untuk menjauh daripada matawang Dollar.

Beberapa pakar ekonomi juga sudah lama menjangkakan perkara ini akan berlaku. Mereka berpendapat, apabila transaksi petroleum mula dijalankan dalam matawang selain Dollar Amerika, ekonomi Amerika Syarikat akan runtuh dan kuasa ekonomi Amerika Syarikat akan merudum ditelan China dan Asia.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x